Daisypath Anniversary tickers
YA ALLAH..SELAMATKAN MEREKA..

~Mari pakat2 solat hajat & doa skg, israel laknatullah tlh menyerang konvoi LL4Gaza di perairan Gaza sekejap td.. Kapal Mavi Marvara tlh ditembak dgn helikopter menyebabkan 3 terkorban & 30 cedera. Kapal tersebut yg dinaiki oleh relawan kita. Mohon Allah bantu relawan di Gaza skg ini. IHZIMHUM WANSURNA A'LAIHIM.. Kirimkan doa buat mereka saudara2 ku sekalian...layari http://map2street.blogspot.com/http://map2street.blogspot.com/

INSPIRASI HATI..


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..kepadaMu kami sembah dan kepadaMu jua kami memohon pertolongan..

salam pagi jumaat yang amat menenangkan..
syukur Alhamdulillah,Allah masih memanjangkan lagi nyawa kita pada hari ini..setiap kali ingin melelapkan mata pada waktu malam,pasti terdetik di hati ini..'adakah aku akan bangun lagi esok?','camana solat aku hari ni?','Allah angkat dan terima tak amalan aku hari ni?'

Hari-hari yang kita lalui penuh dengan liku dan ujian serta kegembiraan yang bersilih ganti.adakala kita gembira,memperoleh apa yang kita inginkan..dan adakala kesedihan sarat bertamu di jiwa,kesunyian membelenggu hati kecil ini,sehinggakan kita terasa tidak mampu untuk meneruskan perjuangan ini..

inilah kehidupan..

kehidupan yang mempunyai pelbagai rencah dan warnanya..bila gembira,kadangkala kita terasa tidak perlu meminta dan bergantung harap pada Dia,tetapi bila ujian menimpa,segera kita bersujud,menangis dan memohon pertolongan pada zat yang selayaknya memberi pertolongan..Maha Suci Allah..

Dia hadirkan ujian supaya hambaNya 'sedar diri',kembali kepada PenciptaNya..
Maha suci Allah..
Dia datangkan ujian agar bertambah dan berganda taqwa seorang hamba di dalam hatinya.


Semalam,kisah hidup saya juga mengalami rentak yang serupa..jika orang lain bergembira bila tibanya hari ulangtahun kelahiran,tetapi sebaliknya bagi saya..hati dirundung haru yang amat,tiba-tiba mengalami krisis rendah diri yang amat mendalam..rendah diri kerana kurangnya amal,rendah diri kerana masih terlalu kurang khidmat yang saya hulurkan buat suami,rendah diri itu,rendah diri ini....tidak pasti adakah faktornya,adakah kerana penangan peperiksaan yang bakal hampir atau sebab lain..

lantas saya menghubungi suami,rakan kongsi merangkap penasihat peribadi..
kata abang,"cuba ain cek solat ain,ataupun renung2,kot2 ain ada buat salah dengan Allah atau dengan kawan-kawan.."

ALHAMDULILLAH..nasihatnya ringkas,tetapi amat berbekas di hati..

Wahai Allah,terasa aku terlalu kerdil di sisiMu..lautan nikmat yang Kau anugerahkan untukku,menganugerahkan suami yang baik,keluarga yang penyayang,sahabat-sahabat yang prihatin dan segala2nya nikmat yang tak mampu ku hitung..sering diri ini lupa untuk bersyukur padaMu,tetapi nikmatMu tak pernah bertepi..

Saya gagahkan diri membuka lembaran warkah cinta dari Allah..saya yakin jawapannya ada di sini..saya yakin Allah pasti mendengar bicara hati ini,yang ingin kembali kepada DIa..

Mata saya terus bertamu pada muka surat 209,Surah Yunus ayat 9 dan 10..

maksudnya:

ayat 9 : " Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,Tuhan mereka akan MEMIMPIN mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu.(Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam syurga yang penuh nikmat."

ayat 10 : " Doa ucapan mereka di dalam syurga itu ialah : (MAHA SUCI ENGKAU DARI SEGALA KEKURANGAN WAHAI TUHAN!) Dan ucapan penghormatan mereka padanya adalah
(SELAMAT SEJAHTERA)! Dan akhir doa mereka adalah : ( SEGALA PUJI DIPERSEMBAHKAN BAGI ALLAH YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIRKAN SEKALIAN ALAM)

Subhanallah..benarlah Al-Quran ini warkah agung dari Allah buat hambaNya..di sini letaknya pengharapan,di sini hadirnya ketenangan..

hati seolah-olah dipujuk,kembali bangun untuk terus bergantung harap.saya mendapat aura dan inspirasi baru..hidup ini segalanya kerana Allah..bila matlamat hidup jelas hadafnya kerana Allah,nescaya hidup ini takkan gelisah..

kita hamba yang selayaknya diuji kerana kita hanyalah sekelumit cuma di sisi kekuasaanNya..

maka,teruslah meminta dan meminta dengan
khauf dan roja'..
semoga rahmatNya sentiasa mengiringi permusafiran ini..


p/s: jazakumullahu khairan kathira buat ahli bait saya (kak ema,kak ina,kak anis,kak afidah,ain)dan sahabat2 seimarah(kak redha n adik ayuni),tak lupa buat adik su n alin yang berjaya melaksanakan majlis gempar malam tadi..saya senang-lenang pada siangnya,ingatkan takde apa2 sambutan yang mengejutkan memandangkan masing2 nak exam,tapi rupanya perancangan licik ini dilaksanakan pd malam hari!^_~apapun,kalian memang hebat dan saya terharu sangat2..juga ucapan penghargaan buat teman-teman yang disayangi atas ucapan dan doa..hanya Allah yang layak membalasnya..^_^salam sayang!






:: STUDY SKILLS ::



STUDY SKILLS

  1. Find your own quiet place where you can concentrate on your homework.
  2. Sit in a comfortable chair (not too comfortable, though or you could end up asleep).
  3. Avoid distractions like the TV and try to ignore the telephone. Your friends can leave a message!
  4. Play quiet background music. It might help you stay focused.
  5. Study with a friend or a group of friends. Compare notes and ask each other questions.
  6. Know your learning style and study in a way that best matches it.
  7. Take short but frequent breaks.
  8. Relate what you're studying to things you already know. This helps you remember information more easily.
  9. Start with the most difficult tasks or assignments to focus maximum brainpower on the toughies. Then move on to the easier tasks.
  10. Plan to spend more time (not less) on the subjects that are harder for you.
  11. Focus on the quality of your study time. It's much more important than the quantity.
  12. Get into the habit of studying every day.
  13. Determine your best study time and plan to study at that time every day.
  14. Think of homework as practice, not work. It takes practice to get better at sports or music or cheerleading. School is the same.
  15. Ask questions if you're not sure about something. Asking questions is one of the most effective ways we learn!
  16. After each study session, try to recall the main points and as many details as possible.
  17. Reward yourself when you're done. Plan a fun activity or just relax.


ORGANIZATIONAL SKILLS

  1. Use outlines, charts, or flashcards to help you organize and learn new material. You'll be reviewing the material as you make these tools. And, you'll have them to use later when it's time to study for tests.
  2. Create a planner to keep track of homework assignments, tests, and projects. Write in your planner every day so it becomes a habit!
  3. Organize your notes and homework assignments by subject in separate notebooks and folders.
  4. Keep a "To Do" list. Write down things you need to do. Then decide what you need to get done right away and what can wait until later.


TIME MANAGEMENT SKILLS

  1. Plan ahead and stick to a schedule.
  2. Decide what you want to accomplish and how long you will spend on each subject or assignment.
  3. Break your workload down into manageable chunks.
  4. Don't procrastinate (that's a big word that means putting things off).
  5. Be aware of things that distract you or waste your time, and keep them to a minimum.


TEST TAKING SKILLS

  1. Ask what type of test you'll be taking (essay, multiple choice, true/ false, matching, etc.). It's likely that test questions will be similar to homework you have done.
  2. Don't cram. It's OK to spend extra time studying but don't try to learn everything in one night.
  3. Get plenty of rest the night before test day.
  4. Don't panic. If a question is too hard, skip it and come back to it later.


NOTE TAKING SKILLS

  1. Focus on the main ideas. Don't try to write down everything the teacher says.
  2. Use your own words.
  3. Keep your notes organized. They will be as important as the textbook.
  4. Review your notes every day. This will make things easier to remember when it's time to study for the test.


STRESS MANAGEMENT SKILLS

  1. Don't sweat the small stuff. Prioritize your activities and focus on the most important ones.
  2. Exercise. It takes your mind off things that are bothering you.
  3. Take care of yourself. Eat right and get enough sleep.
  4. Avoid drugs and alcohol. They do not reduce stress—they hide it.




..tanpa mengharap balasan dunia..


kalam Al-Imam As-Syatibi dalam bait-bait akhir ilmu Fawasil :

"Aku menghadiahkan selawat dan salamku kepada penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang merupakan sumber pengambilan ilmu ini,Ahli bait Baginda dan para sahabat,kerana mereka merupakan golongan yang mendapat keberkatan persahabatan dengan Nabi,yang merupakan pembawa ilmu ini kepada orang yang selepas mereka,iaitu para Tabi'in yang merupakan ahli ilmi, kerana mereka mendapat didikan daripada para sahabat.Mereka juga merupakan pengembang kepada ilmu ini dengan meletakkan kaedah-kaedah dan usul-usulnya dengan penuh zuhud tanpa mengharapkan pembalasan dunia..Wallahu a'lam...


Alhamdulillah..

3 Mahasiswi Qiraat Mansurah Kemalangan

MANSURAH, 19 Mei – Tiga Mahasiswi Qiraat tahun 1 Mansurah terlibat dengan kemalangan ketika sedang melintas jalan menuju ke Bank HSBC. Mereka dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta.

Nur Mahfuzah Mohd Roslan yang cedera di tangan serta dijahit dengan 11 jahitan, Nurul Ain Asmah Wahit cedera ringan di bahagian kepala dan perut, manakala Ummu Sofia Mohd Rostam cedera di bahagian kepala dan masih lagi dalam keadaan trauma.

Menurut Nurul Ain Asmah, mereka dalam perjalanan ke Bank HSBC, dan ketika melintas jalan mereka mengikut seorang lelaki warga tempatan dan mereka bersama lelaki itu dilanggar ketika hampir dekat pembahagian jalan berdekatan Bank HSBC Mansurah.

Ketiga-tiga mereka tercampak ke tengah jalan, Nur Mahfuzah dipercayai diseret jauh ke hadapan. Ketika kejadian mereka semua pengsan dan hanya sedar di hospital.

Ketika ini, mereka masih lagi ditahan di wad kecemasan untuk menerima rawatan susulan.

Turut bersama menziarahi, Saudara Muhammad Amirul Hasim selaku Pengerusi DPMM, Saudara Mohd Adham Hodari dan Saudara Mohd Zahimi Mohd Zhahid, Unit Pengetahuan & Pendidikan DPMM.

Saudari Solehah Harun (Naib Pengerusi HEWI 1 DPMM), Saudari Atiyqah Yusoff (Naib Setiausaha HEWI) Saudari Noor Akmaizan Yusof (Ketua Unit Penerangan & Penerbitan HEWI PMRAM), dan Saudari Nik Nor Azma Nik Abdullah (Ketua Unit Bendahari HEWI PMRAM) juga turut menziarahi mereka di Hospital Dauli. Sumbangan turut dihulurkan buat mangsa.

http://www.pmram.org/

saya: adik-adikku,semoga kalian cepat sembuh..

Lesen Judi Piala Dunia Menyanggahi Fikiran Bertamadun

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa pihak Kerajaan Pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus. Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut;

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa ‘tindakan pemerintah terikat dengan maslahah’. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri. Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.h:

“Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?! Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima. Al-Quran menyebut: (maksud)

“Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima. Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada ‘dilesankan’ atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan. Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi. Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa ‘judi adalah budaya kami’, atau ‘kebanggaan hidup kami’. Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang. Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah ‘taukeh’ sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen. Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat ‘hisap candu berlesen’ untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen? Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

7. Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

* Tersiar dalam Malaysiakini pada 09 Mei 2010.

http://drmaza.com/


saya: APA DAH JADI??!!!!


tanda ingatan buatmu,duhai adikku..^_^


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..KepadaMu kami sembah,dan kepadaMu jua kami meminta pertolongan..

titipan ini saya dedikasikan khas buat sahabat saya,merangkap adik saya yang amat saya sayangi:

NUR HANISAH MOHD AFANDI
(http://anissyuhada.blogspot.com/)
*act,kami sama umur,tapi panggilan kak long ni nama panggilan saya waktu di PLKN..lekat sampai sekarang^_^
_______________________
____________________________

Bismillahirrahmanirrahim..

Sahabatku,jujurnya kak long tak tau nak mulakan tulisan ni dari mana..tapi bila kak long baca blog nisah,kak long rasa makin kerdil .kak long juga muslimah yang masih mencari identiti diri dik,masih menjejak jalan-jalan mahmudah yang ditinggalkan Rasulullah SAW dan para sahabat..

di dalam ruang masa sesingkat ini,ingin kak long kongsikan sedikit pengisian,moga-moga kalam-kalam ini mampu menyiram roh keimanan kita agar terus mendekatkan diri kepada Allah..

adikku Hanisah,seindah namaMu..
pertama kali kak long bertemu nisah,kak long dapat rasakan kekentalan semangat yang ada pada diri nisah.masih ingatkan,kita sungguh2 berbincang macamana nak bertemu dengan jurulatih PLKN waktu tu,nak perjuangkan hak,kita taknak buat senaman aerobik depan lelaki,nak perjuangkan hak untuk terus bertudung labuh dalam kem..hihi,sampai sekarang kak long tersenyum sendiri bila mengenang perkara tu..baru sehari dua kita kenal,dah boleh membincangkan isu sebesar itu dalam keadaan segenting itu..masa tu,kak long bukanlah terlalu berani,tapi bila kak long dengar hujah nisah yang bernas(
sesuai sangat dengan title pendebat^_^) kak long dapat kekuatan luar biasa..Alhamdulillah..

adikku,kecekalan itu sebenarnya sudah sebati dengan jiwamu..
buktinya apa?
Allah menurunkan pelbagai ujian buatmu..tanda dirimu insan pilihanNya yang MAMPU untuk melalui rintangan segala.

Yakinlah adikku..
ALLAH sesekali tidak akan mensia-siakan tiap butiran air matamu yang gugur kerana mendambakan cinta dan keredhaanNya..
ALLAH sesekali tidak akan melupakan dirimu,dengan mujahadahmu yang tinggi untuk menuntut ilmu..
ALLAH,ZAT YANG MAHA PENYAYANG..
Sekali derap kaki ini melangkap ingin hampir padaNya..seribu langkah kasih-sayangNya kan hadir terlalu akrab,cukup hampir dengan kita..


adik..Syeikh kak long selalu berpesan,
apabila seorang hamba merayu dan merintih dengan linangan air mata di sepertiga malam,mengharap keampunan dan bantuan dari PenciptaNya,memohon berulang-ulang menyebut "YA RABB"...
Maka Allah,dengan keluasan rahmatNya menyahut seruan itu.
."NA'AM YA 'ABD" (Ya..wahai hambaKu)..Bermakna Allah sentiasa mendengar pengaduan kita siang dan malam..Subhanallah..Maha Suci Engkau Ya Allah..

justeru adikku,jangan berputus asa untuk terus meminta dan meminta..
doa hamba yang ikhlas pasti akan dimakbulkan,semua rahsia kehidupan ini tersimpan rapi di Luh Mahfuz..tugas kita sebagai hamba,berusaha dan terus berusaha untuk memperoleh RedhaNya..

dik..dunia ini sesungguhnya penjara bagi orang mukmin dan medan keseronokan bagi insan yang tiada iman..ubat kita adalah SABAR..kalau adik perhatikan,banyak ayat-ayat yang terkandung di dalam Al-Quran,menyeru kita agar SABAR & MENGERJAKAN SOLAT.sabar itu perit untuk dilalui kerana natijah yang dijanjikan terlalu suci yang murni..SYURGA ALLAH yang tak pernah terbayang di fikiran kita..jadi,mari kita sama2 maksimakan nilai SABAR di dalam hati ini..

kak long rasa,setakat ini dulu coretan kak long..insyaAllah,usai imtihan nanti kita berbicara panjang ye.nisah kuatkan semangat untuk habiskan MA tau.kak long tumpang bangga dengan kejayaan nisah..maaf atas segala kekhilafan..SALAM JUANG!^_^


Dosa-Dosa & Facebook


Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

3 Mei 2010

di sebalik yang tersurat dan tersirat itu...


عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: آُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْ هِ

وَسَلَّمَ یَوْمًا فَقَالَ: (( یَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ آَلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،

إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ یَنْفَعُوْ كَ

بِشَيْءٍ لَمْ یَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ یَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَ مْ

یَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ )) رواه الترمذي وقال

حدیث حسن صحيح،



Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai
anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah
akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau
meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan
dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat
kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang
memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu
dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu
perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran
telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.



Mesir..Mansurah..Tanta..Qiraat..JPMK..Perpindahan wafidin..
semuanya tersimpul erat dalam wacana ujian dari Allah untuk kita hayati dan dalami..

jujurnya,hingga kini,apabila mengenang nasib anak2 usrah saya,ahli bait saya,adik2 saya Qiraat tahun 1,saya terasa begitu sebak..sepanjang tahun ini boleh dikatakan banyak masa saya bersama mereka..bersama2 mereka ketika bertalaqqi dengan Syeikh Husin,menjaga mereka ketika program kolokium ilmuan dan yang paling mengujakan adalah diberi peluang oleh Allah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama mereka di dalam usrah..

adik2 ini adalah generasi baru yang amat menggembirakan saya..keaktifan mereka bertanya soalan kepada Syeikh sepanjang muhadharah dan kesungguhan mereka menuntut ilmu tanpa penat dan letih secara tidak langsung memberi kekuatan pada saya untuk terus menggali ilmu Allah di bumi Nabi Musa ini..

saya benar2 teruja,kali pertama saya menghadiri muhadharah Qiraat tahun 1 bersama Syeikh Husin,bertalu2 soalan yang mereka lontarkan andai wujud ketidak fahaman di dalam satu bab@tajuk.saya kagum dengan kesungguhan mereka berusaha untuk bercakap Arab walaupun kelihatannya agak susah,pokoknya usaha.rasanya kami dulu tidaklah seaktif ini,hingga Syeikh sering tersenyum menyindir kami,
"ya..kamu ulama',dah tak perlu tanya..sah?.."

melangkah pula saya ke maahad,dari kejauhan saya mendengar adik2 ini mengulang2 matan dengan penuh semangat bersama Syeikh Toha.saya takjub,walaupun mereka baru berada di tahun 1,namun mereka sudah hampir menguasai Jama' Qiraat dengan cukup baik..tahniah adik2 akak!

kini,kecekalan kalian diuji dengan cukup dahsyat.inilah fenomena yang secara peribadi amat saya geruni semenjak saya berada di tahun 1,tahun 2007..nama tidak muqayyad&tidak dibenarkan masuk peperiksaan..
khabaran ini masih hangat di Mansurah.masih sarat dengan pro dan kontranya.punca,keadaan dan keputusan telah kita maklumi.

hadirnya kalam ini untuk mengajak kita agar sama2 berfikir..di sebalik ujian ini pasti terkandung rahmat..

sahabat-sahabat sekalian,
kesusahan ini sama ada di peringkat kuliah,perubatan dan qiraat,semuanya terangkum dalam agenda yang sama-perlunya kesatuan fikiran yang satu dan jitu yang akhirnya dapat menjana kesatuan amal yang mantap.kita jelas,wujudnya kekhilafan di dalam permasalahan ini (sila rujuk blog DPMM) dan kita mencari satu titik yang sama untuk menyelesaikannya.

jangan putus asa untuk berdoa agar KEBENARAN DAPAT DITEGAKKAN dan KEBATILAN DAPAT DIRUNTUHKAN!



sahabat-sahabat sekalian,
di sebalik ujian ini juga,tersirat suatu iktibar kepada kita..sejauh mana IKHLAS DAN TULUSNYA hati kita merasai ilmu ini adalah amanah,bukan semata2 kerana peperiksaan.ALLAH mengurniakan hamparan nikmat yang cukup luas kepada kita untuk menuntut ilmu di daerah bertuah ini,bermakna setiap detik waktu kita perlu dimanfaatkan untuk ilmu.di dalam menghadapi kemelut ini,pohonlah kekuatan kepada Allah agar kita istiqamah menuntut ilmu,sentiasa teruja untuk menghafaz ilmu Allah dengan niat dengan ilmu ini nanti,kita dapat memanfaatkannya untuk Agama yang tercinta.

namun,janganlah disempitkan ilmu itu hanya mengadap kitab semata2,bermunaqasyah dan membincangkan isu ummat juga adalah ilmu kerana ia juga terkandung di dalam agenda murni
"Hablumminannas".berilah bantuan kepada sahabat2 yang memerlukan.apalah salahnya,di dalam senggang waktu kita mengulangkaji pelajaran,kita "hadiahkan" 5 minit masa yang kita ada untuk memberi kata2 semangat kepada sahabat2 yang mungkin amat memerlukan sokongan kita pada ketika itu.

ingatlah,apabila seorang insan meringankan bebanan yang ditanggung oleh insan lain,maka Allah akan meringankan pula urusannya melalui jalan yang tidak disangka..Maha Adilnya Allah melaksanakan hukum alam!

semoga Allah mengurniakan kita kekuatan hati yang sentiasa mencari hikmah di atas segala percaturan.


p/s: semoga Allah mengurniakan balasan syurga buat pemimpin2 kami yang cekal,sabar dan tabah sepanjang melaksanakan kebajikan untuk rakyat.penat,jerih dan perit ini pastinya dihitung sebagai amalan soleh di atas neraca timbangan.kami sentiasa mendoakan kalian,teruskan perjuangan!