:: CUKUPLAH MATI SEBAGAI PERINGATAN ::


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Allah mengingatkan kita di dalam firmanNya bahawa Allah menjadikan jin dan manusia itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyembah Allah serta melaksanakan ketaatan kepadaNya..namun manusia sering lupa malah berani mengingkari perintahnya..

:: PERINGATAN ITU MENYEDARKAN ::
Setiap hari mendengar berita dan melihat akhbar menceritakan bertambahnya kematian akibat H1N1,terasa hati ini semakin pilu..Allahu Akbar..musibah ini sesungguhnya adalah pengajaran buat ummat manusia..bagaimana mudahnya virus ini merebak dan tidak mampu dihindari oleh manusia yang sememangnya lemah.cuba kita renungi..kehidupan kita sehari2 sering melupakan Allah.rasanya semua rakyat Malaysia mengakui..kebanyakan (dan boleh dikatakan majoriti) program2 televisyen adalah berunsurkan hiburan.sebagai wanita sejujurnya saya malu..malu apabila melihat kaum sejenis saya mendedahkan aurat dan beraksi ghairah dengan gahnya di layar perak.Astaghfirullah..sedangkan Allah telah menurunkan rujukan dan pedoman..Allah telah menasihatkan kita bahawa mendedahkan aurat itu haram.bermakna tidak ada kompromi untuk menayangkan aurat di khalayak umum..kadangkala tersentak apabila terlihat aksi lelaki dan wanita yang bukan mahram berpelukan sebagai suami isteri di kaca TV.manusia sudah semakin berani..maka Allah Yang Maha Kuasa menurunkan peringatanNya melalui wasilah penyakit2 ini,supaya kita kembali kepada Allah.kita kembali menyembah Allah dengan benar2 keikhlasan dan keinsafan..meninggalkan maksiat yang selama ini menjadi keseronokan kepada hati dan jiwa..

:: MATI SEBAGAI PERINGATAN ::
2 hari lepas,saya dan suami meneruskan agenda dakwah kami ke SMK Telok Sentang,Temerloh.Usai menyampaikan ceramah,kami diberitakan kematian tukang kebun sekolah tersebut sehari sebelum itu.Innalillah wa inna ilaihi Raji'un..menurut Pengetua,Allahyarham terlibat dengan kemalangan dalam perjalanan pulang ke rumahnya.Orangnya baik dan penyayang..sekarang warga sekolah masih merasai kehilangannya..semoga rohnya dicucuri rahmat..

Dalam perjalanan balik,kami bermuhasabah..suami menceritakan semula detik2 kematian sahabat karibnya,Allahyarham Mohd Farham lebih kurang 5 tahun yang lalu.Suami saya berada di sisi Allahyarham pada saat beliau koma hinggalah saat memasukkan jenazah ke liang lahad.Subhanallah,kagum di hati melihat persahabatan mereka..kata suami,pemergian Allahyarham cukup cantik.Meninggal pada 27 Ramadhan,dan pada saat itu wajahnya cukup tenang,lena di dalam tidurnya dan ramai sekali manusia yang menyembahyangkan jenazahnya..Alhamdulillah,Allahyarham pergi sebagai hamba Allah yang taat dan anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya..

kami berbual dan berkongsi cerita hinggalah sampai ke rumah,bercerita tentang kematian.."Macamanalah keadaan kita nanti Ain..Allahu Akbar.." suami membisikkan kalimah itu ke telinga saya..
Semalam,kami mendapat berita kematian lagi..seorang pakcik meninggal dunia di Kg Baru,bersebelahan dengan kampung kami..suami dan abah bergegas menziarahi mereka..Lebih kurang pukul 12 tgahari,suami pulang dan berehat sebentar di depan TV sementara saya meneruskan kerja di dapur.Tiba2 dia memanggil,"Ain,mari sini cepat!" Hampir terlepas senduk di tangan saya sebab terkejut yang teramat..Rupa-rupanya kami mendapat berita kematian lagi..

Berita di TV1 menyiarkan berita kematian Ustaz Asri Rabbani..Innalillah wa inna ilaihi Raji'un..berita tersebut menyiarkan saat2 Us Asri rebah 10 minit sebelum Program yang beliau hadiri bermula.Sayu..cukup sayu..Menurut sahabat yang bersama beliau,Ustaz sempat meminta Al-Quran dan tak lama selepas itu dia menyebut "Allah.." dan terus rebah.MashaAllah,betapa mudahnya Allah menarik nyawa ini kembali..

:: PELUANG MENYIAPKAN BEKAL ::
Benarlah pesanan Rasulullah SAW..orang yang mengingati itu adalah insan yang cerdik..kerana dia bijak menyiapkan bekal untuk menempuh akhirat yang kekal..apabila mati,kita takkan kembali ke dunia ini,tak dapat lagi beramal,solat,puasa,baca Quran..semuanya berakhir..maka peluang dan kesempatan umur yang berbaki inilah wajib dimanfaatkan sebaiknya.dunia ini singkat,akhirat yang kekal selama2nya..Kita tak dapat menjangka bila dan di mana kita akan mati.kita tak dapat mengagak dalam keadaan bagaimana roh kita akan ditarik.Alangkah bersyukurnya andai roh kita diambil dalam kita melaksanakan ketaatan kepada Allah..
Siapkanlah bekal agar di sana nanti kita tidak akan kerugian..
AL-FATIHAH...

:: AHLAN YA RAMADHAN ::


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..KepadaMu kami sembah dan kepadaMu Ya Allah kami meminta pertolongan..

Beberapa hari lagi Ramadhan akan tiba. Ramadhan yang menjadi saat yang ditunggu2 pada setiap tahun.Ya Allah,Engkau janjikan pada bulan ini rahmat dan keampunan..

Ya Allah,segala puji bagiMu Ya Allah..
Engkau masih memanjangkan umur kami hingga ke saat ini biarpun diri ini sering alpa akan perintahMu.Maha Suci Allah dengan Zat Yang Maha Pengasih dan Penyayang,yang mengizinkan diri kami yang kerdil ini menyelusuri hari2,menanti dengan penuh debar Ramadhan yang bakal tiba..

Ya Allah,kami memohon keampunanMu.Ampunilah segala dosa,kesalahan dan kekhilafan diri kami selama bertahun2 permusafiran kehidupan kami di dunia ini.Kami kembali kepadaMu Ya Allah..Terimalah kami..Terimalah kami sebagai hamba yang sentiasa mencintai dan merinduiMu saban waktu..

Ya Allah..dengan rahmat dan kasih-sayangMu..Lembutkanlah hati kami Ya Allah..Lembutkanlah hati kami untuk mendengar segala nasihat dan pengajaran.Lembutkanlah hati kami untuk sentiasa insaf tatkala membaca Al-Quran.Lembutkanlah hati kami agar sentiasa rindu untuk melaksanakan ketaatan padaMu Rabbi..

Ya Allah,sekian lama Engkau pinjamkan nyawa ini,sudah berapa banyak kesalahan yang kami lakukan kepadaMu Ya Allah..Sudah banyak fasa Ramadhan yang pernah kami lalui,namun kami sering gagal mengemudi hati yang kerdil ini Ya Allah..Ya Allah..kami lemah,kami tak mampu untuk berhadapan dengan azabMu yang begitu pedih...

Ya Allah..
Sungguh kami rindu untuk bertemu Ramadhan.Tidak sabar rasanya untuk menempuh hari dan detik yang penuh barakah itu Ya Allah..Ya Allah,ku merenung hari2 yang berlalu..

Betapa di bulan Ramadhan ini berlakunya "Badar Kubro". Perang Badar yang menyaksikan kemenangan umat Islam yang bersatu mengikat janji mencintaiMu hingga ke akhir hayat.
Allahu Rabbi..mereka tegar,kuat dan tabah melaksana perintah menuju ke medan jihad biarpun sedang berpuasa. Lapar dan dahaga yang mereka rasai sama seperti umat di zaman ini,namun mereka mampu bangkit dan gagah bertempur di medan jihad.Inilah Ramadhan..Madrasah iman,menjana keimanan umat manusia agar kembali bangkit melawan nafsu yang beraja.Kuingin menjadi seperti para sahabat terdahulu,tangkas dan gagah persis singa garang di siang hari,manakala malamnya tersungkur sujud dengan penuh tawadhuk di hadapanMu Rabbi..

Segala puji bagi Allah yang menurunkan Al-Quran..
Tanpanya manusia buta,tiada petunjuk dan pedoman..Ayat Al-Quran yang kutatap pada hari ini adalah ayat yang sama diturunkan kepada junjungan tercinta,Nabi Muhammad SAW di Gua Hira'..Ayat yang bisa meruntun hati2 yang rindu dan teruja untuk mengetahui isi kandungannya..

Subhanallah..betapa hebatnya bulan ini..
ibarat kita tertunggu2 untuk melaungkan kalimah 'Merdeka' pada 31 Ogos kerana itulah mercu tanda kebebasan negara kita dari genggaman penjajah.Begitulah juga sepatutnya kita meraikan kehadiran Ramadhan..yang di dalamnya terkandung peristiwa yang besar bagi umat manusia dan seisinya..Al-Quran yang Allah janjikan tidak akan mampu diselewengkan ayat2nya hingga akhirat..Semakin dibaca dan direnung tidak akan terbit jemu di hati..MashaAllah..

Ya Allah..sempatkanlah kami untuk bertemu Ramadhan pada kali ini..Terimalah taubat dan doa2 kami Ya Allah..Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kami..amin..

:: ADUHAI PUTERIKU SAYANG ::


ISTIMEWA BUATMU..MAWAR BERDURI YANG MENDAMBA CINTA PENCIPTANYA...



Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati


Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri


Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri


Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai Puteriku sayang..
Kau bunga kebanggaan..

Aduhai Puteriku sayang..
Kau bunga idaman....

:: KERANA TAKLIFAN ITU ADALAH AMANAH ::


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah dan takziah kepada saf kepimpinan Dewan Perwakilan Mahasiswa/i Mansurah,Mesir sesi 2009/2010 yang baru dilantik baru-baru ini.


Pengerusi DPMM
Ustaz Muhammad Amirul Bin Hasim

Ahli Jawatankuasa Tadbir :
1)Ustaz Saiful Hafiz Bin Ahmad Sabiron
2)Ustaz Mohd Jaafar Bin Mohammad Shodek
3)Ustaz Mohd Daud Bin Hassan
4)Ustaz Mohd Zahimie Bin Mohd Dzahid
5)Ustaz Mohd Rushdi Bin Tahiruddin
6)Ustaz Muhammad Aliffudin Bin Ramlee
7)Ustaz Md Nuzul Haqimi Bin Ibrahim
8)Ustaz Muhammad Fadzli Bin Sa'doon



9 Ahli Jawatankuasa Hewi :
1)Ustazah Nur Adyana Binti Mohamed
2)Ustazah Suhaina Binti Sharipuddin
3)Ustazah Siti Nuraini Binti Salim
4)Ustazah Noor Azimah Bte Arba'ain
5)Ustazah Siti Mazirah Binti Mat Zin
6)Ustazah Malyanah Solehah Binti Mohamad Shukor
7)Ustazah Nor Latifah Binti Othman
8)Ustazah Noor Zailin Binti Maat
9)Ustazah Siti Habibah Binti Ibrahim



~Antum adalah insan yang dipilih oleh Allah dalam jutaan hambaNya.Terimalah amanah ini dengan hati yang redha dan penuh keinsafan bahawa kita bersedia untuk menginfakkan diri demi agama Allah yang tercinta.


~Kepimpinan memerlukan strategi yang digarap dan disusun dengan sebaik mungkin.Kami anak-anak buah kalian merindui kepimpinan yang berjiwa rakyat,sedia turun padang menautkan ukhwah,mesra melemparkan senyuman bila bertemu.



~Semoga amanah yang terpundak di tunjak jemala kita ini menjadikan kita hamba yang lebih mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Mencipta. Jadikanlah ujian yang bertandang sebagai peluang dan ruang untuk lebih mematangkan diri,sayangi anak buah seadanya.



KAMI YAKIN ANTUM MAMPU MENJADI PEMIMPIN KAMI YANG TERBAIK.
SALAM JUANG! ^_^

http://dpm-mansoura.blogspot.com/








:: BERITA GEMBIRA BUAT WARGA TEMERLOH ! ::




'PROGRAM MOTIVASI CEMERLANG SYAKHSIAH & AKADEMIK'

TARIKH:
8 OGOS 2009 (Sabtu)


MASA:
8.00 pagi hingga 5.00 petang


TEMPAT:
Sekolah Pengajian
Al-Mukmin, Temerloh,Pahang


MOTIVATOR:
Ustaz Hj. Mahmud Mat
(Penceramah Jemputan Radio Pahang f.m)


ANJURAN BERSAMA:
NISA’ TEMERLOH
BINA UMMAH TRAINING & CONSULTANCY
(Hubungi Mira 013-735 1042 atau
Azi 013-921 2279 untuk maklumat lanjut)