Daisypath Anniversary tickers
RAMADHAN SYAHRUL QURAN

Segala puji bagi Allah yang memberi peluang dan ruang kepada kita untuk kembali berada di bulan Ramadhan.Subhanallah,bulan yang Allah janjikan dengan seribu rahmat dan keampunan.


Ramadhan menjadi medan untuk kita menganjakkan paradigma dan potensi diri.Jauh sekali diistilahkan sebagai bulan yang membuatkan diri kita lemah,lemau dan tidak bermaya.Mari jadikan diri dan minda kita sebagai minda yang positif.Menjadikan Ramadhan sebagai bulan untuk memperbaiki diri dan mendekatkan kita kepada Allah.Beribadah dengan sebanyak-banyaknya dan mengharapkan keampunan Allah di dunia dan di akhirat.


Sebulan yang ada ini mari kita manfaatkan dengan sebaik mungkin.Seperti mana nasihat dan saranan dari Prof Muhaya," Sekiranya kita melazimi dan membiasakan diri serta konsisten untuk melakukan perkara baru dalam masa 3 minggu,insyaAllah perkara itu akan menjadi habit/tabiat kita pada hari-hari yang seterusnya."
Sebagai contoh,jika sebelum ini kita jarang membaca Al-Quran,jadikan bulan Ramadhan ini sebagai medan untuk kita berubah.Bacalah Al-Quran paling kurang 1 muka setiap hari.Lakukan pada setiap hari.Selepas 3 minggu insyaAllah kita akan terbiasa membaca Al-Quran dan bersemangat untuk menggandakan lagi bacaan.
Pada minggu pertama mungkin agak sukar,tetapi kuatkan semangat dan pasti Allah akan menurunkan bantuanNya buat hamba yang ingin dekat denganNya.


Selamat Menyambut Ramadhan..Ramadhan Syahrul Quran!

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum ukhti Ainul Mardhiah.

Salam Ramadhan Kareem ya ukhti...moga ukhti dan keluarga sihat, serta sentiasa di dalam pelihara, rahmat, redha serta maghfirah Allah SWT...ameen

Jazakillahu khairan khatira atas entry ini ukhti...Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, segala puji bagi Allah, ana mengetahui blog ukhti ini melalui blog Prof Kamil Ibrahim...

banyak yang ana belajar dari blog ukhti ini...teruskan menulis ya ukhti, moga sentiasa di dalam redha Allah...ameen

Alhamdulillah, Allah beri nikmatNya untuk melalui Ramadhan yang mulia ini...moga Allah mudahkan urusan kita semua dunia dan akhirat...ameen

Salam Perkenalan ukhti :-)


Ukhuwah fillah:

Noor Faiza Rasol