Daisypath Anniversary tickers
Master

Subhanallah,begitu cepat masa berlalu.


Master sem 1 saya hampir berakhir.Sekarang waktu untuk revision week. 5 Jun saya akan menghadapi peperiksaan InsyaAllah.

Cabaran Master?Tentulah ada.

Saya memulakan pengajian dengan ditemani oleh 2 orang anak,kedua-duanya hero Alhamdulillah.

Masa perlu disusun dengan baik.Bagi saya secara peribadi,dunia Master sangat jauh bezanya dengan degree.Waktu degree dulu saya tidak perlu membuat assignment,alhamdulillah pengalaman menyiapkan assignment ni saya dapat ketika belajar di Darul Quran JAKIM dulu.Tidaklah terkejut sangat.

Tetapi cabaran untuk menyiapkannya,MashaAllah..Memang kena pujuk diri untuk kuat,kuat dan kuat.Rujukan untuk assignment Ulum Quran saya wajib sebanyak 20 kitab sekurang-kurangnya.Tetapi selama satu sem ini,saya hanya menghantar anak-anak ke nurseri pada waktu petang.Waktu pagi saya penuhkan masa bersama anak-anak di rumah.Walaupun ramai yang berkata,"student master ni biasanya 24 jam duduk di library."

Jujurnya saya tidak mampu.Saya tidak sampai hati untuk menghantar anak-anak ke taska seawal pagi.Saya tidak sanggup mereka bangun tidur tanpa melihat wajah saya dahulu.Saya amat faham jiwa seorang ibu yang terpaksa menghantar anak ke taska.Jika diikutkan hati seorang ibu,mana mungkin sanggup untuk serahkan anak dijaga oleh orang lain walaupun selama sejam,tetapi jiwa perlu berkorban untuk kebaikan keluarga jangka panjang.

Sebab itu saya kurang bersetuju jika ada wanita yang menempelak ibu-ibu yang menghantar anak ke taska,mencadangan mereka berhenti kerja atau belajar dan menjaga anak di rumah sahaja.Cadangan itu sangat baik tetapi lihat dahulu kondisi ibu tersebut.Mungkin keluarganya tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi yang menyebabkan ibu tersebut terpaksa keluar bekerja untuk membantu suami.

Bagi saya,saya takkan malu untuk menuntut ilmu dengan kakak-kakak yang sudah ada pengalaman dalam dunia Master dan Phd.Mendengar kisah-kisah perjuangan mereka akan menerbitkan rasa kuat dalam jiwa.

Be continue InsyaAllah...:)



0 comments: