Saya memilih untuk membuat Master in coursework and research secara full time.
Saya akan mengikuti pengajian di kuliah selama 2 sem dan 2 sem yang berbaki akan fokus kepada penulisan tesis.
Semester ini saya membuat keputusan untuk mengambil 3 subjek sahaja : Research Methodology,Ulum Al-Quran dan Manhaj Pentafsiran Al-Quran.
Syarat Master di UIAM,sebelum mengambil subjek-subjek Master,pelajar perlu mengambil ujian Bahasa Inggeris dahulu ( EPT).Apabila sudah lulus barulah boleh memasuki kuliah bagi subjek-subjek Master.
Alhamdulillah,syukur kepada Allah.Master sangat seronok.Terasa kita benar-benar menggali ilmu sedalam-dalamnya . Kalau waktu degree dulu Syeikh banyak tolong terjemah apa yang tak faham,tolong dapatkan kitab-kitab yang kita perlukan untuk satu-satu subjek,tetapi apabila bergelumang di dalam dunia Master semuanya kita kena buat sendiri.Paling penting kita perlu aktifkan minda untuk rajin membuat analisis.Kaji,kaji dan kaji..Alhamdulillah sangat seronok.
Pensyarah saya sangat menekankan tentang amanah sebagai cendekiawan ummah.
"Kamu akan bergelar ulama pada masa akan datang,akan bergelar pakar akademik.Belajar bersungguh-sungguh,banyakkan membaca dan mengkaji."
Subhanallah,sebenarnya bukan mudah belajar pada masa yang sama sibuk menguruskan anak-anak kecil.Belajar sambil memangku anak sudah menjadi perkara biasa.Kadang-kadang baru sahaja hendak membuka kitab,anak menangis mahu itu ini.Itu hak mereka sebagai anak dan sebagai ibu InsyaAllah saya akan berusaha untuk tidak culas melaksanakan amanah.Biarpun agak sukar tapi kerana cinta mendalam kepada ilmu InsyaAllah saya akan teruskan.
Perginya Ibu Tercinta
-
بسم الله الرحمن الرحيم “Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan
bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.
Ketika itu ses...
4 weeks ago
3 comments:
Assalamualaikum,saya bercadang nak ambil master dlm al-quran assunnah, betul ke kita kena hantar permohonan pada bulan jun, dan utk test bahasa arab dan bi tu perlu ambil bila?
Wslm..ya,hantar permohonan pd bulan jun.selepas tu tunggu surat tawaran dari UIAM..test bi akan dijalankan biasanya sminggu@ 2 minggu selepas pendaftaran.waktu pendaftaran akan dimaklumkan.
salam sis. saya baru habis degree di utm dan bercadang nak smbung master di uia dalam architecture& environmental design. perlu ke ada qualification IELTS dan bahasa arab untuk smbg di uia? kalau takda macam mana?
Post a Comment