Daisypath Anniversary tickers
:: the rest of my life ::


Daripada Abu Sa'id al Khudri, Nabi SAW bersabda :
"Sesiapa yang disibukkan dengan Al -Quran dan menyebut namaKu sehingga tidak sempat meminta kepadaKu, maka aku berikannya sebaik-baik pemberian yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta. Dan keutamaan kalam Allah (Al-Quran) ke atas kalam yang lain adalah seperti keutamaan Allah ke atas hambaNya.

:: FINAL TOUCH UP TAHUN 3 QIRAAT::

TEMPAT : DEWAN PERSADA JAZIRAH AL-WARD (DPJA)
MASA : 7-11 PAGI


26 APRIL 2010
FAWASIL & DHOBT


27 APRIL 2010
TARIKH QU
RRA' & TARIKH MASHAF

28 APRIL 2010
QIRAA
T & AL-QURAN

29 APRIL 2010
ULUM AL-QURAN




>>>JADUAL IMTIHAN SYAHADAH 2010 <<>
>>sumber : DPM SHOUBRA <<



"KEJAYAAN DICIPTA OLEH INSAN BIASA YANG BERUSAHA SECARA LUAR BIASA!"


*p/s
: sebarang masalah,sila merujuk kepada Mas'ulah,Unit Pendidikan atau Ketua Study Group masing-masing

APABILA.....


Fudail bin Iyad berkata:

إذا لم تقدر على قيام الليل وصيام النهار فاعلم أنك مكبول كبلتك معصيتك

“ Apabila kamu tidak mampu untuk bangun tahajud waktu malam dan tidak mampu puasa sunat pada waktu siang maka ketahuilah kamu sudah dibelenggu oleh maksiatmu.”

:: ULANGTAHUN PERTAMA ^_^::



Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Syukur Alhamdulillah..rupanya sudah SETAHUN usia blog kesayangan saya ini.^_^
Rasanya baru semalam saya mula mencoret kata,mengatur bicara di ruangan maya ini.
Merenung kronologi pembikinan blog yang sederhana ini,saya menyimpan matlamat yang besar agar teratak ini dapat dimanfaatkan buat insan2 yang hadir mengunjunginya.

KONSEP "MEMBERI DAN SAMPAI-MENYAMPAIKAN"

Selama saya melibatkan diri di dalam penulisan blog ini,angka pengunjung,dari mana dan siapa tidaklah menjadi keutamaan,tetapi kehadiran kalian amat-amat saya hargai.jazakumullah khairan kathira kepada insan2 yang sudi berkunjung dan menjadi follower,moga2 kita semua beroleh manfaat.

Saya menyedari bahawa menulis juga adalah salah satu amanah dan wasilah dakwah yang wajar disahut oleh umat Islam sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W,
"Sampaikan dariku walaupun satu ayat."
Sering juga timbul rasa rendah diri di dalam hati.."apa je ye yang pengunjung boleh dapat dari blog ni ?rasa macam banyak kekurangan."

tetapi berpaksikan kepada prinsip,saya ingin terus memberi dan berkongsi apa sahaja yang saya ada,maka saya teruskan juga niat ini.mungkin tidak sehebat mana,tetapi yang penting saya cuba untuk sampaikan yang terbaik.saya masih merangkak dan bertatih untuk menulis dengan baik dan Alhamdulillah,setelah melibatkan diri di dalam dunia blog ini,banyak ilmu yang saya peroleh di samping keberanian untuk terus MENYAMPAIKAN ilmu kepada masyarakat.

Merenung khutbah terakhir Baginda Rasulullah S.A.W,banyak mengajar dan mengingatkan kita bahawa setiap ilmu yang kita ada perlu disampaikan kepada manusia lain.Renungkan khutbah Baginda:

" Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan SAMPAIKANLAH ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku MENYAMPAIKAN pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku SAMPAIKAN risalah Mu kepada hamba-hamba mu."

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Sekiranya para sahabat,tabi',tabi'in dan para ulama' tidak mengambil berat akan konsep menyampaikan ilmu kepada masyarakat,mana mungkin Islam yang syumul ini akan mampu kita gali sehingga ke hari ini.

Tuntasnya,selagi mana kita mampu untuk menyampaikan kebaikan dan kebenaran,maka lakukanlah dengan sebaiknya.

Untuk akhirnya,sekali lagi saya mengucapkan Jazakumullah khairan kathira atas sokongan semua.Tidak dilupakan kepada designer asal blog ini,Ukhti Arbaieyah yang kini bergelar Pensyarah di Darul Quran..Barakallahu fik!^_^


Salam perjuangan buat semua!

:: khabaran anakanda^_^ ::


Bismillahirrahmanirrahim..
salam dari Mansoura,

beberapa hari lalu,saya menelefon bonda temerloh dan jengka..

"kak ngah dah sama 'naik' dengan angah ye? ^_~",kata mak temerloh
"aih,mana mak tau?" tanya saya.ingatkan ada le peluang nak ngelak2 kan..
"mak buka blog kak ngah n angah lah..dah sama2 naik ye.."jawab mak sekaligus menantunya ni hanya mampu tersenyum..

ingatkan mak tak buka pun blog ni..maklumlah tugas harian mak di pejabat memang sibuk.'ala kulli hal,jazakillah khairan kathira mak..maaf banyak2,kak ngah tak sempat nak update selalu..

exam akhir kak ngah lebih kurang sebulan lebih je lagi.tadi kak ngah baru habis menuntut ilmu Fawasil di maahad..semalam tamat belajar Tarikh Mushaf,Alhamdulillah..

meniti hari2 menamatkan ilmu di bumi Mesir ini amat menyedihkan.tidak sangka,3 tahun begitu cepat berlalu..di dalam ayat2 terakhir kitab2 yang kami tuntut,semuanya menukilkan doa2 para masyayikh dan doa agar ilmu ini diberkati,dirahmati Allah dan dan dimanfaatkan kepada seluruh umat manusia..

perasaan saya untuk menghadapi imtihan?jawapan yang tepat adalah "MACAM-MACAM ADA."^_^

Yang pasti,motivasi saya ketika kepenatan dan kelelahan mengulang kaji Al-Quran,matan dan pelajaran adalah nasihat2 suami,mak abah dan tentunya syeikh selaku bapa kami di sini.

semalam selepas tasmi' bersama Syeikh,sempat saya bertanyakan soalan,
" Syeikh,apa yang syeikh akan buat bila kepala syeikh dah benar2 tepu dan berat selepas muraja'ah?saya pernah rasai sampai satu tahap,mata ni terlalu berat,hampir2 nak pitam.."

(beginikah penangan imtihan syahadah?^_^)

Syeikh menjawab,
"Mardhiah,inilah mujahadah.inilah jalan yang ImaM Jazari lalui dulu,lagi dahsyat dari kita.ini mujahadah untuk ilmu Mardhiah."

Syeikh menyambung lagi," Sapu 'asal(madu) kat bawah mata kalau mata kamu rasa berat/sakit.InshaAllah syifa'.." pesan Syeikh.

lagi motivasi saya?
saya selalu membayangkan wajah bakal anak2 murid saya di Malaysia nanti.Tak sabar rasanya untuk mencurahkan ilmu yang dituntut di sini kepada permata2 Agama di Malaysia.siapa murid saya,memang tidak dapat dijangka,namun saya membayangkan saya akan bergelar pensyarah dan ketika itu ilmu yang saya dapat sepanjang permusafiran ini ingin dikongsi semuanya bersama mereka..Ya Allah,mudahkanlah urusan kami..amin..

rasanya terpaksa berhenti di sini..andai ada kesempatan,saya akan mencoret lagi inshaAllah..

buat warga PMRAM,selamat mengundi!semoga kita dapat membuat pilihan yang terbaik.

buat abang,selamat berprogram-hari keluarga PPM..inshaAllah rabu minggu depan(14/4) kami akan bertemu kembali=) sebulan lebih saya tidak menatap wajahnya..kami tidak punya banyak waktu untuk berchatting,lantaran amanah yang terpundak di bahu kami selaku penuntut ilmu,tidak mengizinkan kami untuk berlamaan di depan komputer ini.. Alhamdulillah-segala puji bagi Allah yang meminjamkan kami ketabahan dan kecekalan.

salam juang untuk semua!

SEKETIKA BERMUHASABAH


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..Alhamdulillah atas nikmat yang paling besar yang dikurniakan pada kita,nikmat iman dan Islam..

Saya memohon maaf kepada kaum keluarga dan sahabat2,kerana sudah lama rasanya tidak menulis.Di samping menjalankan amanah sebagai penuntut ilmu,amanah sebagai skuad "amar makruf nahi mungkar" juga perlu bergerak seiring.

Masalah hisbah yang semakin membarah di bumi Anbiya' ini tidak wajar dipandang sebelah mata oleh para penuntut ilmu.ya benar,keberadaan kita di sini berpaksikan kepada menuntut ilmu Allah,tetapi bukankah ilmu yang dipelajari perlu diamal dan dipraktikkan?

Hari demi hari mendengar masalah demi masalah yang semakin serius,membuatkan saya (dan tentunya sahabat2 lain) semakin sempit dada.Ya Allah,tidak rela rasanya meninggalkan bumi Mesir ini dalam keadaan adik2 tidak mendapat tarbiah yang sempurna.Setiap manusia punya kelemahan,tetapi setiap kelebihan yang Allah kurniakan juga perlu dimanfaatkan.Saya menyeru kepada semua sahabat2,sumbangkanlah apa sahaja kemampuan yang kalian ada untuk membantu gerak kerja dakwah ini,sama ada buah fikiran,tenaga mahupun wang ringgit.

Termenung saya bila memikirkan sikap mahasiswa kita pada zaman millenium ini..kita sering mempersoalkan apakah jasa orang lain kepada kita,apa bakti yang telah pimpinan curahkan pada kita,tetapi pernahkah kita mengkoreksi diri..sejauh mana kita ikhlas mencurahkan khidmat untuk membawa sinar dan manfaat buat ummat Nabi Muhammad?

seketika,cubalah buang ego dan sifat meninggi diri yang merajai hati kita sejak sekian lama.beri ruang kepada diri kita untuk memberi kerjasama yang baik kepada semua pimpinan atau sesiapa sahaja yang ikhlas mengerah kudrat untuk memastikan umat Islam kembali kepada jalan yang benar,yang didasari dengan rasa cinta yang teramat kepada Allah.

Visi Al-Azhar adalah melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang diacu dengan adunan iman yang mantap dan diterjemahkan melalui akhlak yang hebat sepertimana yang telah digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.Bagi saya,tidak guna kita punya kebijaksanaan dan kepandaian yang luar biasa,tetapi sirna dari sudut akhlak dan perlakuan.

Nilailah kembali tahap keilmuan kita,pada masa yang sama rendahkan hati kita memohon kepada Allah,agar kita tidak tertipu dengan resam dunia yang melalaikan dan penuh tipu daya.Mohonlah pada Allah agar ilmu yang telah kita miliki ini tidak menjadikan kita sebagai hamba Allah yang sombong dan takabbur atas nikmat kurnianNya.

Pohon maaf atas segala kekhilafan..