Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..
Di sini saya ingin membuat pengumuman bahawa tempahan untuk KURMA NABI,MINYAK HABBATUS SAUDA dan AIR ZAM2 telah ditutup.
Untuk pengetahuan semua,tempahan kini telah melebihi had yang telah ditetapkan.
Jadi saya mohon maaf kepada kakak2,sahabat2 dan adik2 yang tak sempat menempah barang2 ni.
Jazakumullah khairan kathira atas segala keprihatinan dan kerjasama kalian..^_^
Kebahagiaan dan kesejahteraan hidup yang merupakan impian setiap insan bukanlah sekadar terletak pada nilaian harta benda dan wang ringgit.
Banyak rumah tangga yang hancur kerana mengikut teori kebahagian sendiri. Mereka menyangkakan wang adalah segala-galanya...
Namun setelah memperolehi semuanya itu, rumah tangga masih tidak bahagia. Suami isteri tidak mesra. Bahkan sentiasa berkrisis, bermasam muka dan berburuk sangka. Hubungan ibu bapa dan anak-anak renggang.
Justeru itu, kebahagiaan bukan terletak kepada material semata-mata, yang paling utama ialah pimpinan suami itu sendiri.Suami perlu mendidik isteri ke arah mencapai cinta Allah, cinta agama dan cinta akhirat. Cinta kepada Tuhan akan mendorong seseorang itu untuk berbuat kebaikan demi mencari redha Allah.
Setiap pasangan perlu saling bantu-membantu untuk memajukan diri mencari keredhaan Allah terutama sekali pada waktu keheningan malam.Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Dan bantu-membantulah kamu dalam kebaikan dan takwa, janganlah
Malah baginda s.a.w. sangat suka kepada suami isteri yang saling bantu-membantu dalam ketaatan, rukuk dan sujud dalam kegelapan malam ketika semua manusia tidur dengan lenanya. Itulah sebenarnya petua kebahagiaan dunia dan akhirat.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, katanya:Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, katanya:Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya sama-sama melakukan solat. Sekiranya dia enggan, maka dipercikkannya ke wajahnya.”
“Mudah-mudahan Allah merahmati seorang isteri yang bangun tengah malam untuk mengerjakan solat dan juga membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka dipercikkanlah air ke mukanya.” (Riwayat: Abu Daud dan Ibnu Majah)
Menerusi hadis di atas jelaslah kepada kita betapa indahnya saat-saat seorang suami membangunkan isterinya dengan lemah-lembut seperti memercikkan air ke mukanya pada tengah malam supaya sama-sama melakukan ibadat kepada Allah s.w.t. apatah lagi jika anak-anak dapat ikut serta.
Betapa sayunya hati ketika ini mengenali dosa-dosa yang telah dilakukan. Air mata menitis tanda keinsafan. Zikir dialunkan tanda kesyukuran. Doa dipanjatkan memohon kesejahteraan keluarga dunia dan akhirat.
Kebahagiaan seperti inilah akan melahirkan jiwa yang tenang, aman damai, tiada ketakutan, tiada kebimbangan malah berada di dalam keadaaan redha dan diredhai Allah dunia dan akhirat.
Ini jelas dalam firman Allah bermaksud:“Wahai jiwa yang tenang kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha dan diredhai. Masuklah dalam hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Al-Fajr: 27-30)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Abu Said r.a. katanya: Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila seorang suami membangunkan isterinya pada waktu malam kemudian mereka mengerjakan solat dua rakaat, maka mereka termasuklah atau tergolonglah ke dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah.” (Riwayat: Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
Oleh itu, luangkan masa untuk bermunajat kepada-Nya agar tidak timbul penyesalan pada hari kemudian.
Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan keatas habbatus sauda. Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti:
untuk menghasilkan kulit muka yang cerah
membantu merawat batuk dan asma
kencing manis
selsema
keguguran rambut
tekanan darah tinggi
masalah untuk tidur
sakit-sakit otot dan sendi
rasa loya dan muntah
mengurangkan kolesterol
merawat batu karang dan sebagainya.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ''Gunakanlah Habbatus Sauda' kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari, Muslim)
Diantara kajian-kajian yang telah di buat:
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan bahawa Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
Ciri-ciri utama habbatus Sauda:
Nilai pemakanan Habbatus Sauda kaya dengan: monosaccharide glukosa, xylosa dsb. Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dan sebagainya.
Sistem imunisasi. Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
Anti-histamine. Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
Anti-tumor. Kajian mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
Anti-bakteria. Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
Anti-radang (anti-inflammation). Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi), menggalakkan pengeluaran susu. Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
MINYAK HABBATUS SAUDA' : LE 25 (SEBOTOL)
'Ainun Mardhiah binti Ismail
no tel : +20113591833
email : wafinwardah86@yahoo.com
****untuk makluman semua,tempahan untuk air zam2 tidak dapat diteruskan lagi kerana permintaan telah melebihi hadnya..
tetapi antum masih berpeluang untuk menempah KURMA NABI & MINYAK HABBATUS SAUDA' yang ternyata banyak khasiatnya! ^_^
TARIKH AKHIR UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN ADALAH PADA 27 JANUARI 2010.
INSHAALLAH,SEMUA BARANGAN AKAN TIBA PADA BULAN FEBRUARI INI.
Innalillah wa inna ilaihi Raji'un..
ustaz fauzi bin azizan telah pulang ke rahmatullah pada pukul 2 ptg tadi(waktu msia)
Al-Fatihah...
Maha Benar Janji Allah..
kembali hamba pada PenciptaNya tetap,tepat di dalam aturan dan waktunya..
selesai sudah amanahnya di dunia..
rupanya dia hamba terpilih..
meninggalkan dunia pd hari mulia..
kak Qema..
akak isteri yang sangat istimewa..
menjadi suri kepada suami yang soleh..
sedalam mana cinta dan sayang kita sesama hamba..
manakan sama cinta Pencipta terhadap makhlukNya..
ALLAH MAHA PENYAYANG..
sangat menyayanginya..
semoga rohnya berbahagia di alam sana..
akak,kami sentiasa di sisi akak,mendoakan akak siang dan malam..
moga ketabahanmu menjadi sebutan seluruh penduduk langit dan bumi..
AL-FATIHAH
.................................................................................................................................................
"Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'Sesungguhnya kita milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita akan kembali'." (al-Baqarah: 155-156)
BLOG KAK AKMA : http://ruhulkifah.blogspot.com/

1. Asal usul kalimah Allah
Mengikut kaedah tatabahasa Bahasa Arab, perkataan Allah berasal dari allaha-yauallihu-ilahatan-ilahiyyatan (أله – يؤله – إلهة – إلهية) yang membawa maksud ‘abbada-‘ibadatan (عبادة – عبد( iaitu menyembah-penyembahan. Dari sinilah lahirnya kalimah ilah (إله) yang bermaksud ma’luh (مألوه), seerti dengan ma’bud (معبود) yang bermaksud yang disembah.
Pecahan kalimah Allah seperti yang disebutkan di atas merupakan pendapat yang paling tepat di kalangan para ulama’ yang juga mengatakan ia berasal dari kalimah al-ilah (الإله).
Kemudian, kalimah hamzah qatha’ dibuang dan diidghamkan lam yang pertama ke dalam lam yang seterusnya dan dibaca dengan tasydid. Antara yang menyebutkan demikian adalah Sibawaih dan majoriti para sahabat.
Ibnu Qayyim menyebutkan bahawa kalimah Allah itu membawa maksud Dia (Allah) adalah sebagai yang dipertuhankan dan yang disembah. Dipertuhankan oleh semua makhluk dengan penuh kecintaan, pengagungan, ketundukan dan berlindung kepada-Nya dalam semua hajat dan musibah yang menimpa.
2. Bukti penggunaan kalimah pada zaman dahulu.
Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran dalam Surah Luqman ayat 25 :
25. dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah Yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka Yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).
Firman Allah S.W.T. lagi dalam Surah Al-Mukminun ayat 86-87 :
86. Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan Yang memiliki dan mentadbirkan langit Yang tujuh, dan Tuhan Yang mempunyai Arasy Yang besar?"
87. mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?"
Berdasarkan kepada dua ayat Al-Quran ini menunjukkan bahawa lafaz Allah digunakan oleh orang-orang musyrik ketika ditanyakan kepada mereka tentang pencipta alam semesta. Namun, para ulama’ dalam menafsirkan ayat ini menyebutkan bahawa jawapan yang diberikan oleh mereka sepertimana disebut dalam ayat di atas hanyalah sebagai iddi’a/idhtirar (dakwaan semata-mata/kerana terpaksa) bukannya lahir dari hati yang mengatakan bahawa Allah merupakan pencipta alam semesta.
Hal ini kerana disebabkan mereka tidak mampu untuk membuktikan bahawa tuhan-tuhan yang disembah mereka berkuasa untuk menciptakan sesuatu apatah lagi langit dan bumi bahkan mereka sendirilah yang mengukir dan membuat tuhan mereka.
Manakala, menurut penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil yang asli (sebelum diubahsuai oleh manusia) dalam bahasa Hebrew ia tidak mendatangkan penggunaan kalimah Allah sedikitpun.
Namun, perkataan Allah disebut sebagai ‘Elohim’ dalam bahasa berkenaan yang merupakan pecahan kepada ‘Elo’ (Allah) dan ‘Him’(kata jama’ bagi menunjukkan penghormatan kepada sesuatu). Samalah juga penggunaan ‘God’ dalam ajaran Kristian membawa maksud Tuhan Bapa (Allah) dan Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan kerana Allah tidak bersifat dengan apa yang menyerupai makhluk.
Mereka berpegang kepada konsep Trinity(tiga tuhan yang hakikatnya adalah satu) yang pegangannya berbeza dengan umat Islam yang beriman kepada Allah Yang Maha Esa. Di sini, jelas kepada kita bahawa Allah di sisi Kristian zaman kini adalah 100% berbeza dengan apa yang diimani oleh umat Islam seluruhnya.
3. Bentuk penggunaan kalimah Allah
Secara ringkasnya, penggunaan kalimah Allah boleh dibahagikan kepada dua iaitu :
• Lisan.
• Tulisan.
a) Penggunaan secara lisan
Setelah diteliti dan dikaji, maka penggunaan perkataan Allah oleh non-muslim telah sabit di dalam Al-Quran, Hadith dan sirah Nabi Muhammad S.A.W. Namun beberapa perkara perlu diingat dalam menjelaskan penggunaan ini :
• Penggunaan tersebut tidak dinafikan berdasarkan apa yang telah disebutkan di dalam Al-Quran, Hadith dan sirah.
• Walau bagaimanapun, penggunaan ini adalah melihat kepada tujuan mereka menyebutkan perkataan Allah bukan datang disebabkan mengakui kebesaran dan kekuasaan Allah tetapi hanya semata-mata dakwaan atau kerana terpaksa.
• Penggunaan secara lisan sedikit sebanyak mendatangkan mudarat namun ia tidak seberat penggunaan pada tulisan.
b) Penggunaan secara tulisan
Melihat kepada implikasi yang cukup besar di sebalik penggunaan secara bertulis, para ulama’ tidak membenarkannya bersandarkan kepada beberapa sebab :
• Ia boleh mendedahkan nama Allah kepada penghinaan apabila disifatkan dengan pelbagai perkara yang menyalahi secara terang-terangan akidah muslim dan tidak dijaga dengan baik.
Ulamak mazhab Syafei menyatakan haram kepada seorang muslim menulis nama Allah dalam fatwa kepada ahli zimmah kerana ia boleh menghina nama Allah SWT. قَوْلُهُ : ( مِنْ الْإِهَانَةِ ) يُؤْخَذُ مِنْهُ - لِمَا فِي مِلْكِ الْكَافِرِ لِلْمُصْحَفِ وَنَحْوِهِ مِنْ الْإِهَانَة - بِالْأَوْلَى أَنَّهُ يَحْرُمُ عَلَى الْمُسْلِمِ إذَا اسْتَفْتَاهُ ذِمِّيٌّ أَنْ يَكْتُبَ لَهُ فِي السُّؤَالِ وَالْجَوَابِ لَفْظَ الْجَلَالَةِ ، فَتَنَبَّهْ لَهُ فَإِنَّهُ يَقَعُ كَثِيرًا الْخَطَأُ فِيه )حاشية البجيرمى على الخطيب 3/314، حاشية الشبراملسى على نهاية المحتاج)
• Menutup jalan yang boleh menyebabkan mudharat dan bahaya besar kepada umum walaupun ada maslahat pihak tertentu dan hukum asalnya harus. Menolak mudharat umum lebih utama dalam kes ini sebagaimana ditegaskan oleh Imam Syatibi dan imam Ghazali.
وإن أمكن انجبار الإضرار ورفعه جملة؛ فاعتبار الضرر العام أولى؛ فيمنع الجالب أو
الدافع مما هم به؛ لأن المصالح العامة مقدمة على المصالح الخاصة بدليل النهي عن تلقي السلع...... ونحن إنما نجوز ذلك- قتل مسلم تَتَرَّسَ به الْكُفَّار- عند القطع أو ظن قريب من القطع والظن القريب من القطع إذا صار كليا وعظم الخطر فيه فتحتقر الأشخاص الجزئية بالإضافة إليه )وانظر:الموافقات 2/348، و"المستصفى" "1/ 424"، و"الأشباه والنظائر" "1/ 122)
• Ia mungkin digunakan sebagai nama khas untuk makhluk sedangkan ijmak ulamak tidak mengharuskannya.
الْأَلْفَاظُ الَّتِي هِيَ مُخْتَصَّةٌ بِاَللَّهِ تَعَالَى نَحْوُ لَفْظِ الْجَلَالَةِ وَلَفْظِ الرَّحْمَنِ فَإِنَّهُ لَا
يَجُوزُ اسْتِعْمَالُهُمَا فِي غَيْرِ اللَّهِ أَلْبَتَّةَ إجْمَاعًا ، )مواهب الحليل شرح مختصر خليل )
• Ia akan menimbulkan kekeliruan di kalangan muslim dalam persoalan akidah apabila disebarkan secara meluas dan amat dibimbangi sekiranya ia disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyampaikan ajaran agama lain dan juga dakyah.
Keputusan Felo MANHAL PMRAM : Tidak bersetuju secara mutlak penggunaan kalimah Allah oleh non-muslim secara bertulis samada dalam bentuk akhbar, majalah, laman blog dan apa jua medium sebaran maklumat kerana melihat kepada beberapa larangan oleh para ulama’ dan mudarat yang lebih besar. Namun, penggunaan secara lisan oleh mereka dipandukan kepada 3 perkara yang dijelaskan di atas dengan melihat ia bukanlah sebagai pengakuan bahawa Allah hanyalah tuhan yang layak disembah di sisi mereka.
Akhir sekali, umat Islam pada masa kini perlulah sentiasa peka dan mempunyai sensiviti yang tinggi terhadap perkara yang bersangkutan dengan akidah Islamiyyah. Kita semua wajib mempertahankan segala keraguan yang ditimbulkan musuh-musuh Allah agar agama Islam itu terpelihara dan bebas dari fahaman-fahaman yang menyimpang dari landasan sebenar. Wallahua’lam.
rujukan :http://www.pmram.org/

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian lama..
Sedar tak sedar,kini kami berada di tahun akhir Maahad Qiraat Universiti Al-Azhar Mesir.
rasanya baru semalam kami menjejakkan kaki ke airport Kaherah dan masih terdengar lagi paluan kompang yang menyambut ketibaan kami setibanya kami di Dewan Persada Jazirah Al-Ward setelah di tauzi'kan dari BKAN masing2..tinggal sudah tahun 2007,2008 dan 2009..kini tahun 2010 mengambil tempat..
::KONDISI SEBAGAI PELAJAR TAHUN AKHIR
Perasaan saya tentunya sama dengan sahabat2 yang lain.Berdebar dan sangat gerun rasanya untuk berdepan dengan imtihan Syahadah pada bulan Jun nanti,inshaAllah.
Namun,wajarkah ketakutan itu hanya menyelubungi tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menggapai jaya??
Di dalam entry sebelum ini saya telah menceritakan pengajaran yang boleh kita ambil dari peristiwa Hijrah Rasulullah dan para sahabat,bahawa
SETIAP KEJAYAAN ITU PERLU MELALUI FASA-FASA USAHA DAN MUJAHADAH YANG AMAT TINGGI DAN BARULAH KITA MENYERAHKAN SEGALA-GALANYA KEPADA ALLAH..
::KEJAYAAN BUKAN HANYA UNTUK ORANG YANG PANDAI SEMATA,TAPI JUGA UNTUK ORANG YANG RAJIN!
sahabat2 yang disayangi fillah,
di dalam Al-Quran banyak menerangkan kepada kita bahawa Allah amat menyukai dan menyayangi hamba-hamba yang berusaha,lebih-lebih lagi berusaha untuk memartabatkan agama.
dalam kehidupan kita selaku pelajar,antara virus yang paling berbahaya yang menyelubungi diri mahasiswa:
1- TAK PUNYA MATLAMAT
2- MALAS
3- TAK FOKUS/ TAK BERSUNGGUH-SUNGGUH
Untuk melenturkan semangat kerajinan,kita WAJIB memulakannya di dalam diri kita sendiri dengan cara kita mengetahui apa sebenarnya matlamat hidup ini?
hidup untuk berseronok shj?
untuk bekerja shj?
untuk mnjadi kaya shj?
fikirkan siapa kita 20 tahun akan datang,dalam situasi masyarakat amat memerlukan para cendekiawan,
dalam keadaan agama kita kini ditekan dengan pelbagai tekanan,
dalam keadaan anak2 muda hilang malu dalam setiap perlakuan..
bagaimana persediaan kita?
jawapannya di sini,di saat ini.
kita perlu berubah dan terus berubah.
berubah kerana Allah,kerana mencintai Agama.
keberadaan kita di bumi Mesir ini adalah kerana Agama dan untuk Agama..
fikir-fikirkan.
:: HAMALAT AL-QURAN DAN KEUTAMAAN FOKUS
Pernahkah ketika anda menghafaz / mengulang Al-Quran ataupun matapelajaran lain,anda sering memberhentikan bacaan disebabkan :
1- mendapat dan menjawab mesej dari kawan2.
2- ingin melihat blog di internet.
3- terasa ingin meneruskan slot borak2 bersama kawan2 yg tergendala semalam...
sedangkan target yang ingin dicapai contohnya ingin menghabiskan 1 juz ketika itu masih belum dicapai?
inilah contoh2 perlakuan kita yang tidak fokus.
proses mengulang dan menghafaz Al-Quran ini bukanlah satu tugas yang mudah,amat memerlukan mujahadah dan ketekunan yang tinggi.
untuk menghabiskan 1 juz terasa amat sukar..kerana apa ya sahabat2?
cuba kita lihat mujahadah Rasulullah SAW dan para sahabat dengan Al-Quran.
1- Rasulullah setiap tahun akan bertalaqqi dan mengulang kaji bacaan Al-Quran bersama Malaikat Jibril untuk memelihara Al-Quran agar tepat bacaannya dan ayat-ayat yang diterima itu diyakini benar dari segi nasakh dan mansukhnya.
2-para sahabat,apabila mendapat khabaran ada ayat2 Al-Quran yang baru diturunkan,mereka bersegera menghafaznya dan menulisnya di pelepah2 tamar,di batu atau di kulit2 binatang.bersungguh2 mereka menjaganya agar mereka tidak lupa..
3- Imam Jazari (Imam Qiraat ) sanggup meredah padang pasir,kesejukan,kelaparan dan kesakitan semata2 ingin menuntut ilmu,semata2 ingin menyampaikan Ilmu Al-Quran dan Qiraat ini kepada umat Islam seluruhnya.
dengan ini dapat menunjukkan pada kita,setiap apa yang ingin kita lakukan perlu ada FOKUS.
untuk Fokus,memang kita akan terasa keletihan,kepenatan dan lain2 dan paling penting kita perlu melawan nafsu kita,nafsu yang mengajak untuk melakukan perkara2 yang lebih menyeronokkan.
apa salahnya,waktu yang kita peruntukkan untuk mengulang Quran contohnya satu jam itu kita manfaatkan sebaik-baiknya.
-berwuduk
-jauh dari handphone dan laptop
-baca dengan penuh kesungguhan dan penghayatan.
inshaAllah akhirnya nanti kita akan dapat kemanisan yang didambakan.
:: JANUARI : MISI MERANGKA PECUTAN AKHIR
Bagi mahasiswa/i tahun akhir,kita semua inginkan Mumtaz.
untuk mumtaz,kita perlu berusaha 2 kali ganda daripada sekarang.
silibus untuk imtihan tahun akhir :
2-Al-Quran Tahriri
3-Qiraat (3)
4-Ulum Al-Quran (3)
5-Tarikh Mashaf
6-Tarikh Qurra'
7-Dhobt
8-Fawasil
Saya yakin sahabat2 telah memulakan usaha sejak beberapa bulan yang lalu.
dan kini,lebih kurang 5 bulan lagi kita akan menghadapi pertempuran.
Gandakanlah usaha,tinggalkanlah perkara yang melalaikan dan konsisten melaksanakan strategi yang telah dirancang.
kita masih punya masa untuk kejutkan tubuh kita yang masih alpa,
untuk membangunkan semangat kita yang masih rapuh,
dan meletakkan diri kita sebagai mahasiswa/i yang punya semangat juang yang tinggi!
sesungguhnya,di sisi Allah tidak kan ada perkara yang mustahil.
kita berusaha sedaya mampu,dan akhirnya kita bertawakkal kepada Allah.
::BONDA DAN AYAHANDA YANG MENANTI KEPULANGAN..
saya tak pernah lupa pesanan dan nasihat yang Ustaz Farid sampaikan ketika kami mengikuti Kursus Bahasa Arab (KIBA) sebelum kami berlepas ke Mesir pada tahun 2007 yang lalu..
"awak ingat kata2 saya ni,mak ayah awak berusaha cari rezeki untuk hantar awak ke Mesir.pada awaklah mereka letak harapan untuk baiki atap rumah yang bocor,pada awak mereka letak harapan,bila awak balik nanti awak akan bela nasib keluarga.awak ingat,mungkin waktu awak main2,malas belajar kat mesir tu,ketika tulah mak ayah awak tengah menadah tangan dan berdoa,"ya Allah peliharalah anakku,berikanlah kejayaan yang terbaik padanya"..kalau waktu tu awak betul tengah main,tak sungguh belajar,bermakna betullah awak hampakan mak ayah awak..."
Allahu Akbar..
nasihat tu tak pernah saya lupa hingga kini..
KHAS BUAT SAHABAT2 SEMUA..
petikan kata-kata DR 'AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI :
~ Jadilah seperti pohon kurma :Tinggi cita-citanya,kebal dari penyakit dan apabila dilempar batu,ia membalas dengan buah kurmanya.
~Jika anda tidak mempersiapkan diri sejak hari ini , maka hari esok bukan menjadi milik anda.
~ Bukan emas permata yang mencantikkan anda,melainkan yang mencantikkan anda adalah AKHLAK anda : dan KEKAYAAN anda adalah ETIKA anda
~ MALAS ADALAH TEMAN KEGAGALAN.
~Sebaik2 teman duduk sepanjang masa adalah BUKU.
~Saudariku,sebenarnya anda MAMPU untuk menjadi da'ieyah (penyeru kebaikan ) di kalangan perempuan di negeri anda.Serulah mereka dengan kalimat yang benar , nasihat yang baik dan penuh hikmah.Ajaklah mereka berdialog dan berdiskusi.Tunjukkan pada mereka sikap yang bersahabat.Dan terakhir, bimbinglah mereka menuju risalah Allah dan RasulNya yang mulia.
Janganlah sekali-kali kamu menyerah kepada kekosongan,kerana semua itu akan memberimu penderitaan,kesempitan hati,godaan,keraguan dan kesuraman jiwa yang tidak akan dapat dihilangkan kecuali dengan menyibukkan diri dengan pekerjaan.
wallahua'lam..
p/s : sekiranya ada kakak2 / senior Qiraat Mansurah @ sesiapa shj yang ingin berkongsi rahsia /tip2 kejayaan dengan kami,kami amat mengalu2kan pendapat dan buah fikiran kalian.doakan kami..^_^
Bismillahirrahmanirrahim.. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..yang menetapkan Hari Pembalasan dan kepadaNya jua kita kembali..
beberapa hari lepas saya mendapat mesej dari suami,
"setiap pertambahan ilmu,sepatutnya bertambahlah amal..tapi sekiranya semakin kurangnya amal,boleh jadi ilmu tersebut tidak ada keberkatan.."
mesej tersebut membuatkan saya merenung dan berfikir.. di manakah tahap saya?adakah ilmu seiring dengan amal?...
dan saya kembali merenung pengisian tazkirah Syeikh Husin dalam muhadharah kami yang lepas sempena Hijrah..
sudah lama saya ingin kongsikan tazkirah ini bersama sahabat2 semua namun tak punya banyak kesempatan untuk berada di depan komputer..maafkan saya.. ...............................................................................
1- SETIAP BENDA YANG BERLAKU ITU BERSEBAB
Pada awal perkongsian,Syeikh bertanya kepada kami semua..mengapa Rasulullah kelihatan Seolah-olah terlalu berjaga-jaga dan berhati-hati sebelum memulakan hijrah ke Madinah,sedangkan Saidina Umar Al-Khattab dengan penuh berani tampil ke hadapan penduduk Makkah,mencabar mereka siapa yang berani menghalangnya untuk berhijrah??
tidak ada seorang pun yang berani menghalang Umar ketika itu dan beliau dapat meneruskan hijrahnya ke Madinah..
Syeikh memprovok kami lagi..adakah Rasulullah dalam ketakutan?sedangkan Rasulullah itu benar dan Rasulullah mengetahui yang Allah pasti membantu Baginda?mengapa Rasulullah tidak bertindak seperti Umar?
kami terdiam..
jawab Syeikh.. Sesungguhnya Rasulullah adalah insan terpuji dan sangat berstrategi. mengapa Rasulullah berhati2??
kerana Hijrah ini BUKAN untuk Rasulullah SAW sahaja tetapi PENGAJARAN utama kepada umat2nya sehingga hari kiamat.. Apa yang Rasulullah ingin ajarkan kepada kita melalui peristiwa Hijrah ini?
Pengajarannya adalah:
SETIAP APA YANG BERLAKU ITU BERSEBAB >>
SETIAP KEJAYAAN@MATLAMAT YANG DICAPAI ADALAH BERSEBAB.
SETIAP KEJAYAAN @MATLAMAT YANG KITA INGIN CAPAI SEWAJIBNYA MELALUI PROSES USAHA DAN PERANCANGAN SERTA TINDAKAN DARI DIRI SENDIRI PADA AWALNYA DAN BARULAH KITA BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH
Antara strategi Rasulullah SAW :
1- Menggantikan Saidina Ali di tempat tidur Baginda
2-Rasulullah dan Saidina Abu Bakar menuju ke Gua Thur secara rahsia
3-Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar mendiamkan diri ketika orang2 Quraisy menghampiri pintu gua itu.
dengan strategi dan tindakan yang berperancangan ini,maka Rasulullah SAW dan sahabat2 berjaya tiba di Madinah dan merakam satu peristiwa gemilang buat umat Islam seluruhnya..
Rasulullah kelihatan amat berhati2 bukanlah bermaksud Rasulullah takut,tetapi ia adalah STRATEGI,dan dengan strategi yang dirancang dengan baik,Rasulullah berjaya memasuki Madinah dan akhirnya Islam terpelihara hingga ke hari ini.
Rasulullah menunjukkan kepada kita bahawa kejayaan itu tidak kan diperoleh dengan hanya menyerah kepada keadaan,perlu berusaha terlebih dahulu.Sedangkan pada logik akal kita,Rasulullah mampu mencapai kejayaan dalam hijrah ini walaupun hanya dengan berdoa kerana doa Baginda pastinya dimakbulkan oleh Allah..
tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.Baginda dan para sahabat berusaha sedaya mampu dan akhirnya barulah Baginda memohon bantuan dan tawakkal kepada Allah.
sambung Syeikh lagi..begitu juga dengan situasi kamu sekarang..boleh ke kamu nak cemerlang dengan hanya berpeluk tubuh dan cakap "aku nak cemerlang" sedangkan kamu tak usaha?? tak boleh bukan??
selanjutnya Syeikh menerangkan kepada kami.. Indahnya Islam,setiap peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah dan para sahabat dahulu menjadi pengajaran dan kaedah untuk umat pada hari ini..bukti agama Islam adalah agama yang benar dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.
contohnya :
1-pada zaman Rasulullah SAW,pernah berlaku pembunuhan. mungkin bagi sesetengah orang mereka terfikir,bagaimana pada zaman Rasulullah pun boleh ada orang membunuh?
-tetapi sebenarnya tersirat satu hikmah yang lebih besar di sebalik itu..hukuman yang Rasulullah kenakan kepada pembunuh tersebut dijadikan kaedah untuk dilaksanakan hingga ke akhir kiamat.andai berlaku pembunuhan pada zaman ini,maka kita perlu melaksanakan hukuman seperti mana yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.
2-pada satu ketika,Rasulullah pernah terlupa di dalam sembahyang.Rasulullah mengerjakan solat 2 rakaat sedangkan sepatutnya Baginda bersolat 4 rakaat..adakah Rasulullah tidak khusyuk? Jawapannya: situasi ini bukanlah bermakna Rasulullah tidak khusyuk dalam solat..ini adalah satu pengajaran kepada kita bahawa setiap manusia itu tidak sunyi dari kelupaan dan membuat kesilapan.kerana kita adalah hamba dan hanya Allah Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana..
3-kisah Salman Al-Farisi ketika perang Khandak-beliau secara terbuka memberi cadangan kepada Rasulullah untuk menggali parit sebagai kubu mengelilingi bandar Madinah dan pendapat ini dipersetujui oleh Rasulullah SAW sebagai pemimpin agung. -andai kita kaitkan kisah Salman ini dengan realiti dunia sekarang,mungkin kita terfikir,alangkah beraninya Salman memberikan cadangan seperti itu kepada Rasulullah sedangkan beliau hanyalah orang biasa dan Rasulullah SAW adalah insan mulia yang dicintai langit dan bumi.. TETAPI ini adalah pengajaran buat umat Nabi Muhammad seluruhnya..bahawa yang bergelar pemimpin itu perlu terbuka dan bersedia untuk mendengar pandangan ahli.Pemimpin tidak boleh semudah-mudahnya memandang rendah kepada ahli walau siapa dan bagaimana keadaannya..Lihatlah bagaimana Tawadhuknya Baginda Rasulullah SAW dalam setiap keadaan..
~bersambung ke entry akn dtg : HIJRAH ROH vs ROH DAN JASAD ~
inshaAllah..
" Ainun,doakn kak Qema..us fauzi accident khamis lpas..sampai sekarang tak sedarkan diri lagi.."
sebak,sayu,sedih..itulah yang saya rasakan selepas mendapat berita dari kak suniza semalam..
kak saholyatul akma adalah kakak senior saya di Darul Quran dan di Mansurah,Mesir.kebetulan kami berasal dari negeri dan daerah yang sama.saya sempat menerima nasihat dan pentarbiahan dari beliau,yang saya anggap seperti kakak sendiri..
dan hari ini saya lalui dengan perasaan simpati yang amat mendalam kepadanya.tambahan pula,kak Qema sedang mengandung 7 bulan.
dan balik dari maahad petang tadi,kak su mengirim mesej lagi..
"fauzi masih kat selayang n tidak sedarkan diri lg.Ada pendarahan dalam kepala n bengkak kat otak.."-maklumat dari kak Qema
Innalillah..mesej ini lebih menyesakkan lagi perasaan saya..
saya amat memahami perasaan seorang isteri..
bukan mudah seorang isteri menerima berita seberat ini..
bagi seorang isteri,cinta kepada seorang lelaki yang bernama suami itu tidak ada taranya.
namun saya yakin,kak Qema adalah seorang yang amat tabah.
Semoga Allah menyembuhkan suami akak dan melimpahkan kesabaran,kekuatan dan ketabahan ke dalam hati akak dan keluarga..
mohon kepada semua pembaca untuk sama2 mendoakan.
p/s : suami kak Qema sekarang berada di Hospital Selayang.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah. Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal".
Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.
Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'. Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini
SUDUT HUKUM
Berikut di atas tadi adalah petikan berita Malaysiakini bertarikh 31 Disember 2009.
Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran, perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini.
Dalil-dalil yang diutarakan oleh kedua-dua kumpulan, masih terdiri dari dalalah yang zhonniah, hasil takwilan dan tafsiran. Hanya yang tidak memahami ilmu Usul Fiqh sahaja akan merasakan ia tergolong dalam hal usul yang jatuh kufur bagi yang berbeza. Juga tiada wajar bagi menuduh secara rambang bahawa sesiapa yang membenarkan tergolong dalam kategori Islam liberal, mungkin sebahagiannya benar ingin menyamaratakan semua agama, namun tidak semuanya membenarkan dengan niat sedemikian.
Setelah melakukan penilaian terhadap pelbagai hujjah dan pandangan silam dan kontemporari. Secara asasnya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang MENGHARUSKAN penganut Kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :
Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88).
Ini hanya satu dalil sahaja, memang boleh diperdebatkan dengan pelbagai sisi pandang SEPERTI mentafsirkan Allah dalam ayat itu bukan sebagai ‘ALLAH' dalam konteks yang dikhususkan oleh Islam yang terkandung di dalam surah al-Ikhlas, tetapi adalah tuhan pencipta secara umum.
Namun di dalam kaedah dalam fiqh, memerlukan kepada dalil lain jika takwilan sedemikian ingin dilakukan. Khususnya masyarakat Jahiliyyah sudah sedia maklum berkenaan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s, dan Allah telah difahami merujuk kepada siapa.
Cukuplah, saya tidak ingin menghurai panjang dan berbahas dalam hal ini, hakikatnya banyak lagi nas dan dalil lain yang menyokong kepada keadaan membolehkan tersebut. Menurut penilaian dan pengamatan saya, pandangan membolehkan adalah terlebih kuat daripada hujjah kumpulan yang menolak.
Saya juga kurang bersetuju untuk dipisahkan nama Allah kepada pengertian lughah (dari sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada tuhan umum), dan Allah secara istilah yang merujuk kepada Allah yang disebut di dalam surah al-Ikhlas.
Satu lagi, perlu diingat, sama ada nama Allah digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak sama sekali penting untuk kita, kerana Bible bukan rujukan kita tetapi Al-Quran. Oleh itu, merujuk kepada bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah sama ada secara sedar atau tidak sedar. Umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.
TETAPI ..
Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari'yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah, masjid digunakan oleh pihak selain Islam untuk ibadat dalam agama mereka.
Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini.
Justeru itu, penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat yang dijangkakan.
Dalam konteks Malaysia menurut perkiraan saya, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian amat dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara penganut agama seterusnya boleh membawa pergaduhan yang serius jika gagal dikawal.
Lebih lagi, apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu amat lemah. Keadaan missionary bukan Islam yang amat galak untuk menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu serta kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa sehingga membawa kekeliruan bagi penganut Islam. Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, elok benar tindakan KDN untuk melarang.
Sekali lagi perlu diingatkan, perlu diperbezakan keputusan hukum dan siyasah syar'iyyah. Sekuat manapun hujjah untuk membenarkan kristian menggunakan nama Allah, namun hujjah dari sudut mudarat dan kesesuaian konteks di Malaysia, larangan amat patut dilakukan, sama ada untuk tempoh tertentu atau berterusan atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu seperti semua bahan cetak yang ingin diedarkan itu perlu mendapat kelulusan KDN bagi setaip keluarannya dan juga dilaksanakan sekatan pengedaran secara terbuka (hanya terhad kepada penganut Kristian). Ini penting bagi menghindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang sedang lemah, dan ruang konflik antara agama yang amat mudah ternyala api pergaduhan.
Kesimpulannya, secara peribadi saya berharap agar rayuan keputusan yang akan dilakukan oleh KDN Berjaya mencapai keputusan sebaiknya.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman









