Daisypath Anniversary tickers
sayang Bahasa Arab?


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Alhamdulillah,suami telah selamat sampai ke Madinah.
Sekarang adalah fasa untuk kami memaksimakan pecutan, menggandakan usaha menuntut ilmu,amanah dari Allah kepada manusia sebagai khalifah..

kata abang,
" lebih kurang 3 bulan je lagi ain nak exam,tumpukan betul2 pada ilmu.kalau sebut belajar sungguh2 untuk exam tahun akhir,itu seolah2 pulun untuk exam je,sedangkan sebenar2nya kita tuntut ilmu ni untuk jadi ulama' ,untuk faqih dalam agama..fikirkan keadaan diri kita 20 tahun akan datang,masa tu kita akan menyesal sangat2 kalau asas ilmu pun kita tak kuat."

butiran-butiran tasyji' itu masih jelas pada pendengaran saya..
"abang,macam mana nak betul2 minat baca kitab arab?kadang2 rasa kitab2 arab ni bahan bacaan formal untuk kuliah je.kalau santai2, tak mampu nak baca kitab tebal2 ni.."

tanpa sedar saya melontarkan soalan ni pada abang ketika dia sedang khusyuk membalut kotak kargo yang berisi kitab2 untuk dihantar ke Malaysia.

"ain kene paksa diri,kena biasakan.biar tak faham pun mula2,tapi baca je..baca keseluruhan 1 muka surat,paling kurang tahu isinya secara rambang.abang pun macam tu juga mula2,tapi bila dah lama buat,rasa seronok,sayang sangat dengan bahasa arab."

"ooo..ok.bang,boleh kan ain mula dengan biasakan baca kutaib?(kitab2 kecil)

"yup,boleh.abang pun mula2 dulu baca kutaib juga.pastu meningkat sikit,Alhamdulillah dah boleh baca kitab tebal sekarang."

Alhamdulillah satu lagi motivasi yang saya dapat sebelum abang balik.kadang2 saya terfikir,"macam dah terlambat je aku ni"..tapi minda positif berkata,"tidak pernah ada yang mustahil di sisi Allah.masa masih ada,masih ada ruang dan peluang untuk berusaha.merangkak tetapi sampai lebih baik dari berlari tapi putus di tengah jalan!"

Sewaktu bertemu dengan guru2 ataupun pemimpin2 sewaktu di bercuti di Malaysia,ramai yang meluahkan kebimbangan kepada mahasiswa Mesir.

"pelajar Mesir tak pegi kuliah "
"tak boleh berbahasa Arab dengan baik"
"tak pandai cakap Arab " dan lain-lain lagi.

Aduh,tercabarnya saya.Bagi saya sebagai mahasiswi Mesir,tidak semua graduan Mesir begitu.ramai yang mampu berinteraksi dalam Bahasa Arab dengan baik,sama ada ammiah ataupun fushah.tetapi mungkin golongan sebaliknya adalah lebih ramai,maka kami dipukul rata.

Maka,persepsi dan pandangan dari insan2 di sekeliling perlu kita perbetulkan.
dengan cara apa?

kita sendiri yang perlu berubah.
berubah dengan cara lebih kuat menuntut ilmu-pergi kuliah dan majlis2 ilmu
berubah dengan cara rajin berinteraksi dengan orang Arab,
berubah dengan cara menyalin perkataan2 / kalimah2 baru yang kita dapat hari ini
berubah dengan cara RAJIN membaca kitab2 Arab!

saya sendiri perlu berusaha dengan gigih untuk melaksanakan item2 ini.Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua,amin

semoga bermanfaat,jumpa lagi!^_^





edisi jaulah ^_^



Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Alhamdulillah,Allah masih mengurniakan kita nikmat Iman dan Islam..
Sesungguhnya dunia ini seumpama ladang,tempat untuk bercucuk tanam -menggandakan amal dan pulangan hasilnya akan kita terima di akhirat kelak.
Beruntunglah bagi hamba-hamba yang sentiasa merasai, menghayati dan mendalami setiap putaran kehidupannya..di situ dirinya akan merasai betapa kerdilnya diri seorang hamba di sisi Tuhan.



KHABARAN KAMI ^_^

Minggu-minggu kebelakangan ni kami berdua agak sibuk.Kami cuba mengisi ruang2 masa bersama ini dengan aktiviti ziarah dan yang lebih utama slot-slot musafir ke tempat2 utama di Mesir.Destinasi pilihan adalah Iskandariah yang boleh dikatakan antara tempat yang tercantik di Mesir..


Menyoroti nasihat orang2 lama,antara proses perkenalan erat antara suami isteri itu adalah apabila mereka berjalan dan bermusafir bersama.Kalam ini saya rasa ada benarnya.kita akan lebih mengenali dan mengambil berat terhadap pasangan dan lebih utama wujudnya sifat toleransi dan tolong-menolong di antara satu sama lain.


di alex (blkg tu pantai=)


Suami saya akan pulang ke Madinah pada hari Jumaat ini.InshaAllah,dengan titipan kalam taujihat dan nasihat yang dibekalkan kepada saya sepanjang fatrah kami bersama ini,saya rasa lebih kuat untuk mendalami ilmu..semoga Allah memudahkan seluruh urusan kami dan kita semua di dunia dan di akhirat..Amin

Di sini saya sertakan gambar kenangan sepanjang kehadiran suami ke Mesir pada kali ini.

Jumpa lagi! ^_^



di qol'ah,alex

dlm maktabah alex




ma'ridh kutub=)





aktiviti^_^


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Syukur Alhamdulillah..suami selamat sampai ke Mesir pada 2 februari yang lalu.
hari pertama abang sibuk menghubungi sahabat2/anak2 buahnya di Madinah,bertanyakan khabaran rakyat yang ditinggalkan di sana^_^..sebagai isteri,labudda saya perlu memahami tugas suami..perjuangan yang tidak pernah selesai.

semalam,seharian kami berada di Ma'radh Kutub Kaherah.Alhamdulillah,kali ni dapat menghabiskan masa membeli kitab2 bersama2.puas rasanya menjelajah seluruh kawasan Ma'radh,lebih2 lagi ditemani oleh si kecil Adam,permata Us Saiful dan Ukhti Hajar..Saya kagum dengan semangat menuntut ilmu terutama di kalangan masyarakat Mesir.Masing-masing berasak2 mengangkut beg,menarik troli membeli kitab2 yang banyak dan berjilid2.semoga suasana menggali ilmu ini terus hidup di sini dan mencambahkan semangat kami untuk terus mendalami ilmu kerana Allah.

Esok muhadharah Syeikh Husin bermula kembali.bermakna saya perlu menyusun masa dengan baik supaya amanah sebagai isteri dan penuntut ilmu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.kepada sahabat2 jom kita ke muhadharah,InshaAllah Qiraat Syazah akan diadakan esok dan inshaAllah lusa tamatlah pembelajaran Qiraat Syaz bagi mahasiswi tahun 3.
Qiraat Syatibi pula akan diteruskan juga pada minggu ini,inshaAllah
.

KITA YANG BERGELAR ISTERI..


Sedari kecil,saya rasa amat tercabar apabila melihat kaum Adam menindas kaum Hawa.Saya merasa geram yang amat sangat apabila membaca berita suami memperlakukan isterinya dengan kasar dan tidak berperi kemanusiaan.saya sedih apabila ada sahabat-sahabat saya yang bertemu saya dan mengadu tanpa ada sebab yang kukuh tiba-tiba tunangnya memutuskan tali pertunangan..saya sering terfikir adakah kerana wanita itu jiwanya lembut,maka lelaki boleh berbuat sesuka hati?

Setelah berkahwin, saya makin mengenali siapa itu lelaki.tidak semua lelaki bersikap keterlaluan begitu dan paling penting setiap perkara dan permasalahan yang berlaku sinonimnya adalah kerana wujudnya masalah komunikasi yang kurang baik dan masih kurang memahami tentang amanah yang terpundak di bahu suami isteri.Semua perkara ini memerlukan proses belajar,
give and take dan paling penting keikhlasan suami isteri untuk menerima pasangannya seadanya,dengan penuh rasa cinta.

Menyelusuri fatrah akhir zaman ini,terasa tugas amanah Pendakwah semakin berat.
Melihat kepada keadaan semasa tentang keruntuhan institusi rumahtangga , jiwa saya sebagai isteri turut sama dirundung bimbang.

Saya bimbang melihat ramainya wanita yang mendedahkan aurat di luar rumah,padahal dirinya telah sah menjadi milik seorang suami.terbit kegusaran di hati,bagaimana si suami boleh mengizinkan isteri yang dicintai keluar dari rumah untuk menghiburkan orang lain?
suami amat berperanan membimbing dan memimpin isteri menuju ke jalan yang diredhai Allah.Relakah suami melihat isteri berpakaian seksi,ber
posing maut dan gambar isterinya itu terdedah sewenang-wenangnya di dada-dada akhbar dan majalah?

Wahai suami,isteri itu amanahmu.
Luruskanlah isterimu dengan penuh kasih-sayang untuk sama-sama mendekatkan diri kepada Allah kerana hakikat sebuah perkahwinan itu didirikan bukan hanya kerana tuntutan nafsu tetapi untuk menjaga iman dan agama.
Dengan matlamat yang jelas,kamu akan dapat mengemudi bahtera rumahtangga ini dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan kepada Allah..

Wahai isteri,takutlah kepada Allah.
Erti taat itu bukan setakat menjaga makan minum,pakaian dan fizikal suami sahaja,malah lebih besar dari itu dengan menjaga maruah suamimu.Dia lelaki yang telah Allah hadiahkan istimewa buat dirimu,maka tunaikanlah hak kepada suamimu dengan baik.Pelihara maruahmu,perlakuanmu,tutur katamu,pakaianmu kerana ke mana kamu pergi kerana kamu membawa namanya,maruahnya.


KITA YANG BERGELAR ISTERI..
Suami adalah insan yang paling kita cintai selepas Allah dan Rasul..

Kita ingin menjadi bidadarinya di dunia dan di syurga sana..
Kita ingin memelihara maruahnya agar kita tergolong dalam golongan isterinya yang solehah..
Kita taatkan nasihat dan tegurannya agar Masjid yang terbina ini selamanya bahagia dan harmoni..

Kita yang bergelar isteri..
Jasad ini hanya pinjaman dari Allah..
Kita ingin menjadi penyejuk mata suami..
menjadi penghiburnya,sayap kirinya yang ampuh..
Kita sentiasa ingin meniupkan roh perjuangan di dalam jiwanya..

Kita yang bergelar isteri..
Kita tidakkan rela melihat suami bermuram durja..
Kita paling bahagia melihat dirinya suka dan gembira..

Kita yang bergelar isteri..
Kita yang dikatakan Rasulullah di dalam sabda Baginda,
(yang bermaksud):

"Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (Hadis riwayat Ahmad)

"Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud)


Daripada Ummu Salamah, dia berkata, “Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meredainya, maka dia akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Ahmad dan Thabrani)

Kita yang bergelar Isteri..
Kita ingin berakhlak seperti Saiyidatina Fatimah..
Di dalam kesederhanaan dan kesusahan..
Setia mengurusi suami dan anak2 tanpa pembantu..
Hanya zikir menjadi nadi ketenangan dan kekuatan..


kita yang bergelar isteri...



monolog

Bismillahirrahmanirrahim..

terlalu kompleks memperkatakan tentang kehidupan.

Juga terlalu kompleks membicarakan tentang hati..

Hati orang beriman di dalam jagaan Allah.
Sentiasa merasai rindu..rindu kepada Allah,rindu kepada Rasulullah,rindu untuk mentadabbur kalam Allah..juga amat rindu kepada hamba-hamba yang sama2 berusaha mencari redha Allah..

dalam usaha mencari cinta,kadangkala diri ini tersungkur jatuh..
butiran air mata ini gugur tanda akur seorang hamba akan kekuasaan Rabbnya..
perit hati ini,pedih jiwa ini meneruskan perjuangan sebuah mujahadah..

dalam dingin hening pagi ini..
hamba menguatkan diri..
sujud menyembahMu wahai Allah..
ku serah segalanya atas dasar cinta yang tidak bersyarat.

kerana aku tahu..
hanya Engkau Zat Yang Satu..
Yang Maha Mengerti..
aku hanya ingin bermanja denganMu Tuhan..

Kau menciptaku,Kau hampir denganku..
Kau mengetahui tiap gerak dan bisikan hatiku..
aku adukan segalanya padaMu Ya Ilahi Rabbi..

Ya Rahman..
kuyakini Kau tidak pernah menzalimi hambaMu..
tidak akan sekali-kali..
Tiap satunya Kau atur penuh hikmah,penuh pengertian..

dangkalnya aku wahai Allah..
sering diri ini melakukan khilaf..
namun nikmatMu tak pernah berkurang buatku..

aku hampir goyah,
Kau teguhkan hatiku untuk mentadabbur Kalamullah..
wasilah kekuatan jiwa seorang hamba..
dan aku kuat kembali..

aku hampir rebah dalam ujianMu..
Dan Kau menyedarkan kalbuku untuk menyelusuri sirah Rasulullah..
Baginda lelaki mulia yang hidupnya sarat dengan ujian..
Namun Baginda sabar..
ujian itu tidak dianggap beban tetapi suatu amanah iman..

Ya Allah..
buat kesekian kalinya..
hamba tidakkan berhenti berharap..
Bantu aku,tabahkan hatiku..
Tenangkan aku megharungi kehidupan ini..

semoga hari terbaik di dalam hidupku adalah
hari dan saat pertemuan aku denganMu..

amin..


Kenapa e-undi meragukan?

oleh : pemudabesut

Berikutan bantahan mahasiswa yang berlaku di Universiti Malaysa terhadap e-undi atau e-vote. Suka untuk saya gambarkan kenapa e-undi ini tidak diyakini. Saya tidak merujuk kepada sistem undi mana-mana universiti tetapi saya merujuk kepada sistem e-undi secara umum mengikut kefahaman saya dan budaya rasuah yang serius di negara kita.

E-undi adalah penggundian yang tidak menggunakan kertas. Ia melibatkan semakkan identiti pengundi dan pengiraan hasil undian seseorang pengundi. Keraguan terhadap manipulasi adalah seperti berikut :

1. Identiti pengundi ditentukan oleh sistem. Sistem ini merujuk kepada pengkalandata(database) yang telah dibina. Biasanya identiti ini merujuk kepada nombor kad pengenalan atau nombor metrik pelajar. Apabila nombor kad pengenalan atau nombor metrik dimasukkan dalam sistem maka sistem akan menyemak dengan data dalam pengkalandata. Persoalannya :

a. Apakah data itu betul ? Bagaimana mengesahkan data dalam pengkalandata? Siapa yang mengesahkannya? Apakah pengundi hantu tidak boleh dimasukkan dalam daftar tersebut?
b. Jika telah disahkan pun adakah ia tidak boleh ditindankan(replace) data tersebut dengan data-data yang telah dimanipulasi ?

2. Hasil pengundian seseorang pengundi akan dikira bagi menentukan siapakah yang menang dalam sesuatu pertandingan itu. Kiraan ini sepenuhnya dibuat oleh sistem. Persoalannya :

a. Apakah sistem kiraan ini tidak boleh diganggu oleh pihak lain ? Siapa yang boleh mengesahkan ia bebas daripada manipulasi sedangkan ia dikendalikan oleh sistem yang tidak boleh bercakap dengan kita.

b. Apakah tidak boleh kiraan data dimanipulasi ? Contohnya jika calon A menang kemudian hasil undian calon A dibuang. Akhirnya calon B yang menang. Siapa yang boleh mengesahkan ianya tidak boleh berlaku? Sistem tidak boleh bercakap dengan kita.

3. Realiti rasuah di Jabatan Kerajaan adalah ditahap yang membimbangkan. Bayangkan sebuah kementerian yang tugasnya menjaga pertahanan negara cuai menjaga dua buah enjin jet F-5E sehingga boleh hilang dan sampai ke negara Amerika Selatan. Jika enjin jet F-5E boleh hilang. Jika undi pos di MINDEF boleh dimanipulasi dalam pilihanraya Bagan Pinang. Apalah mustahilnya data-data pilihanraya di kampus dimanipulasi.

...................................................................................................................................

KUALA LUMPUR,30 Januari: Kira-kira 200 penuntut Universiti Malaya (UM) berkumpul di Dataran Dewan Tunku Canselor seawal jam 9 pagi bagi membantah sistem undian elektronik (e-voting) dalam pilihan raya kampus bagi sesi 2009/2010 di sini, semalam.

Presiden Mahasiswa Islam UM, Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata bantahan itu adalah kerjasama antara Pro Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa yang meragui ketelusan dan kelancaran sistem terbabit. “Keputusan rasmi pilihan raya kampus belum diumumkan kerana sidang bantahan semalam turut dibantah oleh kami. “Kami mencadangkan pilihan raya diadakan semula secara manual kerana sistem e-voting adalah diragui,” katanya ketika ditemui pada sesi bantahan berkenaan.

Menurutnya, demonstrasi ini bukan bertujuan untuk membantah kemenangan calon bertanding, tetapi penggunaan sistem e-voting yang baru diperkenalkan pada sesi pilihan raya tahun ini. Katanya, mahasiswa dimaklumkan lampiran bukti yang disertakan bagi menyokong bantahan e-voting ditolak dan perkara ini menjadi tanggungjawab Hal Ehwal Pelajar Alumni (Hepa) universiti. Shazni berkata, dua resolusi dicapai hasil perbincangan dengan Naib Canselor UM, Datuk Dr Ghauth Jasmon yang berakhir jam 5.30 petang, semalam. Menurutnya, antaranya siasatan akan dilakukan terhadap Timbalan Naib Canselor (TNC) Hepa, Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris dan proses pengundian akan dilakukan semula.


“Pilihan raya kampus secara manual akan dijalankan semula selepas siasatan ke atas TNC Hepa dan kemungkinan mengambil masa untuk dilaksanakan. “Buat masa ini, tiada kepemimpinan di kalangan pelajar UM dan tarikh pilihan raya kampus akan datang belum ditetapkan,” katanya. Pilihan raya kampus UM yang dijalankan pada Khamis lalu mempertandingkan 41 kerusi membabitkan 63 calon termasuk calon umum dan 16 fakulti.

http://www.hmetro.com.my/

khabaran tanah air


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Minggu kebelakangan ini,saya mengamati perjalanan suasana dan keadaan politik di Malaysia dengan penuh minat.kalau sehari tidak mendapat khabaran tentang tanah air tercinta,rasanya saya benar-benar ketinggalan.

1- Al-Fatihah buat Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Marhum Sultan Ismail yang mangkat di Hospital Pakar Puteri, jam 7.15 malam.

2-Serentak dengan itu,Malaysia digemparkan seketika dengan kisah Aduka Taruna,penulis blog yang mencetuskan kontroversi berkaitan dengan kemangkatan Sultan Johor.


Rasanya tidak perlulah diulas panjang kerana perkara ini juga masih di dalam penyiasatan.

Namun,sebagai umat Islam dan rakan seaqidah, saya terpempan dan terkejut yang teramat apabila membaca blog beliau,ten
tang kata2nya berkenaan isteri Rasulullah yang utamanya.
Cacian yang dilontarkan kepada Saiyidatina Aisyah bukanlah satu perkara kecil malah menimbulkan kemarahan yang teramat di hati umat Islam. Kadangkala manusia lantang berhujah,mengeluarkan pandangan dan pendapat sehingga terlupa akan terbitnya banyak kekhilafan dari setiap kata2 yang dilontar.

Sebagai manusia yang diajar dengan adab dan susila di dalam Agama,marilah kita sama2 memohon agar Allah meluruskan kembali jalan kehidupannya dan kita semua. sungguh Allah itu Maha Mengetahui Yang Terbaik buat hamba2Nya.
Terselit doa dan harapan di hati saya semoga apa yang bakal diterima dan dilalui oleh Aduka Taruna akan memberi keinsafan dan kesedaran di hatinya.



3-Menjengah ke laman politik Perak,bulan ini kita bakal berdepan dengan suasana yang menggugat dan mendebarkan.

Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusannya pada 9 Februari ini sama ada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal dalam jawatan Menteri Besar Perak atau Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendapat kembali jawatannya.

Tentu sahaja pengumuman ini amat2 dinanti khususnya buat rakyat Perak setelah hampir setahun pertikaian isu Menteri Besar Perak tercetus.

Keputusan itu amat ditunggu-tunggu kerana ia akan menentukan sama ada Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negeri itu atau kembali kepada pemerintahan pakatan Pas, DAP dan PKR.

Harapan besar dilafazkan di hati rakyat,semoga pemimpin yang diumumkan nanti adalah insan yang benar2 tulus dan ikhlas di dalam membawa agenda kebangkitan dan kemajuan rakyat.

4- Belum reda dengan isu kalimah Allah,Malaysia digemparkan sekali lagi dengan

penemuan kepala babi yang dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama baru-baru ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

memetik kalam Ustaz Idris Ahmad,Ketua Penerangan PAS Pusat :

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membaling kepala babi di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.


Perbuatan khianat ini jelas bertujuan untuk memprovokasi umat Islam untuk bertindakbalas. PAS berharap agar umat Islam dinegara ini dapat bertenang dan tidak terpengaruh dengan provokasi ini.


Sejak keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God', jenayah membakar, menyerang dan cuba menimbulkan ketegangan kaum menjadi-jadi.

PAS berharap agar pihak Polis meningkatkan rondaan keselamatan dan juga membuat siasatan segera terhadap insiden yang dilaporkan. PAS juga menyeru kepada rakyat dan NGO membantu pasukan keselamatan bagi memantau perkara ini bagi mengelakkan tindakan yang tidak bertanggungjawab ini terus berlaku.

hari lahirmu..

Suamiku..
telah ternukil di suratan Ilahi
akan pertemuan ini..
Ikatan ini membuahkan cinta..
kita kini diakad sah dengan izinNya..

Imamku..
Di saat tarian pena ini menutur kata..
terasa diri ini begitu istimewa..
dihadiahkan Ar-Rahim seorang wira..
mencintai Allah lebih dari segalanya..
menjadikan diri ini isteri kedua..
kerana dakwah itulah cintamu yg pertama..

cintaku..
dengan keizinan Allah Ar-Rahman..
aku bertatih..mendamba keredhaan..
ku harapkan doa dan kasihmu sayang..
agar rumahtangga yang terbina ini..
sentiasa disirami roh taqwa dan mawaddah..
Bait Muslim kita meriah dengan alunan Al-Quran..
Sentiasa mengharap keredhaan dan kerahmatan..


abang..
dalam setiap langkahmu..derap kakimu..
jangan gentar membuktikan
dikau seorang pejuang!
tangkas dan gagah persis Saidina Umar!
Bijak dan kritis seperti Saidina Ali!
Lembut kepada isteri dan anak-anak..
seperti Rasulullah SAW..
Doa ini sentiasa kutitipkan buatmu
duhai jundullah..
moga kita kan kekal bertamu
di Syurga Allah!


~selamat hari lahir ke-25..semoga sentiasa di dalam kerahmatan dan keredhaan Allah.
SALAM IMTIHAN!^_^



syeikh husin di muslim video

bagi pengunjung2 yang ingin melihat dan mendengar muhadharah Syeikh Husin,syeikh kami di Mansurah,kalian dipersilakan ke:

http://www.muslimvideo.com/tv/member/21567/syeikh%20husin/

inshaAllah bahasa yang digunakan mudah difahami kerana beliau mengajar di dalam bahasa arab fushah dan sudah bercampur dengan beberapa patah melayu kerana sudah 8 generasi anak2 malaysia-takhasus qiraat di Mansurah ini yang bertalaqi dengan beliau ^_^



tolong sebarkan terutama kepada guru2 Qiraat di Malaysia.

semoga beroleh manfaat..

catatan musim sejuk..1 ^_^

ni bukan kat mesir,tempat lain=)


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Syukur Alhamdulillah di ats nikmat iman dan Islam..Semoga kita sentiasa tergolong di dalam golongan hamba yang bersyukur..

- catatan 21 januari 2010 -

musafir ini mengenalkan saya akan erti kehidupan.saya tinggalkan catatan di sini untuk menjadi tatapan di hari muka.mungkin kala itu saya dalam kesedihan,kemurungan atau hilang hala tuju,semoga catatan inilah yang akan menguatkan diri saya..inshaAllah.


1

hari ni saya berasa sangat gembira.Alhamdulillah,Allah masih memberi peluang pada saya untuk mengutip mutiara2 ilmu dari Syeikh Husin dan guru saya ustaz Bazz.

paling istimewa pada hari ini pihak maahad mengadakan Nadwah-pertemuan antara semua muallim/ah & tenaga kerja maahad termasuk mudirah.ini Nadwah kali pertama yang diadakan oleh pihak maahad sepanjang 3 tahun saya menuntut ilmu di bumi bertuah ini.

Dalam pertemuan tadi,saya terpegun mendengar kalam Syeikh Toha,muallim adik2 tahun 1.
MashaAllah,kata2nya benar2 menusuk kalbu,tiap satu isinya disertai dengan ayat2 Al-Quran.

Di dalam kalamnya,Syeikh amat meraikan kami anak2 murid dari Malaysia yang datang ke sini untuk menuntut ilmu Allah,memberi taujihat kepada kami untuk terus tegar menuntut ilmu.
Beliau juga menyatakan betapa bersyukurnya kita menjadi Umat Rasulullah SAW,diberi peluang oleh Allah untuk membaca Al-Quran pada waktu siang dan malam.

Sayu pula rasanya,merekalah pengganti ayahanda dan bonda sepanjang permusafiran kami ke bumi Mesir ini...



2

Musim sejuk di Mesir rasanya sudah hampir ke kemuncaknya..
semalam hujan turun di bumi Mansurah,tapi tidaklah selebat mana.Menggigil-gigil juga kami meredah kesejukan menuju ke kelas syeikh pagi2.
namun bagi saya,musim sejuk ini merakam kenangan yang tersendiri,sangat manis..

Bak kata syeikh,Allah tidak kan mensia2kan amalan kamu dalam fatrah sekarang.Allah Maha melihat betapa kamu bermujahadah bangun pada waktu sahur berwuduk dengan air yang sejuk itu dan menggagahkan diri untuk menghadapNya(Qiamullail).
Allah Maha Mengetahui betapa bersungguhnya kamu mengulangkaji pelajaran,berusaha untuk bangun dan keluar dari rumah untuk menuntut ilmu.

Semua itu pastinya telah dicatat sebagai amalan hasanah,saham yang akan memberatkan mizan kita di akhirat kelak,amin.

3

catatan penting juga untuk hari ni,tazkirah Syeikh Husin selepas muhadharah Qiraat pagi tadi tentang amalan2 untuk mengelakkan diri kita dari diganggu jin.

antara isi2nya:
1-makan dengan tangan kanan.bila kamu makan dengan tangan kiri,kamu seolah-olah menjemput syaitan makan dengan kamu.Rasulullah memulakan sesuatu perkara itu dengan tangan kanan dan kita lakukan sepertimana Rasulullah.kata Syeikh,"kalau kamu nak berkawan dengan syaitan,kamu makan guna tangan kiri"^_~

2-kalau kamu rasa sakit2 badan,cuba ubati diri kamu sendiri.caranya?baca Ayat Kursi dan gosok2 tempat kamu sakit,InshaAllah syifa'.Syaitan suka mengganggu manusia supaya manusia lupa dan jauh dari Allah.Jadi kamu jangan bagi peluang syaitan dekati kamu.Baca Quran selalu,pelihara solat inshaAllah syaitan tu yang takut dengan kamu.

3-antaranya lagi, sebelum tidur , kamu tepuk2 (apa yek yg sesuai?org pahang panggil
"tepas" =)) tempat tidur kamu diiringi membaca Bismillahirrahmanirrahim 3kali.

ni ilmu saya dapat dari Ustaz Bazz : Syaitan akan menghasut suami isteri agar selalu bergaduh,berselisih faham.maka dengan cara membaca zikir2 sebelum tidur dan melakukan tips di atas,inshaAllah syaitan tidak akan dapat mengganggu keharmonian rumahtangga kamu.

4-sebelum tidur juga,sebaiknya brwuduk dan membaca Ayat Kursi dan surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Nas 3 kali.kemudian hembuskan pada tangan dan sapu tangan tersebut ke seluruh anggota badan yang mampu dicapai.InshaAllah tidur kita dijauhkan dari gangguan syaitan dan selamat hingga ke waktu bangun tahajud.

jangan lupa sebelum tidur niatkan kita nak bangun pukul berapa dan ingin mengerjakan amalan2 yang baik keesokan hari.dan paling penting,maafkan semua orang sebelum tido!^_^