"kak yah,adik dapat PLKN..huwaa..taknak pegi!!"
"yeke?alamak,kesiannya adik..merasa juga ye macam kak yah kena dulu.."
ini antara dialog tragis dan kasihan antara kami berdua.^_~
adik bongsu saya mendapat tawaran untuk mengikuti PLKN pada tahun hadapan dan inshaAllah akan bermula pada 3 Januari akan datang..
Saya amat memahami perasaannya,resah-gelisah menghadapi saat itu..
kerana saya juga pernah mengalaminya,lebih kurang 5 tahun yang lalu..(mashaAllah,tak sangka dah lama saya tinggalkan alam menengah!^_^)
saya tersenarai dalam peserta PLKN Siri Pertama,generasi perintis PLKN tahun 2004 seusai kami menamatkan SPM..
saya masih ingat lagi,kelas saya waktu form 5 dulu (5 Ibnu Khaldun) tak sunyi dari membincangkan tentang perkara ni,maklumlah PLKN adalah 1 agenda besar yang telah dirancang dan bakal dilaksanakan oleh kerajaan dan kami adalah generasi pertama yang bakal dieksperimenkan..
waktu itu,rasanya sayalah orang yang paling yakin yang saya tak akan terpilih memandangkan saya bukanlah dari golongan atlit@orang yang terlalu aktif di sekolah..biasa2 saja.
maka,saya tak pernah ambil pusing tentang program ni dan melalui kehidupan seperti biasa sehinggalah ramai kawan2 menelefon dan memberitahu saya yang nama saya tersenarai untuk mengikuti PLKN siri 1.
Ya Allah,terkejutnya bukan kepalang dan jiwa saya sangat2 memberontak sebab tak nak pergi..syukurlah bonda tak putus2 meniupkan semangat,abah sentiasa memberikan peransang dan guru2 sentiasa mendoakan..
"JANGAN IZINKAN DIRI DISENTUH LELAKI
benar,waktu itu saya benar2 down..perkara utama yang saya fikirkan adalah bagaimana dengan pakaian saya nanti,kedua-ikhtilat antara lelaki dan wanita,ketiga-ketidak mampuan saya untk mengikuti aktiviti2 lasak di sana dan keempat tentulah kesedihan yang amat mendalam kerana terpaksa berjauhan dengan emak dan abah..^_^
saya membawa diri ke SMKA TAHAP,bumi pentarbiahan saya..yang mengenalkan saya dengan pakaian2 sopan menutup aurat,mengenalkan saya tentang erti cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasulullah serta mendidik saya untuk beramanah dengan ilmu..
Alhamdulillah,di sini saya beroleh kekuatan..
"jangan izinkan diri enti disentuh oleh lelaki yang bukan mahram,jaga sungguh2 peribadi,banyakkan mohon pertolongan Allah.."
demikian bait2 nasihat yang disampaikan oleh ayahanda Ustaz Syed Nazir kepada saya dan sahabat saya,Husna Aimi ketika kami menziarahi beliau sebelum bermulanya PLKN..
ini adalah nasihat yang paling bermakna yang masih tersimpan kemas di hati dan minda saya sehingga kini..Alhamdulillah..
TIBA DENGAN DEBARAN DAN HARAPAN
Ketibaan saya di tempat program dengan jiwa yang kosong.saya melihat sekeliling,kelihatannya semuanya gembira dan ceria,tidak seperti saya.saya terus memohon kekuatan dari Allah..
"Ya Allah,kuatkan hatiku untuk memelihara pakaian muslimah ini,kuatkan jiwaku untuk menjaga solat di awal waktu,peliharalah maruahku dan diriku dari tipu daya syaitan dan kejahatan manusia.." doa itu saya ulang2 di dalam hati..
saya bersyukur,kerana sahabat baik saya,Suhaida Suliman juga terpilih untuk berada di tempat yang sama dengan saya..hari pertama hanyalah suai kenal tidak rasmi antara kami semua peserta yang datang dari seluruh pelusuk negara.
saya cuba menanam azam...saya perlu positifkan diri.andai kata saya berfikiran positif,saya mampu berfikir dan bertindak dengan tenang dan sekiranya saya terus berfikiran negatif,perkara positif di depan mata pun saya takkan nampak..bukankah itu satu kerugian?
MEDAN BERDAKWAH DAN MEMPRAKTIKKAN KATA-KATA
1-hari kedua kami bermula dengan senam aerobik dan apa yang dibimbangkan selama ini kini berlaku..percampuran antara lelaki dan perempuan..
keras badan saya tak bergerak memandangkan tak punya ruang yang luas untuk membuat pergerakan ditambah lagi dengan kejutan budaya yang berlaku..
saya bergerak mengambil ruang di belakang sekali.kiri,kanan,depan dan belakang tiada lelaki dan saya boleh membuat aktiviti dengan aman.^_^
usai aktiviti pada hari itu,saya dan sahabat2 berbincang untuk berjumpa dengan jurulatih kami,memohon izin agar diasingkan antara peserta lelaki dan wanita ketika aktiviti senam aerobik..
"cikgu,kami minta maaf.kami memang nak sangat ikut senaman tu,tapi tak selesa sebab kiri kanan lelaki.boleh tak cikgu,asingkan kami..sure lepas ni kami buat aktiviti lagi baik.." kata seorang sahabat kepada jurulatih kami.
Alhamdulillah,jurulatih membenarkan dan pembaharuan dilakukan keesokan harinya..syukur Alhamdulillah,mereka juga membenarkan kami memakai tudung labuh ketika berada di dalam kawasan kem..terima kasih cikgu.kami takkan lupakan cikgu2 semua inshaAllah..
pengajaran pertama yang saya dapat : jangan takut untuk mengatakan kebenaran dan paling penting,setiap pandangan atau kritikan perlu disampaikan dengan cara/uslub yang terbaik.
2-cabaran kedua yang kami hadapi adalah bergaul bersama peserta2 non-muslim.di dalam khemah saya ada 2 orang peserta bangsa Cina..ya,di sini juga kita dapat mempraktikkan kaedah yang terbaik untuk bergaul dengan mereka.awalnya,kelihatan mereka agak kekok,maklumlah peserta Muslim adalah golongan majoriti.lama-kelamaan,kami membiasakan diri berbual2 mesra dengan mereka dan yang paling saya terharu,mereka juga tak kekok memanggil saya "kak long" (panggilan mesra dalam khemah kami) dan selalu membantu bila saya ditimpa kesusahan.waktu ini,terbayang bagaimana uslub Rasulullah SAW bersama orang bukan Islam..walaupun dicaci,dihina namun Baginda tidak membalas dengan kejahatan malah bertutur dengan lemah-lembut dan penuh kasih-sayang..itulah yang kami cuba praktikkan di sini..Dakwah BilHal..
3-Alhamdulillah,Allah menurunkan pertolongan kepada kami dan jiwa kami untuk terus istiqamah melaksanakan solat fardhu.di dalam keadaan penat,letih dan perlu bergerak tepat pada masanya,ini adalah satu cabaran yang besar buat kami..syukur Alhamdulillah,saya punya sahabat2 yang amat mengambil berat tentang kefardhuan solat sebagai seorang hamba Allah.setibanya kami di sini,tempat pertama yang dicari adalah surau.surau adalah tempat untuk menyatukan hati2 dan jiwa agar sentiasa mengingati Allah dan mengukuhkan ukhwah melalui solat jemaah.
lihat kepada Sirah Rasulullah,aktiviti pertama yang Rasulullah lakukan setibanya Baginda dan para sahabat di bumi Madinah adalah membina masjid Quba' dan Masjid Nabi.inilah simbol kekuatan dan perpaduan bagi umat Islam..
memandangkan kem kami berada di kawasan yang baru diterokai,kami menghidupkan surau pada malam pertama itu dengan bacaan Surah Al-Baqarah beramai2.memohon kepada Allah agar tempat ini dijauhkan dan dipelihara dari kejahatan Jin dan syaitan..malam2 berikutnya diisi dengan bacaan Yasin dan tazkirah2 yang disusun oleh pihak jurulatih kami..
* point utama : laksanakanlah kewajipan solat walau di mana dan bagaimana keadaan sekalipun.kerana solat adalah hubungan antara roh kita dengan Allah.bagaimana mungkin kita boleh hidup tanpa menyerahkan diri kepada Pencipta kita Yang Maha Agung?
4-mungkin ramai yang memandang asing dengan pakaian muslimah pada zaman fitan dan kefasadan ini..duhai muslimahku,Allah menurunkan tatacara terbaik untuk menutup aurat agar dapat memelihara maruah dan peribadi kita serta dapat menyelamatkan kita di dunia dan akhirat..pengalaman di PLKN amat mengajar kami agar tegas untuk menjaga diri dan peribadi.T-shirt dan pakaian untuk aktiviti kawad disediakan oleh pihak PLKN untuk kami dan wajib untuk dipakai sewaktu berjalannya aktiviti.di sinilah medan yang mengajar saya bagaimana untuk menjaga aurat segagahnya kerana Allah..
kami melakukan sedaya yang mampu..
saya mencontohi sahabat2 saya..
waktu memakai t-shirt(lengan panjang biru) kelihatannya agak ketat,jadi kami sesuaikan dengan tudung segi bidang 60@tudung labuh hitam..(tudung hitam@blue black adalah wajib)
waktu diberi peluang untuk memilih pakaian kawad,saya memilih baju dan seluar yang paling besar sekali,bimbang tersalah pilih size yang ketat..
anda bayangkanlah keadaan kami ketika itu..hihi,sangat lucu bila mengenangkan.tapi benar2 mengajar kami erti mujahadah..
amat takut andai tergolong dalam golongan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang,nauzubillah..
alhamdulillah,walaupun terpaksa berpakaian sedemikian,kami masih dapat menjalankan semua aktiviti dengan baik.
pengajarannya : sebagai umat Islam,kita perlu kreatif dan mempasakkan sungguh2 di dalam diri rasa cinta kepada agama walau di mana kita berada.Islam itu tidak pernah menyusahkan penganutnya bahkan mengajarkan kita alternatif2 dan rukhsah2 dalam menyempurnakan amalan..
5-antara cabaran utama berada di PLKN tentulah pergaulan antara lelaki dan wanita.banyak aktiviti2 yang memerlukan kepada kerjasama antara kedua belah pihak,sama ada waktu melakukan aktiviti lasak,gerak kerja berkumpulan,modul khidmat komuniti dan lain2.di sinilah benar2 menguji kehidupan anak muda dan remaja.waktu inilah remaja lebih cenderung untuk saling berkenalan,sayang-menyayangi,rindu-merindui dan lain2.seandainya tidak ada 1 pegangan diri yang kukuh dan utuh,anak2 muda boleh hanyut dan terbuai dengan nafsu.
ingin saya berpesan kepada adik2 saya ,kuatkanlah diri dengan membaca Al-Quran sepanjang berada di sana.benar,sewaktu di sana memang adik2 tak punya banyak masa untuk aktiviti sendiri,tetapi curilah masa untuk bertaqarub kepada Allah.kebiasaannya,aktiviti akan bermula selepas subuh (saya tak pasti sekarang bagaimana)..bangunlah sekurang2nya sejam awal untuk bersihkan diri,solat sunat dan membaca Al-Quran.sungguh,kita amat2 memerlukan benteng yang kuat supaya tidak kalah dengan godaan dan hawa nafsu.maka dekatkanlah diri dengan Allah.bila kita peruntukkan masa yang banyak dengan Allah,kita tidakkan merasa resah-gelisah dan sentiasa rindu untuk menyebut namaNya dan amat takut untuk melakukan maksiat padaNya.
~PENUTUP~
PLKN adalah medan untuk mengumpulkan golongan muda dan andaikata dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya akan mendatangkan natijah yang amat bernilai kepada negara.
sebagaimana Soekarno mengungkapkan di dalam pidatonya :
"Beri aku 10 pemuda,maka akan ku goncang dunia."
juga titipan kalam juang As-Syahid Hassan Al-Banna :
"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."
Jiwa-jiwa anak muda ini,andaikata diteguhkan dengan Aqidah yang sahih,ibadah yang salimah dan diterapkan dengan akhlak yang mulia,mereka mampu bangkit menjadi golongan yang kembali memartabatkan agama dan bangsa.
1- di samping menanamkan rasa cinta kepada negara,pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak program2 berbentuk kerohanian kepada anak muda agar mereka memahami apa ertinya mereka menganut agama yang mulia ini.elakkanlah aktiviti yang berbentuk hiburan@mendedahkan peserta dengan aktiviti2 hiburan yang akan melalaikan.
2-di samping memastikan para peserta tegas mengikut jadual dan aktiviti yang ditetapkan,para jurulatih perlu memastikan anak2 muda ini tidak bercampur gaul tanpa kawalan.saya yakin,dengan kawalan yang sebaiknya dari pihak jurulatih,peserta2 tidak semudahnya duduk berdua-duaan antara lelaki dan wanita dan melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
3-melalui Modul Fizikal,Modul Kenegaraan,Modul Pembinaan Karakter,Modul Khidmat Komuniti,aktiviti pidato,debat dan lain-lain dapat mengasah bakat dan memantapkan kredibiliti anak muda pada hari ini.ya,aktiviti itu perlu diteruskan dan sebaiknya lagi diimbangkan dengan aktiviti2 gerak kerja berkumpulan dan modul2 yang lebih bersifat idealis dan kreatif,sesuai dengan peringkat umur remaja 18 tahun.
perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman serta pemerhatian dan bagi saya amat perlu dikongsikan bersama orang lain.
semoga beroleh manfaat..wallahu a'lam..
Perginya Ibu Tercinta
-
بسم الله الرحمن الرحيم “Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan
bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.
Ketika itu ses...
1 month ago
3 comments:
Perkongsian yang sangat bermanfaat. Boleh menjadi panduan bagi sesiapa sahaja yang akan menyertai PLKN atau pun latihan lain yang seumpama itu.
Anda adalah apa yang Anda fikirkan. Kalau boleh memilih untuk berfikir, bersikap dan berbuat positif, kenapa memilih tidak positif?
Salam..kak..mengimbau saat manis bermujahadah di plkn..,masih segar di ingatan saat itu...-HANISAH
to hanisah : wslm..k.long takkan lupa prtmuan kite,i.allh=)ingat tak k.long minta tlg nisah ajar k.long b.arab sbb k.long nak gi tmuduga DQ waktu tu?^_^ hihi..klakar btul bla ingat balik..
Post a Comment