* sambungan wawancara *
BAGAIMANAKAH AS-SYEIKH MENGENALI UMMU MUHAMMAD?
Awalnya,saya hanya mengetahuinya ketika di tahun akhir di universiti sedangkan dia ketika itu telah 2 tahun meninggalkan universiti. Saya tidak mengenalinya langsung namun mengetahuinya dari sepupu sebelah ibu saya. Sebelum kami berkahwin, berlaku pelbagai penentangan di Syria, kemudian demonstrasi Hammah, masjid-masjid dibakar dan keadaan ini memaksa beliau berlindung di Iraq selama 2 bulan. Beberapa individu tertentu yang baik hati telah membantunya sehingga diampuni dan dibolehkan memasuki Syria kembali.Sekembalinya dari Iraq, kami terus mendirikan rumahtangga dan menetap di kampungnya, Hammah selama 2 tahun. Kemudian kami ke Saudi selama 5 tahun dan kembali semula ke Syria dan ketika itulah beliau dipenjarakan.
Beliau sering menawarkan saya menemaninya dalam musafir namun saya lebih selesa untuk bersama anak-anak dan meneruskan tanggungjawab saya mendidik mereka. Waktu keluar untuk urusan dakwahnya sering tidak menentu namun saya akan selalu berpesan setiap kali beliau ingin keluar.." ALLAH MA'AK" (ALLAH BERSAMA KAMU) dan apabila tetamu datang ,saya akan ucapkan "Ahlan wa sahlan."
Jika dikunjungi keluarganya, saya akan meraikan dan melayan mereka dengan sebaiknya. Antara sikap beliau yang amat saya fahami adalah beliau inginkan agar ibu bapanya dilayan dengan baik. Begitu juga dengan tetamunya. Ibunya masih ada lagi dan kami sering menziarahinya. Bapanya telah pulang ke rahmatullah 4 bulan lebih selepas Syeikh Rahimahullah meninggal.
APAKAH ATURAN PENDIDIKAN UNTUK ANAK-ANAK UMMU MUHAMMAD?
Pertamanya, suruh anak-anak mengerjakan dan menyelesaikan urusan agama bermula dari aspek Tauhid dan Ibadat.
Ajari mereka Al-Quran dan mulakan dengan Surah Al-Ikhlas sehingga mereka mampu memahami keesaan Allah. Tekankan tentang aspek ibadah seperti solat,puasa, zakat dan haji. Pada masa yang sama aspek akhlak dan pergaulan dididik dengan sebaiknya kerana semua perkara ini perlu dipupuk sejak anak-anak masih kecil.
Tarbiyah dalam aspek ibadah dan agama bila dipupuk sejak kecil, maka bila mereka mencapai usia mukallaf maka mereka tidak akan rasa susah dan tertekan kerana semua perkara tersebut telah menjadi rutin dan resam kehidupan mereka. Pendidikan agama buat anak-anak akan memberi impak pada sudut Akhlak mereka,oleh itu wajib bagi ibu bapa mendidik mereka atas dasar perintah dan suruhan Allah.
Jika sudut Agama pada anak-anak diabaikan ketika mereka masih kecil, maka proses didikan tersebut akan sukar terutamanya apabila mereka mencapai usia 10 tahun atau lebih,dan masalah ini lebih ketara kepada anak-anak perempuan. Komitmen anak-anak dalam berpakaian,menutup aurat,solat dan puasa akan menjadi sukar ketika itu malah penentangan sering berlaku disebabkan tiadanya latihan di peringkat awal.
Suasana didikan yang saya terima dan ketika bersama Syeikh Rahimahullah adalah sama,sama ada dari segi pakaian, kerja dakwah , penulisan, dan menyambut tetamu. Lantaran semuanya atas dasar dakwah dan Islam. Niat kami sentisa , InsyaAllah adalah kerana Allah dan untuk Islam serta atas dasar menegakkan kalimah Allah Ta'ala.
------------------------------------------------------------------------
mengapa saya menulis tentang ini?
1- Sebagai satu motivasi buat kaum Hawa amnya,dan para isteri khususnya: Melangkahnya kita ke medan perkahwinan tidak beerti tugas kita sebagai penyampai risalah Nubuwwah itu terhenti.Berada di posisi sebagai isteri amat memerlukan tadhiyyah(pengorbanan) yang tinggi.Lepaskan suami anda keluar berjuang ke jalan Allah,jangan ikat dan rantai kakinya di rumah agar melayani kita sepanjang masa.
Teringat saya salah satu babak dalam filem kegemaran saya, "UMAR AL-MUKHTAR."
kali pertama saya menonton filem ini adalah sewaktu saya masih bergelar pelajar di SMKA TAHAP.muallim kami menayangkan video itu sempena program Ilmiah di sekolah.
Dalam babak tersebut, ketika mana seorang isteri menyerahkan makanan dan keperluan secara senyap2 kepada suaminya(tentera Islam),dan ketika tiba saat untuk mereka berpisah,dengan penuh berat hati isteri berkata , "IZHAB(pergi)!IZHAB YA HABIBI!" dan mereka meleraikan pelukan itu dengan tangisan yang penuh redha-aku lepaskan kamu untuk berjuang ke jalan Allah.Berjuanglah hingga kita bertemu syahid.
2-Meneroka ke zaman fitan dan kefasadan ini,tidak dapat tidak seorang wanita perlu mempersiapkan diri menyertai ketombokan yang telah sedia ada di medan.Mohon izin suami untuk kita sama2 bergelumang di dalam dunia dakwah bersama masyarakat di samping menjalankan kewajipan yang utama sebagai ibu dan isteri di rumah.
Masyarakat kita semakin tenat,anak2 muda dahagakan ilmu agama dan nasihat,maka luangkanlah masa untuk memenuhi tuntutan 'amar makruf nahi mungkar' ini.
Kita punya platform yang luas untuk bersama2 melaksanakan dakwah antaranya menyertai NISA' (NGO) di negeri atau kawasan masing2. Dengan ini masa kita akan terisi dengan baik dan dapat sama2 membantu keadaan ummah yang kian parah.
3- Suami yang baik adalah untuk isteri yang baik dan begitulah sebaliknya.Bagi yang belum berkahwin,teruskan berdoa untuk dipertemukan dengan pasangan yang mampu untuk mendekatkan diri kepada Allah Yang Agung.Jodoh itu terlalu ekslusif sifatnya.(bagi saya terlalu mahal untuk berbicara tentang ini)Yakinlah bahawa janji Allah itu pasti.Berdoa dan teruskan berdoa..
4-setiap kali saya meneliti kalam Ummu Muhammad ini,yang tergambar di minda saya,adakah saya telah bersedia untuk mendidik Generasi Pewaris Nabi?adakah saya telah menyiapkan proposal yang terbaik-garis panduan untuk mendidik anak2 saya?melahirkan anak2 yang jiwa , hati dan mindanya tulus dan suci mencintai Al-Quran tidak mungkin dapat dicapai dalam masa sehari,melainkan saya perlu memulakan usaha ini mulai hari ini!
semoga bermanfaat,jumpa lagi!^_^
Perginya Ibu Tercinta
-
بسم الله الرحمن الرحيم “Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan
bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.
Ketika itu ses...
1 month ago
0 comments:
Post a Comment