Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Didik Anak. Show all posts
Showing posts with label Didik Anak. Show all posts
TIPS MENDIDIK ANAK MENCINTAI AL-QURAN

DARWISYA...mewarna antara hobinya di rumah.


Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya.


Set Buku Hafazan Sistem Al Hufaz.
Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Buku hafazan untuk satu juzuk disetkan/dipackagekan mempunyai beberapa buku didalam satu set. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5.

Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya.

Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD.

Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak untuk mula belajar samada membaca, mengira atau mengaji umur 4-5 tahun. Sebab itu kita lihat ramai ibu bapa menghantar kanak-kanak bersekolah tadika/pre school umur usia tersebut.

Sebenarnya otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Mengikut kajian sains, pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak adalah menyamai 80% otak dewasa. Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah didikan yang kita dedahkan pada mereka pada waktu usia kritikal ini.

Setelah saya mencuba dan nampak hasilnya pada anak saya, saya ingin kongsikan pada semua kaedahnya ini. Apapun saya boleh buat kesimpulan memang benar kata orang bahawa pendidikan bermula dari rumah. Kaedah saya bermula dari bayi baru lahir hingga 3 tahun. Saya tidak berjumpa lagi sekolah khas yang mengajar bayi baru lahir hingga 3 tahun ke atas di Malaysia ini. Kalau pusat jagaan kanak-kanak memang ada merata untuk umur ini. Maka, si ibu atau bapalah yang perlu menjadi gurunya dan rumahlah menjadi sekolahnya.

Anda boleh menggunakan kaedah ini samada untuk mengajar anak anda ABC dan seterusnya membaca atau Alifbata dan seterusnya mengaji semuanya terpulang pada pilihan anda. Bagi saya ABC boleh belajar di tadika dan di sekolah nanti. Hingga umur anak saya hampir 3 tahun ini, saya tidak pernah mengajarnya A-Z dan kiraan 1-10, bentuk dan warna dalam bahasa Inggeris secara khusus. Tetapi anak saya sudah boleh mengenal dan menghafalnya sendiri dengan bantuan mungkin dari CD kartunnya atau Barney n Friendsnya. Apapun saya yakin ini kerana otaknya telah dilatih untuk memberi respons yang cepat untuk belajar waktu saya mengajarnya mengaji setiap hari.

Mungkin ada kaedah lain yang di luar pengetahuan saya tetapi ini sahaja kaedah yang saya tahu dan guna pakai sehingga anak saya boleh membaca al Quran sebelum umur 3 tahun. Saya ingin kongsikan kaedahnya kerana saya telah melihat akan hasilnya. Saya dapati ramai yang tidak terdedah tentang mendidik anak dari bayi. Atau mungkin pernah mendengar tetapi tidak tahu kaedahnya. Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada masyarakat Islam bagi melahirkan lebih ramai generasi bijak pandai yang berpegangkan pada al Quran dan as Sunnah.
Bagi saya setiap bayi telah dilahirkan dengan anugerah yang tersembunyi dan ibu bapalah yang membantu mengeluarkan anugerah ini MUNCUL untuk mereka gunakan seumur hidup.



Pelaburan Anda untuk memulakan kaedah ini :


1. Beli Buku Al Furqan set beserta CD (dalam RM30 untuk 4 buku beserta CD lagu dan gambar kartun yang menarik. Pasang CD jika anda nak melekakan dia untuk buat kerja rumah. Biasalah ibu letak anak depan TV bagi mereka leka untuk senang kita buat kerja. Anda juga boleh beli CD iqra untuk kanak kanak jenis lain yang menarik dan banyak di pasaran.

2. Beli Flash Card Al Furqan dan latih setiap pagi.

3. Gula-gula yg diperbuat dari madu atau bahan yg bagus, Mayfirst bilberry colostrum (kesukaan anak saya), coklat kacang badam atau lain-lain sebagai hadiah kalau habis belajar 1-2 muka surat dengan kita. Boleh mula di beri jika mereka faham akan do n reward system. Kalau kecil lagi tak perlu.

