Daisypath Anniversary tickers
Penghujung Musafir..

-suami dan sahabat seperjuangan pada hari Konvokesyen mereka-


Natijah Peperiksaan akhir suami saya telah tertera di hadapan mata.

Syukur Alhamdulillah di atas segala nikmatnya.Akhirnya setelah lima setengah tahun berjuang di medan ilmu di Universiti Islam Madinah,beliau bakal pulang dengan menggenggam dua sijil akademik: Diploma Bahasa Arab dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Fakulti Syariah Universiti Islam Madinah.

Maha Suci Allah yang memberikan kekuatan dan ketabahan kepada hamba-hambaNya untuk berjuang di medan ilmu.Segala puja dan puji selayaknya dipanjatkan hanya ke hadrat Allah Taala yang Maha Dekat dan Akrab memakbulkan semua permintaan hamba-hambaNya.

Ini beerti musafir kami juga telah tiba di penghujungnya.

Kami punya tempoh hanya sebulan untuk tinggal di Madinah ini,menguruskan semua sijil-sijil dan urusan akademik suami sebelum kami berangkat pulang ke Malaysia pada penghujung Februari InsyaAllah.

Hati Yang Merindu

Hati mana yang tidak sedih apabila bakal meninggalkan Madinah Al-Munawwarah,bumi yang penuh dengan ketenangan.Ya,saya sangat tenang di sini..Di sana sini kaum Adam dan Hawa rapi dalam menjaga aurat.Sebagai seorang wanita,saya berasa sangat terjaga.

Saya pasti akan merindui saat-saat manis pernah tinggal di Madinah,melihat dan merenung Jabal Uhud yang terletak sangat hampir dengan rumah saya.

Saya pasti rindu untuk mengungkapkan, ((Ù‡َذا جبَÙ„ٌ ÙŠُØ­ِبُّÙ†َا ونُØ­ِبُّÙ‡ُ)) sebagaimana Hadis Rasulullah SAW apabila melihat Jabal Uhud.Setiap kali melihat Jabal Uhud,hati saya gembira.Sepertimana Rasulullah SAW menyayangi Uhud,begitulah juga sepatutnya kita para umatnya mengambil pengajaran dan tauladan.

Duta Akhlak Nabi

Sejarah pernah mencatatkan bahawa para sahabat diutuskan oleh Rasulullah SAW ke seluruh ceruk rantau dunia untuk menyebarkan risalah Islam,agama yang suci ini.Biarpun pada ketika itu berat hati para sahabat untuk berjauhan dengan Rasulullah SAW,namun demi Islam yang tercinta digagahkan juga diri mereka untuk menyahut seruan Nabi SAW,kekasih hati.

Begitu juga kita umat pada akhir zaman ini.Walau di mana sekalipun kita berada,Rasulullah SAW telah meninggalkan kita dengan sebuah pesanan yang agung:

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku." (HR Imam Muslim)

Kita adalah duta akhlak Rasulullah SAW.Mencontohi Rasulullah SAW di dalam segenap segi kehidupan-melalui kata-kata,perbuatan dan amalan.Itulah sebenarnya tanda kita mencintai Rasulullah SAW.

Sebagaimana Muadz Bin Jabal diutuskan Rasulullah SAW ke bumi Yaman untuk meneruskan legasi tarbiyyah dan menyampaikan dakwah,semangat itulah yang cuba saya kutip sekarang.Kami ingin menyampaikan dakwah sedaya yang kami mampu apabila pulang ke tanah air nanti insyaAllah.Aura tarbiyyah selama tinggal di bumi Madinah ini akan kami bawa bersama.Kisah kehidupan Rasulullah,keperitan dan jerih-payahnya dalam menyampaikan Islam yang cuba kami hayati selama bermusafir di bumi barakah ini akan menjadi tunjang kekuatan untuk kami tabah dan sabar dalam menempuh ujian dalam mendaulatkan Kalamullah.

Hanya kepadaMu Ya Allah tempat kami meminta pertolongan..

5 comments:

adaibrahim said...

salam kak ainun,
selamat kembali ke malaysia & teruskan perjuangan...(") rindu dekat akak.

Anonymous said...

subhanallah...selamat kembali ke tanahair.. saya baru ingat nak menziarah ainun mac ni di madinah..nampaknya belum rezeki bertemu.. :)

Pena Ainun Mardhiah said...

Adaibrahim: terima kasih dik..rindu adik juga!:)

Pena Ainun Mardhiah said...

Anonymous: Terima kasih..Semoga kita dapat terus menjalin ukhwah!:)

adilah said...

salam kak Ainun..
sy yg hanya sggh 3 hari di sana pun merindu2 utk ke sana lg..apatah lg akk yg mmg tggl di situ...rindunya.... :'(