Daisypath Anniversary tickers
:: SENDI KEKUATAN DALAM MEMERANGI NAFSU ::

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah,semenjak pulang ke Malaysia saya dapat melepaskan kerinduan saya yang teramat untuk membaca buku-buku haraki yang menjadi koleksi simpanan.Di Mesir kawalan/peraturan keselamatan amat ketat.Untuk kebaikan diri dan persatuan,kami tidak digalakkan untuk menyimpan buku2 haraki,bimbang ada serbuan dari pihak polis di sana..

Di sini saya ingin berkongsi dengan semua tentang isi2 penting dalam buku 'Apa ertinya saya menganut Islam'..buku haraki pertama yang menjadi kesayangan saya sedari sekolah menengah.khatam berpuluh kali pun masih tak puas nak baca=)

SENDI2 KEKUATAN DALAM MEMERANGI NAFSU
1-HATI ~ Hati akan menjadi benteng yang kuat dalam memerangi nafsu sekiranya hati itu hidup,lembut,bersih,cekal dan selalu mengingati pesanan Sayyidina 'Ali yang berbunyi:
" Sesungguhnya Allah SWT mempunyai bejana di atas buminya iaitu hati-hati..maka hati yang paling disukai oleh Allah SWT ialah hati yang lembut,bersih dan cekal.Kemudian Saidina Ali menafsirkan (kalimah-kalimah tersebut dengan) katanya; Cekal dalam pegangan agama,bersih di dalam keyakinan dan lembut terhadap saudara-saudara mukmin.."

Saidina Ali juga berkata : " Hati seorang mukmin itu bersih,terdapat padanya pelita yang bercahaya.Hati orang kafir itu hitam serta berpenyakit."

2-AKAL ~ Akal adalah ciptaan Allah yang dapat melihat,mempunyai daya memahami sesuatu,mampu membezakan dan dapat menyimpan sesuatu fahaman dari ilmu-ilmunya di mana dengan ilmu kelak ia dapat menghampirkan diri dengan Allah , mengetahui keagungan Allah serta kekuatanNya.
Rasulullah SAW berpesan kepada Saidina Ali Karamallahu wajhah:
" Apabila manusia mendampingi Allah dengan melakukan berbagai amalan kebajikan maka engkau dampingilah Allah dengan akal fikiran engkau."

:: KEMBALI KE SINI ^_~::

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Alhamdulillah,saya dah selamat sampai ke Malaysia..gembiranya hati dapat jumpa mak,abah dan adik-beradik.waktu dalam flight hati dipagut bimbang...sesekali kapal terbang bergegar,cuaca kurang baik barangkali.alhamdulillah,akhirnya sampai juga ke tanah air tercinta.sempat juga mak menghantar mesej sebelum saya berlepas..mengingatkan saya supaya berjaga2,bimbang dijangkiti selsema babi bila bertemu bermacam2 orang sepanjang dalam musafir ni..trima kasih mak^_^
sampai di KLIA,dari jauh nampak abah ,mak dan adik dah menunggu..saya terus capai tangan ayahbonda,peluk sepuas2nya..sampai lupe orang sekeliling.=)

sekejap tadi saya baru lepas makan nasi goreng mak yang amat lazat=)nasi goreng mak ni guna lada giling,memang takde tandingan=)destinasi seterusnya,kami nak menziarah adik bongsu di SMAP kajang..waa..rindu betul pada si bongsu ni^_~

sampai ketemu di lain waktu..rindu pula rasanya pada adik beradik di mesir^_^

:: hari akhir di sini ^_^ ::

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Lama rasanya tak menjenguk laman ini.Minggu ini dihambat kesibukan yang teramat,menghabiskan talaqi semua maddah bersama syeikh,membuat persediaan untuk pulang ke Malaysia dan urusan2 yang mewajibkan saya untuk turun ke Kaherah..Alhamdulillah,hari ini semuanya hampir selesai,tinggal lagi nak memasak untuk musyrif dan sahabat2 saya yang akan datang ke rumah pada petang ni=)

InsyaAllah saya akan berlepas pulang ke Malaysia pada pagi esok jam 4.30 pagi Mesir-flight Egypt Air.Kami akan bertolak ke airport pada jam 10 malam ni insyaAllah.saya akan pulang bersama abah dan emak kak Hurun Ain/Ustaz Yasir,mereka sedaerah dengan saya di Pahang.Mohon doa kalian agar kami selamat tiba di tanah air tercinta.InsyaAllah dijangka sampai di KLIA pada pukul 10.30 malam(20Jun)

Salam Juang buat suami yang masih dalam fatrah imtihan-berbaki 2 paper lagi.chaiyok abg!=) hampir 2 bulan tidak ketemu suami,moga dirinya sentiasa kuat dan tabah di bumi barakah sana.Betul kata abang,bila kita yakin Allah sentiasa ADA dengan kita,kita takkan rasa kita berseorangan.Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat kita dan yang paling utama Allah sesekali tidak akan menzalimi hamba-hambaNya..Maha Suci Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.."Ya Allah..jadikanlah kami hamba yang sentiasa bersyukur.."

Jazakumullah khairan kathira buat teman2 yang datang berziarah dan mendoakan.Saya mohon maaf atas segala salah dan silap.Buat anak2 usrah,kakak2,sahabat2,adik2 di Mansurah,saya minta maaf tak sempat nak menziarahi kalian di hari akhir ni(ayat macam tak balik Mesir je pasni=)InsyaAllah dah sampai Malaysia nanti saya akan kirim berita..berdebar nak balik ni,selama ni tau keadaan politik Malaysia dari internet je,lepas ni semuanya depan mata=)
Semoga musafir kali ini menambahkan manfaat buat diri sendiri dan masyarakat,amin..

SIIRU 'ALA BARAKATILLAH..^_^

:: AL-FATIHAH ::

Bismillahirrahmanirrahim..
Maha suci Allah yang menghidup dan mematikan manusia..dari Allah kita datang,kepadaNya jua kita akan kembali..

Pagi ini,saya mendapat berita seorang adik medic telah meninggal dunia dalam kemalangan di Kaherah semalam..Innalillah Wa inna ilaihi Raji'un..namanya mohd ammar zulkifli,junior saya di Darul Quran dulu..

Semoga Allah mencucuri rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..amin..

Boleh rujuk http://muhammadabdullah.blogspot.com/2009/06/tribute-for-ammar.html (blog Syed Muhammad)

AL-FATIHAH..

:: 10 PESANAN MENJELANG PERNIKAHAN ::

Semakin hampir majlis perkahwinan,kebiasaannya para ibulah yang sering resah-gelisah.Berat kepala rasanya memikirkan berapa ramai tetamu jemputan dan apa lagi persiapan yang belum dipersiapkan menjelang hari bahagia buat si anak.Terutamanya apabila yang berkahwin adalah anak perempuan.Hati ibu bapa memang tidak keruan. Selagi belum usai majlis perkahwinan si anak, malah boleh menyebabkan tidak tidur lena.

Dalam kesibukan itu sebaik-baiknya para ibu tidak lupa untuk menitipkan amalan yang menjadi tradisi para salafussoleh.Menjelang hari bahagia ini,ambillah kesempatan dengan menitip pesan-pesan kebaikan buat si anak melayari hidup berumah tangga..

~ PESAN UMAMAH AL-HARITH ~

Contohilah pesanan yang pernah diberikan oleh Umamah Al-Harith kepada puterinya menjelang pernikahannya yang di dalamnya jelas terkandung dasar-dasar kehidupan suami isteri yang penuh kebahagiaan.

Dia berkata :

" Wahai puteriku!
Sesungguhnya jika nasihat ini kutinggalkan kerana keutamaan adab,tentu ia akan kutinggalkan hanya bagimu sahaja.Tetapi ini adalah pertolongan bagi orang yang lalai dan pertolongan bagi orang yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana kekayaan orang tuanya dan kerana kecintaan kedua orang tuanya kepada dirinya ,maka akulah orang yang paling tidak memerlukan suami. Tetapi wanita itu diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk wanita.

Wahai puteriku!
Engkau akan berpisah dengan rumah yang pernah bersatu denganmu dan meninggalkan tempat yang pernah membesarkanmu,menuju ke tempat yang belum engkau kenali dan pendamping yang yang belum pernah dekat denganmu. Dengan kekuasaannya dia akan menjadi pengawas dirimu dan orang yang menguasaimu.Maka jadilah diri sebagai abdinya nescaya dia akan menjadi hamba yang patuh bagimu. Jagalah sepuluh perkara nescaya akan menjadi simpanan bagimu iaitu :

Pertama dan kedua ~ Tunduk kepadanya dengan penuh kerelaan,mendengar dan taat kepadanya dengan cara yang baik.

Ketiga dan keempat~ Memerhatikan sasaran mata dan hidungnya. Jangan sampai matanya melihat sesuatu yang buruk pada dirimu dan janganlah sampai dia mencium bau yang kurang enak dari dirimu.

Kelima dan keenam ~ Memerhatikan waktu tidur dan makannya kerana rasa lapar itu boleh membara dan rasa mengantuk itu boleh membakar sifat amarah.

Ketujuh dan kelapan ~ Menjaga hartanya,mengambil berat kerabat dan saudara-saudaranya. Kemampuan menjaga harta adalah mengukurnya dengan cara yang baik dan kemampuan menjaga saudara adalah dengan mengurus dengan cara yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh ~ Janganlah ingkar perintahnya dan jangan membocorkan rahsianya. Sebab jika engkau ingkar perintahnya beerti engkau telah membakar dadanya dan jika engkau membocorkan rahsianya engkau tidak akan aman dari pengkhianatannya.

Kemudian janganlah engkau menunjukkan kegembiraan di hadapannya ketika ia bersedih dan sebaliknya janganlah engkau menunjukkan kesedihan kepadanya jika dia dalam keadaan gembira.

~ PESAN ABDULLAH BIN JAAFAR ~
Abdullah Bin Jaafar juga menasihati anak perempuannya yang akan melansungkan perkahwinan dengan berkata :
" Janganlah mudah cemburu kerana cemburu itu kunci penceraian. Janganlah banyak mencela kerana mencaci itu hanya membuahkan kebencian. Hendaklah engkau memakai celak kerana celak itu hiasan yang paling indah.Minyak wangi yang paling harum adalah air.."


~ PESAN ASMA' BINTI KHARIJAH ~
Asma' binti Kharijah al-Fazzariyah menasihati anak perempuannya dengan berkata,

" Wahai anakku, engkau akan keluar dari rumah yang telah membesarkanmu menuju ke tempat yang belum engkau kenali dan teman yang belum pernah bersama denganmu. Maka jadilah bumi baginya, nescaya dia akan menjadi langit bagimu.Jadilah buaian baginya nescaya dia akan menjadi sendi bagimu. Jadilah budak baginya nescaya dia akan menjadi hamba bagimu. Janganlah memaksanya sehingga dia akan membencimu.Janganlah engkau menjauhinya. Jika dia mendekatimu maka hampirilah dia. Jagalah hidung,pendengaran dan matanya. Janganlah dia mencium dari dirimu kecuali yang harum.Janganlah dia mendengar perkataan darimu kecuali yang baik-baik dan janganlah dia memandang dirimu kecuali yang indah.."




:: DUHAI SI KAIN PUTIH (2) ::


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.Syukur Alhamdulillah di atas pinjaman nyawa ini..

Menulis tentang bayi dan pendidikan membuatkan saya merenung diri kembali.Bukan mudah bergelar ayah dan ibu,papa dan mama,abi dan ummi,emak dan abah..Semuanya memerlukan persediaan awal dan rapi..Walaupun masih
belum dikurniakan cahaya mata,namun saya amat teruja untuk membaca,mengkaji dan menulis tentang ini..Mungkin sebagai persediaan barangkali=)Apa yang saya tulis di bawah ini adalah hasil bacaan,rujukan dan pengalaman-pengalaman insan di sekeliling saya yang tabah mendidik anak-anak mereka..Semoga memperoleh manfaat bersama ^_^

CORAK DIDIKAN BUAT SI PERMATA HATI
Dalam sebuah ha
dis daripada Ali r.a,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Didiklah anak-anak kamu pada 3 perkara:Mencintai Nabi kamu,mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran.Sebab orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya be
serta para Nabi-Nya dan orang yang suci." (Riwayat At-Thabrani)

Antara kaedah mengajar bayi tentang Al-Quran adalah memperdengarkan bacaan Al-Quran dengan:
1- Sentiasa membaca BASMALAH setiap kali memulakan sesuatu pekerjaan seperti ketika hendak menyusukan bayi atau ketika hendak memakainya pakaian atau ketika menidurkannya dan sebagainya.
2- Membaca surah
Al-Fatihah,surah Al-Ikhlas,surah Al-'Alaq serta surah An-Nas serta mendoakan kesejahteraan bayi.Tidak terhad kepada surah-surah ini sahaja,sebaiknya perdengarkan bayi dengan keseluruhan Al-Quran.
3-Ibu bapa dan ahli keluarga digalakkan sentiasa memeriahkan rumah dengan membaca Al-Quran supaya bayi yang masih kecil itu mendengar dan cuba memahami ayat-ayat yang didengarnya.

Selain mengajar anak-anak dengan ayat-ayat Al-Quran, sebaiknya ibu bapa membiasakan mereka dengan kalimah zikir dan selawat yang akan mempengaruhi mereka untuk mengikutinya di samping dapat mendidik hati dan jiwa mereka untuk mendekati dan mencintai Allah SWT.Dewasa kini, anak-anak kita lebih terdedah dengan gejala hedonisme yang makin membimbangkan. Lihat sahaja rancangan2 hiburan di televisyen, anak-anak yang berumur 5 atau 6 tahun sudah pandai memilih artis-artis sebagai idola mereka malah mereka teruja untuk berpakaian seperti artis2 yang tidak menjaga aurat. Andai perkara seperti ini dianggap remeh dan enteng,terfikirkah kita bagaimana masa depan anak-anak ini 20 atau 30 tahun akan datang?Seandainya sedari awal tidak diterapkan dengan acuan nurani dan taqwa sebagai benteng diri yang teguh, mampukah mereka menempuh dan meneroka zaman kefasadan ini dengan penuh rasa keimanan kepada Allah?

Oleh yang demikian,sediakanlah masa yang berkualiti untuk anak-anak.Meskipun pada peringkat awal anak-anak itu tidak mengetahui apa yang berlaku di
persekitarannya tetapi mereka boleh memahaminya sekiranya menghadapi perkara yang sama berulang-ulang kali setiap hari.

Antara perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sebagai pendidikan kepada anak-anak yang masih kecil adalah:
1-Melafazkan kalimah 'Subhanallah' atau 'MashaAllah' ketika melihat atau mendengar sesuatu perkara yang menakjubkan atau ketika melihat keindahan ciptaan Allah SWT.
2-Melafazkan kalimah 'A'uzubillah' apabila meminta perlindungan atau dalam keadaan tak
ut
3-Mengucapkan 'Alhamdulillah' apabila mendapat nikmat.
4-Membaca atau mendodoikan bayi yang hendak tidur dengan kalimah 'Lailahaillallah' dan 'Asma'ul Husna'.
5-Mengajar anak-anak kalimah syahadah
6-Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW.
7-Memperdengarkan dan mengajarkan anak-anak nasyid yang memuji kebesaran A
llah SWT seperti nasyid sifat-sifat Allah dan sebagainya.
8-Mengamalkan dan mengajarkan anak-anak doa harian seperti doa sebelum atau sesudah makan,doa ketika hendak tidur,doa ketika bangun dari tidur,doa ketika hendak masuk ke bilik air dan sebagainya.

MENGAJAR SI KECIL SOLAT?

Suami ist
eri yang mempunyai pegangan agama yang teguh akan mengambil berat soal pelaksanaan solat di dalam 'masjid' mereka.Mereka tahu dan sedar,solat adalah pemangkin untuk memperoleh hati dan jiwa dan tenang..sekaligus mengharmonikan rumahtangga yang dibina..dan solat itu pastinya ditunaikan di awal waktu!

Anak-anak cepat merakam setiap perlakuan,gaya dan perbuatan papa dan mama mereka.Maka,didiklah mereka menunaikan solat dari kecil.Apabila berkumandangnya azan,minta si kecil diam,tanda menghormati azan.Ajar mereka berwuduk,pakaikan mereka pakaian solat dan pimpin tangan mereka menuju ke masjid.Kenalkan mereka tentang masjid dan kelebihan mengerjakan solat.Apabila mama dan papa solat berjemaah bersama,bentangkan sekali sejadah kecil buat si comel supaya mereka sama-sama teruja untuk bersolat.Biarpun pada awalnya mereka hanya tahu menyebut 'Amin',berdiri,duduk dan bangun balik..lama kelamaan mereka akan berasa seronok solat bersama ayah bonda tercinta.Ayah perlu tegas dalam mendidik anak melaksanakan kewajipan solat.Hentikan semua aktiviti riadah sebelum solat Maghrib dan tegaskan kepada mereka supaya berhenti menonton TV apabila tibanya waktu solat.Kata-kata galakan perlu disampaikan dengan penuh kasih-sayang agar nasihat itu akan meresap di hati mereka..

Wallahua'lam..

p/s : tak sabar nak jumpa 10 orang anak sedara makteh yang comel2..rindu nak dengar along alif,ajeem n adib baca doa..lenggok2 berbeza mengikut tadika masing2=)

:: DUHAI SI KAIN PUTIH ::


“Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih). Maka ibu bapanyalah yang akan membentuknya menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi..”(Hadith Rasulullah SAW).

Kelahiran seorang anak disambut d
engan penuh kegembiraan dan syukur.Senyum si ibu melepaskan kelelahan yang selama ini menyelubungi diri.Purata tempoh mengandung adalah selama 280 hari atau bersamaan 40 minggu –ia bukanlah suatu tempoh yang singkat.Di dalam gembira dan terharu,bibir ibu tidak putus-putus melafazkan tasbih,tahmid dan takbir ke hadrat Allah Yang Maha Agung.Dia Yang Maha Berkuasa menjadikan makhluk daripada tiada kepada ada..Subhanallah..

ANAK DAN KAIN PUTIH

Bayi ini..suci dirinya ibarat sehelai kain putih yang bersih.Tidak ternoda,tidak ada cacat cela..Tidak ada percikan warna yang mengotori..Begitulah keadaan bayi di awal kelahiran.Bayi ini adalah amanah ayah dan ibu.Didikan yang bagaimanakah yang ingin dicurahkan?warna bagaimanakah yang ingin dicorakkan?andai baik dan cantik coraknya,maka akan molek dan eloklah ia kelihatan,tetapi andaikata sebaliknya,maka akan hilanglah keserian si kain putih..

CORAKAN DI DALAM RAHIM IBU

Di awal proses kehamilan lagi,para ibu dig
alakkan untuk memperkenalkan anak-anak dengan dunia Al-Quran dengan cara melazimi diri untuk membaca Al-Quran pada setiap hari. Sebaik-baiknya,perkenalkanlah anak-anak ini dengan keseluruhan surah di dalam Al-Quran,tidak terhad kepada beberapa surah sahaja. Al-Quran ini,semakin banyak dibaca,dihayati dan direnung tafsiran ayat-ayatnya,kita pasti akan dapat merasai seolah-olah Allah berbicara dengan kita. Allah Maha Mengetahui betapa sukarnya kita melalui saat-saat kesusahan mengandungkan permata hati dan Allah Maha Berkuasa untuk menguatkan hati-hati kita untuk melalui fatrah yang penuh getir ini.Semakin dibaca,semakin terasa hampir dengan Dia..
Natijahnya ia akan menimbulkan keinsafan dan
kelembutan di dalam hati si ibu dan aura mahmudah ini akan mengalir ke hati anak yang sedang dikandungkan..
Lihatlah kepada akhlak mulia dan kefaqihan Imam Syafi'e..seorang yang hebat agamanya,faqih ilmunya tentulah la
hirnya dia dari
rahim ibu yang kuat pergantungannya den
gan Allah.
Ayah kepada Imam Syafi'e pernah ditanyakan satu soalan," Bagaimanakah Tuan mendidik anak sehingga menjadi ulama' besar buat ummat?" Ayah Imam Syafi'e menjawab," Saya sudah mula mendidiknya puluhan tahun sebelum beliau lahir lagi.."
Puluhan tahun,ini bermakna adab dan akhlak suami isteri itu sendiri adalah pemangkin kepada kelahiran anak yang soleh dan solehah.Kita mengimpikan anak yang soleh,faqih dan alim,maka item-item ini sewajarnya dimulakan di dalam diri kita..Adilnya percaturan Penguasa seluruh alam..

CORAKAN IBADAH
Melihat kepada pendidikan anak-anak di Mesir,sedari kecil lagi anak-anak di sini diajar untuk membaca dan menghafaz Al-Quran,seawal umur 3 tahun. Bapa-bapa di sini memimpin tangan anak-anak mereka ke masjid dan diajar untuk mengerjakan solat. Sejuk hati memandang kanak-kanak kecil sebaya anak-anak saudara saya dididik berpakaian sunnah,berjubah dan berhijab.Subhanallah,pemandangan seperti ini amat jarang dilihat di Malaysia.Anak-anak kecil di sini rajin mengikut bapa mereka ke masjid mengerjakan Solat Jumaat.Wajah dan gaya comel mereka sedikitpun tidak menampakkan rasa kekok apabila memakai jubah dan berkopiah.mashaAllah..

Anak-anak perlu dibentuk di dalam suasana/biah yang solehah. Di Mesir,suasana di sini amat memuliakan Al-Quran. Di Pasaraya,kedai menjual daging,di dalam teksi,bas,van,tut-tut(sejenis kenderaan di Mesir), di pasar malah di kedai kopi, semuanya berkumandang dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Suasana seperti ini boleh kita praktikkan di dalam rumahtangga kita. Setiap pagi kebiasaanya isteri akan bangun awal untuk menyiapkan sarapan dan kelengkapan untuk anak-anak dan suami,maka sebaiknya pada ketika itu kita memasang kaset@vcd Al-Quran dan perdengarkan ayat-ayat Al-Quran di dalam rumah kita. Apabila anak-anak bangun,perkara pertama yang mereka dengar adalah Al-Quran,waktu sarapan mereka mendengar ayat Al-Quran hinggalah sebelum tidur mereka lena diulit dengan ayat-ayat Al-Quran.Apabila setiap hari mereka mendengar ayat-ayat Allah yang mulia bergema di dalam rumah mereka, maka rasa cinta kepada Al-Quran akan lahir di dalam diri anak-anak ini.Rasulullah juga berpesan kepada kita agar memeriahkan rumahtangga dan Bait Muslim kita dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.Sudah pasti di situ terletak hikmah yang cukup besar terutama sekali di dalam proses pentarbiyahan anak-anak.Kenalkan mereka dengan Al-Quran, ceritakan mereka tentang kelebihan-kelebihan Al-Quran , berdiskusi dengan mereka tentang mukjizat di dalam Al-Quran dan tanamkanlah rasa cinta di dalam hati mereka terhadap Al-Quran sedari kecil lagi,seawal usia mereka 3 tahun..

~ bersambung ke entry akan dtg...~corakan tarbiyah buat si anak~

:: KHABAR GEMBIRA BUAT KAK IZAH & SUAMI ^_^::


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Di celah kesempitan waktu yang ada ini,saya dan suami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan TAHNIAH kepada Dr Izah ( Madinah) dan suami di atas kelahiran anak sulung mereka
semalam ( selepas solat Jumaat)..Syukur alhamdulillah..semoga kelahiran bayi lelaki yang comel ini lebih meeratkan lagi kasih-sayang,keharmonian dan kebahagiaan di dalam Bait Muslim kalian..
~ Semoga baby ini membesar menjadi mukmin yang soleh dan taat
kepada ibu bapanya..amin ^_^

p/s: seronok dapat berita kelahiran sebegini.insyaAllah selepas ini entry berkenaan keibu bapaan pula akan muncul di teratak ini^_^
~untuk kak izah: lepas ni boleh share pengalaman sebagai ibu pula ye=)

:: PERTINGKATKAN KESELAMATAN ::





KAHERAH, 3 JUN - Presiden PMRAM Saudara Abdul Mu`izz bin Muhammad menasihatkan kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Mesir agar menjaga keselamatan bersempena kehadiran Presiden Amerika Syarikar, Barrack Obama ke bumi Mesir pada esok hari.

Beliau ketika dihubungi berkata, mahasiswa dan mahasiswi dilarang sama sekali menghadiri program berkenaan yang dijangka akan diadakan di Universiti Kaherah, Mesir. Sehubungan dengan itu, mana-mana mahasiswa yang ingin keluar daripada rumah pada hari berkenaan digalakkan agar membawa segala dokumen termasuk pasport dan kad PMRAM sebagai langkah awal keselamatan.
"Kita percaya bahawa pihak keselamatan Mesir akan berada di pelbagai tempat pada hari tersebut terutama jalan-jalan yang bakal dilalui oleh Obama. Kita tidak mahu ada mahasiswa yang tidak mengambil berat soal keselamatan ini walaupun program tersebut dijadual selama sehari."

"Pihak keselamatan juga meminta mahasiswa agar tidak membuat sebarang perkara yang boleh mencurigakan sehingga mengundang kepada penangkapan pihak berkuasa," ujarnya lagi.

Berikutan dengan program tersebut, seluruh mahasiswa yang sedang menghadapi peperiksaan di seluruh Universiti Al-Azhar pada hari tersebut (4 Jun) di jadual akan ditangguhkan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran universiti.

Presiden PMRAM menegaskan agar mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dengan peperiksaan pada hari tersebut agar meneliti dengan tepat tarikh baharu yang dikeluarkan oleh pihak universiti agar tidak terlepas mendudukinya.

-BLOG PMRAM

:: sejenak bicara ::

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Alhamdulillah,Allah masih mengizinkan diri saya untuk terus menghirup udara segar di Perlembahan Nil ini.Hari-hari yang kami lalui di bumi Anbiya' ini semakin mencabar seiring dengan perubahan cuaca yang berlaku sekarang..semakin panas..maka amat rugilah bagi hamba yang merasai suasana ini tetapi tidak memikirkan sejenak bagaimanalah agaknya nanti keadaan kita di Padang Mahsyar.Bayangkanlah..ketika itu,suasana lebih mencabar daripada keadaan kita di dunia ini.Padang Mahsyar itu realiti yang akan kita tempuh,tidak sekadar hanya bayangan mata kasar yang hadir dan pergi dalam waktu yang seketika..Siapakah nanti yang dapat membantu kita?Tidak lain dan tidak bukan adalah diri kita sendiri..Maka,setiap pinjaman nafas yang berbaki ini,merintihlah kita di atas dosa-dosa yang kita lakukan,mohonlah taubat tika mana masih punya kesempatan..

Kakak-kakak tahun 3 akan menghadapi Imtihan Syahadah Tahun 3
pada hari esok. Sedikit info tentang pengajian kami di sini,kebiasaannya,pelajar-pelajar tahun 1&2 Takhasus Qiraat akan menjalani Imtihan pada bulan Mei pada tiap-tiap tahun.Manakala bagi pelajar-pelajar tahun akhir jurusan ini akan menghadapi Imtihan pada bulan Jun..saya sendiri terasa berdebarnya melalui saat-saat imtihan ini. Pada tahun hadapan,mungkin pada tarikh yang sama,saya dan sahabat-sahabat pula akan mengambil alih giliran..Adakah suasananya seperti ini wahai kawan-kawanku?^_~
Alhamdulillah,bermula 25 Mei yang lalu kami telah memulakan pengajian subjek2 tahun 3 bersama Syeikh Husin.Pengajian bermula jam 9 pagi (untuk tahun 3) dan berakhir pada jam 11 pagi untuk sesi pagi.Bagi sesi petang,pengajian bermula pada jam 2petang dan berakhir pada jam 3 petang.Syeikh selalu berpesan kepada kami," tahun 3 ni sepatutnya kamu tak ada cuti,tak ada istilah cuti sebab lagi setahun je nak imtihan.Kamu kena kuat menghafaz Quran,kena mula dari sekarang.Nak melancong,balik Malaysia atau nak ke mana-mana tak ada masalah,yang penting wajib muzakarah,ulangkaji pelajaran hari2!" (alih bahasa ke dalam bahasa ibunda=)Syukur Alhamdulillah,dengan adanya peringatan seperti ini setiap hari,minda sentiasa terjaga.Bimbangnya kalau kurang persediaan..kalau dalam imtihan dunia seperti ini kita amat takut andai kurangnya persediaan,apatah lagi dengan imtihan akhirat.cukupkah amalan kebajikan kita untuk memberatkan timbangan amal?yang membolehkan kita memperoleh 'najah sofi' dan dimasukkan ke dalam syurga Allah?Allahu Akbar..bantulah kami Ya Allah..

Melihat wajah-wajah mereka yang akan menghadapi imtihan pada esok hari,menyedarkan saya akan erti sebenar penuntut ilmu.Sesungguhnya,laluan musafir sebagai penuntut ilmu bukanlah mudah. Bertahun-tahun bergelut dengan kitab kuliah , bertahun-tahun menghadap dakwat hitam,bertahun-tahun berhempas-pulas,bersengkang mata,bertahun-tahun menggalas beg sandang dan bertahun-tahun terperuk di khutub khanah..inilah senario yang wajib dilalui sebagai warga universiti yang mahu menggapai jaya.Tidak bernama kehidupan andai tidak ada gelombang yang menggugah.Tidak bernama kemanisan andai tidak ada kepahitan yang mencelah.Tidak bernama kemenangan andai tidak ada kekalahan yang menghunjam.Dan tidak bernama kedewasaan andai tidak ada keteguhan peribadi dan keimanan yang hakiki di dalam diri..

Semoga Allah menguatkan hati-hati ini untuk terus melangkah,melapangkan dada kami untuk terus menerima mutiara-mutiara ilmu Allah..sebagai bekal di dunia dan di akhirat sana..Wallahua'lam..

:: MISI MUMTAZ SYAHADAH 2009 ::

SALAM JUANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA CALON-CALON MUMTAZ SYAHADAH 2009 ( SHOUBRA & MANSURAH)

MISI MUMTAZ SYAHADAH KINI BERMULA!

3 JUN : TARIKH MUSHAF
4 JUN : AL-QURAN TAHRIRI
6 JUN : DHOBT AL-QURAN
7 JUN : QIRAAT ILMI
11 JUN : FAWASIL
14 JUN : ULUM AL-QURAN
18 JUN : TARIKH QURRA'

" Apabila engkau letih dan hilang semangat di dalam perjuangan ini,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui kau telah mencuba sedaya upayamu.Apabila tangisanmu berpanjangan dan hatimu di dalam kedukaan,Allah telah mengira setiap titisan air matamu. Apabila engkau merasai dirimu ketinggalan dan masa meninggalkanmu,Allah setia di sisimu.Apabila engkau telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu tujuan,Allah adalah jalan penyelesaiannya. Apabila tidak ada yang beerti buatmu,keliru dan kecewa,Allah adalah jawapannya.Doa dan terus berdoa,kerana DIA Maha Pengasih kepada hamba-hambaNYA.."

Teristimewa buat kakak-kakak yang kami sayangi..kami mendoakan agar kalian berjaya memperoleh kejayaan yang diidam-idamkan selama ini.Mahasiswi yang berjiwa besar pantang menyerah sebelum kalah!

" Beri hatimu untuk Allah,pasti Allah akan temukan padamu pemilik yang terbaik.Hampirkan masamu seluasnya untuk Allah,pasti Allah akan aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya.."
SALAM JUANG! ^_~