Daisypath Anniversary tickers
:: ZIARAH YANG BEERTI ::

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..KepadaMu kami sembah,kepadaMu jua kami memohon pertolongan..
Syukur Alhamdulillah,Allah masih menguatkan jari-jemari ini untuk menulis.
Sejak kepulangan suami ke Malaysia,kami meneruskan agenda keluarga yang telah dirancang.Kami membuat kesimpulan utama,apabila pemilihan jodoh ini didasari rasa cinta kepada Allah dan cinta kepada agama,maka kami wajib bersedia untuk meng'infakkan' diri untuk gerak kerja Islam.Justeru peluang berada di Malaysia ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Pada hari Jumaat yang lepas,kami kembali melangkahkan kaki ke bumi SMKA TAHAP untuk melaksanakan ziarah berkala kami buat kesekelian kalinya.sebelum ni,kami turun untuk program Jubli Perak SMKA TAHAP.Alhamdulillah,dapat bertemu dengan kakak2 dan abang2 senior kami sejak TAHAP dibuka zaman 80-an dulu.Bila berkongsi cerita dengan guru2 tentang keadaan terkini sekolah pada hari itu,maka kami membuat keputusan untuk kembali menziarahi adik2 yang kami sayangi pada hari ini (24/7).

Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan tazkirah Jumaat kepada adik2 puteri pada hari itu.Rasa seronok dan tenang di hati tatkala melihat tunas2 Islam yang berkembang mekar di Taman Islam ini.Mereka khusyuk mendengar setiap nasihat yang disampaikan.Saya memfokuskan tajuk 'Pembinaan Hati Sebagai Seorang Muslimah' di dalam tazkirah tersebut.Objektifnya supaya saya dan adik2 sedar akan kejadian kita sebagai seorang wanita bukanlah suatu perkara yang sia2.Kita punya amanah yang besar buat ummat,terutamanya keberadaan kita di SMKA ini yang telah dididik dengan nilai-nilai Iman dan Ilmu yang tinggi.Kita melihat bagaimana keberanian dan kekuatan hati Khaulah Al-Azwar dalam menegakkan kalimatullah di muka bumi ini.Kita juga pernah diberitakan dengan berita syahidnya seorang puteri Palestin yang bernama Ayat Al-Akhras pada tahun 2002.Beliau telah menyempurnakan misi syahidnya itu ketika umurnya 16 tahun,Subhanallah..hati ini dapat dilenturkan apabila kita sentiasa menanamkan rasa malu kepada Allah di dalam kehidupan kita.Malu apabila kita melakukan perkara mungkar,malu dengan amal yang tidak seberapa dan malu bila kita jarang mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Allah sedangkan nikmat yang Allah turunkan kepada kita tidak terhitung banyaknya.Astaghfirullah..


KEPIMPINAN ITU SUATU TAKLIF
Ziarah pada hari ini tidak terhenti setakat itu sahaja.Adik2 berkongsi masalah2 yang mereka hadapi kepada kami pada hari itu terutama permasalahan kepimpinan.Tidak lengkap rasanya aktiviti ziarah ini andai kami tidak bertemu mata dengan saf kepimpinan SMKA TAHAP.Alhamdulillah,dengan kerjasama yang baik oleh adik2,mereka mengatur pertemuan kami dengan semua Ketua Pelajar dan AJK Persatuan Agama Islam di dewan.Fokus pertemuan ini adalah perkongsian ilmu dan pengalaman kami sebagai mantan pimpinan di sekolah ini suatu masa dulu.perkara utama yang ditekankan adalah Amanah,Kesatuan,Program/Aktiviti dan Uslub.

Kita perlu sedar amanah ini adalah taklif dari Allah.Allah Maha Mengetahui segala kelemahan dan kelebihan diri kita.Siapa yang nak diri mereka dikeji,dihina dan dibenci,tetapi itulah sunnatullah perjuangan.Kerana Allah telah menjanjikan bahawa hadiah bagi perjuangan yang penuh keperitan itu adalah Syurga Allah yang mulia.Sebagai hamba kita layak untuk diuji.maka bersyukurlah dengan setiap ujian tanda kita hamba yang Redha.Jadikanlah setiap masalah sebagai peluang untuk kita memperbaiki diri seterusnya menjadi hamba yang makin hampir dan makin mencintai Penciptanya.Senyum pada masalah,nescaya masalah akan tersenyum kepada kita=)

Ajaklah sahabat2,anak buah kepada Islam dengan cara yang paling berhikmah.Tentunya di sini perlu kesatuan yang teguh antara SEMUA pimpinan.Selesaikan masalah dalaman di dalam kepimpinan secara baik,sering adakan perbincangan bersama-sama dan tanamkan di dalam diri bahawa 'aku bersedia untuk berubah'.Kita perlu sama2 menghidupkan kekuatan dalaman di dalam diri/Tarbiah Ruhiyyah supaya hati sensitif apabila melihat dan melakukan maksiat.Contohi kepimpinan Islam zaman silam yang menjadikan Qiamullail itu ibadah yang lazat dalam kehidupan mereka.Apabila terbinanya negara Islam di dalam diri kita,inshaAllah akan terbina negara Islam di tanah air kita ini.

BEERTI JUGA BUAT KAMI ^_^
Sebenarnya apabila kita menyampaikan nasihat kepada orang lain,secara automatik ia adalah medium untuk menyedarkan dan mengejutkan hati kita bahawa tugas kita sebagai hamba Allah adalah cukup besar.Waktu kami balik dari TAHAP pada malam tu,saya dan suami bermuhasabah."Banyak lagi kerja kita.."kata suami.. ya,saya faham apa yang suami maksudkan.Tugas sebagai pendakwah ini bukan kerja mudah.Benarlah kata2 As-Syahid Hassan Al-Banna," kerja dakwah ini sifatnya adalah jangka panjang.."

Semoga Allah menguatkan hati kita semua untuk terus mengerjakan taat dan menjauhi maksiat.Teristimewa buat adik2 di TAHAP,jazakumullah khairan kathira sudi menerima kehadiran kami dan kami memohon ampun dan maaf andai ada kesilapan dalam tutur kata dan andai ada bicara kami yang mengguriskan hati.Semoga adik2 dan kita semua cemerlang di dunia dan di akhirat.Salam Sayang! ^_^
p/s : buat ayahanda cikgu mat jusoh,jazakumullh ats sgla nasihat.doakn kami^_^.

0 comments: