Daisypath Anniversary tickers
2 Bulan Pentarbiahan

2 bulan blog tidak diupdate..Allahu Akbar,2 bulan ini saya merasakan tarbiah dari Allah yang luar biasa.
Pada bulan Ramadhan yang lalu,kami suami isteri membina kehidupan sementara di Bangi.Suami bertugas menyampaikan ceramah di serata tempat.Terasa nikmat Allah yang Maha Kaya.Ilmu yang kami peroleh selama permusafiran menuntut ilmu kini dapat dimanfaatkan untuk berbakti kepada umat,Alhamdulillah..

1 Ogos 2012,saya mendapat panggilan dari Puan Noraini,guru di sekolah lama saya dahulu di SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang Jerantut.Beliau menyatakan bahawa terdapat kekosongan jawatan guru ganti di sekolah,lalu melamar saya dan suami untuk mengajar di sana selama 2 bulan.Tanpa berfikir panjang,kami menerima dengan senang hati.Subhanallah,syukur yang tidak terkata kerana dapat berbakti di bumi bertuah SMKA TAHAP,tempat pentarbiahan saya satu ketika dulu.

Kami mengutip jutaan pengalaman baru sebagai guru.Subhanallah,hari-hari yang berlalu mengajar saya bagaimana menjadi seorang guru yang terbaik,mendidik anak murid sepertimana acuan didikan Rasulullah SAW.Kini barulah saya mengerti dan menghayati sedalam-dalamnya diari kehidupan sebagai guru.Setiap hari Allah datangkan satu pengalaman baru kepada saya.Bukan mudah menjadi guru,apatah lagi menjadi pendidik yang benar-benar menghayati akhlak Rasulullah SAW.

Sebulan mengajar di SMKA TAHAP,Allah datangkan rahmatNya yang cukup besar buat kami.Alhamdulillah saya dan suami berjaya di dalam permohonan Master di UIAM.Alhamdulillah,terasa kuasa Allah yang Maha Besar.Allah buka laluan baru kepada kami untuk terus menggali ilmu-ilmu Allah di muka bumi ini.Kami mendaftar di UIAM dengan perasaan gembira yang luar biasa.Kami perlu berusaha dengan lebih kuat selepas ini.Bukan mudah menyambung pengajian di peringkat ini apatah lagi apabila kedua-dua suami isteri belajar serentak pada satu masa.Namun kami yakin dan percaya Allah Maha Penyayang membantu kami di medan ilmu,InsyaAllah..

Coretan ini terhenti di sini.Berbaki 2 hari lagi saya mengajar di sekolah ini.Perasaan sayu kembali menyelubungi lubuk hati.Terlalu sayang untuk meninggalkan anak-anak murid saya.Semoga Allah merahmati mereka dan ilmu yang saya curahhkan dikira sebagai ilmu yang bermanfaat,amin.

p/s: Terasa ingin membukukan pengalaman selama 2 bulan menjadi guru..Boleh ke? ^_^