Daisypath Anniversary tickers
DUHAI ISTERI,JAUHI YANG INI..

Bismillahirrahmanirrahim..
Buku pertama yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca adalah :

"BERCINTA SAMPAI KE SYURGA."

Bagi sesetengah orang,ada yang tidak bersetuju bila mahasiswi sibuk mengkaji bidang kekeluargaan,suami isteri atau dunia anak-anak dalam tempoh pengajian ini.kerana yang lebih penting adalah Perjuangan,isu ummat dan lain-lain.Alham
dulillah,pendapat tersebut amat saya hormati..Tapi bagi saya,bidang ini juga tidak boleh dikesampingkan kerana sunnatullahnya kita akan melalui juga kehidupan berumahtangga.bukankah ini juga dikategorikan sebagai ilmu yang perlu dipelajari dan didalami untuk membentuk Bait Muslim,mujtama' muslim dan seterusnya sistem khilafah Islam yang amat didambakan!

Ya,saya juga dapat merasai kebimbangan Ustaz Hasrizal,penulis buku ini apabila semakin lama,semakin banyak institusi keluarga muslim yang mengalami kehancuran.Memetik kalamnya di dalam buku ini,terdapat sesetengah pasangan yang be
rcerai pada asalnya bukanlah suami atau isteri yang tidak memahami agama,malah ada di antaranya figure-figure dalam gerakan Islam,tetapi mungkin terdapat sesuatu kekhilafan,maka rumahtangga yang terbina tidak bertahan lama.

Justeru,selaku insan yang memikul amanah sebagai isteri baru setahun jagung,saya perlu lebih banyak membaca,mengkaji dan mencedok pengalaman
orang lama.Sungguh,rumahtangga bukanlah bidang untuk "cobaan" tetapi suatu titik mula mempraktikkan tanggungjawab.

:: DUHAI ISTERI,JAUHI YANG INI! ::


Di antara pengajaran baru dan paling utama yang dapat dicedok di dalam buku ini adalah dalam Bab Hadis Kufr Al-'Asyeer.

Sebagai wanita yang kaya dengan emosi,kita kadangkala terlalu mudah menghukum suami:
"abang tak cintakan saya sepenuh hati!"
"abang tak pernah faham saya!"
"abang tak pernah rasa nak pujuk saya!"

Astaghfirullah..duhai para isteri,duhai muslimahku,kembalilah kita kepada suatu amaran luar biasa seorang Nabi :

“Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”. Lalu Baginda SAW ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah? Rasulullah SAW menjawab, “mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Apabila kamu melakukan kebaikan kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!” [hadith riwayat al-Bukhari]

Hadis ini mengingatkan kita bahawa ketidak wajaran seorang isteri berkata kepada suami,"Aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!"~sedangkan suami itu sedaya upaya mencintai isterinya,berbuat baik kepada isterinya sepanjang tahun dan bertahun-tahun.

Memetik kalam penulis lagi :
"Perlakuan seperti ini diungkapkan oleh Nabi SAW sebagai berkait rapat dengan wanita,merujuk kepada kebiasaan dan mudahnya wanita terjerumus kepada tindak-tanduk seperti ini.Ia harus diambil sebagai peringatan,bukan hukuman atau keputusan."

"Perbuatan menafikan kebaikan suami digelar sebagai kufr al-'asyeer iaitu kufur terhadap nikmat di dalam rumahtangga.Ia dikategorikan oleh Al-Imam Al-Bukhari sebagai "Bab Kufur Kepada Suami,dan Kufur yang bukan kufur " iaitu tajuk kepada hadis ini di dalam kitab al-Imaan.

Justeru,sama-samalah kita menjaga tutur kata terhadap suami,kerana mungkin dengan kata-kata kita akan membuat suami resah dan menyakitkan perasaannya.Perjuangan seorang isteri itu perlu melalui toriq-toriq mujahadah,kerana sesungguhnya kita mendamba Syurga Allah.


Semoga beroleh manfaat..


2 comments:

Ummu Iffah said...

Muhasabah diri yang sangat baik..

Pena Ainun Mardhiah said...

betul nurul..pas akk baca buku ni,trus mnta mf berkali2 kat ust..takut,kekadang kite tak sedar kan..tgah emosi.