Bismillah.
Sebak. Hiba.
Allahu Akbar, menerima berita kematian para Murabbi Dakwah benar-benar menyentap hati. Hingga sering kurasa terlalu ralat kerana tidak sempat berguru lebih lama dari mereka.
Kematian mereka satu persatu memberi signal penting, dunia ini semakin tiba ke penghujungnya. Apabila ramai para Ulama' dijemput pulang..Subhanallah.
Ku selusuri wadah perjuangan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, Allahyarham Ustaz Harun Taib dan yang terkini Allahyarham Ustaz Abu Bakar Chik yang baru meninggal dunia pada pagi tadi 23 Jun 2014. Subhanallah, hatiku sayu bukan semata-mata kerana merasai kehilangan, lebih dari itu terselit rasa cemburu. Masakan tidak, mereka dipanggil Allah ketika mana masih kental di medan juang, membawa hati-hati kembali kepada Allah, berani melontarkan suara lantang menentang kemaksiatan. Dan Allah memberi jaminan, barangsiapa yang menjaga Agama Allah, insan-insan ini pasti tempatnya istimewa.
Mereka pergi dalam keadaan yang sangat membahagiakan.
Senyum.
Wajah yang sangat tenang seperti sedang tidur lena.
Gelombang manusia soleh berduyun-duyun memberi penghormatan terakhir kepada mereka.
Subhanallah.
Bukankah itu tanda-tanda Husnul Khatimah?
Allah menunjukkan kekuasaanNya.
Allah membuktikan sifat Rahman dan Rahim-Nya.
Orang berjuang, yang bermati-matian mempertahankan Islam, mencegah yang munkar, membawa hati-hati manusia kepada Allah dengan ISTIQAMAH pasti akan terpilih menjadi penghuni Syurga.
Maha Benar janji Allah di dalam Surah Al-Fajr,
" Wahai jiwa yang tenang, pulanglah ke hadrat Allah dalam keadaan yang Redha dan di Redhai.."
Subhanallah.
Buat diriku dan sahabat-sahabat yang masih tinggal, yang masih diberi peluang oleh Allah untuk beramal,
Programkan diri dengan amalan mahmudah sebanyak-banyaknya, sehingga harimu sarat dengan agenda dakwah dan tarbiah. Tinggalkan legasi. Ya, Legasi yang bakal menyambung tugas-tugas dakwah ini. InsyaAllah.
Bismillah.
Sepanjang berkecimpung dalam dunia dakwah dan motivator ini semenjak zaman sekolah menengah, pelbagai ragam manusia yang saya perhatikan. Syukur Alhamdulillah, Allah izinkan diri yang kerdil ni untuk bertemu dengan ramai manusia. Saya sendiri belajar dari pelbagai watak dan akhlak mereka.
Dr Nur (bukan nama sebenar), salah seorang mad'u saya. Kali pertama beliau meminta saya untuk menyampaikan ilmu di rumahnya. Beliau jemput jiran-jiran dan sanak-saudara untuk datang. Sewaktu saya sampai, rasa kagum di hati. Subhanallah, tersergam indah rumah yang bagi saya cukup mewah. Beliau mempersilakan saya masuk. Ramah sungguh orangnya mashaAllah. Alhamdulillah, hadirin yang hadir juga ramai.
1 jam itu walaupun singkat, kami sempat berkongsi beberapa ilmu. Berbincang tentang karakter isteri solehah, ikon isteri solehah tak lain tak bukan Sayyidatina Khadijah dan sempat menyentuh perihal akhir zaman, bagaimana keluarnya Dajjal nanti. Mereka sangat gembira walaupun itu kali pertama mereka berkumpul dan berusrah bersama-sama.
Saya genggam erat tangan Dr. Nur, "Akak, Allah Maha Baik. Bila kita ikhlas melafaz taubat, azam sungguh-sungguh nak berubah, Allah meluaskan rahmat dan kasih-sayangNya. Allah akan terima taubat tu." Saya benar-benar berkata dari hati. Kerana saya juga pernah jatuh dalam hidup, dan berusaha untuk bangun dan menapak kembali. Tercari-cari bantuan dan kasih-sayang. Dan Allah tak pernah lupa kepada hamba yang meminta. Terasa doa saya diterima walau diri ini tidak sempurna.
Terima kasih Ya Allah, Segala Puji bagiMu yang mengizinkan aku menyampaikan kepada manusia lain, bahawa Engkau Maha Baik, Maha Lemah Lembut kepada makhluk, Maha Penyayang untuk mendengar segala pengaduan. Semoga ramai hati-hati manusia kembali kepadaMu Ya Allah. Amin..
Bismillah.
10 tahun lepas, sewaktu di Darul Quran, saya pernah melakar impian. Saya tulis besar-besar di dalam diari,
' Aku ingin menjadi pejuang muslimat, berbakti sebanyak-banyaknya untuk umat.'
Dalam perjalanan balik ke Jengka, saya transit di KL Sentral. Biasanya naik ke tingkat atas, makan nasi dan ikan keli. Favourite! Kemudian terus ke kedai buku. Memang tak bermakna perjalanan balik tanpa buku di tangan. 2 jam dalam perjalanan nanti sempat habis baca satu buku. Jalan punya jalan akhirnya jumpa buku-buku yang nak dilelong. Mata tertancap pada satu judul buku, " Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili ". Alhamdulillah! jerit hati saya ketika itu. Dah lama cari buku ni, ingin tahu lebih lanjut dengan Bonda Zainab Al-Ghazali. Lagi best harga buku tu cuma RM 2!
Setelah mengambil tempat di dalam bas, saya mula membaca..satu,dua, tiga hingga tamat..Terasa bulu romaku tegak berdiri, terasa berderau-derau darah ini. Kenapa? Hebatnya kisah hidupmu duhai Bonda! Tak hairanlah dikau terpilih dapat bermimpi jumpa Nabi. Bayangkan, seorang wanita yang kuat prinsipnya untu pertahankan Islam. Dalam kekejaman pemerintahan Jamal Abden Nasir, beliau tampil berani mempertahankan Jemaah Muslimat dan Jemaah Ikhwan ketika itu. Beliau wanita pertama yang mengetuai Jemaah Muslimat. Jika kita soroti sirah Nabi, insan-insan golongan pertama yang memeluk Islam disebut " As-Sabiqun Al-Awwalun". Mereka golongan terawal, yang percaya pada Allah, percayakan agama ini dengan sepenuh-penuh kepercayaan, tanpa ragu. Mereka rela menempuh kesusahan dan kepayahan, semata-mata untuk menjaga agama ini sebaik-baiknya. Lantas tekanan, cacian, keperitan dan kesakitan itu mereka hadapi dengan sabar.
Dan begitu juga situasi ini dialami oleh Bonda Zainab Al-Ghazali. Di dalam penjara beliau tidak henti-henti diseksa. Kerana apa? Kerana mempertahankan " Al-Islam Ya'lu Wala Yu'la 'Alaih" ( Islam itu Tinggi dan Tidak Ada Yang Lebih Tinggi Daripadanya). Beliau disebat dengan cemeti, dipukul dengan sangat teruk dan diberi makanan yang busuk, keseksaan yang pada pandangan zahir kita tak mampu untuk dihadapi oleh fizikal seorang muslimat. Tetapi nyata Bonda Zainab mampu. Kerana apa? Kerana IMAN yang tinggi dalam jiwanya.
Saya berpesan pada diri, contohi Bonda Zainab, yang kental berdepan dengan ujian, kepayahan kesengsaraan di dalam perjuangan. Saya inginkan syurga, dan syurga itu sangat tinggi nilainya. Perjalanan ini masih jauh dan penuh liku. Baki masa yang ada perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya. Saya hanya ada 24 jam sahaja sehari dan tugas memimpin umat ini sangat banyak. Tugas sebagai isteri dan ummi juga sangat banyak. Hidup ini pula terlalu singkat. Ya, penat memang tidak terkira, tetapi yakinlah Syurga itu janjinya pasti.
Ya Allah, thabatkanlah kami di atas ketaatan padaMu. Jangan jadikan kami hambaMu yang lalai, yang hanya sibuk dengan facebook, twitter, istagram yang boleh menjauhkan kami denganMu. Ya Allah, malunya kami nanti bila bertemu denganMu, andai kami hanya membawa amal yang sedikit. Ya Allah, sibukkanlah kami dengan amalan yang dapat memberatkan mizan pahala kami. Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin..
Bismillah.
Jam 3 Pagi.
Alhamdulillah, selesai bancuh susu abang Muadz dan adik. Ummi segera tunaikan kewajipan sebagai seorang hamba. Subhanallah..indahnya waktu yang hening ini untuk mengadu, merayu dan merintih padaMu Ya Allah.
2 Rakaat yang sangat menghibakan..merenung sedalamnya ke dalam diri. Ya Allah, diri ini tak punya apa-apa..Aku hanya hamba yang sangat kerdil pada pandanganMu..Ya Allah, tiada daya dan kekuatanku melainkan dengan izinMu.
Sesekali terdengar batuk adik Muiz, kurang sihat nampaknya adik. Esok ummi perlu bawa adik ke Hospital UIA. Tenangnya hati selepas munajat, ummi ambil Quran untuk dibaca. Menyelesaikan tugasan group kami Ibu One Day One Juz. Subhanallah, hati ini takkan mampu menipu bila membaca kalamMu ya Allah..Rasa bergetar urat nadiku tatkala membaca tafsir ayatMu. Maha Baiknya Engkau Ya Allah..seolah-olah aku mendapat motivasi yang luar biasa..
Jam 4 Pagi.
Alhamdulillah, selesai tugas utamaku. Now masa untuk study dan get ready untuk ceramah hari ini. Baru nak buka laptop..." Aaa..aaa.." terdengar jeritan kecil adik Muiz. Oh, adik lapar..sebab adik muntah lepas minum susu 3 pagi tadi. Kejap ye nak, ummi bancuh susu. Ummi cium adik, urut-urut belakang adik, cium abang Muadz sepuasnya. Allahu Akbar, terasa bahagianya hati ummi melihat anak-anak tidur lena..
Hari ni ummi ada Kuliah Dhuha di Masjid Asy-Syarif. Ummi nak sharing kitab Riyadhus-Solihin karangan Imam Nawawi. Kitab yang banyak mengubah persepsi dan kehidupan ummi. Kitab yang banyak membasuh hati ummi supaya berusaha menjadi hamba yang baik. Ummi talaqi kitab ini sewaktu di Mesir. Teruja bila mendengar syarahan Syeikh Hussin tentangnya. Kini sampai masanya untuk ummi sebarkan ilmu ini kepada orang lain pula.
Kehidupan seorang ummi sebenarnya sangat membahagiakan. Biarpun penat, letih sehingga kadang-kadang mengalirkan air mata, tapi Allah dan janji..Allah akan titipkan pahala buat seorang ummi. Ya, adakala sudah terasa hilangnya nikmat tidur seperti zaman bujang, tapi bila bayangkan tentang Syurga..Ya Allah..bestnya! Di sana nanti kita boleh berehat sepuasnya, setenang-tenangnya, sebahagia-bahagianya!
Kenapa perlu marah, meradang dan memukul anak-anak yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa? Mereka masih belum mengenal apa itu pahala, apa itu dosa, apa itu kesalahan..Kenapa tidak kita sebagai ibu ayah mereka membuka ruang dan peluang seluas-luasnya pada anak kecil untuk mengenali dunia mereka dan mendidik dengan penuh kasih-sayang? Sungguh hati saya bagai disiat-siat apabila ternampak seorang ibu yang menampar anak kecilnya di dalam pasaraya, di tengah-tengah public. Mujur ibu itu jauh, kalau dekat, ingin sekali saya menahan tangan itu dari memukul anak kecil yang belum faham apa-apa tentang hidup ini. Apa yang anak itu faham bila ditampar sebegitu di depan orang lain? Dia hanya tahu ibunya garang dan maruahnya direndahkan. Ibu, anak itu tiada dosa, lebih mulia dari kita yang punya banyak dosa dan kekhilafan ini. Jadilah kita ibu yang penyayang, yang memandang setiap gelagat anak itu sebagai satu proses untuk mereka membesar dan mengenali dunia sebagai insan normal.
Ibu, realiti hidup sebagai ummi memang sangat penat, kerana Allah dah janji Syurga tempat kita berehat..InsyaAllah..
Bismillah..
Terima Kasih Allah atas segala nikmat yang Engkau kurniakan. Semoga bertambah keimananku dalam mensyukuri segala nikmatMu..
Alhamdulillah, Allah masih beri peluang ketika ini untuk saya kembali beraksi di kanvas ini. Rindu..sungguh rindu untuk menulis dan berkongsi.
Tugas dakwah semakin bertambah. Saya ingin berkongsi segala impian, cita-cita dan harapan saya di blog ini InsyaAllah. Moga sampai masa saya bertemu Allah nanti, ada buah tangan yang bakal saya tinggalkan untuk sahabat-sahabat semua. Sepertimana para Ulama' meninggalkan kitab-kitab, hasil penulisan mereka yang sangat hebat . Dengan usaha mereka menulis dan mencatat segala khazanah ilmu, kita masih dapat menatapnya hingga ke hari ini Alhamdulillah..
Terima kasih atas sokongan semua! :)








