Daisypath Anniversary tickers
KITA DAN AL-AQSA




" Hari ini aku merasai kesedihan yang teramat.selepas solat zohor tadi,aku termenung dan tak dapat menahan air mata.aku terlalu sedih mengenangkan saudara2 kita di Palestin.semoga Allah mengirimkan tentera untuk menghancurkan kuffar sebagaimana Allah menghantar tentera Ababil untuk menghancurkan tentera Abrahah.."

begitulah antara luahan Syeikh Bazz,syeikh kami di maahad sebelum kami memulakan pembelajaran pada hari semalam.
Luahan yang sangat memberi kesan buat hati kecil ini.

Ikhwan2 kita di Palestin,semakin diinjak,semakin menderita dari hari ke hari.Tentera kuffar semakin angkuh,semakin berani merampas,memperlakukan wanita dengan penuh kekasaran dan membunuh anak2 kecil yang tidak berdosa.Sedangkan itu tanah kita! kiblat pertama kita!bagaimana mereka semakin berani menodai bumi kita,dan sewenangnya ingin merampas masjid yang amat kita cintai,Masjid Al-Aqso!!!

"Wahai anak2ku,sampaikanlah kepada sahabat2 kalian,suami kalian,anak2 kalian,kaum keluarga kalian,dan seluruh umat Islam melalui apa sahaja perantaraan yang kamu mampu.Sampaikanlah kepada umat Islam agar mendoakan saudara2 kita di Palestin.Doakanlah mereka kerana itu kewajipan kita."
Syeikh Bazz terus menyampaikan nasihat.

Sambung Syeikh lagi..
" Pernah suatu ketika Salahuddin melihat anaknya bermain.Ketika itu dia berkata kepada anaknya,"Bagaimana kamu boleh bermain sedangkan tanah kita,Palestin masih di tangan kuffar?Bagaimana kamu boleh bergembira sedangkan Masjid Al-Aqso masih dikawal Yahudi?"


Allahu Akbar..keinsafan menjalar ke seluruh nadi saya.Bagaimana aku boleh berehat,tidur dengan lena sedangkan saudara2ku di sana mungkin hanya tidur beralaskan lengan dan saban malam bermimpikan bom dan letupan?Mereka tabah menjalani kehidupan di bumi yang pemuh mehnah dan ujian,bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,apa yang pasti mereka telah lama bersedia untuk menyandang gelaran syahid!

lantas terbayang bagaimana keadaan akhawat2 di sana,di dalam kelembutan sebagai wanita,mereka gagah melangkah memperjuangkan keamanan dan pembebasan Al-Aqsa.Tudung mereka direntap kasar,tubuh mereka dipukul tanpa rasa belas-kasihan,namun derap kaki mereka tidak sekali2 mundur.

dari kejauhan ini,kita tidak mampu untuk mengangkat senjata atau melemparkan batu,namun berdoalah setiap masa agar Allah memberi kemenangan kepada Islam,membebaskan Masjid Al-Aqso dari tangan2 jahat Yahudi.

Laungkanlah Qunut Nazilah di mana2,sebagai isyarat dan petanda bahawa kita bersatu di bawah payung Aqidah yang sama.


اللهم ﺇنانجعلك في نحورأعدائنا ونعوذبك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت
كلمتهم وزلزل أقدامهم وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم ياالله ياالله ياالله اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم
الاحزاب ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهوانصرنا عليهم

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka. Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka .Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab. Kalahkan mereka!Kalahkan mereka !Kalahkan mereka! Dan menangkan kami ke atas mereka.



SYEIKH AHMAD YASIN..TUGASNYA SUDAH SELESAI..BAGAIMANA PULA KITA???

0 comments: