Bismillah.
Jam 3 Pagi.
Alhamdulillah, selesai bancuh susu abang Muadz dan adik. Ummi segera tunaikan kewajipan sebagai seorang hamba. Subhanallah..indahnya waktu yang hening ini untuk mengadu, merayu dan merintih padaMu Ya Allah.
2 Rakaat yang sangat menghibakan..merenung sedalamnya ke dalam diri. Ya Allah, diri ini tak punya apa-apa..Aku hanya hamba yang sangat kerdil pada pandanganMu..Ya Allah, tiada daya dan kekuatanku melainkan dengan izinMu.
Sesekali terdengar batuk adik Muiz, kurang sihat nampaknya adik. Esok ummi perlu bawa adik ke Hospital UIA. Tenangnya hati selepas munajat, ummi ambil Quran untuk dibaca. Menyelesaikan tugasan group kami Ibu One Day One Juz. Subhanallah, hati ini takkan mampu menipu bila membaca kalamMu ya Allah..Rasa bergetar urat nadiku tatkala membaca tafsir ayatMu. Maha Baiknya Engkau Ya Allah..seolah-olah aku mendapat motivasi yang luar biasa..
Jam 4 Pagi.
Alhamdulillah, selesai tugas utamaku. Now masa untuk study dan get ready untuk ceramah hari ini. Baru nak buka laptop..." Aaa..aaa.." terdengar jeritan kecil adik Muiz. Oh, adik lapar..sebab adik muntah lepas minum susu 3 pagi tadi. Kejap ye nak, ummi bancuh susu. Ummi cium adik, urut-urut belakang adik, cium abang Muadz sepuasnya. Allahu Akbar, terasa bahagianya hati ummi melihat anak-anak tidur lena..
Hari ni ummi ada Kuliah Dhuha di Masjid Asy-Syarif. Ummi nak sharing kitab Riyadhus-Solihin karangan Imam Nawawi. Kitab yang banyak mengubah persepsi dan kehidupan ummi. Kitab yang banyak membasuh hati ummi supaya berusaha menjadi hamba yang baik. Ummi talaqi kitab ini sewaktu di Mesir. Teruja bila mendengar syarahan Syeikh Hussin tentangnya. Kini sampai masanya untuk ummi sebarkan ilmu ini kepada orang lain pula.
Kehidupan seorang ummi sebenarnya sangat membahagiakan. Biarpun penat, letih sehingga kadang-kadang mengalirkan air mata, tapi Allah dan janji..Allah akan titipkan pahala buat seorang ummi. Ya, adakala sudah terasa hilangnya nikmat tidur seperti zaman bujang, tapi bila bayangkan tentang Syurga..Ya Allah..bestnya! Di sana nanti kita boleh berehat sepuasnya, setenang-tenangnya, sebahagia-bahagianya!
Kenapa perlu marah, meradang dan memukul anak-anak yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa? Mereka masih belum mengenal apa itu pahala, apa itu dosa, apa itu kesalahan..Kenapa tidak kita sebagai ibu ayah mereka membuka ruang dan peluang seluas-luasnya pada anak kecil untuk mengenali dunia mereka dan mendidik dengan penuh kasih-sayang? Sungguh hati saya bagai disiat-siat apabila ternampak seorang ibu yang menampar anak kecilnya di dalam pasaraya, di tengah-tengah public. Mujur ibu itu jauh, kalau dekat, ingin sekali saya menahan tangan itu dari memukul anak kecil yang belum faham apa-apa tentang hidup ini. Apa yang anak itu faham bila ditampar sebegitu di depan orang lain? Dia hanya tahu ibunya garang dan maruahnya direndahkan. Ibu, anak itu tiada dosa, lebih mulia dari kita yang punya banyak dosa dan kekhilafan ini. Jadilah kita ibu yang penyayang, yang memandang setiap gelagat anak itu sebagai satu proses untuk mereka membesar dan mengenali dunia sebagai insan normal.
Ibu, realiti hidup sebagai ummi memang sangat penat, kerana Allah dah janji Syurga tempat kita berehat..InsyaAllah..
Perginya Ibu Tercinta
-
بسم الله الرحمن الرحيم “Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan
bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.
Ketika itu ses...
1 month ago
2 comments:
amin..;)
Hi Admin! Tumpang iklan jap ya. KUALITI YANG MEMUKAU MATA ANDA DARI Al Aqsa Carpets. Boleh klik link bawah untuk lihat produk yang ada dan serta promosi sepanjang bulan ramadhan.
Barang Berkualiti Dengan Harga Kilang!
https://www.alaqsacarpets.com/
Post a Comment