Daisypath Anniversary tickers
Master UIA

Saya memilih untuk membuat Master in coursework and research secara full time.
Saya akan mengikuti pengajian di kuliah selama 2 sem dan 2 sem yang berbaki akan fokus kepada penulisan tesis.

Semester ini saya membuat keputusan untuk mengambil 3 subjek sahaja : Research Methodology,Ulum Al-Quran dan Manhaj Pentafsiran Al-Quran.

Syarat Master di UIAM,sebelum mengambil subjek-subjek Master,pelajar perlu mengambil ujian Bahasa Inggeris dahulu ( EPT).Apabila sudah lulus barulah boleh memasuki kuliah bagi subjek-subjek Master.

Alhamdulillah,syukur kepada Allah.Master sangat seronok.Terasa kita benar-benar menggali ilmu sedalam-dalamnya . Kalau waktu degree dulu Syeikh banyak tolong terjemah apa yang tak faham,tolong dapatkan kitab-kitab yang kita perlukan untuk satu-satu subjek,tetapi apabila bergelumang di dalam dunia Master semuanya kita kena buat sendiri.Paling penting kita perlu aktifkan minda untuk rajin membuat analisis.Kaji,kaji dan kaji..Alhamdulillah sangat seronok.

Pensyarah saya sangat menekankan tentang amanah sebagai cendekiawan ummah.
"Kamu akan bergelar ulama pada masa akan datang,akan bergelar pakar akademik.Belajar bersungguh-sungguh,banyakkan membaca dan mengkaji."

Subhanallah,sebenarnya bukan mudah belajar pada masa yang sama sibuk menguruskan anak-anak kecil.Belajar sambil memangku anak sudah menjadi perkara biasa.Kadang-kadang baru sahaja hendak membuka kitab,anak menangis mahu itu ini.Itu hak mereka sebagai anak dan sebagai ibu InsyaAllah saya akan berusaha untuk tidak culas melaksanakan amanah.Biarpun agak sukar tapi kerana cinta mendalam kepada ilmu InsyaAllah saya akan teruskan.

Seminar Hafazan Al-Quran Untuk Wanita Bekerjaya



InsyaAllah saya dan team consultant kami akan mengadakan Seminar Hafazan Al-Quran Untuk Wanita Bekerjaya pada 22 Jun 2013 di Bukit Raja Klang,Selangor.

Idea untuk mengadakan seminar ini tercetus apabila ramai yang meminta saya menerangkan teknik menghafaz Al-Quran kepada mereka.Subhanallah,mereka punya jiwa yang kuat untuk mendekati Kalam Allah.Usaha ini perlu disokong 100% dan dibantu dengan sebaik-baiknya.

Semua orang berpotensi untuk menghafaz AL-Quran,walaupun dia seorang ibu yang bekerjaya,sangat sibuk dan mempunyai anak-anak yang ramai.Seorang wanita mempunyai amanah yang sangat banyak.Pulang dari bekerja,si ibu perlu menguruskan rumah tangga pula.

Tetapi percayakah anda,walaupun dihimpit kesibukan,anda masih mampu menghafaz Al-Quran?

Untuk mengetahui tekniknya,mari sertai kami.Yuran hanya RM 70 termasuk makan tengahari dan sijil.Sangat murah!

Hubungi Puan Norfadilah ( 012-9285378) untuk pendaftaran.

Allah sangat mencintai hambanya yang berusaha menghafaz Al-Quran.

Master

Subhanallah,begitu cepat masa berlalu.


Master sem 1 saya hampir berakhir.Sekarang waktu untuk revision week. 5 Jun saya akan menghadapi peperiksaan InsyaAllah.

Cabaran Master?Tentulah ada.

Saya memulakan pengajian dengan ditemani oleh 2 orang anak,kedua-duanya hero Alhamdulillah.

Masa perlu disusun dengan baik.Bagi saya secara peribadi,dunia Master sangat jauh bezanya dengan degree.Waktu degree dulu saya tidak perlu membuat assignment,alhamdulillah pengalaman menyiapkan assignment ni saya dapat ketika belajar di Darul Quran JAKIM dulu.Tidaklah terkejut sangat.

Tetapi cabaran untuk menyiapkannya,MashaAllah..Memang kena pujuk diri untuk kuat,kuat dan kuat.Rujukan untuk assignment Ulum Quran saya wajib sebanyak 20 kitab sekurang-kurangnya.Tetapi selama satu sem ini,saya hanya menghantar anak-anak ke nurseri pada waktu petang.Waktu pagi saya penuhkan masa bersama anak-anak di rumah.Walaupun ramai yang berkata,"student master ni biasanya 24 jam duduk di library."

Jujurnya saya tidak mampu.Saya tidak sampai hati untuk menghantar anak-anak ke taska seawal pagi.Saya tidak sanggup mereka bangun tidur tanpa melihat wajah saya dahulu.Saya amat faham jiwa seorang ibu yang terpaksa menghantar anak ke taska.Jika diikutkan hati seorang ibu,mana mungkin sanggup untuk serahkan anak dijaga oleh orang lain walaupun selama sejam,tetapi jiwa perlu berkorban untuk kebaikan keluarga jangka panjang.

Sebab itu saya kurang bersetuju jika ada wanita yang menempelak ibu-ibu yang menghantar anak ke taska,mencadangan mereka berhenti kerja atau belajar dan menjaga anak di rumah sahaja.Cadangan itu sangat baik tetapi lihat dahulu kondisi ibu tersebut.Mungkin keluarganya tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi yang menyebabkan ibu tersebut terpaksa keluar bekerja untuk membantu suami.

Bagi saya,saya takkan malu untuk menuntut ilmu dengan kakak-kakak yang sudah ada pengalaman dalam dunia Master dan Phd.Mendengar kisah-kisah perjuangan mereka akan menerbitkan rasa kuat dalam jiwa.

Be continue InsyaAllah...:)