doa anak dari kejauhan..

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagiMu Ya Allah..

pagi ini,langkah yang ku atur terlalu berat..usai solat subuh pagi tadi,saya mendapat mesej dari mak di Malaysia.."tolong doakan abah cepat sembuh,abah di wad UM sekarang,buah pinggangnya bengkak.."

Innalillah wa inna ilaihi Raji'un..
Persoalanku terjawab..minggu ini,di samping menghadirkan diri ke program persatuan yang padat,hati seolah merasai sesuatu yang tidak enak..terkenang abah,mak,suami dan semuanya.

hati seorang anak..
terlalu rindu nasihat dan kasih-sayang dari abah dan mak..

dan mendengar suara bonda sebentar tadi,saya kalah.terlalu mudah air mata ini mengalir.

abah dan mak,
sungguh kalian insan yang amat kucintai.
terbayang wajah abah , senyumannya,nasihatnya,ketegasannya mendidik saya,keluhuran akhlaknya..semuanya menjadi cerminan buat diri ini..

kepadaMu Ya ALLAH..
apalah dayaku dari kejauhan ini..
tidak mampu menjaganya,menyuap makanan ke mulutnya,menceriakannya sepanjang masa..

melainkan hanya titipan doa yang akan kukirimkan saban waktu..
Ya Rahman..
Rabithah kami bersatu di dalam doa..
doa yang sentiasa kutitipkan buat ayahanda dan bonda..
doa mereka untukku agar menjadi anak yang solehah..
harapan ini kami sandarkan kepadaMu Ya Allah..

kurniakanlah kebahagiaan,kesihatan yang baik dan balasan Syurga untuk ayahanda dan bondaku..
Mereka hamba yang taat kepadaMu..
Memberi didikan yang baik kepada kami anak2 mereka..
Sentiasa mengingatkan kami tentang perintah Allah,nasihat2 Rasulullah..


buat sahabat2,mohon jasa baik kalian untuk sama2 mendoakan..juga saya mohon untuk sama2 mendoakan nenek kami(sebelah suami) yang terlibat dalam kemalangan minggu lepas.hingga kini,ingatannya masih kurang stabil..

Ya Allah,ujian ini benar-benar menyedarkan aku..terlalu kerdil diri ini di sisiMu..




3 comments:

Hafzi said...

Rabbuna Yushfih

Semoga Pakndak cepat sembuh. amin

Ummu Iffah said...

IAllah, moga cepat sembuh bapa akak

ainunmardhiahismail said...

jazakumullh khairn kathira adik2ku..doakn km smua kuat ye..