Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..
Alhamdulillah,kesyukuran dipanjatkan kepadaNya yang Maha Pemurah atas segala anugerah yang dikurniakan.
Semalam,terasa sebak di hati untuk meninggalkan Madinah..tinggalkan Masjid Nabi,air zam2,Raudah,Bukit Uhud,Masjid Quba',Qiblatain,Makam Rasulullah dan para sahabat,Baqi' dan semuanya..sungguh,inilah bumi yang paling tenang yang pernah saya diami..semoga Allah memakbulkan doa saya untuk menetap di bumi ini suatu hari nanti,amin..
Saya berada di Tanah Suci lebih kurang 15 hari..
sesampainya kami di Tanah Haram,suami membisikkan kata syahdu.."ain,percaya atau tak kita dah smpai ke tanah kelahiran Rasulullah.mungkin di tanah yang kita pijak inilah laluan Nabi,denai2 yang Rasulullah lalui untuk sampaikan dakwah.."air mata turun membasahi pipi..mashaALLAH..selama ini saya hanya menitipkan doa kepada Ilahi..agar diizinkan hamba yang lemah ini ke sini..Alhamdulillah,kini Masjidil Haram di depan mata saya..Subhanallah..agungNya kuasaMu Rabbi..berduyun2 manusia hadir ke sini..membuktikan cinta yang tiada taranya buat Pencipta segala cinta.
Labbaikallahumma labbaik..Kami menyahut seruanMu wahai Allah..
Hanya Engkau Tuhan yang kami sembah dan kepadaMu kami meminta pertolongan..
~ Makkah~ertinya membinasakan atau mengurangkan.Dinamakan Makkah kepada Tanah Haram Makkah seluruhnya kerana Makkah mengurang atau menghapuskan dosa orang yang datang kepadanya,atau membinasakan orang yang melakukan kezaliman di Makkah,atau kerana Makkah menghapuskan pemerintah yang zalim dan menundukkan kesombongan mereka
:: SEHARI DI BUMI TAIF :
Berikutnya kami menziarahi bumi Taif yang dirakamkan di dalam sirah Baginda bahawa bumi ini adalah penyaksi keteguhan dan kecekalan Nabi Allah dalam menempuh mehnah..Melihat kepada bukit-bukau yang kering dan agak tandus,terjentik rasa hiba mengenangkan perjuangan Baginda.Hati mana yang tidak luluh mengingatkan episod dakwah Rasulullah ke bumi Taif ini.Dengan harapan manusia di bumi Taif ini menerima dakwah Baginda,Rasulullah SAW dan sahabat menguatkan langkah menyelusuri bukit-bukau dan denai untuk menyebarkan risalah buat ummat Baginda.Namun,setibanya di sana Rasulullah dan sahabat dikecam,dibaling dengan batu sehingga darah memenuhi kasut Baginda..Bayangkan wahai ummat..jasad yang dicintai Allah,dimuliakan oleh seluruh langit dan bumi diperlakukan sebegitu rupa..
Kekasih Allah..betapa tulus dan ikhlasnya Baginda memaafkan..Baginda tidak merungut kesakitan,tidak memohon supaya bumi Taif dibinasakan..malah jasad dan hati mulia itu menadah tangan dengan penuh tawadhuk kepada Allah..memohon penduduk Taif dikurniakan hidayah dan keimanan...Subhanallah....
Selama berada di Makkah lebih kurang 5 hari,kami meneruskan musafir ke bumi Madinah..sewaktu di Makkah,bila berada di dalam teksi,suami mengambil peluang meminta pemandu teksi menceritakan perihal Makkah dan Madinah..ahli Saudi tentunya lebih hadam tentang sirah ini..majoriti ammu2 di sini berkata,"mashaALLAH..Madinah amat tenang,beza sikit dengan Makkah..orangnya lembut sesuai dengan akhlak golongan Ansar sejak zaman Rasulullah.."dari situ saya makin teruja..Ya Allah,izinkanlah hamba ke sana..
Sekali lagi pilu menyelubungi bila menjejakkan kaki ke airport Madinah..Jabal Uhud seolah2 menjadi benteng utama tanah barakah ini..bagaimana rupanya Masjid Nabawi?Raudah?Baqi'?semuanya terbayang2 di fikiran saya...
~~bersambung : EPISOD CINTA MADINAH :: ~~
Perginya Ibu Tercinta
-
بسم الله الرحمن الرحيم “Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan
bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.
Ketika itu ses...
1 month ago
0 comments:
Post a Comment