Di Atas Rantaian Ukhwah Ini..


Mei 2004.

Saya mula mendaftarkan diri di Darul Quran JAKIM.Membawa cita-cita tinggi untuk menghafaz Al-Quran,bidang yang menjadi kecintaan saya sejak kecil.Lebih kurang seminggu saya dan kawan-kawan menjalani orientasi.


Saya mula bertemunya di Masjid Darul Quran.Taaruf dimulakan dengan berbalas senyuman,tanpa disengajakan."MashaAllah,comel," bisik saya di dalam hati.Kami tidak sempat berbual apa-apa kerana masa yang perlu ditepati selaku peserta orientasi.


Minggu orientasi selesai,alangkah seronoknya.Setiap hari kami bertembung lagi di Masjid Darul Quran,tempat yang paling utama dan selesa bagi pelajar-pelajar Darul Quran menghafaz Al-Quran.Masjid yang luas,ditambah lagi dengan pemandangan tasik yang cantik mengelilingi kawasan masjid,membuatkan hati terasa amat tenang.


"Assalamualaikum,Diyana sihat?" saya menegurnya ketika kami bertembung ingin mengambil rehal untuk meletakkan Al-Quran yang ingin dibaca.


"Waalaikumussalam.Alhamdulillah sihat.Dah habis ye orientasi.." Dia membalas sapaan saya dengan senyuman.


"Ya,habis dah.Lega.." kami sama-sama tersenyum mesra.


Saya suka memilih kawasan di tepi sebelah kiri masjid untuk menghafaz dan mengulang Al-Quran.Terasa lebih privasi.Diyana pun begitu.Tempat kami mengulang agak hampir cuma kebiasaannya dia di hadapan sedikit.


Kami hanya sempat berbual apabila waktu hendak pulang ke asrama,ketika masing-masing sibuk menyarung jubah,pakaian rasmi pelajar banat( perempuan) di sini.


Rupa-rupanya bilik kami di asrama tidaklah jauh mana.Sering saya bertembung dengannya.Sahabat saya ini murah dengan senyuman.Barulah saya tahu dia merupakan pimpinan bagi pelajar-pelajar Persijilan Darul Quran pada tahun itu.Memang patutlah dia sentiasa kelihatan sibuk ke sana sini dengan menggenggam fail-fail dan buku.


Masjid mempertemukan kami dan masjid jugalah yang mengeratkan kami.Dia sering memberikan nasihat dan perkongsian ringkas kepada saya tentang rencah hidup sebagai hafizah Al-Quran.Maklumlah,saya masih baru dalam bidang yang mencabar ini.Setiap kali selepas Asar,pelajar banat akan diisi dengan slot tazkirah oleh pimpinan ataupun individu sukarela,dan Diyana sering menyampaikan tazkirah ketika itu.


Lebih kurang setahun setengah kami berkenalan di Darul Quran,Diyana meneruskan pengembaraan ilmunya di UIAM.Bermula detik itu kami terus terpisah


Alhamdulillah,dengan berkembangnya teknologi hari ini,saya dapat menjejaki semula sahabat-sahabat lama di facebook,termasuklah Diyana. Rupanya Diyana sudah berumahtangga.Gembira di hati melihatnya bahagia,walaupun hampir enam tahun kami tidak bersua muka.Saya sentiasa mengikuti perkembangannya dan sahabat-sahabat satu batch dengan beliau yang agak rapat dengan saya,antaranya Afzan,Ruby,Syeril dan Mahani.


Lebih gembira di hati ini bila mengetahui Diyana sudah beroleh cahaya mata,seorang puteri yang diberi nama Nurhanan Insyirah binti Ahmad Khalil.Bayi ini lebih kurang usia anak saya,Muhammad Muadz.Wajahnya persis wajah si ibu,sangat comel mashaAllah.




14 OKTOBER 2011


Jumaat,jam 7 malam waktu Saudi.


" Kak,Kak Diyana dah takde.Al-Fatihah.." Mesej ringkas yang dihantar oleh adik saya,Nur Ilyani yang sama-sama belajar di Darul Quran itu mengejutkan saya dan serentak dengan itu memecahkan empangan airmata.


Persoalan terjawab.
Sepanjang minggu itu saya sangat merindui Diyana,Syeril,Ruby,Afzan dan sahabat-sahabat batch mereka.Agak pelik rasanya.Bertahun-tahun kami tidak berjumpa,malah langsung tidak bermesej.Tapi kerinduan ini amat mendalam,apabila mengenangkan kami sama-sama pernah menuntut ilmu di bumi Al-Quran,sama-sama nasihat-menasihati di atas jalan kebenaran.Ukhwah ini terasa sungguh erat,mereka saya rasakan sangat dekat.


Minggu itu juga ketika saya singgah di facebook Diyana,baru saya tahu yang beliau menghidap penyakit SLE.Air mata mengalir saat membaca doa-doa dari sahabat-sahabat beliau.Ya Allah,beratnya ujian yang sedang ditanggung oleh sahabatku.Sempat saya menitipkan doa dan semangat buatnya di wall,tapi saya yakin beliau tidak sempat membacanya kerana ketika itu beliau sedang bertarung melawan penyakit di hospital.


Saya membaca kembali mesej dari Ilyani sebentar tadi.Seperti tidak percaya.Diyana sudah pergi..


Beliau seorang wanita yang solehah dan sangat menjaga kehormatan diri.Beliau rajin mengerjakan Qiyamullail dan solat-solat sunat,rajin menghadiri majlis ilmu.Dan yang pasti,Al-Quran yang menjadi amanahnya sentiasa dan tidak jemu dibaca.Saya yakin beliau pergi dalam keadaan yang tenang,hamba solehah yang gembira bertemu RabbNya.


Keesokan harinya Ilyani terus mengirim berita Allahyarhamah kepada saya.


"Yani kat rumah arwah.Nak simpan pukul 11 waktu Malaysia.Menitis air mata tengok buah hati arwah dan suami berusia 5 bulan..baby ikut muka arwah.."


Air mata saya mengalir lagi.Sedaya upaya saya membalas mesej Yani,


"Allah sayangkan Kak Diyana.Dia sangat baik,dia kembali pada Allah dalam keadaan diredhai Allah dan suami..yani,mesti muka kak Diyana tenang kan sekarang?Akak teringin nak tengok muka baby arwah.yani tolong ambil gambar baby nanti ye.akak tunggu update dari yani.terima kasih banyak-banyak dik.."


"InsyaAllah kak..Baby Hannan sangat comel.Tak meragam pun walaupun bagi susu formula..macam tahu-tahu je.."


Terkenangkan anak Allahyarhamah,Nurhanan Insyirah.Allah pasti menjagamu nak.Allah takkan biarpun dirimu keseorangan tanpa bimbingan dan kasih-sayang.Kamu beruntung lahir dari rahim ibu yang solehah,yang sangat dekat dengan Allah dan sangat tegar dalam perjuangan.


Seharian saya tidak senang duduk.Setiap saat bibir ini melafazkan doa,moga-moga Allahyarhamah tergolong dalam golongan hambaNya yang solehah dan dihimpunkan bersama wanita-wanita Syurga,amin..


Mesej terakhir Ilyani pada hari itu benar-benar mengujakan saya..
"Alhamdulillah arwah dah selamat dikebumikan.Arwah macam tidur lena.."


Alhamdulillah..Allahu Akbar..Benarlah janji Allah sepertimana dalam firmanNya:


"Wahai jiwa yang tenang!Kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang redha dan DiredhaiNya.Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu,dan masuklah ke dalam SyurgaKu."
( Surah Al-Fajr : Ayat 27- 30)


Sahabatku,moga dirimu tenang di sana..



Allahyarhamah Diyana pada majlis pertunanganAnak Allahyarhamah:Nurhanan Insyirah

8 comments:

~albazrah~ said...

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun... Al-Fatihah. Sedihnya. Semoga suami dan anakandanya diberi kekuatan oleh Allah.

sitiezahim said...

Al Fatihah..sedihnya..innalillah..semoga baby hannan membesar menjadi solehah seperti ibunya..insyaAllah

Ummu 'Umar said...

Al-Fatihah... Sangat3 sedih jugak, setiap kali baca kisah-kisah Diyana mesti menitis air mata.. Syurga tempat untuk Allahyarhamah inshaAllah..

Rasyafiqa said...
This comment has been removed by the author.
mmk said...

salam..

bergenang airmata baca coretan ainun tentang diyana ni..masyaAllah,dia memang seorang muslimah yg solehah...semoga rohnya ditempatkan bersama para solehin,ameen..

ainun apakbr? tahniah atas kelahiran si comel muadz..rindu ainun..ade hajat nak dtg mesir lagi tak? rindu nak bual2 berisi dgn ainun lagi...take care sahabat..

UMAIR INSYIRAH said...

albazrah & sitiezahim: amin..trima kasih kak sudi ziarah..

UMAIR INSYIRAH said...

ummu umar : amin..dia isteri yg solehah..moga kta dpt mncontohinya..

UMAIR INSYIRAH said...

mmk: tq syida sudi ziarah sini..mmg saangat2 rindu nk gi mesir.hajat nk ke sana mmg ada,i.allah 1 hari nnti:)alhmdulillah km di sini sihat..:)