Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..KepadaMu kami sembah,dan kepadaMu jua kami meminta pertolongan..
titipan ini saya dedikasikan khas buat sahabat saya,merangkap adik saya yang amat saya sayangi:
NUR HANISAH MOHD AFANDI
(http://anissyuhada.blogspot.com/)
*act,kami sama umur,tapi panggilan kak long ni nama panggilan saya waktu di PLKN..lekat sampai sekarang^_^(http://anissyuhada.blogspot.com/)
___________________________________________________
Bismillahirrahmanirrahim..
Sahabatku,jujurnya kak long tak tau nak mulakan tulisan ni dari mana..tapi bila kak long baca blog nisah,kak long rasa makin kerdil .kak long juga muslimah yang masih mencari identiti diri dik,masih menjejak jalan-jalan mahmudah yang ditinggalkan Rasulullah SAW dan para sahabat..
di dalam ruang masa sesingkat ini,ingin kak long kongsikan sedikit pengisian,moga-moga kalam-kalam ini mampu menyiram roh keimanan kita agar terus mendekatkan diri kepada Allah..
adikku Hanisah,seindah namaMu..
pertama kali kak long bertemu nisah,kak long dapat rasakan kekentalan semangat yang ada pada diri nisah.masih ingatkan,kita sungguh2 berbincang macamana nak bertemu dengan jurulatih PLKN waktu tu,nak perjuangkan hak,kita taknak buat senaman aerobik depan lelaki,nak perjuangkan hak untuk terus bertudung labuh dalam kem..hihi,sampai sekarang kak long tersenyum sendiri bila mengenang perkara tu..baru sehari dua kita kenal,dah boleh membincangkan isu sebesar itu dalam keadaan segenting itu..masa tu,kak long bukanlah terlalu berani,tapi bila kak long dengar hujah nisah yang bernas(sesuai sangat dengan title pendebat^_^) kak long dapat kekuatan luar biasa..Alhamdulillah..
adikku,kecekalan itu sebenarnya sudah sebati dengan jiwamu..
buktinya apa?
Allah menurunkan pelbagai ujian buatmu..tanda dirimu insan pilihanNya yang MAMPU untuk melalui rintangan segala.
Yakinlah adikku..
ALLAH sesekali tidak akan mensia-siakan tiap butiran air matamu yang gugur kerana mendambakan cinta dan keredhaanNya..
ALLAH sesekali tidak akan melupakan dirimu,dengan mujahadahmu yang tinggi untuk menuntut ilmu..
ALLAH,ZAT YANG MAHA PENYAYANG..
Sekali derap kaki ini melangkap ingin hampir padaNya..seribu langkah kasih-sayangNya kan hadir terlalu akrab,cukup hampir dengan kita..
adik..Syeikh kak long selalu berpesan,
apabila seorang hamba merayu dan merintih dengan linangan air mata di sepertiga malam,mengharap keampunan dan bantuan dari PenciptaNya,memohon berulang-ulang menyebut "YA RABB"...
Maka Allah,dengan keluasan rahmatNya menyahut seruan itu.."NA'AM YA 'ABD" (Ya..wahai hambaKu)..Bermakna Allah sentiasa mendengar pengaduan kita siang dan malam..Subhanallah..Maha Suci Engkau Ya Allah..
justeru adikku,jangan berputus asa untuk terus meminta dan meminta..
doa hamba yang ikhlas pasti akan dimakbulkan,semua rahsia kehidupan ini tersimpan rapi di Luh Mahfuz..tugas kita sebagai hamba,berusaha dan terus berusaha untuk memperoleh RedhaNya..
dik..dunia ini sesungguhnya penjara bagi orang mukmin dan medan keseronokan bagi insan yang tiada iman..ubat kita adalah SABAR..kalau adik perhatikan,banyak ayat-ayat yang terkandung di dalam Al-Quran,menyeru kita agar SABAR & MENGERJAKAN SOLAT.sabar itu perit untuk dilalui kerana natijah yang dijanjikan terlalu suci yang murni..SYURGA ALLAH yang tak pernah terbayang di fikiran kita..jadi,mari kita sama2 maksimakan nilai SABAR di dalam hati ini..
kak long rasa,setakat ini dulu coretan kak long..insyaAllah,usai imtihan nanti kita berbicara panjang ye.nisah kuatkan semangat untuk habiskan MA tau.kak long tumpang bangga dengan kejayaan nisah..maaf atas segala kekhilafan..SALAM JUANG!^_^
0 comments:
Post a Comment