Daisypath Anniversary tickers
:: ZIARAH YANG BEERTI ::

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..KepadaMu kami sembah,kepadaMu jua kami memohon pertolongan..
Syukur Alhamdulillah,Allah masih menguatkan jari-jemari ini untuk menulis.
Sejak kepulangan suami ke Malaysia,kami meneruskan agenda keluarga yang telah dirancang.Kami membuat kesimpulan utama,apabila pemilihan jodoh ini didasari rasa cinta kepada Allah dan cinta kepada agama,maka kami wajib bersedia untuk meng'infakkan' diri untuk gerak kerja Islam.Justeru peluang berada di Malaysia ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Pada hari Jumaat yang lepas,kami kembali melangkahkan kaki ke bumi SMKA TAHAP untuk melaksanakan ziarah berkala kami buat kesekelian kalinya.sebelum ni,kami turun untuk program Jubli Perak SMKA TAHAP.Alhamdulillah,dapat bertemu dengan kakak2 dan abang2 senior kami sejak TAHAP dibuka zaman 80-an dulu.Bila berkongsi cerita dengan guru2 tentang keadaan terkini sekolah pada hari itu,maka kami membuat keputusan untuk kembali menziarahi adik2 yang kami sayangi pada hari ini (24/7).

Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan tazkirah Jumaat kepada adik2 puteri pada hari itu.Rasa seronok dan tenang di hati tatkala melihat tunas2 Islam yang berkembang mekar di Taman Islam ini.Mereka khusyuk mendengar setiap nasihat yang disampaikan.Saya memfokuskan tajuk 'Pembinaan Hati Sebagai Seorang Muslimah' di dalam tazkirah tersebut.Objektifnya supaya saya dan adik2 sedar akan kejadian kita sebagai seorang wanita bukanlah suatu perkara yang sia2.Kita punya amanah yang besar buat ummat,terutamanya keberadaan kita di SMKA ini yang telah dididik dengan nilai-nilai Iman dan Ilmu yang tinggi.Kita melihat bagaimana keberanian dan kekuatan hati Khaulah Al-Azwar dalam menegakkan kalimatullah di muka bumi ini.Kita juga pernah diberitakan dengan berita syahidnya seorang puteri Palestin yang bernama Ayat Al-Akhras pada tahun 2002.Beliau telah menyempurnakan misi syahidnya itu ketika umurnya 16 tahun,Subhanallah..hati ini dapat dilenturkan apabila kita sentiasa menanamkan rasa malu kepada Allah di dalam kehidupan kita.Malu apabila kita melakukan perkara mungkar,malu dengan amal yang tidak seberapa dan malu bila kita jarang mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Allah sedangkan nikmat yang Allah turunkan kepada kita tidak terhitung banyaknya.Astaghfirullah..


KEPIMPINAN ITU SUATU TAKLIF
Ziarah pada hari ini tidak terhenti setakat itu sahaja.Adik2 berkongsi masalah2 yang mereka hadapi kepada kami pada hari itu terutama permasalahan kepimpinan.Tidak lengkap rasanya aktiviti ziarah ini andai kami tidak bertemu mata dengan saf kepimpinan SMKA TAHAP.Alhamdulillah,dengan kerjasama yang baik oleh adik2,mereka mengatur pertemuan kami dengan semua Ketua Pelajar dan AJK Persatuan Agama Islam di dewan.Fokus pertemuan ini adalah perkongsian ilmu dan pengalaman kami sebagai mantan pimpinan di sekolah ini suatu masa dulu.perkara utama yang ditekankan adalah Amanah,Kesatuan,Program/Aktiviti dan Uslub.

Kita perlu sedar amanah ini adalah taklif dari Allah.Allah Maha Mengetahui segala kelemahan dan kelebihan diri kita.Siapa yang nak diri mereka dikeji,dihina dan dibenci,tetapi itulah sunnatullah perjuangan.Kerana Allah telah menjanjikan bahawa hadiah bagi perjuangan yang penuh keperitan itu adalah Syurga Allah yang mulia.Sebagai hamba kita layak untuk diuji.maka bersyukurlah dengan setiap ujian tanda kita hamba yang Redha.Jadikanlah setiap masalah sebagai peluang untuk kita memperbaiki diri seterusnya menjadi hamba yang makin hampir dan makin mencintai Penciptanya.Senyum pada masalah,nescaya masalah akan tersenyum kepada kita=)

Ajaklah sahabat2,anak buah kepada Islam dengan cara yang paling berhikmah.Tentunya di sini perlu kesatuan yang teguh antara SEMUA pimpinan.Selesaikan masalah dalaman di dalam kepimpinan secara baik,sering adakan perbincangan bersama-sama dan tanamkan di dalam diri bahawa 'aku bersedia untuk berubah'.Kita perlu sama2 menghidupkan kekuatan dalaman di dalam diri/Tarbiah Ruhiyyah supaya hati sensitif apabila melihat dan melakukan maksiat.Contohi kepimpinan Islam zaman silam yang menjadikan Qiamullail itu ibadah yang lazat dalam kehidupan mereka.Apabila terbinanya negara Islam di dalam diri kita,inshaAllah akan terbina negara Islam di tanah air kita ini.

BEERTI JUGA BUAT KAMI ^_^
Sebenarnya apabila kita menyampaikan nasihat kepada orang lain,secara automatik ia adalah medium untuk menyedarkan dan mengejutkan hati kita bahawa tugas kita sebagai hamba Allah adalah cukup besar.Waktu kami balik dari TAHAP pada malam tu,saya dan suami bermuhasabah."Banyak lagi kerja kita.."kata suami.. ya,saya faham apa yang suami maksudkan.Tugas sebagai pendakwah ini bukan kerja mudah.Benarlah kata2 As-Syahid Hassan Al-Banna," kerja dakwah ini sifatnya adalah jangka panjang.."

Semoga Allah menguatkan hati kita semua untuk terus mengerjakan taat dan menjauhi maksiat.Teristimewa buat adik2 di TAHAP,jazakumullah khairan kathira sudi menerima kehadiran kami dan kami memohon ampun dan maaf andai ada kesilapan dalam tutur kata dan andai ada bicara kami yang mengguriskan hati.Semoga adik2 dan kita semua cemerlang di dunia dan di akhirat.Salam Sayang! ^_^
p/s : buat ayahanda cikgu mat jusoh,jazakumullh ats sgla nasihat.doakn kami^_^.

:: SYAHIDNYA MARWA AL-SHARBINI ::


Salam perjuangan..
Innalillahiwainnailaihi raji'un.. moga ruh muslimah mulia ini diangkat Allah bersama golongan muttaqin..Hakikat dunia yang fana ..jika artis yang meninggal ataupun sakit, maka seluruh dunia membuat liputan seakan-akn merekalah dewa..akan tetapi sedikit cuma kisah kesyahidan insan2 yang mempertahankan Aqidah dan maruah agama disebar luaskan untuk membangkitkan semangat dan memberikan perangsang kepada ummah.
Sahabat2 mengenali tak siapa Marwa al-Sharbini ??Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.

Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.

Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya.Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden.

Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.


Hari Jilbab Antarabangsa
Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet.Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer.Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed.

Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. “Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujarnya.Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam.

Surat khabar Jerman, Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi penghinaan dan pernyataan anti-Arab dan anti-Muslim.Komentar-komentar itu adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul “Islamisten fordern Vergeltung für Mord im Gericht” yang diterbitkan berkaitan kes Marwa Al-Sharbini itu.Salah satu pemberi komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa “Federal Cross of Merit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa “toilet” dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh Marwa dan melecehkan Marwa.Pihak Die Welt pula anehnya, enggan menolak untuk menghapuskan komentar-komentar yang provokatif itu, seiring dengan sikap media massa Jerman lain untuk tidak menulis berita tentang insiden yang menimpa Marwa.Media Jerman menganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeza jika yang dibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.

Hal ini menunjukkan bahawa benarnya firman ALLAH s.w.t, dalam surah Al-Anfal :-
" والذين كفروا بعضهم أولياء بعض , الاّ تفعلوه تكن فتنة في الأرض و فساد كبير "

mafhumnya :- "Dan orang-orang kafir, sebahagian mereka melindungi sebahagian yang lain. Jika kamu tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan ALLAH (saling melindungi), nescaya akan terjadi kekacauan di bumi dan kerosakan yang besar" -al-Anfal, ayat 73-

Sahabat-sahabat.. bagaimana perasaan kalian?? begitu hina dan teruk seorang muslimah diperlakukan?? Islam dipandang dengan pandangan yang negatif?? menitis airmata saya apabila mengetahui berita Marwa ini, apatah lagi..syahidnya dia dengan ditikam 18 kali dan kufur2 laknatullah berpuas hati..Mungkin Marwa ada jawapan yang pasti bila menghadap ALLAH nanti..dan dia juga punyai bukti mempertahankan Aqidahnya.. bagaimana dengan kita, yang kita gelarkan diri kita pejuang??

:: KHABARAN 2 MINGGU ^_~ ::

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Sedar tak sedar dah hampir 2 minggu saya kembali ke Malaysia.Banyak peristiwa yang berlaku,sampai tak sempat nak cerita.Teringat sahabat2 di Mesir pesan sebelum balik dulu,"kongsilah semua pengalaman kat Malaysia,kami nak tau.."semoga dengan perkongsian ni dapat mengubat kerinduan kita semua =)

:: MAKANLAH BUAHAN TEMPATAN ^_^ ::
Kalau di Mesir sekarang pastinya buah banati/'inab (anggur) menjadi pilihan.dengan harga yang amat murah dan sangat lazat.rindunyer nak pegi suq(pasar) mansurah^_~di Malaysia pula tak kurang hebatnya.buah durian tentunya menjadi pilihan kala ini=) minggu pertama balik,tiap-tiap hari mengadap durian,tambahan pula durian yang gugur di ladang sawit kami menunjukkan kemajuan yang amat baik=) alhamdulillah,syukur nikmat.macam tahu2 je orang jauh balik ye^_~ jiran tetangga saya di Jengka pun amat bermurah hati memberi kami buah manggis,rambutan dan lain2 lagi..kesimpulannya,bulan ni tak berani nak timbang berat badan!=)MashaAllah,betapa pemurahnya Allah Yang Maha Pencipta menurunkan rezeki.Ucapkanlah 'Alhamdulillah' atas setiap makanan yang disuap ke mulut kita,moga2 kita tergolong dalam golongan hamba yang sentiasa bersyukur atas nikmat kurniaanNya.kasihan anak2 Palestin,belum tentu kala ini mereka kekenyangan seperti kita..

:: KEPULANGAN ADIK ::
Hari ini adik saya kembali ke universitinya semula.kami tak dapat hantar ke sana.USM itu amat jauh adikku=) setakat stesen bas Bandar Jengka je abah mampu hantar.takpe,tikah kuat semangat,tak mudah mengalah! semoga tikah selamat sampai dan belajar rajin2^_^ tak lama lagi,adik saya yang ke- 8 pula masuk UIA.kullu khair,insyaAllah.nak menuntut ilmu labudda
kena lalui kepayahan,akhirnya akan kita rasai kemanisan.Memetik kata2 H.M Tuah,sesuatu matlamat itu mestilah dalam ukuran.anda perlu tahu sepenuhnya keupayaan diri anda dan apa2 sahaja kelebihan anda yang memungkinkan sesuatu matlamat itu tercapai.sebutkan matlamat itu dengan nyata dan letakkan ia kukuh di hati.jika anda melakukan dengan sambil lewa,nak tak nak atau seperti tidak meyakini kebolehan anda sendiri,jawapan yang akan timbul adalah berbentu demikian juga.jadi,mengapa tidak kita sentiasa mempositifkan diri dengan meletakkan target,sasaran,azam dan cita2 di tahap yang tertinggi?hati yang meyakini kekuasaan Tuhannya akan sentiasa dilimpahkan ketenangan di medan perjuangan,insyaAllah.

:: MEREKA TELAH PERGI ::
Minggu ini sahaja,2 orang pakcik di tempat saya telah kembali ke rahmatullah..Innalillah wa inna ilaihi raji'un..semalam Pak Cik Husin Kadiman meninggal dunia.terkenang jasa beliau kepada kami dan masyarakat di Jengka ini.Allahyarham mahir dalam kerja2 pemasangan elektrik,suka membantu dan yang paling saya kagumi budi bahasanya..semoga roh mereka dicucuri rahmat,amin.Jujurnya,saya terasa sedikit kesunyian di dalam musafir saya ke Malaysia kali ini.Jiran sebelah rumah saya juga telah kembali ke rahmatullah semasa saya di Mesir.Mak Cik Salbiah,seorang ibu yang amat penyayang.Sedari dulu saya amat mengkagumi Allahyarhamah,membesarkan anak2 seorang diri selepas suaminya meninggal dunia berbelas tahun yang lalu.setiap hari terkenang2 Allahyarham membersihkan halaman rumah,berniaga kuih sepit dan suka menghadiahkan jiran2 kuih muih hasil air tangannya sendiri.kini semuanya tinggal kenangan..Alhamdulillah,beliau pergi dalam keadaan yang baik dan semoga semua umat Islam yang telah dan akan pergi ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman,amin.

:: TUGAS YANG BELUM SELESAI ::
Cuti ini perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk tujuan dakwah dan ziarah yang utamanya.InsyaAllah,sekembalinya suami dari Madinah nanti,kami akan meneruskan program yang tidak sempat dilaksanakan pada cuti yang lepas.adik2 DQ dan SMKA TAHAP dah banyak kali tanya bila nak datang.maaf ye adik2,buat masa ni tak dapat lagi nak turun.insyaAllah,kita akan ketemu juga nanti ^_^ saya juga pernah berada di tempat mereka.saya faham,sesekali bila alumni turun memberikan semangat dan perkongsian pengalaman,itulah saat yang paling menggembirakan.mungkin kita tak mampu menghulurkan wang ringgit,tapi eloklah sesekali turun menjenguk adik2 bila kita punya masa dan peluang,tanda kita tidak pernah melupakan bumi pentarbiyahan kita suatu ketika dulu..untuk bekas pelajar SMKA TAHAP,mari kita ramai2 turun ke Jubli Perak SMKA TAHAP pada 14 Julai ini,insyaAllah.(tolong promote je=)Tak sabar untuk bertemu guru2 dan adik2 yang amat dirindui..

Saya menutup post kali ini dengan sebuah kata2,
" Orang yang memiliki cinta dari Allah penampilannya sedap dipandang mata,akhlaknya menawan,kata2nya tidak menyakitkan malah mendidik.Kecintaannya kepada Allah lahir dari ibadahnya yang khusyuk.Kecintaannya kepada makhluk tidak mengira lawan dan kawan,sehingga dia turut mendoakan keselamatan dan petunjuk buat orang yang melakukan kemungkaran.."
-dipetik dari buku Psikologi Cinta: Dato' Fadzilah Kamsah