BERMAIN...gemar bermain basikal dengan adiknya, Darwish di kaki lima rumah.

PANDUAN MENGAJAR


a) Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Saya buat 5 hari seminggu. Dalam seminggu mesti ada 1-2 hari yang saya miss! Selalunya saya akan mengajar paling awal jam 8.30 malam dan paling lambat jam 9.30 malam setiap kali mengaji. Waktu siangnya sentiasalah sibuk sangat sangat termasuklah hari Sabtu dan Ahad.

b) Jangan marah. Selalunya orang cepat naik angin kalau ajar budak banyak kali tapi tak dapat2 juga. Lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak tu anak sendiri. Kalau anak orang lain, segan sikit nak marah kerana nanti dia balik mengadu dengan ibu bapanya. Kalau anda rasa nak marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Ingat jika kita selalu marah kanak-kanak waktu mereka mengaji, mereka akan tidak suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji kerana mungkin phobia.

c) Hanya marah jika mereka tak mahu mengaji.

d) Puji dan tepuk tangan seta buat buat happy jika mereka membaca dengan betul.
Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang mereka mahukan atau apa yang kita janjikan selepas mengaji.

e) SABAAAAR dan tak lupa disiplinkan diri kita sendiri dan anak kita untuk mengaji setiap hari. Jangan expect anak otomatik pandai bila kita sekali mengajar. Ia memang benar-benar mencabar untuk mengajar anak-anak kecil yang berumur setahun dua yang tak tahu nak duduk diam. Tapi hasilnya lumayan! Bayangkan kita tunjuk flashcard pada budak umur setahun, kalau tak cepat, tangannya tangkas mencapai flashcard tersebut untuk dikeronyok2.

f) Rajin2 membacakan surah yang kita ingin anak kita hafal sebelum mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu pagi. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya.. Kalau tak hafal, bolehlah pasang CD mengaji. Saya percaya kalau kita tak menghafal, tetapi nak mengajar anak menghafal, kita pun boleh jadi hafal.


g) Yang paling penting, sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah untuk kebaikkan yang terbaik buat anak-anak dan kita. Berdoalah di dalam dan diluar solat. Berdoa boleh menimbul sikap positif pada diri kita dalam mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka. Lebih bagus berdoa ketika kanak kanak masih kecil dan tidak lagi banyak dosanya. Ramai yang lalai mendoakan untuk anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat.


Kaedah ini amat sesuai untuk bayi baru lahir hingga 2-3 tahun. Saya dapati jika kanak-kanak 4-5 tahun yang telah didedahkan dengan Ultraman, Doraemon dan bermacam-macam lagi cerita kartun yang pelbagai, tidak mahu mengikuti CD dan program ini mungkin bagi mereka ianya membosankan. Sebaliknya kanak-kanak yang didedahkan dengan CD mengaji/Iqra ini sejak lahir akan teruja melihat flash kad atau buku yang berhuruf sama seperti yang mereka lihat di TV. Ini menjadikan mereka 'cinta' al Quran dan seronok bila di suruh mengaji.

Saya ingatkan semula ungkapan Pengkaji Bayi, Dr Robert Titzer menyatakan 'Windows of opportunity for natural learning is from birth until 4 years old'. Melihat pada anak saya, saya boleh katakan mereka memang mencintai apa yang diajar secara semulajadi.

rujukan :http://darwishndarwisya.blogspot.com/


:: DUHAI SI KAIN PUTIH (2) ::


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.Syukur Alhamdulillah di atas pinjaman nyawa ini..

