" Mujahidah sejati..akhirat utama..
kerana dunia bukan pilihannya..
Mujahidah sejati..hatinya berbeza..
kerana diasuh iman dan taqwa.."
kerana dunia bukan pilihannya..
Mujahidah sejati..hatinya berbeza..
kerana diasuh iman dan taqwa.."
~ 10 NASIHAT BUAT WANITA SOLEHAH ~
1- Malu tidak menghalang ilmu jika ia berlandaskan agamamu.Malu juga takkan menghalang kamu dari bercakap benar.
2-Lihatlah dunia dengan pandangan iktibar,elakkan dirimu dari memandangnya dengan pandangan kasih dan jauhkan dirimu dari berlumba-lumba mengejarnya.
3-Adakah kamu bersedih kerana kehilangan harta duniamu,sedangkan kamu tidak bersedih kerana kehilangan umurmu bersama sedikitnya amalmu?
4-Seagung-agung wanita ialah mereka yang sanggup mengorbankan dunianya kerana akhiratnya.
5-Jika kamu tidak redha dengan ketentuan Tuhanmu,bagaimana pula kamu mengharap redha darinya?
6-Apabila kamu hendakkan kekhusyukan hati,elakkan dirimu dari berlebih-lebihan dengan pandangan matamu.
7-Berhati-hatilah kamu dengan riya' kerana ia adalah seburuk-buruk perosak bagi hatimu yang solehah.
8- Tanamkan semangat jihad di dalam jiwa anakmu,elakkan rumahmu dari menjadi reban ayam yang hanya menggemukkan penghuninya untuk disembelih musuh Allah!Jadikanlah ia umpama kandang singa yang bakal melahirkan penegak Kalimatullah!
9- Hayatilah kalam isteri kepada seorang pejuang yang dipenjara,apabila ditanya bagaimana sara hidup mereka selepas ini? jawabnya, " Aku mengenali suamiku sebagai pembawa rezeki kepadaku tetapi tidak PENGURNIA rezeki buatku.."
10- Jika benar jiwamu takut kepada Allah,pasti hatimu tidak akan takut kepada kematian dan kefakiran.
0 comments:
Post a Comment