Daisypath Anniversary tickers
:: DUHAI SI KAIN PUTIH ::


“Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih). Maka ibu bapanyalah yang akan membentuknya menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi..”(Hadith Rasulullah SAW).

Kelahiran seorang anak disambut d
engan penuh kegembiraan dan syukur.Senyum si ibu melepaskan kelelahan yang selama ini menyelubungi diri.Purata tempoh mengandung adalah selama 280 hari atau bersamaan 40 minggu –ia bukanlah suatu tempoh yang singkat.Di dalam gembira dan terharu,bibir ibu tidak putus-putus melafazkan tasbih,tahmid dan takbir ke hadrat Allah Yang Maha Agung.Dia Yang Maha Berkuasa menjadikan makhluk daripada tiada kepada ada..Subhanallah..

ANAK DAN KAIN PUTIH

Bayi ini..suci dirinya ibarat sehelai kain putih yang bersih.Tidak ternoda,tidak ada cacat cela..Tidak ada percikan warna yang mengotori..Begitulah keadaan bayi di awal kelahiran.Bayi ini adalah amanah ayah dan ibu.Didikan yang bagaimanakah yang ingin dicurahkan?warna bagaimanakah yang ingin dicorakkan?andai baik dan cantik coraknya,maka akan molek dan eloklah ia kelihatan,tetapi andaikata sebaliknya,maka akan hilanglah keserian si kain putih..

CORAKAN DI DALAM RAHIM IBU

Di awal proses kehamilan lagi,para ibu dig
alakkan untuk memperkenalkan anak-anak dengan dunia Al-Quran dengan cara melazimi diri untuk membaca Al-Quran pada setiap hari. Sebaik-baiknya,perkenalkanlah anak-anak ini dengan keseluruhan surah di dalam Al-Quran,tidak terhad kepada beberapa surah sahaja. Al-Quran ini,semakin banyak dibaca,dihayati dan direnung tafsiran ayat-ayatnya,kita pasti akan dapat merasai seolah-olah Allah berbicara dengan kita. Allah Maha Mengetahui betapa sukarnya kita melalui saat-saat kesusahan mengandungkan permata hati dan Allah Maha Berkuasa untuk menguatkan hati-hati kita untuk melalui fatrah yang penuh getir ini.Semakin dibaca,semakin terasa hampir dengan Dia..
Natijahnya ia akan menimbulkan keinsafan dan
kelembutan di dalam hati si ibu dan aura mahmudah ini akan mengalir ke hati anak yang sedang dikandungkan..
Lihatlah kepada akhlak mulia dan kefaqihan Imam Syafi'e..seorang yang hebat agamanya,faqih ilmunya tentulah la
hirnya dia dari
rahim ibu yang kuat pergantungannya den
gan Allah.
Ayah kepada Imam Syafi'e pernah ditanyakan satu soalan," Bagaimanakah Tuan mendidik anak sehingga menjadi ulama' besar buat ummat?" Ayah Imam Syafi'e menjawab," Saya sudah mula mendidiknya puluhan tahun sebelum beliau lahir lagi.."
Puluhan tahun,ini bermakna adab dan akhlak suami isteri itu sendiri adalah pemangkin kepada kelahiran anak yang soleh dan solehah.Kita mengimpikan anak yang soleh,faqih dan alim,maka item-item ini sewajarnya dimulakan di dalam diri kita..Adilnya percaturan Penguasa seluruh alam..

CORAKAN IBADAH
Melihat kepada pendidikan anak-anak di Mesir,sedari kecil lagi anak-anak di sini diajar untuk membaca dan menghafaz Al-Quran,seawal umur 3 tahun. Bapa-bapa di sini memimpin tangan anak-anak mereka ke masjid dan diajar untuk mengerjakan solat. Sejuk hati memandang kanak-kanak kecil sebaya anak-anak saudara saya dididik berpakaian sunnah,berjubah dan berhijab.Subhanallah,pemandangan seperti ini amat jarang dilihat di Malaysia.Anak-anak kecil di sini rajin mengikut bapa mereka ke masjid mengerjakan Solat Jumaat.Wajah dan gaya comel mereka sedikitpun tidak menampakkan rasa kekok apabila memakai jubah dan berkopiah.mashaAllah..

Anak-anak perlu dibentuk di dalam suasana/biah yang solehah. Di Mesir,suasana di sini amat memuliakan Al-Quran. Di Pasaraya,kedai menjual daging,di dalam teksi,bas,van,tut-tut(sejenis kenderaan di Mesir), di pasar malah di kedai kopi, semuanya berkumandang dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Suasana seperti ini boleh kita praktikkan di dalam rumahtangga kita. Setiap pagi kebiasaanya isteri akan bangun awal untuk menyiapkan sarapan dan kelengkapan untuk anak-anak dan suami,maka sebaiknya pada ketika itu kita memasang kaset@vcd Al-Quran dan perdengarkan ayat-ayat Al-Quran di dalam rumah kita. Apabila anak-anak bangun,perkara pertama yang mereka dengar adalah Al-Quran,waktu sarapan mereka mendengar ayat Al-Quran hinggalah sebelum tidur mereka lena diulit dengan ayat-ayat Al-Quran.Apabila setiap hari mereka mendengar ayat-ayat Allah yang mulia bergema di dalam rumah mereka, maka rasa cinta kepada Al-Quran akan lahir di dalam diri anak-anak ini.Rasulullah juga berpesan kepada kita agar memeriahkan rumahtangga dan Bait Muslim kita dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.Sudah pasti di situ terletak hikmah yang cukup besar terutama sekali di dalam proses pentarbiyahan anak-anak.Kenalkan mereka dengan Al-Quran, ceritakan mereka tentang kelebihan-kelebihan Al-Quran , berdiskusi dengan mereka tentang mukjizat di dalam Al-Quran dan tanamkanlah rasa cinta di dalam hati mereka terhadap Al-Quran sedari kecil lagi,seawal usia mereka 3 tahun..

~ bersambung ke entry akan dtg...~corakan tarbiyah buat si anak~

0 comments: