Daisypath Anniversary tickers
Ya ILAHI RABBI..


Bismillahirrahmanirrahim..

Jari menitip kalam,hati ini merenung kehebatan Allah di keheningan malam..MashaAllah,bumi ini sungguh tenang,setiap desir bayu yang menghembus seolah mengirim pesan,"Wahai umat Rasulullah SAW,beramallah kamu sebanyak-banyaknya,jasad Rasulullah ada di tanah yang kamu pijak ini,sebagai peringatan dan pengajaran,Baginda insan mulia kekasih Allah yang tidak surut taqwanya kepada Yang Maha Mencipta.Contohilah Baginda wahai hamba Allah,nescaya kamu akan sentiasa terpimpin.."

Alhamdulillah,sudah 6 bulan langkah kaki ini diatur di Tanah Haram Madinah,pelbagai rencah dan peristiwa telah dilalui.Syukur Ya Allah,hingga kini Kau pinjamkan kekuatan buat hambaMu ini,yang sering lelah dan lemah dalam meredah kepayahan..

Terima kasih teman,terima kasih kepada pengunjung-pengunjung teratak ini,hampir sebulan tidak mencoret kata,sungguh saya terlalu rindu.Rindu untuk berkongsi cerita,nasihat dan pengajaran.Kerana ini juga tanggungjawab kita sesama muslim,berpesan-pesan kepada kesabaran dan ketaatan.

:: Mendaftar di Maahad Lughah ::
Tidak ada kata yang lebih indah melainkan ucapan Syukur Alhamdulillah di atas nikmat Allah yang tidak ternilai ini.Alhamdulillah akhirnya saya berjaya mendaftar di Maahad Lughah Madinah 3 minggu yang lalu setelah berbulan-bulan menunggu.Sebulan sebelum itu,saya perlu menduduki imtihan Tahdid Mustawa,untuk menentukan saya berada di level mana.Bukan mudah rupanya untuk belajar di maahad ini,terlalu ramai yang memohon.Alhamdulillah,dengan izin Allah,dapat juga saya mengutip mutiara-mutiara ilmu dari muallimah-muallimah di sini.Maahad ini didirikan di atas tanah waqaf.Kelas,Kitab-kitab semuanya percuma.Bas juga disediakan untuk semua pelajar (semuanya perempuan) pergi dan pulang..Alhamdulillah,betul-betul teruja berada di negara yang sangat menjaga kebajikan rakyat.Di sini kami diajar ilmu Al-Quran,Tajwid,Hadith,Bahasa Arab dan Fiqh.Kelas bermula pada jam 7.45 pagi hingga jam 12.15 tengahari.Pengalaman yang sangat indah walaupun belajar dalam keadaan fizikal yang dah semakin membesar!:)


:: Trimester 3 ::
Subhanallah,betapa pantasnya hari-hari berlalu.Terasa seperti baru semalam kami suami isteri bertemu doktor untuk mengesahkan kehamilan,menguatkan diri melalui fasa mabuk-mabuk dan alahan.Alhamdulillah,sudah 8 bulan anak ini berada dalam uterus ibunya.Terasa makin berdebar untuk bertemu dengannya,sungguh ini pengalaman yang sangat indah.Minggu lepas,saya berkesempatan menjadi fasilitator untuk program anak-anak Yanbu',seronok dapat berkongsi ilmu dengan mereka.Berkongsi tentang hebatnya Allah,menjadikan makhluk daripada TIADA kepada ADA.

Segalanya mudah bagi Allah,tapi manusia tidak sedar akan dirinya yang lemah.Bayangkan,betapa hebatnya Allah menjadikan anak ini,menumpang di dalam rahim ibu selama 9 bulan.." MashaAllah,hebatnya Allah,ada makhluk kat dalam ni.."suami saya selalu mengulang-ngulang ayat sebegini bila kami teruja melihat pergerakan anak yang semakin aktif.Adakah Allah menciptakan anak ini dan kita semua sia-sia sahaja?Sekadar melengkapkan putaran alam?Tidak sama sekali.Allah menciptakan manusia sebagai khalifah yang ditugaskan untuk memakmurkan bumi Allah,tunduk dan sujud kepadaNya dengan penuh rendah hati dan sabar,serta tak lupa mengajak insan lain ke arah kebaikan dan mencegah mereka dari melakukan kemungkaran.Tugas kita di dunia ini tidak mudah.Bermula kita keseorangan di dalam rahim ibu dan akhirnya nanti kita juga akan keseorangan di alam kubur.

Jadilah kita hamba Allah yang bercita-cita ingin menjadi JUARA dalam lapangan kehidupan dunia dan akhirat.Juara sebagai hamba Allah yang taat,yang tidak berhenti lidah dan hatinya untuk mengucapkan syukur atas segala nikmat dan tak terlupa untuk menuturkan Alhamdulillah dan Redha biarpun di dalam musibah dan ujian..


Ketemu lagi di lain waktu insyaAllah..
Siiru 'ala Barakatillah..:)






1 comments:

Ali Abdul Rahman said...

Assalamualaikum, blh saya btya, dapatkah saya memasuki ma;had tersebut, saya hanya berbekal dengan mata pelajaran sains stream