Menulis tentang bayi dan pendidikan membuatkan saya merenung diri kembali.Bukan mudah bergelar ayah dan ibu,papa dan mama,abi dan ummi,emak dan abah..Semuanya memerlukan persediaan awal dan rapi..Walaupun masih
belum dikurniakan cahaya mata,namun saya amat teruja untuk membaca,mengkaji dan menulis tentang ini..Mungkin sebagai persediaan barangkali=)Apa yang saya tulis di bawah ini adalah hasil bacaan,rujukan dan pengalaman-pengalaman insan di sekeliling saya yang tabah mendidik anak-anak mereka..Semoga memperoleh manfaat bersama ^_^

CORAK DIDIKAN BUAT SI PERMATA HATI
Dalam sebuah ha
dis daripada Ali r.a,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Didiklah anak-anak kamu pada 3 perkara:Mencintai Nabi kamu,mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran.Sebab orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya be
serta para Nabi-Nya dan orang yang suci." (Riwayat At-Thabrani)

Antara kaedah mengajar bayi tentang Al-Quran adalah memperdengarkan bacaan Al-Quran dengan:
1- Sentiasa membaca BASMALAH setiap kali memulakan sesuatu pekerjaan seperti ketika hendak menyusukan bayi atau ketika hendak memakainya pakaian atau ketika menidurkannya dan sebagainya.
2- Membaca surah
Al-Fatihah,surah Al-Ikhlas,surah Al-'Alaq serta surah An-Nas serta mendoakan kesejahteraan bayi.Tidak terhad kepada surah-surah ini sahaja,sebaiknya perdengarkan bayi dengan keseluruhan Al-Quran.
3-Ibu bapa dan ahli keluarga digalakkan sentiasa memeriahkan rumah dengan membaca Al-Quran supaya bayi yang masih kecil itu mendengar dan cuba memahami ayat-ayat yang didengarnya.

Selain mengajar anak-anak dengan ayat-ayat Al-Quran, sebaiknya ibu bapa membiasakan mereka dengan kalimah zikir dan selawat yang akan mempengaruhi mereka untuk mengikutinya di samping dapat mendidik hati dan jiwa mereka untuk mendekati dan mencintai Allah SWT.Dewasa kini, anak-anak kita lebih terdedah dengan gejala hedonisme yang makin membimbangkan. Lihat sahaja rancangan2 hiburan di televisyen, anak-anak yang berumur 5 atau 6 tahun sudah pandai memilih artis-artis sebagai idola mereka malah mereka teruja untuk berpakaian seperti artis2 yang tidak menjaga aurat. Andai perkara seperti ini dianggap remeh dan enteng,terfikirkah kita bagaimana masa depan anak-anak ini 20 atau 30 tahun akan datang?Seandainya sedari awal tidak diterapkan dengan acuan nurani dan taqwa sebagai benteng diri yang teguh, mampukah mereka menempuh dan meneroka zaman kefasadan ini dengan penuh rasa keimanan kepada Allah?

Oleh yang demikian,sediakanlah masa yang berkualiti untuk anak-anak.Meskipun pada peringkat awal anak-anak itu tidak mengetahui apa yang berlaku di
persekitarannya tetapi mereka boleh memahaminya sekiranya menghadapi perkara yang sama berulang-ulang kali setiap hari.

Antara perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sebagai pendidikan kepada anak-anak yang masih kecil adalah:
1-Melafazkan kalimah 'Subhanallah' atau 'MashaAllah' ketika melihat atau mendengar sesuatu perkara yang menakjubkan atau ketika melihat keindahan ciptaan Allah SWT.
2-Melafazkan kalimah 'A'uzubillah' apabila meminta perlindungan atau dalam keadaan tak
ut
3-Mengucapkan 'Alhamdulillah' apabila mendapat nikmat.
4-Membaca atau mendodoikan bayi yang hendak tidur dengan kalimah 'Lailahaillallah' dan 'Asma'ul Husna'.
5-Mengajar anak-anak kalimah syahadah
6-Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW.
7-Memperdengarkan dan mengajarkan anak-anak nasyid yang memuji kebesaran A
llah SWT seperti nasyid sifat-sifat Allah dan sebagainya.
8-Mengamalkan dan mengajarkan anak-anak doa harian seperti doa sebelum atau sesudah makan,doa ketika hendak tidur,doa ketika bangun dari tidur,doa ketika hendak masuk ke bilik air dan sebagainya.

MENGAJAR SI KECIL SOLAT?

Suami ist
eri yang mempunyai pegangan agama yang teguh akan mengambil berat soal pelaksanaan solat di dalam 'masjid' mereka.Mereka tahu dan sedar,solat adalah pemangkin untuk memperoleh hati dan jiwa dan tenang..sekaligus mengharmonikan rumahtangga yang dibina..dan solat itu pastinya ditunaikan di awal waktu!

Anak-anak cepat merakam setiap perlakuan,gaya dan perbuatan papa dan mama mereka.Maka,didiklah mereka menunaikan solat dari kecil.Apabila berkumandangnya azan,minta si kecil diam,tanda menghormati azan.Ajar mereka berwuduk,pakaikan mereka pakaian solat dan pimpin tangan mereka menuju ke masjid.Kenalkan mereka tentang masjid dan kelebihan mengerjakan solat.Apabila mama dan papa solat berjemaah bersama,bentangkan sekali sejadah kecil buat si comel supaya mereka sama-sama teruja untuk bersolat.Biarpun pada awalnya mereka hanya tahu menyebut 'Amin',berdiri,duduk dan bangun balik..lama kelamaan mereka akan berasa seronok solat bersama ayah bonda tercinta.Ayah perlu tegas dalam mendidik anak melaksanakan kewajipan solat.Hentikan semua aktiviti riadah sebelum solat Maghrib dan tegaskan kepada mereka supaya berhenti menonton TV apabila tibanya waktu solat.Kata-kata galakan perlu disampaikan dengan penuh kasih-sayang agar nasihat itu akan meresap di hati mereka..

Wallahua'lam..

p/s : tak sabar nak jumpa 10 orang anak sedara makteh yang comel2..rindu nak dengar along alif,ajeem n adib baca doa..lenggok2 berbeza mengikut tadika masing2=)

:: DUHAI SI KAIN PUTIH ::


“Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih). Maka ibu bapanyalah yang akan membentuknya menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi..”(Hadith Rasulullah SAW).

Kelahiran seorang anak disambut d
engan penuh kegembiraan dan syukur.Senyum si ibu melepaskan kelelahan yang selama ini menyelubungi diri.Purata tempoh mengandung adalah selama 280 hari atau bersamaan 40 minggu –ia bukanlah suatu tempoh yang singkat.Di dalam gembira dan terharu,bibir ibu tidak putus-putus melafazkan tasbih,tahmid dan takbir ke hadrat Allah Yang Maha Agung.Dia Yang Maha Berkuasa menjadikan makhluk daripada tiada kepada ada..Subhanallah..

ANAK DAN KAIN PUTIH

Bayi ini..suci dirinya ibarat sehelai kain putih yang bersih.Tidak ternoda,tidak ada cacat cela..Tidak ada percikan warna yang mengotori..Begitulah keadaan bayi di awal kelahiran.Bayi ini adalah amanah ayah dan ibu.Didikan yang bagaimanakah yang ingin dicurahkan?warna bagaimanakah yang ingin dicorakkan?andai baik dan cantik coraknya,maka akan molek dan eloklah ia kelihatan,tetapi andaikata sebaliknya,maka akan hilanglah keserian si kain putih..

