Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..
Semalam kami sekeluarga mendapat khabaran gembira.Kakak ipar saya (isteri abang long) selamat melahirkan anak mereka yang keempat semalam,Alhamdulillah..Kelahiran puteri comel itu mudah-mudahan menjadi pelengkap kebahagiaan buat kami sekeluarga,amin.
Aktiviti saya dan suami agak padat semalam.Paginya kami menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah,antaranya Kubu Kaab bin Ashraf,seorang Yahudi yang amat tegar menentang Islam dan akhirnya berjaya dibunuh oleh pejuang Islam dengan strategi yang diatur dengan mantap.Selain itu,kami juga menziarahi Bukit Terbakar,Empangan Buthan dan beberapa lagi tempat bersejarah yang lain.Alhamdulillah,terasa gembira yang teramat dapat mengorek dan menggali sejarah di zaman Rasulullah.Boleh dikatakan setiap inci bumi Madinah ini merakam sirahnya yang tersendiri,cuma pada masa sekarang tidak banyak tinggalan-tinggalan sejarah yang dapat kita saksikan.
Madinah sekarang sedang melalui fasa musim bunga.Suhunya pula lebih kurang seperti Malaysia,tidak terlalu panas dan tidaklah terlalu sejuk.Jemaah umrah semakin ramai dan padat,mungkin disebabkan visa umrah yang dibuka agak lambat pada tahun ini,maka bulan ini menyaksikan pertambahan jemaah umrah yang sangat memberangsangkan.Sehinggakan suasana di Mekah seperti suasana musim haji,sangat padat dan ramai.
MOMENTUM SEBAGAI PENDAKWAH
Dengan izin Allah,petang semalam kami para mutazawwijin Madinah berjaya mengadakan Usrah Mutazawwijin kali kedua bertempat di Rumah Dr.Fariza,salah seorang pensyarah Malaysia di Universiti Taibah,Madinah.Alhamdulillah,kehadiran yang sangat memberangsangkan menambahkan lagi keseronokan untuk berusrah.Usrah ini dihadiri oleh isteri-isteri rakyat Malaysia yang menetap di Madinah ini,lebih kurang 17 orang semuanya.Tema yang kami bincangkan semalam adalah "Isteri Cerdik yang Solehah."Kami sama-sama berkongsi dan mencanai ilmu bagaimana untuk menjadi Isteri yang solehah,di samping berkongsi kisah Sumayyah,wanita solehah yang tegar mempertahankan imannya kerana Allah.
Slot akhirnya,saya membawakan Hadith Qudsi yang sangat lazat untuk dihadam oleh para isteri.Hadith ini menceritakan rahmat Allah kepada hambaNya apabila melakukan ketaatan.
Allah SWT berfirman (dalam hadits qudsi):
”Apabila hambaku ingin melakukan kejahatan, maka janganlah kamu menulis kejahatan itu atasnya hingga ia melakukannya. Jika ia meninggalkannya karena Aku, maka tulislah untuknya satu kebaikan. Apabila ia ingin melaksanakan kebaikan lalu ia tidak sempat melaksanakannya, maka tulislah untuknya satu kebaikan. Jika ia telah melaksanakannya, maka tulislah untuknya sepuluh kali kebaikan hingga tujuh ratus kali kebaikan.” (H.R Bukhari)
Sesungguhnya rahmat Allah itu sangatlah luas.Kita kaum isteri ada ketikanya merasa tugas sebagai isteri dan ibu agak terbeban,namun apabila kita menghayati rahmat dan nikmat yang Allah turunkan kepada isteri yang ikhlas mengerjakan ketaatan dan ikhlas berkorban untuk rumahtangga,nescaya setiap amalan yang kita laksanakan tidak terasa terlalu berat.Allah tidak akan menguji melainkan kita mampu untuk menghadapinya.
Berdepan dengan para sahabiah semalam,menambahkan kekuatan dan semangat saya untuk berdakwah dan menyebarkan risalah Nubuwwah.Subhanallah,inilah keindahan ukhwah antara sesama muslimah solehah.Apabila terpandangkan wajah mereka,mendengarkan butiran-butiran hikmah dan nasihat dari mereka,terasa diri ini semakin kuat untuk menempuh dugaan dan mehnah sebagai hamba Allah.
Cabaran yang bakal kita hadapi pada masa hadapan sangat getir dan mencabar.Saya tinggalkan kalian dengan nasyid Dunia Baru Islam di atas supaya kita sama-sama merenung betapa hebatnya Islam pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat dahulu,biarpun mereka menempuh kepayahan dan tentangan yang hebat namun dengan IMAN yang mantap,diterangi dengan hati yang IKHLAS berjuang semata-mata kerana Allah,maka Islam gemilang sehingga ke hari ini.
Usrah itu Nadi Tarbiyyah!
Perginya Ibu Tercinta
-
بسم الله الرحمن الرحيم “Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan
bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.
Ketika itu ses...
1 month ago