Daisypath Anniversary tickers
:: DUHAI SI KAIN PUTIH (2) ::


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.Syukur Alhamdulillah di atas pinjaman nyawa ini..

Menulis tentang bayi dan pendidikan membuatkan saya merenung diri kembali.Bukan mudah bergelar ayah dan ibu,papa dan mama,abi dan ummi,emak dan abah..Semuanya memerlukan persediaan awal dan rapi..Walaupun masih
belum dikurniakan cahaya mata,namun saya amat teruja untuk membaca,mengkaji dan menulis tentang ini..Mungkin sebagai persediaan barangkali=)Apa yang saya tulis di bawah ini adalah hasil bacaan,rujukan dan pengalaman-pengalaman insan di sekeliling saya yang tabah mendidik anak-anak mereka..Semoga memperoleh manfaat bersama ^_^

CORAK DIDIKAN BUAT SI PERMATA HATI
Dalam sebuah ha
dis daripada Ali r.a,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Didiklah anak-anak kamu pada 3 perkara:Mencintai Nabi kamu,mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran.Sebab orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya be
serta para Nabi-Nya dan orang yang suci." (Riwayat At-Thabrani)

Antara kaedah mengajar bayi tentang Al-Quran adalah memperdengarkan bacaan Al-Quran dengan:
1- Sentiasa membaca BASMALAH setiap kali memulakan sesuatu pekerjaan seperti ketika hendak menyusukan bayi atau ketika hendak memakainya pakaian atau ketika menidurkannya dan sebagainya.
2- Membaca surah
Al-Fatihah,surah Al-Ikhlas,surah Al-'Alaq serta surah An-Nas serta mendoakan kesejahteraan bayi.Tidak terhad kepada surah-surah ini sahaja,sebaiknya perdengarkan bayi dengan keseluruhan Al-Quran.
3-Ibu bapa dan ahli keluarga digalakkan sentiasa memeriahkan rumah dengan membaca Al-Quran supaya bayi yang masih kecil itu mendengar dan cuba memahami ayat-ayat yang didengarnya.

Selain mengajar anak-anak dengan ayat-ayat Al-Quran, sebaiknya ibu bapa membiasakan mereka dengan kalimah zikir dan selawat yang akan mempengaruhi mereka untuk mengikutinya di samping dapat mendidik hati dan jiwa mereka untuk mendekati dan mencintai Allah SWT.Dewasa kini, anak-anak kita lebih terdedah dengan gejala hedonisme yang makin membimbangkan. Lihat sahaja rancangan2 hiburan di televisyen, anak-anak yang berumur 5 atau 6 tahun sudah pandai memilih artis-artis sebagai idola mereka malah mereka teruja untuk berpakaian seperti artis2 yang tidak menjaga aurat. Andai perkara seperti ini dianggap remeh dan enteng,terfikirkah kita bagaimana masa depan anak-anak ini 20 atau 30 tahun akan datang?Seandainya sedari awal tidak diterapkan dengan acuan nurani dan taqwa sebagai benteng diri yang teguh, mampukah mereka menempuh dan meneroka zaman kefasadan ini dengan penuh rasa keimanan kepada Allah?

Oleh yang demikian,sediakanlah masa yang berkualiti untuk anak-anak.Meskipun pada peringkat awal anak-anak itu tidak mengetahui apa yang berlaku di
persekitarannya tetapi mereka boleh memahaminya sekiranya menghadapi perkara yang sama berulang-ulang kali setiap hari.

Antara perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sebagai pendidikan kepada anak-anak yang masih kecil adalah:
1-Melafazkan kalimah 'Subhanallah' atau 'MashaAllah' ketika melihat atau mendengar sesuatu perkara yang menakjubkan atau ketika melihat keindahan ciptaan Allah SWT.
2-Melafazkan kalimah 'A'uzubillah' apabila meminta perlindungan atau dalam keadaan tak
ut
3-Mengucapkan 'Alhamdulillah' apabila mendapat nikmat.
4-Membaca atau mendodoikan bayi yang hendak tidur dengan kalimah 'Lailahaillallah' dan 'Asma'ul Husna'.
5-Mengajar anak-anak kalimah syahadah
6-Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW.
7-Memperdengarkan dan mengajarkan anak-anak nasyid yang memuji kebesaran A
llah SWT seperti nasyid sifat-sifat Allah dan sebagainya.
8-Mengamalkan dan mengajarkan anak-anak doa harian seperti doa sebelum atau sesudah makan,doa ketika hendak tidur,doa ketika bangun dari tidur,doa ketika hendak masuk ke bilik air dan sebagainya.

MENGAJAR SI KECIL SOLAT?

Suami ist
eri yang mempunyai pegangan agama yang teguh akan mengambil berat soal pelaksanaan solat di dalam 'masjid' mereka.Mereka tahu dan sedar,solat adalah pemangkin untuk memperoleh hati dan jiwa dan tenang..sekaligus mengharmonikan rumahtangga yang dibina..dan solat itu pastinya ditunaikan di awal waktu!

Anak-anak cepat merakam setiap perlakuan,gaya dan perbuatan papa dan mama mereka.Maka,didiklah mereka menunaikan solat dari kecil.Apabila berkumandangnya azan,minta si kecil diam,tanda menghormati azan.Ajar mereka berwuduk,pakaikan mereka pakaian solat dan pimpin tangan mereka menuju ke masjid.Kenalkan mereka tentang masjid dan kelebihan mengerjakan solat.Apabila mama dan papa solat berjemaah bersama,bentangkan sekali sejadah kecil buat si comel supaya mereka sama-sama teruja untuk bersolat.Biarpun pada awalnya mereka hanya tahu menyebut 'Amin',berdiri,duduk dan bangun balik..lama kelamaan mereka akan berasa seronok solat bersama ayah bonda tercinta.Ayah perlu tegas dalam mendidik anak melaksanakan kewajipan solat.Hentikan semua aktiviti riadah sebelum solat Maghrib dan tegaskan kepada mereka supaya berhenti menonton TV apabila tibanya waktu solat.Kata-kata galakan perlu disampaikan dengan penuh kasih-sayang agar nasihat itu akan meresap di hati mereka..

Wallahua'lam..

p/s : tak sabar nak jumpa 10 orang anak sedara makteh yang comel2..rindu nak dengar along alif,ajeem n adib baca doa..lenggok2 berbeza mengikut tadika masing2=)

0 comments: