:: sejenak bicara ::

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Alhamdulillah,Allah masih mengizinkan diri saya untuk terus menghirup udara segar di Perlembahan Nil ini.Hari-hari yang kami lalui di bumi Anbiya' ini semakin mencabar seiring dengan perubahan cuaca yang berlaku sekarang..semakin panas..maka amat rugilah bagi hamba yang merasai suasana ini tetapi tidak memikirkan sejenak bagaimanalah agaknya nanti keadaan kita di Padang Mahsyar.Bayangkanlah..ketika itu,suasana lebih mencabar daripada keadaan kita di dunia ini.Padang Mahsyar itu realiti yang akan kita tempuh,tidak sekadar hanya bayangan mata kasar yang hadir dan pergi dalam waktu yang seketika..Siapakah nanti yang dapat membantu kita?Tidak lain dan tidak bukan adalah diri kita sendiri..Maka,setiap pinjaman nafas yang berbaki ini,merintihlah kita di atas dosa-dosa yang kita lakukan,mohonlah taubat tika mana masih punya kesempatan..

Kakak-kakak tahun 3 akan menghadapi Imtihan Syahadah Tahun 3
pada hari esok. Sedikit info tentang pengajian kami di sini,kebiasaannya,pelajar-pelajar tahun 1&2 Takhasus Qiraat akan menjalani Imtihan pada bulan Mei pada tiap-tiap tahun.Manakala bagi pelajar-pelajar tahun akhir jurusan ini akan menghadapi Imtihan pada bulan Jun..saya sendiri terasa berdebarnya melalui saat-saat imtihan ini. Pada tahun hadapan,mungkin pada tarikh yang sama,saya dan sahabat-sahabat pula akan mengambil alih giliran..Adakah suasananya seperti ini wahai kawan-kawanku?^_~
Alhamdulillah,bermula 25 Mei yang lalu kami telah memulakan pengajian subjek2 tahun 3 bersama Syeikh Husin.Pengajian bermula jam 9 pagi (untuk tahun 3) dan berakhir pada jam 11 pagi untuk sesi pagi.Bagi sesi petang,pengajian bermula pada jam 2petang dan berakhir pada jam 3 petang.Syeikh selalu berpesan kepada kami," tahun 3 ni sepatutnya kamu tak ada cuti,tak ada istilah cuti sebab lagi setahun je nak imtihan.Kamu kena kuat menghafaz Quran,kena mula dari sekarang.Nak melancong,balik Malaysia atau nak ke mana-mana tak ada masalah,yang penting wajib muzakarah,ulangkaji pelajaran hari2!" (alih bahasa ke dalam bahasa ibunda=)Syukur Alhamdulillah,dengan adanya peringatan seperti ini setiap hari,minda sentiasa terjaga.Bimbangnya kalau kurang persediaan..kalau dalam imtihan dunia seperti ini kita amat takut andai kurangnya persediaan,apatah lagi dengan imtihan akhirat.cukupkah amalan kebajikan kita untuk memberatkan timbangan amal?yang membolehkan kita memperoleh 'najah sofi' dan dimasukkan ke dalam syurga Allah?Allahu Akbar..bantulah kami Ya Allah..

Melihat wajah-wajah mereka yang akan menghadapi imtihan pada esok hari,menyedarkan saya akan erti sebenar penuntut ilmu.Sesungguhnya,laluan musafir sebagai penuntut ilmu bukanlah mudah. Bertahun-tahun bergelut dengan kitab kuliah , bertahun-tahun menghadap dakwat hitam,bertahun-tahun berhempas-pulas,bersengkang mata,bertahun-tahun menggalas beg sandang dan bertahun-tahun terperuk di khutub khanah..inilah senario yang wajib dilalui sebagai warga universiti yang mahu menggapai jaya.Tidak bernama kehidupan andai tidak ada gelombang yang menggugah.Tidak bernama kemanisan andai tidak ada kepahitan yang mencelah.Tidak bernama kemenangan andai tidak ada kekalahan yang menghunjam.Dan tidak bernama kedewasaan andai tidak ada keteguhan peribadi dan keimanan yang hakiki di dalam diri..

Semoga Allah menguatkan hati-hati ini untuk terus melangkah,melapangkan dada kami untuk terus menerima mutiara-mutiara ilmu Allah..sebagai bekal di dunia dan di akhirat sana..Wallahua'lam..