Daisypath Anniversary tickers
Muslimah Dan Perjuangan

Bismillah.

10 tahun lepas, sewaktu di Darul Quran, saya pernah melakar impian. Saya tulis besar-besar di dalam diari, 
' Aku ingin menjadi pejuang muslimat, berbakti sebanyak-banyaknya untuk umat.'

Dalam perjalanan  balik ke Jengka, saya transit di KL Sentral. Biasanya naik ke tingkat atas, makan nasi dan ikan keli. Favourite! Kemudian terus ke kedai buku. Memang tak bermakna perjalanan balik tanpa buku di tangan. 2 jam dalam perjalanan nanti sempat habis baca satu buku. Jalan punya jalan akhirnya jumpa buku-buku yang nak dilelong. Mata tertancap pada satu judul buku, " Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili ". Alhamdulillah! jerit hati saya ketika itu. Dah lama cari buku ni, ingin tahu lebih lanjut dengan Bonda Zainab Al-Ghazali. Lagi best harga buku tu cuma RM 2!

Setelah mengambil tempat di dalam bas, saya mula membaca..satu,dua, tiga hingga tamat..Terasa bulu romaku tegak berdiri, terasa berderau-derau darah ini. Kenapa? Hebatnya kisah hidupmu duhai Bonda! Tak hairanlah dikau terpilih dapat bermimpi jumpa Nabi. Bayangkan, seorang wanita yang kuat prinsipnya untu pertahankan Islam. Dalam kekejaman pemerintahan Jamal Abden Nasir, beliau tampil berani mempertahankan Jemaah Muslimat dan Jemaah Ikhwan ketika itu. Beliau wanita pertama yang mengetuai Jemaah Muslimat. Jika kita soroti sirah Nabi, insan-insan golongan pertama yang memeluk Islam disebut " As-Sabiqun Al-Awwalun". Mereka golongan terawal, yang percaya pada Allah, percayakan agama ini dengan sepenuh-penuh kepercayaan, tanpa ragu. Mereka rela menempuh kesusahan dan kepayahan, semata-mata untuk menjaga agama ini sebaik-baiknya. Lantas tekanan, cacian, keperitan dan kesakitan itu mereka hadapi dengan sabar. 

Dan begitu juga situasi ini dialami oleh Bonda Zainab Al-Ghazali. Di dalam penjara beliau tidak henti-henti diseksa. Kerana apa? Kerana mempertahankan " Al-Islam Ya'lu Wala Yu'la 'Alaih" ( Islam itu Tinggi dan Tidak Ada Yang Lebih Tinggi Daripadanya). Beliau disebat dengan cemeti, dipukul dengan sangat teruk dan diberi makanan yang busuk, keseksaan yang pada pandangan zahir kita tak mampu untuk dihadapi oleh fizikal seorang muslimat. Tetapi nyata Bonda Zainab mampu. Kerana apa? Kerana IMAN yang tinggi dalam jiwanya.

Saya berpesan pada diri, contohi Bonda Zainab, yang kental berdepan dengan ujian, kepayahan kesengsaraan di dalam perjuangan. Saya inginkan syurga, dan syurga itu sangat tinggi nilainya. Perjalanan ini masih jauh dan penuh liku. Baki masa yang ada perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya. Saya hanya ada 24 jam sahaja sehari dan tugas memimpin umat ini sangat banyak. Tugas sebagai isteri dan ummi juga sangat banyak. Hidup ini pula terlalu singkat. Ya, penat memang tidak terkira, tetapi yakinlah Syurga itu janjinya pasti. 

Ya Allah, thabatkanlah kami di atas ketaatan padaMu. Jangan jadikan kami hambaMu yang lalai, yang hanya sibuk dengan facebook, twitter, istagram yang boleh menjauhkan kami denganMu. Ya Allah, malunya kami nanti bila bertemu denganMu, andai kami hanya membawa amal yang sedikit. Ya Allah, sibukkanlah kami dengan amalan yang dapat memberatkan mizan pahala kami. Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin..



Anak-anak amanahku. Akanku didik kalian mengenal Allah dan meneruskan perjuangan Islam yang suci ini..InsyaAllah!

3 comments:

liedxrado said...

:) amin

Unknown said...

Apa pulak ni? Xada kena mengena dgn topik ni.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.