Saya memilih untuk membuat Master in coursework and research secara full time.
Saya akan mengikuti pengajian di kuliah selama 2 sem dan 2 sem yang berbaki akan fokus kepada penulisan tesis.
Semester ini saya membuat keputusan untuk mengambil 3 subjek sahaja : Research Methodology,Ulum Al-Quran dan Manhaj Pentafsiran Al-Quran.
Syarat Master di UIAM,sebelum mengambil subjek-subjek Master,pelajar perlu mengambil ujian Bahasa Inggeris dahulu ( EPT).Apabila sudah lulus barulah boleh memasuki kuliah bagi subjek-subjek Master.
Alhamdulillah,syukur kepada Allah.Master sangat seronok.Terasa kita benar-benar menggali ilmu sedalam-dalamnya . Kalau waktu degree dulu Syeikh banyak tolong terjemah apa yang tak faham,tolong dapatkan kitab-kitab yang kita perlukan untuk satu-satu subjek,tetapi apabila bergelumang di dalam dunia Master semuanya kita kena buat sendiri.Paling penting kita perlu aktifkan minda untuk rajin membuat analisis.Kaji,kaji dan kaji..Alhamdulillah sangat seronok.
Pensyarah saya sangat menekankan tentang amanah sebagai cendekiawan ummah.
"Kamu akan bergelar ulama pada masa akan datang,akan bergelar pakar akademik.Belajar bersungguh-sungguh,banyakkan membaca dan mengkaji."
Subhanallah,sebenarnya bukan mudah belajar pada masa yang sama sibuk menguruskan anak-anak kecil.Belajar sambil memangku anak sudah menjadi perkara biasa.Kadang-kadang baru sahaja hendak membuka kitab,anak menangis mahu itu ini.Itu hak mereka sebagai anak dan sebagai ibu InsyaAllah saya akan berusaha untuk tidak culas melaksanakan amanah.Biarpun agak sukar tapi kerana cinta mendalam kepada ilmu InsyaAllah saya akan teruskan.
Catatan Umrah Bersama TH Travel ( 26 Oktober - 6 November 2023 )
-
Sepanjang pengalaman di bumi Madinah terutama ketika melaksanakan solat
berjemaah di dalam masjid Nabawi, satu kebiasaan hari ini yang perlu
dimuhasabahk...
2 months ago