Sandstorm Di Madinah

-suhu Madinah hari ini-



Subhanallah..
Hari semalam dan hari ini Madinah dilanda ribut pasir (sandstorm) dan cuaca pada pagi ini sangat sejuk.Angin bertiup dengan kencang dan debu serta habuk berterbangan,keadaannya seperti jerebu yang agak dahsyat.Hari ini banyak sekolah yang bercuti lantaran cuaca yang kurang baik.Dibimbangi boleh menjejaskan kesihatan.
Subhanallah..Kebiasaannya apabila peralihan cuaca dari musim sejuk ke musim panas situasi inilah yang biasanya berlaku.


Muadz juga diserang batuk-batuk dan selsema..Syafakallah Ya Muadz..

Jemaah umrah ketika ini sangat ramai,melimpah-ruah.Terbit rasa kasihan di hati apabila melihat jemaah umrah yang bersolat di dalam kesejukan di luar Masjid Nabawi.Namun saya yakin mereka tabah dan sabar menempuh situasi ini.Peluang berada di Madinah perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya.Cabaran yang perlu ditempuh hanya seketika cuma InsyaAllah..

-suasana di Masjid Nabawi semalam-

3 comments:

sitiezahim said...

itulah..kalau sejuk sangat pon bahaya kan..lagi2 kalau dr Msia, peralihan cuaca tuh mmg terasa..semoga jemaah kuat menghadapi dugaan cuaca..

UMAIR INSYIRAH said...

Amin..pagi tadi mmg sejuk,habuk pun banyak kak..i.allah Allah pelihara mereka semua..

adilah said...

Rindu nak ada kat sini lagi kak... T_T