Daisypath Anniversary tickers
Hati Seorang Ustazah

Bismillah.

Sepanjang berkecimpung dalam dunia dakwah dan motivator ini semenjak zaman sekolah menengah, pelbagai ragam manusia yang saya perhatikan. Syukur Alhamdulillah, Allah izinkan diri yang kerdil ni untuk bertemu dengan ramai manusia. Saya sendiri belajar dari pelbagai watak dan akhlak mereka. 

Dr Nur (bukan nama sebenar), salah seorang mad'u saya. Kali pertama beliau meminta saya untuk menyampaikan ilmu di rumahnya. Beliau jemput jiran-jiran dan sanak-saudara untuk datang. Sewaktu saya sampai, rasa kagum di hati. Subhanallah, tersergam indah rumah yang bagi saya cukup mewah. Beliau mempersilakan saya masuk. Ramah sungguh orangnya mashaAllah. Alhamdulillah, hadirin yang hadir juga ramai.

1 jam itu walaupun singkat, kami sempat berkongsi beberapa ilmu. Berbincang tentang karakter isteri solehah, ikon isteri solehah tak lain tak bukan Sayyidatina Khadijah dan sempat menyentuh perihal akhir zaman, bagaimana keluarnya Dajjal nanti. Mereka sangat gembira walaupun itu kali pertama mereka berkumpul dan berusrah bersama-sama.



Dalam satu majlis ilmu

Rasa seronok dapat bertemu kakak-kakak di sana. Seronok kerana walaupun mereka diberi kelebihan dari sudut harta, rumah mewah, kereta besar, pangkat tinggi tapi masih punya jiwa Tawadhuk,sifat merendah diri. "Ustazah, tolong bimbing saya. Saya nak jadi manusia yang lebih baik. Cukuplah hidup saya yang lalu.." Luah Dr. Nur. Dalam hati saya, hanya Allah Yang Maha Tahu. Rasa sebak, saat itu benar-benar terkenang akan perjuangan Nabi S.A.W..Nabi Murabbi ( Pendidik ) yang sangat baik, tempat para sahabat mengadu dan meminta pendapat, tempat para sahabat berkongsi rasa dan cita-cita. Nabi SAW adalah pemimpin, yang sangat sibuk, jadual Baginda sangat padat, tetapi tak pernah penat untuk berbuat baik kepada umat. 

Saya genggam erat tangan Dr. Nur, "Akak, Allah Maha Baik. Bila kita ikhlas melafaz taubat, azam sungguh-sungguh nak berubah, Allah meluaskan rahmat dan kasih-sayangNya. Allah akan terima taubat tu." Saya benar-benar berkata dari hati. Kerana saya juga pernah jatuh dalam hidup, dan berusaha untuk bangun dan menapak kembali. Tercari-cari bantuan dan kasih-sayang. Dan Allah tak pernah lupa kepada hamba yang meminta. Terasa doa saya diterima walau diri ini tidak sempurna.

Terima kasih Ya Allah, Segala Puji bagiMu yang mengizinkan aku menyampaikan kepada manusia lain, bahawa Engkau Maha Baik, Maha Lemah Lembut kepada makhluk, Maha Penyayang untuk mendengar segala pengaduan. Semoga ramai hati-hati manusia kembali kepadaMu Ya Allah. Amin..

2 comments:

ain said...

Hi Admin! Tumpang iklan jap ya. KUALITI YANG MEMUKAU MATA ANDA DARI Al Aqsa Carpets. Boleh klik link bawah untuk lihat produk yang ada dan serta promosi sepanjang bulan ramadhan.

Barang Berkualiti Dengan Harga Kilang!

https://www.alaqsacarpets.com/

waleransachdev said...

Casino Apps for iOS and Android - JTM Hub
Download this app from Google Play and enjoy it on 진주 출장마사지 your iPhone, 문경 출장샵 iPad, and iPod 삼척 출장샵 touch. Casino Games App - Casino Apps App: Casino Slots Games 성남 출장마사지 Game 강원도 출장마사지 Slots