Hakikatnya manusia sangat perlukan pimpinan dari Allah.Allah yang menciptakan kita makhluk-makhlukNya.Sekuat manapun kita,hati ini perlu akur,Allah adalah tempat kita bergantung harap dan meminta pertolongan.
Melihat keadaan sekeliling,perasaan sedih bertandang di hati.Manusia semakin jauh dengan Tuhan,semakin galak mencari keseronokan dunia tanpa rasa bersalah apa-apa.Tidak hanya menuding jari kepada orang lain,diri sendiri juga perlu bermuhasabah.Sejauh mana hubungan kita dengan Allah?Bagaimana solat kita,di awal atau sudah di penghujung waktu?Kita banyak menyampaikan nasihat pada orang lain tetapi bagaimana penghayatan nasihat itu kepada diri kita sendir?Astaghfirullah..saya memohon ampun kepada Allah..
Allah beri peluang untuk bertaubat dan berubah dengan hela nafas yang ada..
Cuba bisikkan pada hati kecil kita,kita sangat ingin kembali pada Allah.Ingin sekali menjauhkan diri dari segala maksiat yang berlegar di sekeliling kehidupan kita sepanjang hari..
Kita ada Allah.Tatkala dihimpit resah gelisah yang tidak berkesudahan, Allah sudah nyatakan di dalam firmanNya, "Mintalah kepadaKu,Nescaya akanKu perkenankan permintaanmu.."
Sebuah Langkah Kecil, Ganjaran Besar — Seruan kepada Wanita Kelantan Hadir
Solat Jenazah
-
Di sebuah desa yang tenang di Negeri Cik Siti Wan Kembang, Aisyah melangkah
perlahan ke surau selepas mendengar berita pemergian seorang jiran lama.
Dahulu...
5 days ago






