Daisypath Anniversary tickers
:: QISAS DI MADINAH...::


Birrrrr… birrrrr…! Sedang asyik mendengar apa yang disyarahkan oleh syeikh, tiba2 vibrate handphone bergeletar dan menyababkan ana terkejut dibuatnya. Rupa - rupanya, sahabat ana yang membuat panggilan. Ana pun minta izin dari syeikh untuk menjawab paggilan.” Anta dah tau esok ada Qisas?,” sahabat ana bertanya.” Esok ada Qisas? Buat kat sebelah Baqi’ ke? Ana mendapatkan kepastian. Dia pun menjawab,”ha’ah, nta ajaklah sahabat-sahabat nta. Ana dah ada group untuk ke sana. InsyaAllah start pukul 10 pagi tapi kalau boleh datang pukul 9 pagi sebab orang ramai sangat.” Setelah menamatkan perbualan, ana terngiang-ngiang dengan berita yangg disampaikan oleh sahabat ana tadi. Lalu ana cuba mendapatkan kepastian dari Syeikh Khalid ad-Duwaish yg sedang mengupas kitab Hadith 40 Imam Nawawi yang kami talaqi b’samanya setiap minggu.” Na’am,insyaAllah,” beliau menjawab. Kemudian kami teruskan pengajian kami yang sudah sampai hadith ke-21. Sepanjang perjalanan pulang ke hostel, ana masih lagi terfikir – fikir tentang satu upacara prestij yang sudah lama ku ingin saksikannya dengan mata kepalaku sendiri. Selama ni, tengok dalam klip video je. Waktu dah menunjukkan hampir jam 1.30 pagi tapi mataku masih belum boleh terlelap.”Nak ponteng kelas ke,tak nak? Ah, aku takkan lepaskan peluang keemasan ni! Lagi pun, aku tak pernah ponteng kelas tanpa bersebab sblm ni,” ku bisik dalam hati.

Setelah solat subuh di Masjid Universiti Islam Madinah yang diimamkan oleh pelajar dari Yaman yg memiliki suara lunak dan setanding dengan Abdullah Fahmi AQ itu, ana pun cuba mencari sahabat – sahabat yang ingin menyertai projek ana iaitu menuju ke tempat yang akan melaksanakan salah satu hukum Allah iaitu Qisas. Selesai sahaja waktu pertama, ana pun terus keluar kelas dan pulang ke hostel untuk bersiap-siap. Lebih kurang 9.15 pagi, ana bersama sahabat ana iaitu abg Azhar dan abg Hakim bergegas menuju ke tempat upacara tersebut. Hati ana semakin berdebar – debar. Bukan disebabkan tak mampu menyaksikannya, tapi tak sabar menyaksikan satu peristiwa yang membuktikan tanda keimanan umat Islam yang akur dengan perintah Allah Ta’ala. Setibanya kami di sana, orang ramai sudah mula berpusu – pusu. Masing – masing mencari posisi yang strategik agar tidak terlepas peluang yang sangat jarang berlaku di muka bumi Allah ini. Kawasannya lapang dan dipagari oleh dinding yg tingginya hampir mencecah dua meter. Pelbagai ragam yg dipertontonkan oleh orang ramai. Ada dikalangan mereka yg bertenggek di dinding, memanjat pokok kurma, berdiri di atap bangunan, atap kereta dan macam – macam lagi. Pasukan polis telah disusun segenap pelusuk bagi mengawal keadaan. Kedudukannya juga yang berhampiran dengan Tanah Perkuburan Baqi’ iaitu kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa sahaja yang meninggal dunia di Madinah, termasuklah para jemaah haji dan umrah membuatkan suasana peristiwa itu lebih hidup.

Jam sudah hampir menunjukkan angka 10. Ana masih teraba – raba mencari tempat tinggi kerana bahagian hadapan telah dipenuhi sejak jam 8.30 pagi lagi. Akhirnya, kereta orang yg menjadi mangsa. Dari atas kereta tersebut ana hanya mampu melihat empat orang lelaki yang bakal dipenggal kepalanya dan beberapa orang lelaki yang lagaknya sebagai pendekar dan di sisinya sebilah pedang arab iaitu rupa bentuknya yang melengkung seperti pedang aladdin. . Sebagaimana yang telah diceritakan, mereka yang bakal menerima hukuman tersebut telah memecah masuk rumah majikannya dan mencuri harta benda yang terdapat di dalam rumah tersebut. Bukan sekadar itu sahaja, mereka juga telah merogol kaum hawa yang merupakan penghuni rumah tersebut dan akhir sekali mereka membunuh insan – insan yang ada di dalamnya. Wallahhu a’lam…Matahari terus memancarkan sinarannya yang begitu terik. Walaubagaimana pun, ianya tidak mematahkan semangat pengunjung yang telah lama berdiri selama berjam – jam! Beberapa buah ambulans masih menanti waktu untuk sekujur tubuh diusungkan ke dalamnya dan juga kepada para pengunjung yang dijangkakan pengsan. Tepat jam 10 pagi, seorang pegawai telah menyampaikan ucapan yang sayup – sayup bunyinya. Keempat – empat pesalah yang matanya diikatkan dengan kain putih dan dipakaikan dengan jubah berwarna putih tanpa berkolar itu duduk dalam keadaan seperti duduk antara dua sujud. Suasana semakin tegang dengan laungan takbir. Tak lama kemudian, pedang yang diangkat dengan ketinggian sederhana itu laju membelah leher pesalah pertama. Tersentak jantung ana melihatnya..GAGAL! Hayunan pertama tidak sempurna menyebabkan pesalah yang sedang menggelupur itu diangkat sepantas kilat untuk menerima hayunan kali kedua. Ana tak pasti implikasinya dari sudut hukum. Orang ramai semakin kalut kerana ada di kalangan mereka yang masih tidak berpeluang menyaksikan peristiwa sebentar tadi sehinggakan berlakunya tolak menolak. Tanpa melengahkan masa, pegawai yang diamanahkan untuk memenggal para pesalah pada hari itu terus menghayun pedang ke arah leher pasalah kedua. Darah memancut ke atas dan kepalanya tergolek! Dan begitu jugalah yang diterima oleh pesalah ketiga. Mungkin disebabkan bunyi tetakan dan pancutan darah pesalah itu, pesalah terakhir telah meraung ketakutan. Tetapi ianya langsung tidak menggugat pegawai yang bertanggung jawab untuk menyelesaikan amanahnya itu. Subahanallah…Ana seolah – olah tidak percaya yang ana telah menyaksikan peristiwa penuh prestij itu dan ianya berlangsung selama lebih kurang 10 minit. Orang ramai pun mula beransur – ansur pulang dan ada juga yang masih kurang puas hati kerana tidak dapat menyaksikan dengan jelas cuba melihat mayat – myat tersebut diusung ke dalam ambulans. Terdengar juga berlaku sedikit kekecohan kerana ada pengunjung yang pengsan setelah menyaksikan peristiwa tersebut. Tanpa melengahkan masa, kami pun terus pulang ke universiti kerana waktu kuliah masih berbaki.


Setelah memohon maaf daripada syeikh yang sedang mengajar al – Quran atas kelewatan masuk ke kelas, ana pun duduk di tempat ana. Fikiran ana masih terbayang – bayang episod yang ana lalui sebentar tadi sehinggakan ana langsung tidak menghiraukan sahabat – sahabat yang sedang memperdengarkan ayat – ayat suci al –Quran. Tiba – tiba, “ Iqra’ ya Muhammad!” Ana tersentak dan terus membaca ayat hafazan yang telah diamanahkan sejak seminggu yang lepas. Madah yang seterusnya ialah Sirah Nabawiyah dan pada hari itu, syeikh menyampaikannya dengan baik tetapi seribu kali sayang, ianya langsung tidak menarik minat ana untuk memberi tumpuan sepenuhnya. Setelah menunaikan solat Zuhur, ana berfikir seorang diri. Hebatnya peristiwa yang telah ana lalui pada hari itu. Sebuah masyarakat Muslim di Madinah membuktikan nilai keimanan mereka dengan akur perintah Allah Ta’ala walaupun mereka tahu bahawa Islam mengiktiraf darah seseorang Muslim itu mahal nilainya.. Tapi, mengapakah sebahagian besar negara Islam masa kini masih tidak mempraktikkan hukum Hudud dan Qisas? Bukan mereka tak tahu bahawa hikmah hukum ini dilaksanakan iaitu diantaranya ialah mendidik manusia agar takut melakukan jenayah. Ada yang mengatakan tidak sesuai dilaksanakan di dalam sebuah negara yang berbilang agama dan bangsa. Ada yang juga mengatakan masyarakat Islam masih jahil tentang perlaksanaan hukum Allah ini. Sampai bila baru nak faham? Sedangkan terdapat sesetengah negara Islam yang telah menyusun silibus pengajian Islam di negaranya dengan menyembunyikan tajuk – tajuk tertentu seperti jihad dan sebagainya. Kalau macam inilah keadaannya, sampai hari Qiamat pun umat Islam tak akan tahu keindahan agama yang dianutinya. Satu ketika dahulu, ada segelintir yang lantang memperjuangkan hukum Hudud dan Qisas. Tak lama kemudian, ada pulak yang berpendapat agar tidak perlu kerap melaungkan matlamat tersebut kerana ia boleh menakutkan masyarakat umum. Ada juga benarnya pendapat tersebut, cuma apa yang membimbangkan ana ialah takut – takut, tak ada siapa yang berani memperjuangkan salah satu hukum Allah yang suci itu.

Oleh itu, marilah sama – sama kita fikirkan nasib agama kita ini. Semoga kita terus istiqamah di atas jalan yang benar dan menjadi orang yang cemerlang di dunia dan akhirat..TAKBIR!!!

Kisah ini dirakamkan sekitar awal tahun 2007. Semoga ianya dapat memberi kekuatan kepada kita untuk menegakkan hukum Allah di bumi Malaysia yang tercinta...

- asshik madani -

:: SWINE INFLUENZA H1N1 (SELSEMA BABI ) ::

Swine Influenza and You

Are there human infections with swine flu in the U.S.?
In late March and early April 2009, cases of human infection with swine influenza A (H1N1) viruses were first reported in Southern California and near San Antonio, Texas. Other U.S. states have reported cases of swine flu infection in humans and cases have been reported internationally as well. An updated case count of confirmed swine flu infections in the United States is kept at http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm CDC and local and state health agencies are working together to investigate this situation.

Is this swine flu virus contagious?
CDC has determined that this swine influenza A (H1N1) virus is contagious and is spreading from human to human. However, at this time, it not known how easily the virus spreads between people.

What are the signs and symptoms of swine flu in people?
The symptoms of swine flu in people are similar to the symptoms of regular human flu and include fever, cough, sore throat, body aches, headache, chills and fatigue. Some people have reported diarrhea and vomiting associated with swine flu. In the past, severe illness (pneumonia and respiratory failure) and deaths have been reported with swine flu infection in people. Like seasonal flu, swine flu may cause a worsening of underlying chronic medical conditions.

How does swine flu spread?
Spread of this swine influenza A (H1N1) virus is thought to be happening in the same way that seasonal flu spreads. Flu viruses are spread mainly from person to person through coughing or sneezing of people with influenza. Sometimes people may become infected by touching something with flu viruses on it and then touching their mouth or nose.

How can someone with the flu infect someone else?
Infected people may be able to infect others beginning 1 day before symptoms develop and up to 7 or more days after becoming sick. That means that you may be able to pass on the flu to someone else before you know you are sick, as well as while you are sick.

What should I do to keep from getting the flu?
First and most important: wash your hands. Try to stay in good general health. Get plenty of sleep, be physically active, manage your stress, drink plenty of fluids, and eat nutritious food. Try not touch surfaces that may be contaminated with the flu virus. Avoid close contact with people who are sick.

Are there medicines to treat swine flu?
Yes. CDC recommends the use of oseltamivir or zanamivir for the treatment and/or prevention of infection with these swine influenza viruses. Antiviral drugs are prescription medicines (pills, liquid or an inhaler) that fight against the flu by keeping flu viruses from reproducing in your body. If you get sick, antiviral drugs can make your illness milder and make you feel better faster. They may also prevent serious flu complications. For treatment, antiviral drugs work best if started soon after getting sick (within 2 days of symptoms).

How long can an infected person spread swine flu to others?
People with swine influenza virus infection should be considered potentially contagious as long as they are symptomatic and possible for up to 7 days following illness onset. Children, especially younger children, might potentially be contagious for longer periods.

What surfaces are most likely to be sources of contamination?
Germs can be spread when a person touches something that is contaminated with germs and then touches his or her eyes, nose, or mouth. Droplets from a cough or sneeze of an infected person move through the air. Germs can be spread when a person touches respiratory droplets from another person on a surface like a desk and then touches their own eyes, mouth or nose before washing their hands.

How long can viruses live outside the body?
We know that some viruses and bacteria can live 2 hours or longer on surfaces like cafeteria tables, doorknobs, and desks. Frequent handwashing will help you reduce the chance of getting contamination from these common surfaces.

What can I do to protect myself from getting sick?
There is no vaccine available right now to protect against swine flu. There are everyday actions that can help prevent the spread of germs that cause respiratory illnesses like influenza. Take these everyday steps to protect your health:

  • Cover your nose and mouth with a tissue when you cough or sneeze. Throw the tissue in the trash after you use it.
  • Wash your hands often with soap and water, especially after you cough or sneeze. Alcohol-based hand cleaners are also effective.
  • Avoid touching your eyes, nose or mouth. Germs spread this way.
  • Try to avoid close contact with sick people.
  • If you get sick with influenza, CDC recommends that you stay home from work or school and limit contact with others to keep from infecting them.

What is the best way to keep from spreading the virus through coughing or sneezing?

If you are sick, limit your contact with other people as much as possible. Do not go to work or school if ill. Cover your mouth and nose with a tissue when coughing or sneezing. It may prevent those around you from getting sick. Put your used tissue in the waste basket. Cover your cough or sneeze if you do not have a tissue. Then, clean your hands, and do so every time you cough or sneeze.

What is the best way to keep from spreading the virus through coughing or sneezing?
If you are sick, limit your contact with other people as much as possible. Do not go to work or school if ill. Cover your mouth and nose with a tissue when coughing or sneezing. It may prevent those around you from getting sick. Put your used tissue in the waste basket. Cover your cough or sneeze if you do not have a tissue. Then, clean your hands, and do so every time you cough or sneeze.

What is the best technique for washing my hands to avoid getting the flu?
Washing your hands often will help protect you from germs. Wash with soap and water. or clean with alcohol-based hand cleaner. we recommend that when you wash your hands — with soap and warm water — that you wash for 15 to 20 seconds. When soap and water are not available, alcohol-based disposable hand wipes or gel sanitizers may be used. You can find them in most supermarkets and drugstores. If using gel, rub your hands until the gel is dry. The gel doesn’t need water to work; the alcohol in it kills the germs on your hands.

What should I do if I get sick?
If you live in areas where swine influenza cases have been identified and become ill with influenza-like symptoms, including fever, body aches, runny nose, sore throat, nausea, or vomiting or diarrhea, you may want to contact their health care provider, particularly if you are worried about your symptoms. Your health care provider will determine whether influenza testing or treatment is needed.

If you are sick, you should stay home and avoid contact with other people as much as possible to keep from spreading your illness to others.

If you become ill and experience any of the following warning signs, seek emergency medical care.

In children emergency warning signs that need urgent medical attention include:

  • Fast breathing or trouble breathing
  • Bluish skin color
  • Not drinking enough fluids
  • Not waking up or not interacting
  • Being so irritable that the child does not want to be held
  • Flu-like symptoms improve but then return with fever and worse cough
  • Fever with a rash

In adults, emergency warning signs that need urgent medical attention include:

  • Difficulty breathing or shortness of breath
  • Pain or pressure in the chest or abdomen
  • Sudden dizziness
  • Confusion
  • Severe or persistent vomiting

How serious is swine flu infection?
Like seasonal flu, swine flu in humans can vary in severity from mild to severe. Between 2005 until January 2009, 12 human cases of swine flu were detected in the U.S. with no deaths occurring. However, swine flu infection can be serious. In September 1988, a previously healthy 32-year-old pregnant woman in Wisconsin was hospitalized for pneumonia after being infected with swine flu and died 8 days later. A swine flu outbreak in Fort Dix, New Jersey occurred in 1976 that caused more than 200 cases with serious illness in several people and one death.

Can I get swine influenza from eating or preparing pork?
No. Swine influenza viruses are not spread by food. You cannot get swine influenza from eating pork or pork products. Eating properly handled and cooked pork products is safe.

Source: http://www.cdc.gov/swineflu/swineflu_you.htm (Centre For Disease Control And Prevention)

p/s: I’m thinking again the beneficial of niqab…mashaAllah..


bila tersebarnya banyak penyakit&ujian kepada manusia..ingatlah wahai diri,bahawa ia adalah peringatan dari Allah buat kita..ALLAH maha kuasa menarik nikmat yang telah dikurniakan pada kita bila2 masa..manusia sering lupa..bila diberi nikmat,amat seronok,lupa mngucapkan terima kasih kepada Maha Pemberi nikmat.sedangkan semuanya hanya pinjaman..manusia yg bersyukur adalah hamba Allah yang apabila dikurnia anugerah dia bersyukur,makin bertambah amalan &ibadah.bila diuji dengan kesakitan dia masih mampu mengucap tahmid "alhamdulillah" tanda redha dengan ketentuan ALLAH,Maha Penguasa sekalian alam..

siiru 'ala barakatillah..

:: JADUAL EXAM ::

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puja dan puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

ni jadual exam kami..doakan kejayaan kami di Perlembahan Nil ini..^_^

SUMBER : DPM ( MAQAZ ) SHOUBRA
( jazakumullah khairan kathira )



" Ya Allah,jadikanlah aku dan mereka di dalam golongan hambaMu yang sebenar dan di dalam perlindunganMu , orang-orang yang diperhatikan dan orang-orang yang berdamping denganMu, di dalam keamananMu dan bentengMu dan di dalam golonganMu dan naunganMu.Dengan nama Allah aku berlindung dan memohon keberkatan , hanya dengan nama Allah aku memohon pertolongan dan kemenangan.."

bingkisan istimewa buat isteriku ainun mardhiah...

بسم الله الرمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bingkisan ringkas ini ditujukan khas kepada
isteriku tercinta...

Pertamanya, tahniah kerana berjaya menghasilkan blog ini. Semoga ianya menjadi salah satu medium dakwah yang dapat memberi manfaat kepada kita dan sahabat - sahabat yang dikasihi.

Sempena dengan musim peperiksaan yang kian hampir ini, ain kena betul - betul buat perancangan. Perancangan dan pengawalan dari pelbagai sudut sama ada jadual study, tugasan, dan emosi. Yelah, kita biasa dengar ramai pelajar yang semakin tertekan apabila tibanya musim peperiksaan. Percayalah bahawa setiap di kalangan kita berpotensi untuk cemerlang dalam pelbagai bidang yang kita ceburi. Walaubagaimana pun, antara kunci kejayaan ialah MERANCANG. Apabila kita GAGAL MARANCANG, bermakna kita sedang MERANCANG UNTUK GAGAL!!! Kadang - kadang kita merasa diri kita ini tidak layak untuk mendapat kecemerlangan. Bila kita sudah membisik kata - kata tersebut dalam hati kita...bermakna seolah - olah kita telah mendoakan agar kata - kata tersebut menjadi kenyataan. Oleh itu, seringlah kita berfikiran positif dan menyatakan diri kita boleh melakukan yang terbaik!!! InsyaAllah, segala gerak geri kita akan menumpukan satu matlamat yang penuh gilang - gemilang!!! Ingat, masa masih ada untuk kita bertindak...

Ulangkaji matapelajaran, buat analisa soalan - soalan lepas, buat nota, study group...Semua ini adalah antara langkah - langkah menuju kejayaan dalam peperiksaan.Tetapi ain kena ingat...semua ini bukanlah semata - mata untuk mendapat segulung ijazah.Kita kena ingat bidang yang kita ceburi ini. Bidang yang sama sekali tidak boleh dipergunakan untuk mengejar dunia. Ini adalah bidang untuk kita kenal Allah...kenal syariat Islam...melaksanakan apa yang terkandung di dalamnya...kita sebenarnya memikul amanah yang besar dan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Oleh yang demikian, perkara yang paling utama ialah kita menuntut ilmu ikhlas kerana Allah SWT. Bila niat sudah jelas, maka apa yang dinyatakan di atas tadi akan menyusul. Orang yang ikhlas kerana Allah Ta'ala akan berfikiran positif, berperancangan dan BERJIWA BESAR. Ulama silam adalah mereka yang BERJIWA BESAR. Lihatlah warisan ilmu mereka yang agung dan kesan dakwah mereka yang penuh dengan keberkatan sehingga menjadi penyebab untuk sekalian manusia mengecapi nikmat Islam. Ini adalah ciri - ciri mereka yang BERJIWA BESAR. BERJIWA BESAR di sini bukanlah orang yang sombong dan merasakan diri yang terbaik tetapi keyakinan tinggi yang lahir dari kebergantungan kepada Allah, sedar matlamat dan tangungjawab sebagai hamba Allah...ingat tak kata - kata syeikh Husin..." Keberkatan tidak akan terzahir melainkan dengan ikhlas kerana Allah" ^_^

JIWA BESAR...orang yang BERJIWA BESAR tidak akan melayan perkara - perkara kecil yang boleh menggagalkan misinya. Sekiranya terdapat perkara yang menyukarkannya, dia tidak menganggapnya sebagai masalah tetapi menganggapnya sebagai CABARAN. CABARAN...satu benda yang amat disukai oleh orang yang berjiwa besar!!! Abang teringat kata - kata syeikh Khalid..."seorang pejuang akan tetap teruskan perjuangannya walaupun terdapat pelbagai rintangan. Ibarat seorang yang melalui satu perjalanan, tiba - tiba datang tiupan angin yang begitu kencang.Dia tidak terus melawan angin tersebut seperti berdiri teguh atau pun berlari melawan arah angin tersebut, tetapi dia akan tunduk sebentar sementara angin tersebut beredar. Apabila aingin tersebut sudah beredar, dia bangun semula dan meneruskan perjalanannya"

Abang doakan agar ain berjaya dunia dan akhirat dan abang percaya ain boleh buat yang terbaik!!!
" Laksamana Sunan!!! " ^_^

TAKBIR!!!


Suami mu,

Mohd Asshik b. Abu Hanipah
Tahun 2,
Kuliah Syariah Islamiah,
Universiti Islam Madinah,
Arab Saudi.

:: SELAMAT HARI LAHIR ANDAK ! ::


Alhamdulillah..
hari ni merupakan hari kelahiran seorang sahabat saya...
NOOR FAEZA BINTI ABD RAHMAN..sahabat saya semasa di DQ.kami sama2 ditaklif jadi pimpinan kat sana (tapi dia jauh lagi hebat le ^_^ )..lagi best insan istimewa inilah partner naqibah saya waktu kami pegang usrah "SOFIYAH " di DQ dulu(rindunya anak2 ateh ^_^ ) ..lepas DQ andak melanjutkan pelajaran ke bumi Jordan dan sekarang meneruskan pengajian di bumi UKM.

:: sanah helwa ya jamilah ::
semoga Allah brkatimu di sepanjang musafir kehidupanmu di dunia ini. ateh sentiasa doakan andak.kuatkan semangat menempuh apa jua rintangan dan dugaan.uhibbuki fillah!


sama juang..sama menang!

:: KALA HAMPIR EXAM ::

mansurah dah nak dekat zohor.saya nak merehatkan kepala sekejap sekitar 10 minit selepas berhempas pulas melaksanakan misi terakhir-menyiapkan nota resam Al-Quran & Fawasil.biru juga ye mata kalau mengadap buku sepanjang masa ^_^ menuntut ilmu ni labudda kena paksa diri,bukan manjakan diri.jalannya memang susah untuk dapatkan natijah yang bernilai..jadi,buat diri saya..kuatkan hati! ^_^

jadual exam tak dapat lagi..hari ni sahabat2 mula exam takhaluf..moga Allah kurniakan kjayaan buat mereka semua dan kami juga..amin..insyaAllah lepas takhaluf baru dapat jadual exam.waa..berdebar sangat rasanya.mak kat malaysia dah banyak kali minta jadual exam.wan pun sama..syukur Alhamdulillah punya keluarga yang amat mengambil berat.hari ni juga kak tie exam untuk master bidang kedoktorannya..bittaufiq wan najah ya ukhti ! ^_^ masa kecil-kecil dulu,time exam camni..emak n abah amat2 ambil berat tentang study kami..kalau hari2 biasa kami wajib sediakan masa untuk study..time exam km perlu sediakan masa yang berganda.mak akan pastikan kami tidur paling lewat pukul 10mlm,bangun pukul 6pagi.wajib solat subuh(walaupun sekolah rendah tapi tak bole mengelat! ^_^)..kadang2 sebelum subuh kalau saya terjaga..kedengaran esak tangis emak..memohon pada Allah agar mengurniakan kejayaan buat kami anak2nya..(sebak pula rasa..)
pagi exam,sebelum pegi sekolah..abah akan panggil..." jannah , yah , tikah ,abg cik..mari sini.( masa tu adik bongsu kecik lagi )..lalu abah yang penyayang ini akan meletakkan tangannya atas kepala kami..dan baca Surah Al-Insyirah dan doa-doa buat penerang hati kami..(aaa...sebak lagi..)usai mendoakan kami..abah akan cium kepala kami sorang2..(biasanya waktu tu mata saya dah basah,bergenang air mata) selepas tu abah akan bagi kata2 semangat.."anak-anak abah..ingat!abah dan mak selalu doakan deme.biar kita takde harta,jangan kita takde ilmu.."Subhanallah,abah...rindunya kata2 itu.kalam tu saya ingat sampai sekarang..kami pun salam tangan mak dan abah terus hantar pegi sekolah..itulah didikan yang abah dan mak terapkan pada kami 9 beradik.asal dari keluarga susah dan satu masa nanti kami perlu membela nasib keluarga dan agama.

abah..mak..air mata dah mngalir..rndunya pada kalian..baru ni,waktu telefon mak..mak masih mengulangi nasihat yang berharga pada saya.."jangan takut-takut.yakin.Allah pasti akan tolong." nasihat yang simple tapi tepat. bila yakin pada Allah,insyaAllah kita akan tenang hadapi semua keadaan.dengan syarat usaha yang semaksimanya dan Allah Maha Pengasih,takkan mensia-siakan doa hamba yang nak dekat dengan Allah..waktu exam,mak pasti akan mesej.."yah jangan bimbang.keluarga sentiasa doakan yah.yah usaha sungguh-sungguh.mak akan baca Yasin setiap hari untuk yah.." Subhanallah..mulianya hati bonda..

cukup 10 minit..saya perlu berhenti sekarang untuk menerukan tugas yang masih berbaki..bacalah Al-Quran kerana Al-Quran penenang hati yang paling mujarab.salam juang!

:: IMTIHAN KIAN HAMPIR ::


Assalamualaikum WBT..

Imtihan kami,pelajar-pelajar Qiraat Shoubra dan Mansurah tahun 1 dan 2 kian hampir. masa ni,macam-macam ragam dapat dilihat. ada yang ke hulu ke hilir dengan matan Qiraat, speed buat study group dan paling best tengah masak pun matan ada dekat dengan kuali ! ^_^ masyaAllah..hebatnya perjuangan pencinta-pencinta ilmu..teruskan usaha kita sahabat-sahabat,moga-moga tiap titik peluh yang mengalir kerana menghafaz kalam Allah diganjari pahala yang tiada taranya,amin.

Saya mengambil kesempatan ni nak ucapkan "Selamat Menghadapi Imtihan " buat semua ikhwah akhawat di Mesir mahupun di Malaysia.(kalau tak silap, anak usrah saya di UM pun exam akhir bulan 4) Salam juang diucapkan!Kita usaha sebaik dan sedaya yang mampu.Syeikh kami selalu pesan.."Jangan takut,Allah bersama hamba yang sabar.Kamu usaha sungguh-sungguh dan tawakkal pada Allah.paling penting,jawab semua soalan,jangan tinggal." Jazakallahu khairan kathira ya Syeikh ^_^

Buat diri sendiri,saya berazam untuk laksanakan yang terbaik untuk exam kali ni.Hadiah buat suami,mak abh,adk bradik dan mereka yang disayangi.^_^ Moga-moga Allah kurniakan najah buat kita semua. Paling utama,najah dalam imtihan ketenangan,kejujuran dan kesabaran.Lantas menjadikan medan imtihan ini sebagai wasilah untuk kita lebih mengenali kekuasaan Allah dan kelemahan diri kita. Yakinlah bahawa Al-Quran ini mukjizat dan Syifa'.Bagi hamba yang ikhlas mengamalkannya,nusrah Allah pasti akan tiba,amin.

Kepada semua pembaca yang disayangi, blog ini tidak dapat diaktifkan kala ini kerana fatrah ini adalah fasa akhir persediaan saya untuk menghadapi pertempuran.

Pesan abang.
.

" Tumpu betul-betul pada exam.Family nak tengok result kite.kalau nak gi madinah,study sungguh-sungguh."

" Baik abang ! "^_^


ok,minta izin untuk berundur.Assalamualaikum ^_^

:: DIMENSI BICARA : AKU,DIA&PERJUANGAN ::

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum WBT.. saya ingin berkongsi titipan ini buat semua pembaca yang saya hormati..Juga sebagai kalam tasyji' untuk suami yang jauh di mata dekat di hati ^_^ Semoga kita semua beroleh manfaat.. ^_^

Di sebalik sebuah perancangan,berkobar sebuah juang.Reformasi yang ingin dipugar,membidik rencana baru yang diharap menepati sasaran.Namun tidak semua paluan kompang yang terlatih kan bisa membunyikan rentak sekata.andai satu paluan terlari pukulan,kesumbingannya kan jelas kedengaran.Begitulah hidup..tidak semua perancangan seorang pejuang itu menepati analitikal kehidupan.Lebih tepat lagi,tidak semua perancangan manusia adalah pasti di dalam izinNya kerana Yang Maha Kuasa hanyalah Allah Taala..Dia Pengatur dan Pencatur yang terbaik.Namun,adakah kritikalnya sebuah perancangan yang ditolak oleh insan sekeliling bakal membuatkan diri pejuang tumbang menyerah pada takdir?No!Tidak sama sekali!Kerana sunnatullah..pasti kan ada laluan,liku,onak dan duri bagi mencapai visi suci. Hidup seorang pejuang dipandu matlamat,dipacu misi dan visi yang terarah,dipasak dengan ketulenan ibadah yang menjadi pemangkin nafsi dan qanaah di hadapan Ilahi.Maka,kita dapat menyaksikan ikon dunia Islam dulu dan kini,Saidina Abu Bakar As-Siddiq,Saidina Umar Al-Khattab,As-Syahidah Zainab Al-Ghazali dan pastinya ikon seluruh muka bumi,Nabi Muhammad SAW..Betapa ampuh,sabar,tenang dan rencamnya mereka menjuarai medan.


Apabila dipandang dari sudut hikmah, hati-hati yang cintakan Allah sentiasa husnu zhon dengan Allah ketika senang dan susah.Andai tiba ujian yang menggugat ketenangan hati,menyiat ketajaman akal dan membuat jiwa sanubari di selubung rajuk,maka tika itu kembalilah pada Allah. Yakinlah dengan Dia,Maha Suci Allah yang memegang hati-hati manusia. Sebagai manusia biasa,tidak mampu rasanya untuk menjelaskan kepada insan sekeliling setiap ulasan dan persoalan hidup ini.Cukuplah Allah sebagai tempat pengaduan yang paling ampuh dan teguh.Dan tika itu..hati akan terubat,langkah disusun kembali dan jiwa yang gundah ini bangkit ternobat. Lebih halus lagi,hati diselubung keinsafan dan ketenangan tatkala datangnya pujukan iman dari Allah..Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang.. "

Perjuangan ini adalah perjuangan yang panjang.Teruskan perjuangan kerana syurga adalah sebenar-benarnya kerehatan.." Wallahua'lam.. ^_^

:: ASSALAMUALAIKUM ::

Assalamualaikum WBT..

Alhamdulillah..Segala puji bagiMu Ya Allah yang mengizinkan hamba menyebarkan dakwah melalui penulisan ini.Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW..moga-moga kita semua memperoleh syafaat Baginda di akhirat kelak,amin..


Dedikasi istimewa buat suami tercinta,Mohd Asshik b. Abu Hanipah..Jazakumullah khairan kathira mengizinkan diri ini menyampaikan risalah Nubuwwah melalui tinta dakwah.Buat kedua-dua emak dan abah saya serta semua ahli keluarga saya..kalianlah penguat jiwa saya untuk merentas musafir kehidupan ini.Ucapan istimewa juga ditujukan buat kak Arbaiyah (Qiraat thn 3 ) yang membantu saya menyiapkan blog ini.Dialah kakak,sahabat dan teman dakwah yang tidak putus-putus membantu sejak dulu.Buat sahabat-sahabat,teman-teman dan adik-adik di bumi Jengka, SMKA TAHAP, PLKN, DQ & Mesir serta mereka yang pernah mengenali diri ini,ku titipkan kalam-kalamku di sini tanda diri ini tidak pernah melupakan kalian.Semoga persahabatan suci ini diberkati Allah Taala hendaknya,amin..

Tidak dilupakan kepada semua pembaca yang meluangkan masa untuk berziarah,selamat membaca diucapkan ^_^ Blog ini adalah sebuah perkongsian titian hidup seorang hamba buat motivasi dan tatapan di hari muka.Menulis untuk berkongsi pengalaman,mencambah iman dan akhirnya..terasa kekerdilan di sisi Tuhan.Mana yang baik moga-moga dapat dikongsikan bersama,insyaAllah..salam ingatan dari saya!