Daisypath Anniversary tickers
bingkisan istimewa buat isteriku ainun mardhiah...

بسم الله الرمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bingkisan ringkas ini ditujukan khas kepada
isteriku tercinta...

Pertamanya, tahniah kerana berjaya menghasilkan blog ini. Semoga ianya menjadi salah satu medium dakwah yang dapat memberi manfaat kepada kita dan sahabat - sahabat yang dikasihi.

Sempena dengan musim peperiksaan yang kian hampir ini, ain kena betul - betul buat perancangan. Perancangan dan pengawalan dari pelbagai sudut sama ada jadual study, tugasan, dan emosi. Yelah, kita biasa dengar ramai pelajar yang semakin tertekan apabila tibanya musim peperiksaan. Percayalah bahawa setiap di kalangan kita berpotensi untuk cemerlang dalam pelbagai bidang yang kita ceburi. Walaubagaimana pun, antara kunci kejayaan ialah MERANCANG. Apabila kita GAGAL MARANCANG, bermakna kita sedang MERANCANG UNTUK GAGAL!!! Kadang - kadang kita merasa diri kita ini tidak layak untuk mendapat kecemerlangan. Bila kita sudah membisik kata - kata tersebut dalam hati kita...bermakna seolah - olah kita telah mendoakan agar kata - kata tersebut menjadi kenyataan. Oleh itu, seringlah kita berfikiran positif dan menyatakan diri kita boleh melakukan yang terbaik!!! InsyaAllah, segala gerak geri kita akan menumpukan satu matlamat yang penuh gilang - gemilang!!! Ingat, masa masih ada untuk kita bertindak...

Ulangkaji matapelajaran, buat analisa soalan - soalan lepas, buat nota, study group...Semua ini adalah antara langkah - langkah menuju kejayaan dalam peperiksaan.Tetapi ain kena ingat...semua ini bukanlah semata - mata untuk mendapat segulung ijazah.Kita kena ingat bidang yang kita ceburi ini. Bidang yang sama sekali tidak boleh dipergunakan untuk mengejar dunia. Ini adalah bidang untuk kita kenal Allah...kenal syariat Islam...melaksanakan apa yang terkandung di dalamnya...kita sebenarnya memikul amanah yang besar dan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Oleh yang demikian, perkara yang paling utama ialah kita menuntut ilmu ikhlas kerana Allah SWT. Bila niat sudah jelas, maka apa yang dinyatakan di atas tadi akan menyusul. Orang yang ikhlas kerana Allah Ta'ala akan berfikiran positif, berperancangan dan BERJIWA BESAR. Ulama silam adalah mereka yang BERJIWA BESAR. Lihatlah warisan ilmu mereka yang agung dan kesan dakwah mereka yang penuh dengan keberkatan sehingga menjadi penyebab untuk sekalian manusia mengecapi nikmat Islam. Ini adalah ciri - ciri mereka yang BERJIWA BESAR. BERJIWA BESAR di sini bukanlah orang yang sombong dan merasakan diri yang terbaik tetapi keyakinan tinggi yang lahir dari kebergantungan kepada Allah, sedar matlamat dan tangungjawab sebagai hamba Allah...ingat tak kata - kata syeikh Husin..." Keberkatan tidak akan terzahir melainkan dengan ikhlas kerana Allah" ^_^

JIWA BESAR...orang yang BERJIWA BESAR tidak akan melayan perkara - perkara kecil yang boleh menggagalkan misinya. Sekiranya terdapat perkara yang menyukarkannya, dia tidak menganggapnya sebagai masalah tetapi menganggapnya sebagai CABARAN. CABARAN...satu benda yang amat disukai oleh orang yang berjiwa besar!!! Abang teringat kata - kata syeikh Khalid..."seorang pejuang akan tetap teruskan perjuangannya walaupun terdapat pelbagai rintangan. Ibarat seorang yang melalui satu perjalanan, tiba - tiba datang tiupan angin yang begitu kencang.Dia tidak terus melawan angin tersebut seperti berdiri teguh atau pun berlari melawan arah angin tersebut, tetapi dia akan tunduk sebentar sementara angin tersebut beredar. Apabila aingin tersebut sudah beredar, dia bangun semula dan meneruskan perjalanannya"

Abang doakan agar ain berjaya dunia dan akhirat dan abang percaya ain boleh buat yang terbaik!!!
" Laksamana Sunan!!! " ^_^

TAKBIR!!!


Suami mu,

Mohd Asshik b. Abu Hanipah
Tahun 2,
Kuliah Syariah Islamiah,
Universiti Islam Madinah,
Arab Saudi.

1 comments:

Pena Ainun Mardhiah said...

slm alaik..jazakumullah khairan kathira abg..tak putus2 bri smgt pd ain dr kejauhan sana..i.allah ain akn bt yg trbaik.brjauhan itu cabaran yg mmatangkan.hari2 abg gi raudhah jgn lupa doakn km ye.laksamana sunan..llaki brduka dr tanah rencong,tp tak prnah putus asa dgn rahmat ALLAH..kan bang?? ^_^