Daisypath Anniversary tickers
:: APABILA HIBURAN SEMAKIN DIAGUNG-AGUNGKAN ! ::

Bismillahirrahmanirrahim..


Segala puji bagi Allah yang menjadikan langit dan bumi..

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ,
" Barangsiapa yang tidak memerhatikan urusan/perkara kaum muslimin,maka ia tidak termasuk bahagian dari kaum muslimin.." ( Hadis Riwayat Baihaqi )

Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud ,
"Perumpamaan kaum muslimin dalam kecintaan , kasih-sayang, dan kelembutan (sesama mereka) seperti satu tubuh yang utuh, apabila ada satu anggota tubuh yang sakit maka seluruh anggota tubuh itu akan merasakan tidak dapat tidur dan merasakan sakit panas.." ( Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad )

Sedih, bimbang & serba tak kena saya bila membelek akhbar2 Malaysia hari ini..Di sini saya lampirkan beberapa isi penting dalam akhbar Utusan Malaysia yang baru saya baca sebentar tadi..


Utusan Malaysia : Arkib 14 Mei 2009

TARIAN HEBAT BOLLYWOOD BAKAL TAWAN MALAYSIA

"Melibatkan 1200 pertukaran kostum , 2500 bentuk barang kemas India serta dendangan 48 buah lagu - lagu hits Bollywood , Merchants of Bollywood bakal menjengah ke negara ini selepas 5 tahun menempa nama di persada antarabangsa.
Akan dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 14 hingga 26 Julai ini, ia merupakan siri lawatan pertamanya di Asia yang sebelum in pernah dipersembahkan buat pertama kali di Sydney,Eropah dan kemudiannya di Afrika Selatan.
Pemilihan Kuala Lumpur sebagai destinasi pertama Asia adalah bersempena dengan Penganjuran Festival Kuala Lumpur 2009 selain populariti Bollywood yang dilihat punyai khalayak peminat yang ramai di kalangan rakyat negara ini.
Merchants of Bollywood akan diserikan dengan penglibatan 53 orang pelakon dan penari dalam menghidupkan aura Bollywood di atas pentas.
Sementara itu, tiket2 berharga dari RM70 hingga RM500 untuk menyaksikan Merchants of Bollywood.."


Astaghfirullahal'azim...hati menangis lagi..Ya Allah,ampunilah dosa seluruh umat Nabi Muhammad SAW..

Terbayang di fikiran,andaikata program hiburan ini berjaya diadakan, berapa ramai umat Islam yang akan menyertainya??Berapa ramai anak muda yang akan hadir memeriahkan suasana??

Terdapat 10 rancangan Kuffar untuk menghancurkan Islam dan saya ingin memetik 4 daripadanya :

1) Melenyapkan sistem pemerintahan Islam
2) Menghapuskan Al-Quran
3) Menghancurkan akhlak Muslim,fikiran,hubungan mereka dengan Allah dan membebaskan mereka mengikut hawa nafsu
4) Merosakkan wanita dan mengembangkan lagi pergaulan bebas.


Apabila hiburan semakin diagung-agungkan , umat Islam tidak lagi merasa seronok untuk mengenali agama Allah yang syumul ini. Masa yang ada adalah untuk berseronok,melayan feeling lagu-lagu cintan, sibuk menggosipkan artis-artis dan lebih hebat lagi artis dijadikan ikon dalam kehidupan.maka,kita akan dapat melihat sana sini umat Islam,para muslimah berpakaian 'tak cukup kain', pakaian ketat seperti sarung nangka kerana ingin mencontohi artis-artis yang menjadi idola mereka.Al-Quran tidak minat lagi untuk dipandang apatah lagi untuk dibaca.Al-Quran bukanlah terhad waktunya untuk dibaca selepas maghrib,subuh ataupun isyak,malah kita boleh membaca Al-Quran itu pada bila-bila masa.Tetapi,disebabkan lebih seronok untuk berhibur,maka isi - isi Al-Quran itu terus ditinggalkan.Larangan Allah terus bermaharajalela, suruhan Allah diketepikan begitu sahaja..

Natijahnya,kita akan melihat zina dan kemungkaran akan terus berlaku tanpa henti.kala ini,berapa ramai bayi-bayi tidak berdosa dibuang di tandas-tandas?di dalam semak?di tepi masjid? di dalam longgokan sampah??Berapa ramai remaja yang terlibat dalam
perlumbaan haram?menghisap dadah?menghidu gam?homoseksual?rogol?bunuh?merompak?mencuri??

Semua ini adalah kerana umat Islam memandang enteng apa yang telah ditetapkan oleh agama. Judi berleluasa, arak digalakkan tidak kira tempat dan masa , hiburan pula seolah menjadi suatu keperluan yang tidak boleh diketepikan.inikah ajaran yang dibawa oleh junjungan kita yang mulia??

Apabila hiburan diagung-agungkan, sejauh mana pekanya umat Islam dengan kewajipan menunaikan solat? Solat dilewatkan& tergesa-gesa kerana bimbang rancangan hiburan yang ditonton tamat siarannya. Alhamdulillah bagi individu muslim yang masih menyedari kepentingan solat,tapi bagi hamba Allah yang terus melupakan kewajipan ini bagaimana??

Firman Allah di dalam Surah Ali-Imran yang bermaksud :
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini,iaitu : wanita ,anak-anak, kuda pilihan ,binatang ternak dan sawah ladang .Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik ( syurga ) ." ( Surah Ali-Imran : Ayat 14 )

Firman Allah di dalam Surah Al-Dzariyat ayat 56 yang bermaksud :
" Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.." ( Surah Al-Dzariyat : ayat 56 )

Firman Allah di dalam Surah Al-Hajj ayat 77-78 yang bermaksud :
" Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah TuhanMu dan buatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.Dia telah memilih kamu dan Dia tidak sesekali menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan . (Ikutilah ) agama orang tuamu Ibrahim. Dia ( Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi ats segenap manusia , maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah . Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.." ( Surah Al-Hajj : ayat 77-78 )

Terasa seolah-olah Allah berbicara dengan kita.Ikutlah suruhan Allah,tunaikanlah solat kerana dengan solat yang khusyuk dapat mencegah dan menjadi benteng kepada hati kita untuk tidak melakukan maksiat. Bacalah Al-Quran,bukalah tafsir dan fahami maknanya kerana membaca Al-Quran dengan kerendahan hati serta mengalirnya air mata keinsafan akan dapat memadamkan noda-noda mazmumah di dalam diri..juga melenturkan segala keegoan yang bersarang di dalam diri yang hakikatnya diri ini amat hina di sisi Pencipta..Tinggalkanlah hiburan yang melalaikan,melekakan dan mengundang pembaziran.Semuanya itu tidak akan menyelamatkan kita di akhirat kelak , di saat itu tidak ada seorang pun yang dapat membantu kita untuk memberatkan timbangan amal!

Bangunlah para Rijal,para syabab,para da'ie dan da'ieyah!! sampaikanlah seruan Allah ini kepada seluruh pelusuk bumi!

0 comments: