Daisypath Anniversary tickers
LEMBARAN 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.Akhirnya dengan izin Allah dapat juga saya menulis pada hari ini.Rindu yang tidak terhingga untuk mencoretkan bait-bait kata di blog ini.

Alhamdulillah Disember 2012 dan awal 2013 mencatat diari baru di dalam kehidupan saya.Mengapa saya katakan begitu?

KELAHIRAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN BIN MOHD ASSHIK

Beliau adalah anak kami yang kedua!:)
Alhamdulillah dengan izin Allah Muiz selamat dilahirkan pada 23 Disember 2012 pada jam 12 tengah malam dan beratnya ketika lahir adalah 4kg.Subhanallah,saya mendapat pengalaman baru,melahirkan baby yang besar secara normal (Alhamdulillah).Memang rasa separuh nyawa nak mengeluarkan baby,rasa nak surrender di tengah-tengah perjuangan tapi dengan semangat dan doa tak putus-putus dari suami,doktor dan nurse ketika itu,Alhamdulillah baby boy kami selamat dilahirkan ke dunia.


Gambar Muiz waktu sebulan.Waktu ni berat Muiz sudah 5.6kg:)

Saya recommend pada kawan-kawan supaya bersalin di Gombak Medical Centre.Memang puas hati.Doktor Hamiza mengajar satu-satu teknik meneran dan beliau sangat lembut orangnya.Labour room pula sentiasa dipasang ayat Al-Quran,jadi apabila patient bersedia nak bersalin terasa ketenangan yang luar biasa.Layanan nurse-nurse pun saya kira adalah terbaik,memang puas hati Alhamdulillah.

MASTER QURAN SUNNAH UIAM


23 Januari saya memulakan perjuangan sebagai pelajar Sarjana Quran Sunnah di UIAM.Alhamdulillah,English Test saya lulus dan boleh terus masuk ke kuliah.Alhamdulillah,3 minggu berada di dewan kuliah saya merasakan tindakan saya untuk menyambung pengajian ini tidak sia-sia.Terlalu banyak ilmu baru yang saya pelajari tentang Al-Quran.Jika sebelum ni di peringkat diploma dan degree saya fokus kepada Qiraat tetapi kali ini cabangnya lebih luas.Saya akan melakukan banyak research tentang isi-isi Al-Quran dan setiap assignment perlu merujuk sekurang-kurangnya 20 kitab!Inilah suasana baru yang saya perlu hadapi untuk menjadi cendekiawan ummah.

BLOG?
InsyaAllah bentuk penulisan di blog ini juga sedikit berubah.Saya akan cuba berkongsi seputar pengalaman saya di pengajian Master dan mungkin boleh dijadikan panduan buat para isteri dan ibu yang ingin menyambung pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.Doakan saya!:)

0 comments: