Daisypath Anniversary tickers
:: LEBARAN YANG BERMAKNA ::


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..KepadaMu kami sembah dan kepadaMu jua kami memohon pertolongan..

Alhamdulillah,sedar tak sedar kita sudah berada pada hari raya keempat pada hari ini.Detik masa berlalu terlalu pantas tanpa kita sedari..

" Kita adalah pengunjung,tiba masanya kita akan tinggalkan jejak2 kesempatan,menggalas amalan untuk pulang..syahrul Quran ,pemergiannya ditangisi..Ilalliqo' Ya Ramadhan..Izinkan kami bertemunya lagi Ya Rahman.."

Saya meminjam kalam puitis dari sahabat saya ini untuk dikongsikan bersama insan2 yang sudi mengunjungi blog ini..Mungkin ini adalah gambaran perasaan kita sekarang ini.Merindui jejak2 Ramadhan yang baru sahaja berlalu.Bukan mudah bermujahadah,melawan virus2 mazmumah yang selama ini beraja di hati.Antaranya sifat amarah.Kadangkala kita mudah melampiaskan kemarahan kepada orang lain pada bila2 masa,tetapi hadirnya Ramadhan mendidik jiwa kita agar bersabar di dalam semua keadaan seterusnya memujuk hati kita agar menjadi insan yang mudah memaafkan.Di dalam bulan lain,kadangkala amat sukar mencari waktu untuk mengaji walaupun satu muka Al-Quran tetapi di dalam bulan Ramadhan,waktu yang selama ini kita peruntukkan untuk makan tengahari,minum petang dan sebagainya boleh kita manfaatkan sebaiknya untuk membaca dan menghayati Al-Quran.Selepas Isyak sinonimnya ia adalah waktu untuk berehat,menonton drama dan sebagainya tetapi pada bulan Ramadhan terasa kerugian yang teramat andaikata kita tidak menghidupkan malam tersebut dengan solat Tarawikh dan ibadah2 sunat yang lain.Hasil dari jihad melawan nafsu dan memperkasakan iman ini,maka akan lahirlah jiwa2 yang teguh untuk melaksanakan perintah dan ketaatan kepada Allah dan berusaha untuk menjauhi semua laranganNya.Jika di dalam bulan Ramadhan kita mampu bermujahadah untuk mengaji paling kurang 5 muka surat setiap kali selepas solat fardhu,mengapa tidak kita melakukan amalan yang sama pada bulan2 seterusnya?

Ramadhan berlalu,kini Syawal mengambil tempat..Alhamdulillah,Syawal kali ini merakam pelbagai peristiwa bermakna di dalam diri ini..Tahun ini merupakan tahun kedua saya menyambut Syawal bersama suami,Alhamdulillah.Syukur Alhamdulillah,Allah masih memberi peluang kepada saya untuk mengucup tangan insan2 tersayang pada hari raya ini.Pagi Raya pertama,kami berada di Temerloh meraikannya bersama keluarga di pihak suami.Selepas Solat Zohor,kami bertolak ke Jengka untuk bertemu ayahanda,bonda dan adik beradik yang amat dirindui.hanya K.tie yang tak dapat bersama kami pada hari ini.Alhamdulillah,kepulangan 8 orang adik-beradik menggamatkan suasana =) Selepas Solat Asar,abang saya yang ketiga,Abg Azmi mengadakan majlis doa selamat sempena ulangtahun kelahiran anak bongsunya Haikal pada hari itu dan selepas itu kami bersama2 menziarahi jiran2 di sekeliling kampung.Alhamdulillah,amat seronok bila dapat berkumpul beramai2 macamni..^_^



Keesokan harinya,kami berkonvoi beramai2 ke kampung bonda saya di Kemaman,Terengganu.Selepas beberapa jam berada di rumah bapa saudara dan bertemu dengan tokwan,pakteh dan semua mak sedara,kami meneruskan perjalanan ke rumah Abang Ridhuan di Kuala Terengganu.Syukur Alhamdulillah,lebaran pada kali ini lebih mendekatkan ikatan antara kami adik beradik dan semua ipar duai=)Semoga tahun depan dan tahun seterusnya kita dapat lagi berkonvoi macam ni deh! =)

Pada kesempatan yang ada ini,saya 'Ainun Mardhiah Ismail dan suami,Mohd Asshik bin Abu Hanipah memohon ampun dan maaf andaikata kami ada melakukan salah dan silap kepada ahli keluarga,guru2,sahabat2 dan mereka yang mengenali kami sama ada kami sedari atau tidak.

SALAM AIDIFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN..


:: KEMBALI MENULIS ^_^ ::


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum WBT.

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA..
semoga semuanya dalam keadaan sihat dan di dalam rahmat Allah sentiasa..

Saya mohon maaf kepada semua pengunjung blog ni kerana sudah lama rasanya blog ni tak di update. Rupanya bergelar suri rumah sepenuh masa ni bukan semudah yang disangka. =) disebabkan tumpuan lebih diutamakan buat suami tercinta dan keluarga,maka saya tak punya masa yang banyak untuk berada di depan laptop comel ni =)
waktu di dapur idea nak menulis dah menari2 dalam kepala,tapi bila duduk mengadap laptop hilanglah pulak=)
walaubagaimanapun,Jazakumullah Khairan Kathira buat semua yang sudi menziarahi teratak kecil ini,juga buat sahabat2 yang tidak putus2 bertanyakan khabar dan mengirim berita.kalian sentiasa di dalam doa saya,inshaAllah..

Berita terkini,inshaAllah pada 27 September ini saya dan suami akan berlepas ke Jeddah.InshaAllah selepas mengerjakan umrah dan berada di sana selama sebulan,saya akan kembali ke bumi Mesir yang amat2 dirindui untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu yang berbaki setahun sahaja lagi.sungguh,terlalu rindu pada suasana Mesir,Syeikh Hussin, sahabatku Cikni dan semua sahabat2 seperjuangan di sana . macamana ye suasana raya di sana?=)

Kak Athirah dan Ustaz Azhar akan mendirikan rumahtangga pada hari esok,inshaAllah.Selamat Pengantin Baru buat kalian! ^_~

Alhamdulillah,suami saya juga dah ada blog sendiri sekarang . Tahniah ye bang, semoga konsisten dalam penulisan =)
http://asshikhanipah.blogspot.com/


Salam juang buat semua!Ketemu lagi di lain waktu ^_^