Daisypath Anniversary tickers
Salam Mujahadah

Bismillah.

Alhamdulillah, selamat sampai ke UIA. Hari ini rasanya sungguh indah. Bermula dengan bergotong-royong bersama suami mengemas rumah seawal pagi, kami mengatur langkah menunaikan amanah seterusnya pada hari ini. Saya ke UIA, suami ke office kami di Ampang. Alhamdulillah, bila rumahtangga diadun dengan acuan iman dan ikhlas melakukan segala-galanya kerana Allah, terasa segalanya mudah dan indah.

Setiap hari banyak sangat amanah yang perlu kita selesaikan, betul tak?
Bagaimana kita menyusun amanah dan tanggungjawab itu sebaiknya? Especially kita sebagai isteri, ibu, pekerja, pelajar dan pemimpin. Utamakan yang utama, abaikan perkara yang tidak penting.

Disiplinkan diri untuk fokus. Setiap hari kita wajib merancang dan bertindak! Merancang tapi tak bertindak takkan dapat majukan diri kita ke mana-mana. Nasihat untuk diri saya juga yang serba kekurangan ni..

Ogos, September, Oktober, November dan Disember adalah fasa penting, sangat penting dalam hidup saya untuk memacu diri menyiapkan Master saya. Ya, sekarang saya pada fasa akhir untuk menyiapkan tesi. Saya perlu kuat, perlu tegas dengan masa, perlu tenang dan hati gembira untuk menempuh hari-hari yang berliku. Syukur Ya Allah, pada saat ini, Allah hadirkan rasa..Rasa untuk sentiasa mengadu padaNya, rasa untuk berserah diri sebulat-bulatnya pada Allah,kerana diri ini hamba yang tak sempurna. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Saya sedar, hanya Allah yang layak memberi kekuatan pada saya untuk meneruskan perjuangan Master ini hingga ke akhirnya.

Ianya saat yang terlalu indah, hampir 2 tahun saya bergelumang di dalam dunia Sarjana ini.Subhanallah, saya semakin merasai bahawa saya perlu lebih kuat dan kental untuk menggandakan lagi usaha mempertingkatkan kemahiran intelektual saya. Syukur Alhamdulillah, Pensyarah melatih kami apabila membuat satu-satu kajian, perlu merujuk sekurang-kurangnya 20 buah kitab atau sumber lain yang authentic. Baca-baca-baca-analisis-analisis-analisis-..Subhanallah,bukankah ini budaya kerja danbudaya ilmu para sahabat Rasulullah SAW dan para ilmuan Islam? Langkah ini sedang saya turuti, saya akan berusaha sedaya upaya saya InsyaAllah.

Berjumpa lagi nanti ya.
Doakan saya.