Daisypath Anniversary tickers
Rejim Zionis: Pembinaan penempatan tidak akan berhenti.


Isnin , 15/03/2010 -Kerajaan regim Zionis menegaskan akan meneruskan projek pembinaan dan penempatan di seluruh bandar al-Quds yang dijajah setelah perancangan untuk membina lebih daripada 50 ribu unit penempatan di seluruh kawasan di bandar al-Quds terbongkar.

Setiausaha kerajaan Zionis, Tzipi Howerz berkata dalam satu kenyataan radio pada hari Jumaat (12/3): “Adalah penting untuk ditegaskan di sini Israel akan terus membina penempatan di bandar al-Quds. Pembinaan akan dilaksanakan di seluruh bandar sehingga menjadi seperti bandar Tel Aviv atau mana-mana bandar lain.” Beliau juga menyatakan pihak Zionis telah menjelaskan keputusan pembekuan pembinaan penempatan di kawasan yang dirampas tidak berkuat kuasa di bandar al-Quds, sama ada di bahagian barat atau timurnya. Ini diketahui secara jelas oleh sesiapa sahaja termasuklah pihak Amerika sendiri.

Howerz menegaskan bahawa pembinaan akan diteruskan di bandar al-Quds dan menambah “al-Quds adalah bandar yang berkembang dan permintaan untuk menambah penempatan di situ hendaklah dipenuhi. Kerajaan (Zionis) akan berusaha untuk memenuhi semua permintaan tersebut.”

Regim Zionis kelihatan mempertingkatkan plan penempatan di sebalik usaha bersungguh-sungguh pihak berkuasa Ramallah untuk memulakan rundingan damai yang sia-sia dengan meninggalkan semua hak dan kepunyaan rakyat Palestin serta pemburuan berterusan yang dilakukan terhadap pihak pejuang.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

0 comments: