Daisypath Anniversary tickers
:; MUSLIMAH : POSISI SEBAGAI ANAK PANAH ISLAM ::

-gambar hiasan-


Setiap muslimah pendokong gerakan Islam mestilah benar-benar menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang tersendiri di dalam membina kekuatan ummah dan mendorong perjuangan Islam ke mercu kejayaan.Walaupun mereka dikenali sebagai golongan yang lemah-lembut,namun dari fakta sejarah telah memberikan sumbangan yang sangat besar ertinya kepada perjuangan Islam.


Sejak awal kelahiran Islam sehinggalah cahaya Islam menerangi Jazirah Arab dan kawasan sekitarnya, medan perjuangan Islam tidak pernah sunyi daripada penyertaan angkatan muslimah.Mereka adalah sayap kiri perjuangan Islam,turut serta mengharungi liku-liku perjuangan menghadapi rintangan,meniupkan semangat,mengorbankan harta-benda,sanggup melepaskan anak-anak dan suami yang mereka cintai malah ada di kalangan mereka yang gugur syahid kerana memperjuangkan Islam.


SAIYIDATINA KHADIJAH..SURI TELADAN SEPANJANG ZAMAN


Saiyidatina Khadijah Binti Khuwailid R.A salah seorang daripada penghulu segala wanita di dunia ini merupakan contoh muslimah yang terlibat secara langsung di dalam Harakah Islamiah yang dibawa oleh suami beliau,Nabi Muhammad SAW.


Beliau merupakan simbol wanita yang beriman,jujur dan bersifat dermawan lagi penuh kesetiaan,gigih,berani dan terdidik serta petah berkata-kata. Beliau bertanggungjawab meniupkan semangat dan memberi peransang kepada suaminya di dalam menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi dari kaum Quraisy Makkah ketika itu.


Dalam melaksanakan urusan rumahtangga, walaupun Sayyidah Khadijah menanggung beban yang berat, betapa dia benar-benar bahagia kerana melaksanakan seluruh tugasnya itu dengan penuh keikhlasan, menjaga pendidikan putera-puterinya serta memastikan segala keperluan keluarga khususnya suami dipenuhi sesempurnanya.Beliau berusaha mewujudkan sebuah rumahtangga yang aman damai untuk suaminya, kerana beliau tahu betapa penat dan jerih-payah suaminya berdakwah.

Kaum Quraisy mengambil tindakan memulaukan keluarga Bani Hashim dan orang-orang Islam dengan memutuskan hubungan ekonomi dan sosial dengan mereka. Sayyidah Khadijah tetap bersama di dalam perjuangan suaminya walaupun terpaksa mengalami penderitaan akibat daripada pemulauan tersebut sehingga menjejaskan kesihatannya.

Kesan dari pemulauan ini menyebabkan penyakitnya bertambah tenat dan akhirnya beliau pulang ke rahmatullah. Pada tahun yang sama,bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abu Talib juga meninggal dunia.Tahun ini dianggap sebagai tahun dukacita oleh Rasulullah SAW kerana Baginda kehilanga dua orang yang membantu dan melindungi Baginda dari ancaman musuh-musuh Islam.Disebabkan kebaikan dan keprihatinan Khadijah yang begitu tinggi ini,sehinggakan tahun kematian beliau dan bapa saudara Rasulullah digelar sebagai "Tahun Dukacita" oleh Rasulullah. Bahkan isteri Baginda,Saiyidatina 'Aisyah mencemburui Khadijah kerana walaupun Khadijah telah tiada tetapi Nabi SAW masih menyebut-nyebut nama istimewa tersebut.Demikianlah hebatnya Siti Khadijah Al-Khuwailid,isteri pertama Rasulullah SAW.

Sejarah perjuangan Islam telah mencatatkan bahawa suatu gagasan penggerak dakwah Islamiyyah yang ulung,iaitu "Safwah Al-Mukhtarah" telah muncul pada permulaan dakwah Islam tersebut.Kemunculan mereka merupakan kebangkitan suatu ummah yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. Jumlah kumpulan ini kira-kira 60 orang dan seperempat daripada mereka terdiri daripada wanita. Di antara mereka adalah :

1- Ummu Al-Fadhl binti Harith
2- Asma' binti Umais (isteri Ja'afar bin Abi Talib)
3- Khadijah binti Khuwailid
4- Aminah binti Khalid (isteri Khalid bin Said)
5- Fatimah (isteri Abu Ahmad bin Jahsyin )
6- Asma' (isteri 'Iyasy bin Abi Rabi'ah)
7-Sumayyah binti Khayyat (isteri Yasir bin Amir)
8- Fatimah binti Khattab (adik Umar bin Al-Khattab)
9- Hafsah binti Umar (isteri Khurasi' bin Huzafah)
10- Fatimah (isteri Khatib bin Al-Harith)
11- Fukaihah ( isteri Khattab bin Al-Kharith)
12- Ramlah (isteri Abdullah bin Maz'un)

Generasi awal yang menjadi pelopor dalam Harakah Islamiyyah ini sentiasa berdiri teguh dalam perjuangan Islam. Mereka mempunyai keimanan yang kental dan tahap pengorbanan yang begitu tinggi.Pengorbanan wanita dari kalangan generasi pelopor ini dapat dilihat dari kisah-kisah yang berlaku ke atas Sumayyah iaitu isteri Yasir dan ibu kepada Ammar.Beliau sekeluarga telah disiksa oleh orang-orang Quraisy sehingga mendapat penghormatan sebagai syahid yang pertama bersama suaminya Yasir.

Selain daripada Sumayyah,wanita-wanita yang turut disiksa ialah Zunairah Al-Nahdiyyah dan anak perempuannya serta Ummu Abyas. Mereka terdiri daripada hamba-hamba yang menganut Agama Islam tanpa merasa gentar menghadapi siksaan tuan-tuan mereka.

Semoga Allah terus mencurahkan keberanian,ketabahan dan kecekalan buat muslimah-muslimah akhir zaman ini..











0 comments: