Nasi Maqlubah Mak Long.Kredit untuk Prof Kamil:)
Malam semalam saya dan suami mendapat jemputan dari Pak Long Isa dan Mak Long Normah.Hajat di hati sebenarnya ingin menziarahi pak long dan mak long sebelum mereka pulang ke Malaysia pada hari Rabu ini.Kebetulan pula,pak long dan mak long menjemput Profesor Kamil dan Kak Roza pada waktu yang sama.Alhamdulillah,dapatlah saya berkenalan dan berborak panjang dengan Kak Roza yang baru menetap di Madinah sejak sebulan yang lalu.
Pak Long dan Mak Long sudah kami anggap sebagai ayah dan ibu kami di Madinah ini.Mereka berasal dari Kedah, sudah menetap di sini lebih kurang 47 tahun.Cukup lama kan?Alhamdulillah,rezeki dari Allah..
Sementara mak long memasak,saya dan Kak Roza berbual panjang.Kak Roza cukup ramah orangnya,anak-anaknya pula Amirul dan Sofiyya sangat suka dengan baby.Terhibur hati saya melihat Amirul pandai memangku dan bermain dengan Muadz.Ahmad,cucu Pak Long pula menambahkan kemeriahan suasana.Ahmad kalau tidak silap saya berumur dua tahun lebih.Keletahnya yang cerdik dan pandai bercakap Arab sangat mencuit hati kami.
Hidangan sudah sampai..Nasi Maqlubah,Mee Bandung,Basbousa,Salatah terhidang di depan mata.
"MashaAllah,banyaknya mak long!kak Roza,mak long ni pakar masak kat Madinah ni tau." saya bersuara menghidupkan suasana.
"Mak long masak camana ni?" Kak Roza pula berminat untuk menuntut resepi.
"Ni spagetti ke mak long?" tanya saya pula.
"Tak..mee ni mak long buat sendiri.mak Long beli mesin dia,buat sendiri ja.." mak Long terus menjawab soalan kami.
Selera kami makan sampai bertambah-tambah.MashaAllah,memang sedap!
Maqlubah, atau maknanya masakan yang diterbalikkan (upside down) adalah satu resepi yang masyhur di Jordan. Ia adalah masakan yang berasaskan nasi dan mempunyai aroma yang sungguh menyelerakan.
Basbousa pula sejenis halawah ( manisan) yang menjadi kegemaran orang Arab.Teringat waktu di Mesir dulu,saya kurang berminat untuk makan manisan atau kuih-kuih Arab ni sebab kadang-kadang terlalu manis.
PESAN KAK ROZA

"Ainun teruskan menulis.Menulis ni kena mula,kena selalu tulis.Setiap hari biasakan tulis satu page,30 hari dah 30 page kan?"
Nasihat Kak Roza saya tanam dalam-dalam di hati.Kak Roza seorang penulis dan telah menulis 2 buah buku antaranya bertajuk "Travelog Cinta Abadi."Suaminya pula saya rasa satu Malaysia sudah maklum-Profesor Kamil yang menulis buku "Travelog Haji."
Syukur Alhamdulillah,Allah temukan saya dengan mereka.Supaya saya tidak terhenti usaha di sini malah berganda-ganda semangat untuk menghasilkan yang terbaik buat ummah melalui mata pena.
Hari ini saya bukan sahaja dapat menikmati Nasi Maqlubah dan Basbousa yang sangat sedap,malah dapat mendengar nasihat-nasihat dari Kak Roza yang sangat lazat..Alhamdulillah!
3 comments:
Salam ainun. Seronoknya dapat makan makanan yg enak-enak dan dapat pula jumpa kak roza. Seronok sekali rasanya kakchik membaca kisah kehidupan di sana w/pun kakchik tahu di mana-mana pun jika kita dekat dgn Allah, insyaAllah seronok.
wslm..Alhamdulillah mmg seronok kak chik..ye kakchik,bila kita dekat dgn Allah,insyaAllah hati kita tenang sntiasa.cuma di Madinah ni,ketenangan n keberkatannya sgt terasa..
Salam sejahtera Ainun,
Bacalah dengan nama Tuhanmu. Tulislah dengan nama Tuhanmu.
Bukankah Tuhnmu yang maha pemurah mengajarkan manusia melalui pena dan tulisan?
Post a Comment