oleh : pemudabesut
Berikutan bantahan mahasiswa yang berlaku di Universiti Malaysa terhadap e-undi atau e-vote. Suka untuk saya gambarkan kenapa e-undi ini tidak diyakini. Saya tidak merujuk kepada sistem undi mana-mana universiti tetapi saya merujuk kepada sistem e-undi secara umum mengikut kefahaman saya dan budaya rasuah yang serius di negara kita.
E-undi adalah penggundian yang tidak menggunakan kertas. Ia melibatkan semakkan identiti pengundi dan pengiraan hasil undian seseorang pengundi. Keraguan terhadap manipulasi adalah seperti berikut :
1. Identiti pengundi ditentukan oleh sistem. Sistem ini merujuk kepada pengkalandata(database) yang telah dibina. Biasanya identiti ini merujuk kepada nombor kad pengenalan atau nombor metrik pelajar. Apabila nombor kad pengenalan atau nombor metrik dimasukkan dalam sistem maka sistem akan menyemak dengan data dalam pengkalandata. Persoalannya :
a. Apakah data itu betul ? Bagaimana mengesahkan data dalam pengkalandata? Siapa yang mengesahkannya? Apakah pengundi hantu tidak boleh dimasukkan dalam daftar tersebut?
b. Jika telah disahkan pun adakah ia tidak boleh ditindankan(replace) data tersebut dengan data-data yang telah dimanipulasi ?
2. Hasil pengundian seseorang pengundi akan dikira bagi menentukan siapakah yang menang dalam sesuatu pertandingan itu. Kiraan ini sepenuhnya dibuat oleh sistem. Persoalannya :
a. Apakah sistem kiraan ini tidak boleh diganggu oleh pihak lain ? Siapa yang boleh mengesahkan ia bebas daripada manipulasi sedangkan ia dikendalikan oleh sistem yang tidak boleh bercakap dengan kita.
b. Apakah tidak boleh kiraan data dimanipulasi ? Contohnya jika calon A menang kemudian hasil undian calon A dibuang. Akhirnya calon B yang menang. Siapa yang boleh mengesahkan ianya tidak boleh berlaku? Sistem tidak boleh bercakap dengan kita.3. Realiti rasuah di Jabatan Kerajaan adalah ditahap yang membimbangkan. Bayangkan sebuah kementerian yang tugasnya menjaga pertahanan negara cuai menjaga dua buah enjin jet F-5E sehingga boleh hilang dan sampai ke negara Amerika Selatan. Jika enjin jet F-5E boleh hilang. Jika undi pos di MINDEF boleh dimanipulasi dalam pilihanraya Bagan Pinang. Apalah mustahilnya data-data pilihanraya di kampus dimanipulasi.
...................................................................................................................................
KUALA LUMPUR,30 Januari: Kira-kira 200 penuntut Universiti Malaya (UM) berkumpul di Dataran Dewan Tunku Canselor seawal jam 9 pagi bagi membantah sistem undian elektronik (e-voting) dalam pilihan raya kampus bagi sesi 2009/2010 di sini, semalam.
Menurutnya, demonstrasi ini bukan bertujuan untuk membantah kemenangan calon bertanding, tetapi penggunaan sistem e-voting yang baru diperkenalkan pada sesi pilihan raya tahun ini. Katanya, mahasiswa dimaklumkan lampiran bukti yang disertakan bagi menyokong bantahan e-voting ditolak dan perkara ini menjadi tanggungjawab Hal Ehwal Pelajar Alumni (Hepa) universiti. Shazni berkata, dua resolusi dicapai hasil perbincangan dengan Naib Canselor UM, Datuk Dr Ghauth Jasmon yang berakhir jam 5.30 petang, semalam. Menurutnya, antaranya siasatan akan dilakukan terhadap Timbalan Naib Canselor (TNC) Hepa, Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris dan proses pengundian akan dilakukan semula.
“Pilihan raya kampus secara manual akan dijalankan semula selepas siasatan ke atas TNC Hepa dan kemungkinan mengambil masa untuk dilaksanakan. “Buat masa ini, tiada kepemimpinan di kalangan pelajar UM dan tarikh pilihan raya kampus akan datang belum ditetapkan,” katanya. Pilihan raya kampus UM yang dijalankan pada Khamis lalu mempertandingkan 41 kerusi membabitkan 63 calon termasuk calon umum dan 16 fakulti.
0 comments:
Post a Comment