Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusof selalu berasa khuatir jikalau ibadahnya kurang khusyuk.Lantas,dia sering bertanya kepada orang yang dianggap lebih warak dan tekun beribadah,bagi memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk itu.

Suatu hari,Isam telah menghadiri majlis yang dikendalikan oleh seorang abid bernama Hatim al-Assam.Di penghujung majlis, Isam pergi mendapatkan abid terkenal itu dan bertanya,
"Wahai Hatim,bagaimanakah caranya tuan solat? "


Jawab Hatim, "Apabila masuk waktu solat,aku berwuduk zahir dan batin."
"Wuduk zahir dan batin ?" Isam bertanya kembali, "Apa maksud tuan?"


Hatim memberitahu,
"Wuduk zahir adalah sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air.Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara,iaitu BERTAUBAT,MENYESALI DOSA YANG TELAH DILAKUKAN,TIDAK MENCARI ATAU MENGHARAP PUJIAN ORANG,TIDAK TERGILA-GILAKAN DUNIA,TINGGALKAN SIFAT MEMBANGGA DIRI, BUANGKAN SIFAT KHIANAT DAN MENIPU, dan yang ketujuh,MENINGGALKAN SIFAT DENGKI."


Seterusnya Hatim memberitahu,
"Selesai wuduk zahir dan batin, aku pergi ke masjid, kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan membayangkan bahawa aku sedang berhadapan dengan Allah,syurga di sebelah kananku,neraka di sebelah kiriku,malaikat maut di belakangku dan aku kini berdiri di atas titian siratal mustaqim.Aku menganggap bahawa solatku ini adalah solat terakhirku,kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.."


"Setiap bacaan dan doa dalam solat aku fahamkan maknanya,kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk,aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.Begitulah aku bersolat selama 30 tahun."

Demi mendengar kata-kata itu,Isam terus menangis kerana bersakan selama ini ibadahnya kurang baik berbanding Hatim.
Wallahua’lam..
Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Sedar tak sedar,rupa-rupanya dah lama juga saya tak meng'update' blog kesayangan ni..walaubagaimanapun,teratak ini tetap saya jenguk setiap hari,cuma tak punya masa yang banyak untuk menaip di kala ini..^_^

jazakumullah khairan kathira buat semua pengunjung..kunjungan anda amat saya hargai..^_^
di kesempatan yang ada ini,saya ingin membalas semua komen yang tak sempat dijawab sebelum ni..sy pohon maaf atas kelewatan..terima kasih sekali lagi..^_^

wardah ~ salam ziarah.
UI > salam ziarah kembali^_^

arfifah ~ salam ziarah dari kak e buat ainun yang dirindui..
UI > Slm ziarah kmbali..kak e,miss u so much!lamanyer kite tak jumpa..ukhwah fillah slamanya..^_^

ummi ~ salam ingatan dari SMKA TAHAP
UI > salam sayang dari kami di perantauan,ummi..doakan kami^_^


arfah
~ salam rindu buat adik ainun di perantauan.. =)
UI > salam rindu buat kak ar juga..rindunyer nak tgok baby kak ar..doakn sy najah sofi ye!^_^

nawajih
~salam kak ainun link la ye blog: _yaya dq cijil_

UI > wslm..tq dik^_^

kiki ~ assalamualaikum kak ainun yg dicintai.kes3.i miss u la.meh la dtg sini.
UI > wslm..love u too dr kiki!^_~ i.allah,ad ksempatan,muncullah akk kat tir'ah tu..hihi..tlg jaga adk2 akk kat sane..slmt mnjadi doktor yg mukminah!

pejuang sunnah salam ziarah & ukhuwah
UI> Salam ziarah kmbali..

khairunnisa ~ salam..semoga ainun sihat selaku di perantauan mencari ilmu dan teruskan perjuangan k. (^-^) saya di sntiasa mendoakan kejayaan ainun.
UI> wslm..jazakumullah khairan kathira sahabatku..xsabarnyer nak jumpa awak!^_^

hafizaidi ~ salam ziarah kak
UI > salam ziarah dik..


Akhi Abd Kadir ~ wslm, syuqran ziarah. Sama juga salam perjuangan buat Pasangan Bahagia..semoga thbat dlm perjuangan.
UI>amin..jazakumullah khairan kathira..


kina ~ salam ziarah
UI> salam ziarah kmbali^_^

ummu_ecah ~ slm perantau..truskan blogging
UI> slm ukhwah dr mesir..^_^..jazakumulh khairan kathira..

sayangibu ~ salam jenguk wat kak ainun... doakan adik2 akak najah kat bumi mu'tah ni...
UI> salam jenguk kmbali..^_^..i.allh,kalian sntiasa dlm doa akk..slm juang!

anissyuhada ~ kak,akak doakan saya kuat nak hadapi semua ujian Allah ini..sungguh pilu hati ini..susah utk digmbrkan..hingga terasa tiada ...semua hanya pinjamanNya
UI> sahabatku..ujian itu satu seni..bilamana kt sbar n trus gagah brmujahadah,i.allah di pengakhirannya nnti pasti kita kan rasai kemanisan yg tersangat indah..krn Allah Maha Penyayang,pastinya Dia tidak kan pernah menzalimi hambaNya..kak long sntiasa doakn nisah..ALLAH MA'AK!^_^

ummu iffah ~ salam kak..sihat?...wah, kejap je lg akak nak abes blaja yer...saya ni gak la yang 3 tahun lagi..

UI> wslm..alhamdulillah sihat..tmbah pulak abg asshik ada kat sini skrang ni..^_~takpe,caiyok2..tuntut ilmu ni sangat best!3 tahun tu skjap jer i.allah.. doakn akk juga ye..tahun akhir ni adventure sgt2!

afzan ~ salam ainun...moga sihat2 selalu hendaknya.
UI > Wslm..alhamdulillah sy sihat..hope afzan pun sama..miss u!^_^

Ahliahnizam ~ Salam jengah, salam ziarah. Lamaa x jenguk ke sini. Apa khabar ?
UI > salam ziarah kmbali..alhamdulillah sy sihat..akk sihat?^_^

adaibrahim ~ rindu dekat akak..moga diizinkan Allah swt kita bertemu nanti..amin
UI > rindu adik juge..i.allah amin..nanti kite pakat2 turun TAHAP ye!^_~

Wan Sufiah ~ salam ziarah, kak Ainun - sijil gen 7
UI> salam ziarah kmbali..miss u dik!

ummuuwaishandzolah ~ salam ziarah...nice blog n good work keep blogging..
UI > slm ziarah kmbali..jazakumullah khairan kathira ya ukhti..^_^

anissyuhada ~ tak layak jd mentor akak..tp, jd partner yang setia insya Allah...chayok2..ayuh kita bawa gelombang cintakan ILMU...jejaki ulama' pewaris Nabi..
UI> chayok!!^_^ nisah lbih dr layak untk jd mentor kak long..i.allah kt sma2 kuatkn diri..mga kita sntiasa mncontohi Saiyidatina Aisyah,faqih dlm ilmunya..sarat kcintaan pd suaminya!^_^
Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Alhamdulillah,Allah masih lagi mengurniakan nikmat dan kasih-sayangnya kepada kita semua..Semoga dengan nikmat2 yang dikurniakan menjadikan kita hamba yang lebih bersyukur..

bulan ni banyak peristiwa yang berlaku yang rasanya ingin dicatatkan buat tatapan di hari muka^_^


DEBAR 1 ~ SPM BERTANDANG

Bagi keluarga di pihak saya,ini adalah SPM terakhir yang mendebarkan kami sekeluarga memandangkan di antara calon tersebut adalah adik bongsu kami yang amat disayangi=)

Salam imtihan buat adik2 kesayangan - Mohd Syukri bin Ismail & Mohd Syimir bin Abu Hanipah- yang sedang menghadapi exam SPM sekarang..maaf sangat2 k.yah/k.ngah tak dapat nak telefon..line internet kat sini masalah sangat2 sekarang ni..kakak kalian sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan.kita jauh di mata,namun tetap di hati..

Lakukan yang terbaik wahai adik2ku..yakin dengan pertolongan Allah.Dia amat dekat dan teramat dekat dengan hambaNya..bersangka baik dengan Allah dan serahkan sepenuh tawakkal padaNya..inshaAllah,dengan izin Allah,adik2 akan memperoleh kejayaan gemilang!

~buat adik,imir,adik2 SMKA TAHAP dan semua calon SPM di Malaysia..BITTAUFIQ WAN NAJAH!

DEBAR 2 ~ KEHADIRAN SI DIA ^_^
Hihi,pelik pula bunyi tajuk ni=) Alhamdulillah,suami saya selamat tiba ke Mesir 6 hari yang lepas setelah bersusah-payah melakukan pelbagai urusan di bumi Madinah sana..tarikh untuk berlepas ke Mesir bertukar2 menyebabkan kami tak senang duduk jadinya=)akhirnya,alhamdulillah semuanya selamat.suami akan berada di sini lebih kurang 3 minggu,sempatlah kami merayakan 'Idul Adha bersama2 inshaAllah.
Pertemuan kami kali ni juga rasanya cukup berbeza.disebabkan saya sekarang berada di tahun akhir,maka kuliah2 adalah menjadi kewajipan saya di kala ini..

Alhamdulillah,Allah kurniakan saya suami yang amat memahami,malah mencadangkan idea yang paling bernas untuk kami berdua.sewaktu saya menjalankan rutin harian,bergelumang dengan kitab dan muhadharah,suami akan memanfaatkan waktu itu dengan menggali ilmu di kuliah Al-Azhar banin.bermakna,3 minggu lah abang bergelar pelajar Al-Azhar..MashaAllah,kagum dengan prinsipnya,tidak mahu membiarkan sehari berlalu tanpa menghadap ilmu dan para Ulama'..

~ bang,kita tak punya banyak masa untuk bersama sewaktu di dunia,semoga ALLAH mengurniakan seluas-luasnya ruang dan waktu untuk kita bersama di SYURGA sana,amin..

DEBAR 3- ABG LONG DAN KAK LONG DI TANAH HARAM..
Alhamdulillah,abg long dan kak long terpilih menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan haji pada tahun ini.baru2 ni kami mendapat berita abg long demam.tapi kata kak long,demam abg long beransur pulih,Alhamdulillah..semoga kalian memperoleh Haji Mabrur,amin..rupa2nya anak2 abg long-fatihah,adib dan syahirah juga diserang demam di Malaysia.demam rindu barangkali..semoga anak2 saudara makteh cepat sembuh,Syafahumullah...

amat rindu untuk kembali menjejakkan kaki ke Tanah Haram..sayu melihat tetamu Allah yang membanjiri bumi Makkah kala ini..semoga semua jemaah memperoleh haji mabrur dan dapat meneruskan ibadah yang terbaik setibanya mereka di tanah air nanti..amin..


ULANGTAHUN SYUHADA' MEMALI KALI KE-24
November juga menyaksikan kesyahidan insan-insan pilihan Allah di Memali,Kedah.Peristiwa ini berlaku pada 19 November 1985..Berikut adalah gambar2 yang diperoleh buat tatapan pengunjung semua..





berita lanjut tentang Memali,sila rujuk :






http://dpm-mansoura.blogspot.com/
KUALA LUMPUR,2 Nov:Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai JAIS jam 12.15 tengah malam tadi.

Kira-kira jam 10 malam tadi,sepasukan lapan anggota daripada Jabatan Agama Islam(JAIS) telah tiba, ketika Dr Asri baru selesai menyampaikan kuliahnya yang dilakukan secara rutin setiap bulan, di kediaman di Taman Sri Ukay,dekat sini.

Suasana menjadi agak tegang apaila orang ramai dan para jemaah yang mengikuti kuliah,terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang,yang mula mengepung pekarangan rumah tersebut.

Beberapa jemaah yang ditemui Harakahdaily,membayangkan situasi tersebut tidak ubah seperti suasana penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato'Seri Anwar Ibrahim dirumahnya di Damansara pada tahun 1998 lalu.

Sungguhpun begitu,Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin,yang berada di kediaman itu,berjaya meminta orang ramai dan pihak polis yang berada di situ bertenang.

Dalam pada itu,kira-kira 2 jam, para pegawai Jais berunding untuk meminta Dr Asri ke pejabat agama atau balai polis berdekatan.

Pada awalnya,Dr Asri mahu para pegawai itu mengambil keterangan di rumah tersebut, namun setelah berbincang agak lama,Dr Adsri akur untuk ke balai polis berdekatan.

Beliau kelihatan menaiki van JAIS dan diiringi oleh beberapa buah kereta peronda polis.

ImageSebelum pergi, Dr Asri sempat meminta supaya pihak media menunggu beliau dirumah tersebut kerana akan mengadakan sidang media.

"Jangan bimbang,saya akan balik semula ke sini.Doakan saya.

"Tunggu saya...akan membuat sidang media," katanya di hadapan orang ramai dan pihak media yang mengerumuni rumah tersbut.

Dipercayai tangkapan itu,berikutan dakwaan beliau yang dikatakan mengajar tanpa tauliah dan ada kaitannya dengan sidang media semalam serta memo bantahan lantikan beliau selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah(Yadim).

Beliau dipercayai dibawa ke balai polis Hulu Kelang untuk diambil keterangan.Turut serta bersama beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang,Shaari Sungib.


sumber : harakahdaily.net


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Alhamdulillah,Muhadharah Syeikh Husin d
an maahad(untuk mahasiswi Qiraat) sudah bermula sejak sebulan yang lalu.Seronok rasanya dapat menatap wajah adik2 baru,srikandi dan permata2 agama yang gigih menuntut ilmu dan memeriahkan kembali bumi Mansurah yang tercinta ini.
Cepat benar masa berlalu..rasanya baru beberapa hari kami bersimpuh di hadapan Syeikh,mengutip ilmu2 berharga,bertatih memahami
Bait2 matan Qiraat yang makin bertambah cabarannya..memahami kisah Nabi Musa,Nabi Yusuf,membedah ilmu dan peristiwa yang terkandung di dalam kitab Riyadhus-Solihin dan semua ilmu yang berkaitan Al-Quran.
Alhamdulillah,sedar tak sedar sekarang saya sudah berada di tahun akhir,lebih kurang 7 bulan sahaja lagi masa untuk menyiapkan bekal dan memperkasa keilmuan sebelum bertempur ke medan juang!
Ku pohon padaMu Ya Allah,kurniakanlah kami hati2 yang tenang..

Terdetik di hati untuk memanfaatkan teratak ini bag
i menyampaikan nasihat dan pesanan buat adik2 tersayang,sempena keberadaan kalian di Bumi Kinanah ini.Kita sama2 berniat untuk mewakafkan diri dalam perjuangan menuntut ilmu,biarpun berjauhan dengan keluarga dan suami tersayang(utk yg terlibat shj ^_~)
Tuntasnya hadaf kita adalah sama.Justeru,akak ingin
mencurahkan sedikit ilmu dan pengalaman,mudah-mudahan dapat membantu permusafiran kalian di tanah bertuah ini.


:: POSITIFKAN MINDA,MANTAPKAN STRATEGI ::
Memetik kalam Dr.H.M Tuah di dalam bukunya 'Membina Imaginasi Cemerlang',
kita perlu menanamkan BENIH : Hasrat/azam/sasaran/target/kehendak dan cita2 di dalam diri kita.Beritahu diri kita,apa sebenarnya yang kita
mahu?
Bagaimana kita hendak menggapai kejayaan jika kita tidak menyatakannya untuk diketahui oleh seluruh tubuh kita?

Hasrat/sasaran/kehendak/azam/target dan cita2 apabila diletakkan di hati secara bersungguh2,ia ibarat menanam benih di atas tana
h yang subur.
Orang yang berjaya adalah orang yang serius dengan angan2nya dengan meletakkan azam dan cita2 itu ke atas kertas,membaca dan menghayatinya setiap hari.

Apabila selalu menyebut2,mengenang2 dan memperkatakannya anda telah menyebabkan rangkaian antara hati dan otak semakin kukuh.
Jika anda tidak melakukan begini,anda tak ubah seperti pengkhayal moden yang hanya pandai berkhayal tanpa mahu melihat realiti kehidupan sebe
nar.
Rancanglah jalan2 ke arah matlamat anda itu dengan
lebih teliti,tahun demi tahun, bulan demi bulan,hari demi hari atau mungkin jam demi jam jika perlu!
Perlu diingat,setiap perancangan ke arah matlamat mestilah dilahirkan dalam bentuk tulisan,bukan sekadar melilau di dalam minda.

"MERANGKAK TETAPI SAMPAI LEBIH BAIK DARI BERLARI TETAPI PUTUS DI JALAN.."

:: PERANGKAAN MASA DAN WAKTU ::

Ibn Al-Jauzi berkata, " Seharusnya manusia mengetahui kemuliaan masanya dan nilai waktunya,sehingga tidak mensia-siakannya walaupun sesaat dalam hal2 yang tidak mendekatkan ( diri kepada Pencipta). Hendaklah
mendahulukan yang lebih utama dalam ucapan mahupun pekerjaan."
Adik2,di samping ilmu Qiraat ,banyak lagi ilmu yang perlu kita cedok dan gali.
Memetik kalam Syeikh 'Allamah Sa'id Hawwa di dalam kitabnya," Jundullah : Menyelusuri Pengetahuan Para Pejuang Rabbani",
"Sesungguhnya wawasan dan ilmu pengetahuan Isla
m yang mesti dimiliki dapat diringkaskan seperti berikut:
1- Ilmu Al-Usulu ats-salasah (3 landasan keimanan)

2- Al-Kitab dan Ulum Al-Quran
3-As-Sunnah dan ilmu2 tentang sunnah

4-Ilmu Usul Fiqh

5-Ilmu Aqidah
6-Ilmu Feqah
7-Ilmu Akhlak,ilmu penyucian jiwa dan adab

8-Ilmu Sirah (Perjalanan hidup Rasulullah) dan sejarah
Islam
9-Ilmu2 Bahasa Arab

10-Ilmu kajian konspirasi terhadap Islam dan Umat Islam,serta ilmu mengetahui tentangan/rintangan yang dihadapi oleh umat Islam

11-Kajian Islam kontemporari

12-Feqh Dakwah


Subhanallah,betapa luasnya ilmu Allah.Justeru,kita perl
u menyusun target sebaiknya,apa ilmu yang ingin kita dalami sepanjang 3 tahun berada di Mesir.Mulai sekarang lagi kita perlu tanamkan azam dan cita2 agar keberadaan kita di sini tidak sia2.

:: SKOP QIRAAT DAN SILIBUS ::
Imtihan tahun1 dan 2 biasanya bermula pada hujung bulan 4(Al-Quran Syafawi).Bermakna lebih kurang 5 bulan sahaja lagi untuk adik2 bersedia. (Bulan
4 tinggal untuk hadamkan je ye ^_^ Rancang strategi untuk semua subjek :

1-AL-QURAN >> Rasanya adik2 pastinya sudah mempunyai strategi yang tersendiri untuk iadah Juz 1-30.Jangan menganggap kalam Allah ini sebagai beban,tetapi rasailah bahawa ia adalah anugerah yang tak ternilai,satu dari rahsia2 Allah.Al-Quran teman karib kita,penenang di kala resah,pemujuk di kala gelisah.Perhatikannya tidak jemu,membacanya tidak kan lesu..
Baru2 ni Syeikh ada sampaikan tips pada kami pelajar2 tahu
n 3 cara untuk iadah Al-Quran: ~ Sehari wajib iadah 1 juz mengikut tarikh pada hari itu.Contohnya: Hari ni bertarikh 25/10/2009,maka bacalah juz 25 pada hari itu.Iadah juz tersebut sebanyak 2 kali setiap hari.

2-QIRAAT >> Sistem di Mesir ini mewajibkan kita menghafaz matan Qiraat.Sila buka matan adik2 dan perhatikan 'roqom bait'.Untuk tahun 1 kalau tak
silap saya adik2 perlu menghafaz lebih kurang 448 bait matan.Jadi,untuk selamat dan tenang menghadapi hari2 akhir menghadapi imtihan,sila hafaz 3 bait setiap hari(sekurang-kurangnya) secara konsisten.Jadikan matn Toyyibah ini sahabat karib anda sepanjang masa dan di mana2 ! ^_^

3-SUBJEK2 LAIN >> Study sebelum datang kelas Syeikh s
upaya adik2 dapat tangkap topik apa yang akan dipelajari pada hari itu.Catat isi2 penting waktu Syeikh dan Ustaz2 mengajar,jangan malu untuk bertanya kalau ada yang kurang difahami.Kalau ada sesiapa yang mempunyai mp3 atau yang sewaktu dengannya,bolehlah rakam muhadharah Syeikh.Sekiranya ada bab2 yang tak difahami pada hari itu,boleh dengar semula rakaman syeikh waktu study di rumah nanti.InshaAllah kaedah ini amat2 membantu kita..

Wa akhiran,saya ingin berkongsi dengan adik2 dan sahabat2 semua,kata2 Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin pada bab Huraian
Keajaiban Hati..Renungkan..




" Hati adalah raja bagi manusia. Sebagai raja,hati mempunyai tentera2 yang mampu melaksanakan kehendak-kehendaknya.
Tentera-tentera ini dikenali sebagai tentera-tentera zahir dan batin.

Tentera-tentera zahir adalah segala anggota badan yang dikurniakan kepada manusia. Tentera-tentera batin pula adalah nafsu syahwat dan marah di samping ilmu,hikmat dan kebijaksanaan.
Nafsu syahwat dan marah mampu memainkan dua peranan yang berbeza iaitu membantu hati atau menghancurkannya.
Justeru,hati memerlukan ilmu dan hikmat supaya dengannya nafsu syahwat dan marah dapat dikekang bagi melaksanakan perkara2 yang bermanfaat sahaja.
Ilmu yang paling mulia adalah ilmu mengenai Allah serta keagunganNya.
Penguasaan ilmu ini dan keyakinan yang lahir daripadanya berbeza antara seorang dengan seorang yang lain.
Pada peringkat awal,ilmu ini diperoleh berdasarkan usaha dan kesungguhan sehingga seseorang mengenali sifat-sifat yang wajib,mustahil serta harus bagi Allah.

Pada tahap yang paling tinggi, ilmu dan keyakinan terhadap Allah terhasil berdasarkan penglihatan mata hati yang dikurniakan oleh Allah.."

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Guru al-fatih berserban putih di sebelah kuda

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

rantai merentang teluk horn

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

rantai yang digunakan rantai merentangi teluk horn

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

kapal merentasi gunung-laluan coklat di blakang kanan

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.


rujukan :http://umarfarouq.blogspot.com