CORAKAN DI DALAM RAHIM IBU

Di awal proses kehamilan lagi,para ibu dig
alakkan untuk memperkenalkan anak-anak dengan dunia Al-Quran dengan cara melazimi diri untuk membaca Al-Quran pada setiap hari. Sebaik-baiknya,perkenalkanlah anak-anak ini dengan keseluruhan surah di dalam Al-Quran,tidak terhad kepada beberapa surah sahaja. Al-Quran ini,semakin banyak dibaca,dihayati dan direnung tafsiran ayat-ayatnya,kita pasti akan dapat merasai seolah-olah Allah berbicara dengan kita. Allah Maha Mengetahui betapa sukarnya kita melalui saat-saat kesusahan mengandungkan permata hati dan Allah Maha Berkuasa untuk menguatkan hati-hati kita untuk melalui fatrah yang penuh getir ini.Semakin dibaca,semakin terasa hampir dengan Dia..
Natijahnya ia akan menimbulkan keinsafan dan
kelembutan di dalam hati si ibu dan aura mahmudah ini akan mengalir ke hati anak yang sedang dikandungkan..
Lihatlah kepada akhlak mulia dan kefaqihan Imam Syafi'e..seorang yang hebat agamanya,faqih ilmunya tentulah la
hirnya dia dari
rahim ibu yang kuat pergantungannya den
gan Allah.
Ayah kepada Imam Syafi'e pernah ditanyakan satu soalan," Bagaimanakah Tuan mendidik anak sehingga menjadi ulama' besar buat ummat?" Ayah Imam Syafi'e menjawab," Saya sudah mula mendidiknya puluhan tahun sebelum beliau lahir lagi.."
Puluhan tahun,ini bermakna adab dan akhlak suami isteri itu sendiri adalah pemangkin kepada kelahiran anak yang soleh dan solehah.Kita mengimpikan anak yang soleh,faqih dan alim,maka item-item ini sewajarnya dimulakan di dalam diri kita..Adilnya percaturan Penguasa seluruh alam..

CORAKAN IBADAH
Melihat kepada pendidikan anak-anak di Mesir,sedari kecil lagi anak-anak di sini diajar untuk membaca dan menghafaz Al-Quran,seawal umur 3 tahun. Bapa-bapa di sini memimpin tangan anak-anak mereka ke masjid dan diajar untuk mengerjakan solat. Sejuk hati memandang kanak-kanak kecil sebaya anak-anak saudara saya dididik berpakaian sunnah,berjubah dan berhijab.Subhanallah,pemandangan seperti ini amat jarang dilihat di Malaysia.Anak-anak kecil di sini rajin mengikut bapa mereka ke masjid mengerjakan Solat Jumaat.Wajah dan gaya comel mereka sedikitpun tidak menampakkan rasa kekok apabila memakai jubah dan berkopiah.mashaAllah..

Anak-anak perlu dibentuk di dalam suasana/biah yang solehah. Di Mesir,suasana di sini amat memuliakan Al-Quran. Di Pasaraya,kedai menjual daging,di dalam teksi,bas,van,tut-tut(sejenis kenderaan di Mesir), di pasar malah di kedai kopi, semuanya berkumandang dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Suasana seperti ini boleh kita praktikkan di dalam rumahtangga kita. Setiap pagi kebiasaanya isteri akan bangun awal untuk menyiapkan sarapan dan kelengkapan untuk anak-anak dan suami,maka sebaiknya pada ketika itu kita memasang kaset@vcd Al-Quran dan perdengarkan ayat-ayat Al-Quran di dalam rumah kita. Apabila anak-anak bangun,perkara pertama yang mereka dengar adalah Al-Quran,waktu sarapan mereka mendengar ayat Al-Quran hinggalah sebelum tidur mereka lena diulit dengan ayat-ayat Al-Quran.Apabila setiap hari mereka mendengar ayat-ayat Allah yang mulia bergema di dalam rumah mereka, maka rasa cinta kepada Al-Quran akan lahir di dalam diri anak-anak ini.Rasulullah juga berpesan kepada kita agar memeriahkan rumahtangga dan Bait Muslim kita dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.Sudah pasti di situ terletak hikmah yang cukup besar terutama sekali di dalam proses pentarbiyahan anak-anak.Kenalkan mereka dengan Al-Quran, ceritakan mereka tentang kelebihan-kelebihan Al-Quran , berdiskusi dengan mereka tentang mukjizat di dalam Al-Quran dan tanamkanlah rasa cinta di dalam hati mereka terhadap Al-Quran sedari kecil lagi,seawal usia mereka 3 tahun..

~ bersambung ke entry akan dtg...~corakan tarbiyah buat si anak~