:: CUKUPLAH MATI SEBAGAI PERINGATAN ::


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..

Allah mengingatkan kita di dalam firmanNya bahawa Allah menjadikan jin dan manusia itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyembah Allah serta melaksanakan ketaatan kepadaNya..namun manusia sering lupa malah berani mengingkari perintahnya..

:: PERINGATAN ITU MENYEDARKAN ::
Setiap hari mendengar berita dan melihat akhbar menceritakan bertambahnya kematian akibat H1N1,terasa hati ini semakin pilu..Allahu Akbar..musibah ini sesungguhnya adalah pengajaran buat ummat manusia..bagaimana mudahnya virus ini merebak dan tidak mampu dihindari oleh manusia yang sememangnya lemah.cuba kita renungi..kehidupan kita sehari2 sering melupakan Allah.rasanya semua rakyat Malaysia mengakui..kebanyakan (dan boleh dikatakan majoriti) program2 televisyen adalah berunsurkan hiburan.sebagai wanita sejujurnya saya malu..malu apabila melihat kaum sejenis saya mendedahkan aurat dan beraksi ghairah dengan gahnya di layar perak.Astaghfirullah..sedangkan Allah telah menurunkan rujukan dan pedoman..Allah telah menasihatkan kita bahawa mendedahkan aurat itu haram.bermakna tidak ada kompromi untuk menayangkan aurat di khalayak umum..kadangkala tersentak apabila terlihat aksi lelaki dan wanita yang bukan mahram berpelukan sebagai suami isteri di kaca TV.manusia sudah semakin berani..maka Allah Yang Maha Kuasa menurunkan peringatanNya melalui wasilah penyakit2 ini,supaya kita kembali kepada Allah.kita kembali menyembah Allah dengan benar2 keikhlasan dan keinsafan..meninggalkan maksiat yang selama ini menjadi keseronokan kepada hati dan jiwa..

:: MATI SEBAGAI PERINGATAN ::
2 hari lepas,saya dan suami meneruskan agenda dakwah kami ke SMK Telok Sentang,Temerloh.Usai menyampaikan ceramah,kami diberitakan kematian tukang kebun sekolah tersebut sehari sebelum itu.Innalillah wa inna ilaihi Raji'un..menurut Pengetua,Allahyarham terlibat dengan kemalangan dalam perjalanan pulang ke rumahnya.Orangnya baik dan penyayang..sekarang warga sekolah masih merasai kehilangannya..semoga rohnya dicucuri rahmat..

Dalam perjalanan balik,kami bermuhasabah..suami menceritakan semula detik2 kematian sahabat karibnya,Allahyarham Mohd Farham lebih kurang 5 tahun yang lalu.Suami saya berada di sisi Allahyarham pada saat beliau koma hinggalah saat memasukkan jenazah ke liang lahad.Subhanallah,kagum di hati melihat persahabatan mereka..kata suami,pemergian Allahyarham cukup cantik.Meninggal pada 27 Ramadhan,dan pada saat itu wajahnya cukup tenang,lena di dalam tidurnya dan ramai sekali manusia yang menyembahyangkan jenazahnya..Alhamdulillah,Allahyarham pergi sebagai hamba Allah yang taat dan anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya..

kami berbual dan berkongsi cerita hinggalah sampai ke rumah,bercerita tentang kematian.."Macamanalah keadaan kita nanti Ain..Allahu Akbar.." suami membisikkan kalimah itu ke telinga saya..
Semalam,kami mendapat berita kematian lagi..seorang pakcik meninggal dunia di Kg Baru,bersebelahan dengan kampung kami..suami dan abah bergegas menziarahi mereka..Lebih kurang pukul 12 tgahari,suami pulang dan berehat sebentar di depan TV sementara saya meneruskan kerja di dapur.Tiba2 dia memanggil,"Ain,mari sini cepat!" Hampir terlepas senduk di tangan saya sebab terkejut yang teramat..Rupa-rupanya kami mendapat berita kematian lagi..

Berita di TV1 menyiarkan berita kematian Ustaz Asri Rabbani..Innalillah wa inna ilaihi Raji'un..berita tersebut menyiarkan saat2 Us Asri rebah 10 minit sebelum Program yang beliau hadiri bermula.Sayu..cukup sayu..Menurut sahabat yang bersama beliau,Ustaz sempat meminta Al-Quran dan tak lama selepas itu dia menyebut "Allah.." dan terus rebah.MashaAllah,betapa mudahnya Allah menarik nyawa ini kembali..

:: PELUANG MENYIAPKAN BEKAL ::
Benarlah pesanan Rasulullah SAW..orang yang mengingati itu adalah insan yang cerdik..kerana dia bijak menyiapkan bekal untuk menempuh akhirat yang kekal..apabila mati,kita takkan kembali ke dunia ini,tak dapat lagi beramal,solat,puasa,baca Quran..semuanya berakhir..maka peluang dan kesempatan umur yang berbaki inilah wajib dimanfaatkan sebaiknya.dunia ini singkat,akhirat yang kekal selama2nya..Kita tak dapat menjangka bila dan di mana kita akan mati.kita tak dapat mengagak dalam keadaan bagaimana roh kita akan ditarik.Alangkah bersyukurnya andai roh kita diambil dalam kita melaksanakan ketaatan kepada Allah..
Siapkanlah bekal agar di sana nanti kita tidak akan kerugian..
AL-FATIHAH...

0 comments: