Daisypath Anniversary tickers
MABRUK BUAT USU & SUAMI ! ^_^



Bismillahirrahmanirrahim
Maha Suci Allah yang menciptakan manusia & kepadaNya jua kita akan kembali..


Semalam, sedang saya menyiapkan master plan untuk projek saya minggu ni, tiba-tiba sampai mesej dari suami tercinta dari Madinah sana .

" salam..ain , ipin baru bagitau yang dia dapat baby hari ni !
anak lelaki =) "

Alhamdulillah..syukur padaMu ya Allah..saya dapat rasakan yang suami juga amat gembira dengan berita ni =)

us arifin adalah kawan baik suami semasa di DQ dan sedang menuntut di Universiti Ummul Qura Makkah, manakala zaujahnya ustazah hamizah (usu) adalah anak usrah saya semasa di DQ dulu.

Kerana terlalu gembira dengan berita ini, saya terus menghantar mesej pada usu yang bersalin di malaysia..

" slm alaik,usu ,tahniah!usu dah brsalin ye? ateh hepi sgt2 dgar
berita ni=)
" Alhamdulillah , usu dah selamat bersalin ateh. ateh dapat cucu
barulah ye =)"
" usu, pukul berapa bersalin?berapa berat baby? usu ok? "
tanya saya dengan sangat excited ^_^
" alhamdulillah usu ok..usu bersalin pukul 9.20 pagi . berat baby 3.4 kg ateh..sehat molek, he2" =)

Syukur alhamdulillah..semuanya selamat. kuatnya semangat usu,mengandung dalam keadaan berjauhan dengan suami & melahirkan permata hati dalam keadaan suami tiada di sisi..mashaAllah,semoga Allah berkati usu dan suami selamanya. moga ketabahan usu dan suami menjadi sebutan seluruh penduduk langit dan bumi..amin..

nampaknya dah bertambah cucu saya sekarang=) sebelum ni, syazila (anjang) selamat melahirkan anak perempuan , Alia namanya..masha Allah,sangat comel seperti ibunya =)
moga kita semua dikurniakan kekuatan untuk mendidik permata hati kita sebaik-baiknya kerana Allah. Mungkin merekalah nanti yang akan tampil sebagai Umar Al-Khattab dan As syahidah Zainab Al-Ghazali yang kedua !

1 comments:

$hakirShafiee™ said...

kami pun sronok,makin bertanbah anak sedara kami!!ustazah bila lagi?huhuhu