Daisypath Anniversary tickers
~pertemuan~

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

sudah lama rasanya tidak menitip kalam di blog ini..Beberapa peristiwa telah berlaku dalam kehidupan saya pada bulan ini..Alhamdulillah,syukur selayaknya dipanjatkan kepada Allah..

13 Julai 2010~ Alhamdulillah,keputusan Imtihan Syahadah Tahun 3 keluar..Syukur Alhamdulillah,peroleh natijah Najah Sofi..

20 Julai 2010 ~ pulang ke Malaysia menaiki flight Royal Jordanian.berlepas dari Cairo jam 10 malam,tiba di Jordan lebih kurang sejam perjalanan.Kemudian,bertukar flight ke Bangkok.Dari Bangkok,kami meneruskan perjalanan ke Malaysia.Tiba di Malaysia jam 7.30 malam pada 21 Julai 2010.

7.30 malam,21 Julai 2010 ~ Alhamdulillah,selamat tiba di KLIA..Mak,kak tie,kak Jannah,suami,abah tmerloh dan anak2 saudara telah menunggu di KLIA..mashaAllah,rindu tak terkira pada keluarga..

Bermula kehidupan baru sebagai isteri,anak,menantu,adik,kakak dan cucu sepenuh masa..Moga Allah terus mengurniakan kekuatan untuk berbakti pada keluarga,Agama dan Masyarakat..InshaAllah,dalam masa terdekat akan kembali bekerja bersama Nisa' Temerloh,biiznillah..

Salam ingatan buat semua!^_^

p/s : no saya di msia : 014-8074418


khabaran..^_^


~pemandanagn Jazirah Al-Ward,Mansurah..~


Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah yang mengurniakan nikmat kepada hambaNya..moga kita menjadi hamba yang tidak surut syukurnya kepada Dia..

Hari-hari di Mesir terus dilalui dengan rasa tenang dan gembira,Alhamdulillah.Semalam seharian kami di dalam tremco menuju ke Kaherah kerana menghantar Kak Anisah,kak Akma dan suaminya Ustaz Fahmi AQ pulang ke Malaysia..tiba masa untuk mereka check in,hati dihambat sayu..paling sayu nak berpisah dengan Sumaiyah,puteri Kak Akma,kerana terakam satu memori antara saya dan bayi ini pada hari kelahirannya..

Pagi itu,saya mendapat panggilan kecemasan dari Kak ina,minta segera ke rumah Ustaz Fahmi kerana isterinya (kak Akma) baru bersalin.Bercampur gembira dan berdebar,saya bersama 3 orang ahli bait ke rumah beliau.Sesampainya di sana,Sumaiyah tengah menangis dan kelihatan kesejukan yang teramat(waktu tu musim sejuk)..Fresh lagi dia,baru balik dari hospital.Apa lagi,kalut2 saya menguruskannya.Bimbang dia makin lemah dalam kesejukan tu.Paniknya Tuhan je yang tau..maklumlah,dah lama tak menguruskan baby dan kali pertama menguruskan baby yang berumur 1 hari!MashaAllah,sangat memberi pengalaman pada saya.Selesai membedung dan touch up baby sikit-sikit,lena Sumaiyah tidur..Patutlah dia menangis kuat tadi,dia sejuk sangat rupenya..Sekarang Sumaiyah makin membesar dengan sihat,Alhamdulillah..

Saat ini,suami saya masih dalam perjalanan pulang ke tanah air dari Madinah.Banyak perancangan yang ingin kami laksanakan sepanjang cuti ini.Moga Allah memanjangkan umur kami dalam ketaatan,agar kami dapat bertemu dan merealisasikan semua perancangan,amin.

InshaAllah bermula 10 Julai ini,kami Saff 3 akan mula kelas Talaqi Al-Quran bersama Syeikh Husin.Semoga kami dapat melalui kelas ini dengan penuh disiplin dan bersungguh-sungguh.Bila ada majlis Ilmu seperti ini,inshaAllah masa terisi dengan baik dan menambahkan lagi semangat untuk menuntut ilmu.

Sampai ketemu di lain waktu..Salam ingatan dari Mansurah!^_^


Komplikasi dan Simptom Diabetes


Strok. Pembuluh darah besar menjadi tebal, keras dan sempit. Ini akan menghalang aliran darah ke organ-organ terutamanya otak. Apabila pembuluh darah di otak tersumbat, strok akan berlaku.

Kerosakan Mata. Kadar glukosa tinggi dalam jangka masa lama dapat merosakkan pembuluh darah beberapa bahagian dalam tubuh. Kerosakan ini sering berlaku pada mata, saraf dan buah pinggang. Kadar glukosa darah yang tinggi akan merubah bentuk kanta mata dan mengganggu penglihatan, malah boleh menyebabkan katarak.



Darah Tinggi. Pesakit diabetes mudah mendapat penyakit darah tinggi kerana pembuluh darah tubuh mengalami penebalan dan menjadi keras. Tekanan darah akan naik kerana pembuluh darah tidak dapat mengembang tatkala jantung.

Kerosakan Buah Pinggang. Kerosakan pembuluh darah menyebabkan penapisan buah pinggang tidak lancar (nefropati), protein bocor keluar ke dalam air kencing. Boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan memerlukan rawatan dialisis.

Kerosakan Saraf. Hampir 70% pesakit diabetes mengalami kerosakan saraf (neuropati). Kadar glukosa darah yang tinggi dalam tempoh lama akan merosakkan urat dan pembalutnya, mengakibatkan kegagalan penghantaran signal saraf ke bahagian pusat kawalan saraf dan terjadi kehilangan deria sentuhan atau sakit.

Kekerapan Kencing. Kadar glukosa terlalu tinggi dalam darah tidak akan dapat ditapis semuanya oleh buah pinggang. Sebahagian glukosa akan dikeluarkan ke dalam air kencing bersama dengan jumlah air yang banyak. Ini menyebabkan pesakit mengalami kekerapan kencing. Jumlah glukosa yang besar di dalam air kencing memudahkan berlakunya gatal-gatal di sekitar kemaluan disebabkan oleh infeksi fungus.

Haus. Pesakit diabetes akan mengalami kekerapan kencing. Kehilangan air tubuh dalam jumlah yang banyak akan menyebabkan pesakit merasa haus.

Pengurangan Berat Badan. Akibat kekurangan tenaga yang tidak dapat dihasilkan daripada glukosa, tubuh akan menggunakan simpanan lemak untuk menghasilkan tenaga. Ini mengakibatkan pengurangan berat badan tanpa hilang selera makan.

Letih-Lesu. Apabila glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel berterusan maka tenaga yang mencukupi tidak dapat dihasilkan. Akibatnya penderita diabetes akan mula berasa letih-lesu.

Kencing Manis Punca Sakit Jantung,Darah Tinggi,Buah Pinggang Rosak


Kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung — empat penyakit yang saling berkait rapat. Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah.

Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.



Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.

Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit.

Punca Kematian Kelima Tertinggi Dunia

Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis.

Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu :

1) Mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil) seperti kerosakan mata dipanggil retinopati diabetis yang mengakibatkan pesakit hilang penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan meningkatkan risiko kaki dipotong.

2) Makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudah berlaku pada kadar 4 kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular. Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki).

Pecahan komplikasi kencing manis :

** 55% kematian kerana komplikasi jantung
** 13% kes kematian kerana paras gula tidak terkawal
** 13% kes kematian kerana kanser
** 19% kes kematian kerana lain-lain penyakit

Perkara pertama perlu dilakukan untuk mengelak komplikasi ialah mengawal paras gula dan tekanan darah. Bagaimanapun, pesakit kencing manis yang turut mengalami masalah tekanan darah tinggi sukar mencapai paras gula dan tekanan darah yang disasarkan (selamat).



Bagaimana Serangan Jantung Terjadi?



oleh Dr Haizal Haron Kamar

Arteri koronari adalah pembuluh darah yang mengelilingi jantung dan membawa di dalamnya darah yang kaya oksigen serta nutrien ke otot-otot jantung. Ini penting untuk jantung berfungsi dengan sempurna.

Dengan pembentukan plak di dinding dalam arteri akibat proses aterosklerosis (pengumpulan lemak atau kolesterol pada dinding dalam salur darah), ruang di dalam arteri menjadi sempit dan mengganggu perjalanan darah.



Sakit di dada (angina pectoris) berlaku apabila darah tidak sampai ke otot jantung ketika melakukan aktiviti cergas, tetapi kembali normal selepas berehat beberapa minit.

Bagaimanapun, plak berkenaan boleh menjadi tidak stabil dan pecah disebabkan faktor tertentu. Ini menghasilkan trombosis atau gumpalan darah beku. Ia berlaku secara tiba-tiba dan menutupi seluruh arteri lalu menghalang perjalanan darah. Otot jantung yang terbabit akan mengalami kerosakan.

Cuba bayangkan sebatang sungai besar yang mengalir di sebuah ladang epal yang subur. Apabila aliran air sungai tersekat, pokok epal akan layu dan mati. Begitu juga yang berlaku pada otot-otot jantung.

Sel otot jantung ini akan mati akibat ketandusan darah. Fenomena yang berlaku dipanggil serangan jantung atau infarksi miokardium.

Apakah Bahaya Serangan Jantung?

Tahukah anda, penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu di Malaysia dan kebanyakan negara di dunia? Pernahkah anda terfikir, serangan jantung dan penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu wanita – hampir 5 kali ganda lebih tinggi berbanding barah payudara?

Serangan jantung adalah penyebab utama kematian mengejut. Kejadian ini berlaku apabila jantung berhenti berdenyut secara tiba-tiba atau mengalami fibrilasi ventrikular akibat kerosakan pada jantung.

Tahukah anda, lebih kurang 50% kematian akibat serangan jantung terjadi dalam masa satu jam dan hampir semuanya sebelum sempat tiba di hospital? Bagi yang 'terselamat', segolongan besar mengalami penyakit lemah jantung atau kegagalan fungsi jantung akibat kerosakan teruk otot-otot jantung.

Ini dimanifestasikan dengan keadaan kaki yang mudah bengkak dan kesesakan nafas ketika rehat atau melakukan aktiviti.

Apakah Gejala Serangan Jantung?

Serangan jantung boleh berlaku secara tiba-tiba. Ia sering berlaku pada awal pagi ketika tidur, tetapi ia juga boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana saja, sama ada ketika melakukan aktiviti atau berehat.

Kira-kira 50% pesakit yang alami serangan jantung tidak mempunyai tanda awal. Bagi mereka, ini gejala pertama penyakit jantung koronari. Oleh itu, kita wajar mengetahui gejala serangan jantung iaitu :

* Sakit di dada. Jantung sebenarnya terletak di bahagian tengah dada dan bukan di kiri, tetapi sakit dialami sering membabitkan keseluruhan dada. Ia seperti satu cengkaman kuat atau perasaan berat di dada. Ia kadangkala merebak ke bahagian atas dada hingga ke leher dan gusi atau ke tangan kiri atau kanan.

* Simptom berkaitan yang mungkin berlaku ketika sakit dada adalah kesesakan nafas, berpeluh yang sejuk, rasa lemah badan dan pening.

* Ada segolongan pesakit yang tidak mempunyai gejala klasikal seperti di atas. Ada yang hanya mengalami kesesakan nafas atau sakit di bahagian lain di badan. Ada kes berlaku pesakit yang menghidap serangan jantung dihantar ke wad pembedahan kerana simptomnya yang ketara adalah sakit di perut. Ada pula kes yang mana pesakit pergi ke doktor gigi terlebih dulu disebabkan sakit gusi, tanpa rasa sakit di dada.

* Ada pula yang tidak mengalami kesakitan di dada atau apa-apa simptom. Ini sering didapati pada pesakit yang mengidap diabetes.

Kadangkala sukar untuk tahu sama ada gejala dialami adalah disebabkan serangan jantung, terutama mereka yang tidak mengalami simptom klasikal.

Jika tidak pasti, segera ke hospital berdekatan. Usah bertangguh untuk menjalani pemeriksaan. Ingat, setiap masa sangat berharga dan jika dibiarkan, ia boleh merosakkan jantung dan mengorbankan nyawa.

http://www.sihatselalu.com.my/

DUHAI ISTERI,JAUHI YANG INI..

Bismillahirrahmanirrahim..
Buku pertama yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca adalah :

"BERCINTA SAMPAI KE SYURGA."

Bagi sesetengah orang,ada yang tidak bersetuju bila mahasiswi sibuk mengkaji bidang kekeluargaan,suami isteri atau dunia anak-anak dalam tempoh pengajian ini.kerana yang lebih penting adalah Perjuangan,isu ummat dan lain-lain.Alham
dulillah,pendapat tersebut amat saya hormati..Tapi bagi saya,bidang ini juga tidak boleh dikesampingkan kerana sunnatullahnya kita akan melalui juga kehidupan berumahtangga.bukankah ini juga dikategorikan sebagai ilmu yang perlu dipelajari dan didalami untuk membentuk Bait Muslim,mujtama' muslim dan seterusnya sistem khilafah Islam yang amat didambakan!

Ya,saya juga dapat merasai kebimbangan Ustaz Hasrizal,penulis buku ini apabila semakin lama,semakin banyak institusi keluarga muslim yang mengalami kehancuran.Memetik kalamnya di dalam buku ini,terdapat sesetengah pasangan yang be
rcerai pada asalnya bukanlah suami atau isteri yang tidak memahami agama,malah ada di antaranya figure-figure dalam gerakan Islam,tetapi mungkin terdapat sesuatu kekhilafan,maka rumahtangga yang terbina tidak bertahan lama.

Justeru,selaku insan yang memikul amanah sebagai isteri baru setahun jagung,saya perlu lebih banyak membaca,mengkaji dan mencedok pengalaman
orang lama.Sungguh,rumahtangga bukanlah bidang untuk "cobaan" tetapi suatu titik mula mempraktikkan tanggungjawab.

:: DUHAI ISTERI,JAUHI YANG INI! ::


Di antara pengajaran baru dan paling utama yang dapat dicedok di dalam buku ini adalah dalam Bab Hadis Kufr Al-'Asyeer.

Sebagai wanita yang kaya dengan emosi,kita kadangkala terlalu mudah menghukum suami:
"abang tak cintakan saya sepenuh hati!"
"abang tak pernah faham saya!"
"abang tak pernah rasa nak pujuk saya!"

Astaghfirullah..duhai para isteri,duhai muslimahku,kembalilah kita kepada suatu amaran luar biasa seorang Nabi :

“Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”. Lalu Baginda SAW ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah? Rasulullah SAW menjawab, “mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Apabila kamu melakukan kebaikan kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!” [hadith riwayat al-Bukhari]

Hadis ini mengingatkan kita bahawa ketidak wajaran seorang isteri berkata kepada suami,"Aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!"~sedangkan suami itu sedaya upaya mencintai isterinya,berbuat baik kepada isterinya sepanjang tahun dan bertahun-tahun.

Memetik kalam penulis lagi :
"Perlakuan seperti ini diungkapkan oleh Nabi SAW sebagai berkait rapat dengan wanita,merujuk kepada kebiasaan dan mudahnya wanita terjerumus kepada tindak-tanduk seperti ini.Ia harus diambil sebagai peringatan,bukan hukuman atau keputusan."

"Perbuatan menafikan kebaikan suami digelar sebagai kufr al-'asyeer iaitu kufur terhadap nikmat di dalam rumahtangga.Ia dikategorikan oleh Al-Imam Al-Bukhari sebagai "Bab Kufur Kepada Suami,dan Kufur yang bukan kufur " iaitu tajuk kepada hadis ini di dalam kitab al-Imaan.

Justeru,sama-samalah kita menjaga tutur kata terhadap suami,kerana mungkin dengan kata-kata kita akan membuat suami resah dan menyakitkan perasaannya.Perjuangan seorang isteri itu perlu melalui toriq-toriq mujahadah,kerana sesungguhnya kita mendamba Syurga Allah.


Semoga beroleh manfaat..


pasca "MERDEKA" ^_^

~ simbolik faslu soifi ;p~

Bismillahirrahmanirrahim..Segala puja dan puji bagiMu Ya Allah..
Salam sayang dari Perlembahan Nil..^_^


Alhamdulillah,Allah masih panjangkan umur kita hingga ke hari ini.semoga hari-hari yang kita lalui lebih mendekatkan kita kepada Allah,kerana itulah jua tujuan kita diciptakan,tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk beribadah kepada Allah,Tuhan yang Maha Agung.

Semenjak imtihan syahadah kami tamat,pelbagai raga
m dan aksi dunia yang dapat saya lihat.Dalam minda,pelbagai perancangan dan aktiviti yang nak dibuat,tapi yang paling utama adalah projek bersama adik-adik di Tir'ah,mengukuhkan hafazan dan meng'khatam'kan buku-buku yang telah tersenarai untuk dibaca..

Kalau sebelum ni,setiap hari full dengan muhadharah Syeikh dan maahad,jadi masa terisi dengan sangat baik,Alhamdulillah..Usai imtihan,kebimbangan bergayut di tangkai hati andai masa terbuang dengan percuma.Maklumlah,fasa "merdeka" bak kata orang muda..-_-
(kebimbangan saya kepada natijah majoriti,lebih dari rasa merdeka..=])

disebabkan itulah,seminggu sebelum tamat exam,saya cuba senaraikan aktiviti yang nak dilaksanakan selepas tamat imtihan.bimbang diri ini tergolong sebagai hamba yang rugi..rugi kerana tak memanfaatkan masa "lapang sebelum sempit."

Syukur Alhamdulillah,beberapa hari ini berjaya menamatkan beberapa buah buku..bermula dari buku bersifat kekeluargaan,suami isteri,cara didikan anak,keperluan baby sampailah kepada pemikiran golongan Ateis..Makin banyak membaca,makin terasa kekurangan diri,makin ingin mengkaji lagi.Benarlah,Nadi kepada Ilmu adalah Am
alan Membaca..InshaAllah,andai ada kesempatan,saya ingin mencatat sinopsis buku-buku tersebut di teratak ini.Supaya akan datang,saya dapat merujuk kembali isi-isi penting di dalamnya.

Setiap ilmu perlu dicatat agar tidak hilang..Mengambil ibrah dari kronologi penulisan Mushaf Al-Quran,apabila sahabat-sahabat Rasulullah SAW mendapat khabaran telah turunnya wahyu dari Allah,maka mereka bergegas bertemu Nabi,teruja untuk menghafaz ayat-ayat Al-Quran dan menulisnya di pelepah tamar,kepingan batu a
tau di atas tulang..MashaAllah,betapa cermat dan amanahnya para sahabat dahulu memelihara kalam Allah..hasil dari kesungguhan mereka,Al-Quran terpelihara sehingga kini dan kita dapat membaca,meneliti dan memahami setiap baris ayat-ayatnya tanpa ada satu pun yang diselewengkan..MashaAllah..



~Mabruk buat ibu-ibu yang baru melahirkan cahaya mata baru-baru ini.Rasanya di Mansurah ni,sentiasa meriah dengan kehadiran mujahid-mujahidah yang baru lahir.Alhamdulillah,jumlah akhawat di sini ramai.Bolehlah menjadi 'baby sitter' buat anak2 ini.Kagum saya,sahabat2 yang masih bujang pun cekap menguruskan baby.Inilah antara rakaman pengalaman di rantau orang.Semuanya perlu dilakukan sendiri,perlu berdikari..

~Rakaman tragis sikit,bila semakin ramai sahabat-sahabat yang pulang ke Malaysia,lebih-lebih lagi sahabat yang sama team ~berjauhan dengan suami atau isteri..^_^tak tahulah kenapa,bila dengar berita mereka nak balik ke pangkuan suami/isteri,saya pula yang lega n excited (excited?:p )pernah saya mengadu pada mak-rasa-nak-terbang-awal-,kata mak,"yah kan mampu sabar berjauhan dengan abang dah 2 tahun,tinggal sebulan je lagi,kuat ye.." ~"Baik bonda!"^_^

moga semuanya selamat dan walau di mana kita berada perjuangan perlu diteruskan!
salam sayang!